Tuesday, April 3, 2012

Damia @ 1 month

Alhamdulillah, today Damia already 1 month. Arini checkup untuk vaccine Hepatitis B dosage II.
She's getting smarter day by day, dah pandai mencari orang disekeliling..
Kalau rasa diri tu kesorangan, mula keluarkan suara2 comey memanggil kita untuk diangkat..

She's getting chubbier day by day, minum susu tak brp banyak tapi badan kus semangat la juga..
Arini checkup, berat dah cecah 4.1kg from her weight birth - 3.15kg. naik dalam 0.95kg la jugak within 31days..

Okla, mama still no mood to share her birth story..coz it's a long story to write here..ehehe...later tunggu mama ada mood..

poor baby damia coz she's still not recover yet from jaundice...so her paed, Dr Arbaiyah diagnoise her desease as prolong jaundice since her liver not fully term..or else known as breastmilk jaundice. but she's advise me to continue bf damia...and also mama still cannot consume any herbs/pills/jamu etc....so for now mama just taking Vit C only..xpela for my baby, i would do anything...

btw, i've gain my previous weight which is 46kilos before i get pregnant to damia..hehe...syukur sgt.hehehe...it means that i lost 10kg lah.. :) nk kurus cpt? my advise, just breastfeed your baby..

lastly, here is damia latest photo...
oh..here another one..ada iras qaisara tak?

Tuesday, March 27, 2012

meet A.N.D

salam perkenalan dari my 2nd princess...Alya Nur Damia @ A.N.D macam2 la mama dia ni...

Suppose semalam, 26 Mac 2012 was my EDD...and as per today, baby damia dah pun berusia 25hari. She's getting healthier and chubbier day by day....Arini still kena repeat checkup jaundice di An-Nur..Banyak perkara nak share especially kisah kelahiran damia dan keluar masuk hospital gara-gara jaundice..huhu..sampai mama nangis, nasib tak kena meroyan..tapi tunggulah ye mood ada baru share di sini...

Here, i share photo of baby Damia..

Damia @ Day-24.

salam to all :)

Saturday, March 3, 2012

Syukur ats kurniaanNya ;))

Syukur...saya selamat melahirkan puteri kedua pada 2 mac 2012, 7am (24 days earlier than my edd). Unexpected, such an interesting birth story to share...klu yg ada my fb dh tau ceritala....i'll write the post later....tq all for the doa' ;))

--
Regards,
Lin

Monday, February 27, 2012

alhamdulillah

syukur padaMu Ya Allah,

outstation papa ke China sepatutnya 4Mac-15Mac dipostponed ke April nanti,

now baby, mama dah ready. kalau baby nak keluar bila-bila masa pun takpe...

ada hikmah disebalikNya.

doakan aku selamat melahirkan baby ni ye dan juga kami ber-2 sihat walafiat..

maybe this is the last entry before deliver..lagipun mmg aku malas sgt nk berblog skrg ni.

till then, jumpa selepas pantang :))

minta maaf andai terkasar bahasa dalam penulisan dan ada menyinggung hati mana2 pihak. halalkan apa yg patut ya :)

Thursday, February 2, 2012

@32weeks

alhamdulillah, hingga ke saat ni masih lagi ada kudrat nak menulis di sini.

last time checkup, aku pegi 2 tempat.

17-Jan-2012
Checkup di KKM. So far nurse kata ujian BSP aku normal. cuma kalau tengok dari test yg aku buat mcm level gula dalam darah tu rendah lah pulak.. <6. So nak tak nak kena repeat BSP pada 8-Feb ni. Pasrah je la. Cuma aku kurang puas hati dengan doc yg check/scan baby. Doc tu macam tak reti je nak guna mesin scan tu. lepas tu nak ukur saiz kepala baby pun berapa kali aku tengok dia tekial² nak handle mesin tu. kejap² dia panggil doc sorang lagi yang tengah check patient lain. Yg menggembirakan even aku tak yakin dgn kata² dia, uri dah naik dan baby sihat.

20-Jan-2012
Harini aku cuti. kebetulan ambik cuti tujuan asal nak blk perak. Tapi since pregnancy dah pun mencecah 30weeks, so dah tiba la masa utk aku refer ke pakar. lagipun dari awal pregnant dah plan nk deliver kat annur. So, pagi² lagi dah register. Nak jumpa balik Dr Kham. She still remember me..siap wish 'tahniah' lagi. yela, bulan 6 tahun lepas aku jumpa dia pasal nak conceive kan. so, dia terus scan. spontan dia bgtau jantina baby. Then, dia inform yang kedudukan uri di bawah, lagi 4cm nak menutup saluran. tambah merisaukan, kedudukan baby songsang. Kepala dia masih kat atas dan kaki di bawah. Dr Kham mention kedudukan baby tu mcm tu sebab uri dia di bwh. So next checkup 17-Feb ni (masa tu dah 34weeks), dia nak scan semula dan pastikan kedudukan baby normal. Sekarang ni berdoa je lah supaya baby berpusing ke kedudukan yang betul hingga ke saat bersalin.

Baby checklist
Alhamdulillah, dah almost complete. Tinggal lagi nak hantar servis breastpump dan beli brg aku. Lepas ni kena basuh baju baby, bantal, tilam dan playpen. Bilik, katil dan drawer utk simpan barang baby kena kemas. Insyaallah lepas cuti maulidur rasul ni aku dah tak ke mana² sampai la Mac. So, still ada masa nak kemas/packing apa yg patut. Selagi aku masih larat dan ada kudrat.

Lately aku keletihan. Isi rumah makin ramai. adik ipar dgn anak sedara dah menumpang kat rumah kitorang. tu yg buat aku agak serabut. Semuanya lelaki. aku je la pempuan dewasa kat rumah tu. Balik keja kadang tu rushing aku kat dapur kena masak dinner. Selagi aku larat, aku buat. Cuma yg menyerabutkan kepala, bilik yg aku nak guna utk berpantang tu anak sedara aku duk kat situ. Hai cepatla dia dpt rumah sewa. bukan aku nak halau dia. tapi yela sebelum sampai masa aku besalin ni, biarla dia pun pindah. Dapatla aku kemas bilik tu.

Lagi situ, adik ipar pulak nak stay sampai dia kawin bulan 5 ni. lagi haru biru. skrg pun aku dah tak bebas. pakai seluar 3quarter pun cik abg tegur. abis tu, aku dahla kepanasan then kena lak masak kat dapur. tak selesala.. nanti cmne pulak aku nak breastfeed baby. kadang² tensen pun ada. nak kena jaga aurat. setakat dgn anak sedara dan abg aku yang mmg sah² muhrim aku tu takpela lagi. kadang aku pun heran. patutnya dia boleh fikirla. kalau setakat nak stay utk sebulan sementara dia cari rumah sewa lain tu ok la lagi. aku malas la nak cakap banyak. karang tak pasal² kami suami isteri pulak yg begaduh...hm...

apa yg aku blh buat, selagi ada kudrat aku, aku tahan je lah..selagi aku larat masak/kemas rumah semua tu, aku buat. esok dah sarat, pandai² la korang cari makan sendiri. masing² da besar..aku masak skrg ni pun memikirkan cik abg aku pun balik makan malam kat rumah. klu aku tak larat, awal² aku sms inform tak masak. dia pun faham. so harap² yg lain tu pun faham.

Thursday, January 12, 2012

dugaan lagi..

dalam 1-2minggu ni kerapla zairee balik lewat.
aku pun dah lali. memang keja dia tak menentu.

mlm tadi dia blk awal, awal pun dalam 11.30 la jugak. sekarang ni aku ada habit baru. before tido, mesti baca buku dulu. tengah baca tu, dia pun buka cerita. kiorang pun dah lama tak borak..yela dia balik pun dah lewat. jumpa time pagi je. time keja apa² hal, call/sms je..

zairee : taktau nak cakap ni berita baik ke buruk.

aku dah mula pelik..apa yg dia nk cakap ni.

zairee : abg kena pegi CHINA.
aku : bila?
zairee : MAC ni.
aku : haa??? biar betul...tunggu masa nak besalin je masa tu.
zairee : itulah..ntahla..
aku : tak boleh anta org lain ke? tak boleh postponed ke?
zairee : abg sorg je jaga equipment tu.


aku terdiam je la..nak cakap apa lagi..tawakal je la...mudah²an dapat postponed. atleast masa aku besalin tu dia ada. makin runsing pulak memikir keadaan aku nanti tanpa dia. kalau ikut plan aritu, zairee plan nak ambik leave 1minggu++ la utk jaga aku masa pantang. bila dah jadi mcmni, kena fikir plan B lah..

banyaknya dugaan pregnant kali ni...kena pujuk baby keluar masa papa dia adala..macam sara dulu terkena time cuti, alhamdulillah...


Regards,
Lin

Wednesday, January 4, 2012

dugaan

alhamdulillah pregnant kalini aku tak mabuk teruk macam dulu.

tapi bila ok yang tu, ada pulak masalah lain yang timbul..

petama sekali Hb aku low..pada aku bila nurse tulis kat buku merah tu dengan pen merah, --> bad sign!

daripada 11.6 drop 10.9. then drop to 10.6.
checkup semalam naik tapi naik 0.2 jeeee - 10.8. huhuhu

then, last week on 29th aku buat mgtt. normal prosedur yg aku kena buat since in my family history, ayah aku ada diabetic. so to be sure aku ni free from diabetic, so kena buat mgtt atleast once. the result -- oh tidak....7.9!!!
doc claim suppose must below then 7.

again, on 16th aku kena buat BSP test (Blood Sugar Profile) sendiri! pagi tu aku kena pegi klinik, nurse akan ajar dan pinjamkan test kit tu. so aku kena monitor sugar level dalam 1 day..test tu kena buat setiap 2jam selepas breakfast, lunch and dinner...harap² aku tak lupa sudahla...
then 17th aku kena pegi semula ke klinik utk checkup as usual..

since dah masuk 3rd trimester ni, kena pegi checkup every 2weeks..bila da masuk 2weeks rasa da tak lama je..huhu

macam² dugaan lah kali ni..dgn tak berapa selera nk makannya..tapi tu lah, camne pulak gula boleh tinggi..aku rasa pregnant kalini aku kurang berselera nk makan sgt mcm dulu.. walhal kalau tgk kwn yg pregnant bukan main lagi mengidam nk makan itu ini..

bila doc explain risk kalau ada diabetic ni aku pun naik risaulah..paling risau memikirkan si kecik dalam perut ni..hopefully masa aku buat test tu nanti okla..from now on aku kena ctrl pengambilan gula..and most important, kena byk minum air kosong.

Regards,
Lin

Tuesday, January 3, 2012

28weeks

sedar tak sedar..dah masuk 3rd trimester pun...
banyak nya benda aku tak settle lagi...

starting next week kena semak balik checklist baby...
seingat aku dulu, masuk je bulan ke-2 before meletup bag hospital dh start packing..

lagi pulak this year banyaknya event..

raya cina @31weeks akan blk perak..

bulan 2 @ 33weeks blk johor pulak kenduri cousin papa..

bulan 3? tak sure la kot ada apa² event lagi at last minute..

yg pasti @37weeks and above tak berani nak travel jauh² dah...

ujung bulan ni nak anta spectra servis.. tu plg utama..kang igt benda lain, yg satu ni tetinggal..naya je..plg best, kali ni dpt BP avent manual..stok kakak nak tutup kedai..still new la. tak sampai sthn pun dia pakai. :)

okla end here, jap lagi nk off to klinik utk checkup :) hopefully HB naikla..

Regards,
Lin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...