Wednesday, July 30, 2008

Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu

Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?

Ciri-ciri Kontraksi

  • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
  • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
  • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
  • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
  • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
  • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
  • Semakin kuat sakitnya
  • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
  • Berbaring tidak mengurangkannya.
  • Servik menipis dan terbuka.

Mengira Kontraksi

  • Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
  • Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
  • Catatkan kekuatan sakitnya.

Graf CTG


Kelahiran Palsu

Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.

Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini

  • Menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
  • Jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
  • Tidak bertambah kuat sakitnya.
  • Tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
  • Biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
  • Tidak begitu menyakitkan.
  • Boleh reda jika anda berbaring.
  • Biasanya tiada perubahan pada servik.

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Sumber:

  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...