Wednesday, July 30, 2008

Petua - petua...

100 Plus Kurangkan Mabuk Hamil

one tip from my gynae dulu... air 100 plus tu...u buang gas dia by opening the bottle cap...biar overnight dlm fridge. next day, u tuang sikit2 dlm ice cube tray, bekukan dlm freezer. whenever u rasa nak muntah/loya...ambil seketul dan hisap. rasa sejuk akan buat mulut/tekak mcm kebas sikit...so loya tu mcm kuranglah...and 100 plus tu isotonik drink so dia akan seimbangkan balik garam2 dlm badan and dia rasa masam2 sikit...it's better then taking jeruk2 ni...
source : tini007, susuibu.com

Petua Tradisional untuk Kurangkan Urat Kaki Timbul Semasa Hamil

Urat kaki timbul antara gejala yang biasa dialami semasa hamil. Ia selalunya tidak membahayakan namun anda boleh mengurangkan sedikit gejala ini dengan mengamalkan petua-petua tradisional berikut...
Petua 1: Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Petua 2: Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam.
Petua 3: Bancuh sedikit asam jawa dengan sedikit air. Sapukan pada kaki setiap malam.
Petua 4: Apabila tidur, tinggikan kaki dengan meletakkan bantal di bawahnya.
Sumber: petua.shopbegins.com


Memudahkan Bersalin

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita melahirkan anak
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur." - Surah An-Nahl: ayat 78-80



Hamil? Susukan Bayi? Jangan Makan Peria!

Wanita mengandung atau menyusukan anak tidak digalakkan memakan peria. Ini kerana bahan aktif dalam peria mempunyai kesan terhadap rahim wanita dan boleh menyebabkan keguguran dan ia juga boleh memasuki susu ibu. - PenawaRacun Jan '07, Pusat Racun Negara, USM




Petua supaya parut jahitan bersalin licin

Lepas mandi keringkan betul-betul, sapu vitamin E dan lekat dengan plaster micropore (bleh beli kat farmasi) plaster tu ada lubang-lubang utk pengudaraan. potong pendek-pendek lekat secara vertical. so tak naik isi lebih tu (koloid). petua dr cousin ku doc. - liyana@susuibu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...