Wednesday, February 18, 2009

Susu Ibu Menjadi Kering

Satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang menyusukan bayinya ialah pengurangan atau kekeringan susu ibu. Ini berlaku kerana bayi semakin kurang menghisap yang kerapkali terjadi di kalangan ibu yang bekerja. Tekanan sama ada fizikal seperti masalah pekerjaan, atau tekanan emosi seperti kesedihan memang boleh menyebabkan gangguan pada pengeluaran air susu. Makanan ibu yang kurang khasiat dan kurang berzat juga boleh menjadi sebab. Penting bagi ibu yang menyusu memakan sumber-sumber makanan yang mengandungi banyak protein, zat-zat vitamin dan logam. Pil pencegah hamil boleh juga menyebabkan kekeringan atau pengurangan dalam pengeluaran susu.

Untuk mengatasi masalah ini perlu bagi wanita yang bekerja serta ingin terus menyusukan bayinya memerah susunya tiga atau empat jam sekali. Tentukan juga ia tidak menghadapi sesuatu masalah atau tekanan hidup di samping menentukan makanannya bermutu serta berzat.

Info diperolehi daripada HamidArshat(Pakar Sakit Puan)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...