Friday, January 22, 2010

Sara, itu bukan gurauan yang kelakar

perasan tidak? lately, entry yang aku tulis semuanya penuh emosi..tak tipu, mood dan emosi aku terbuai dari isnin yang lepas selepas terima berita sedih dari Diar.

semalam, berlaku satu insiden yang sudah cukup buat aku 'lemah semangat'..
seperti biasa, bila jam dah menunjukkan pukul 5lebih aku akan besiap-siap untuk balik.
rutin biasa yang aku lalui setiap hari sebelum terus balik rumah, aku akan singgah ke taska sara dulu.
tapi aku tak tahu kenapa semalam, aku berkhayal semasa drive kereta..sampai je simpang masuk ke rumah, baru aku terasa 'apa yang kurang dan tak kena ni?'
aku toleh ke belakang..'Ya Allah!!!!aku terlupa pickup sara di taska!'

terus aku pecut kereta ke taska..serta-merta rasa tak sabar nak tengok muka sara.
sampai je di sana, aku dapati sara dah sedia menanti di depan muka pintu taska bersama teachernya..
terus aku peluk dan dukung sara. sara seperti biasa, nampak je kelibat aku terus nak menangis..
lepas tu tangisan sara berlarutan. dia mengamuk tak mahu diletakkan dalam car-seat. aku terpaksa berkeras juga, kalau tidak macam mane aku nak drive?

sepanjang perjalanan balik, sara melalak tak sudah..aku pujuk macam mana pun tak jalan.
sampai satu saat, dia terdiam. aku tengok dia termenung.
aku assume mungkin dia dah cool down.

bila dah sampai di rumah, aku panggil nama sara. dia diam. aku gerakkan badan dia. dia keras tak begerak tapi matanya terbuka seperti sedang termenung. aku panik!!!!! sara, kenapa diam ni, mama panggil ni?! serius!!!aku betul-betul panik dan serta-merta meremang bulu romaku. aku teringat apa yang jadi pada diar. aku cuak tiba-tiba!!!!aku rasa nak meraung kat situ jugak! tak tahu nak buat apa. nak call husband, line phone kat basement parking takde. entah macam mana, bila aku jerit je panggil nama sara, serta-merta sara bergerak. reaksi dia seperti terkejut dan terpinga-pinga seolah-olah baru dibangunkan dari tidur. tak semena-mena dia menangis tak berhenti-henti. bila aku tengok dia begerak macam biasa, aku rasa lega ya amat!!!! cuma aku hairan dan tak tahu apa yang terjadi pada sara. bukan sekejap tau, tidak silap kiraan aku ada juga dalam 1-2minit badan dia tak bergerak dengan mata terbuka. kalau korang jadi aku, mesti panik juga kan???

hai..entahla..hati ni sejak akhir-akhir ni asyik berfikir macam-macam. bila dah jadi ibu ni, aku rasa 'macam-macam kerisauan' datang..teringat insiden hari isnin yang lepas. MIL aku call berkali-kali..aku sedikit terganggu sebab masa tu, aku sedang discuss kerja dengan bos. rupanya, MIL aku cuba call husband aku berkali-kali tapi tiada jawapan. dari nada suaranya aku dah tau, dia risau. sebenarnya aritu, husband aku cut so aku assume mesti dia tidur.dah tau pun peel husband aku tu, dia tak suka diganggu time tidur and if penat sangat, kita jerit pun dia tak sedar...ini pulak bunyi handphone..agaknya macam tu gakla MIL aku rasa kan bila call husband aku tak jawab-jawab..sama juga apa yang berlaku pada aku semalam, bila aku panggil nama sara, dia langsung tak beri respond.

sara..sara..kalau ye pun kamu mengantuk, janganla bergurau dengan mama..ni bukan gurauan yang kelakar nak...kamu tahu tak, semalam mama rasa separuh nyawa ni dah melayang gara-gara kamu...

*aku rasa sara mengantuk.sampai je kat rumah, dia terus terlelap..mungkin masa dalam kereta tu dia tertidur dalam keadaan mata terbuka?*

16 comments:

Azrina said...

Huh...lega sara tak apa2..seriyau betul. Sorry main terjah jer blog U hehehe.

Elyn said...

ha sara diam?? nape plak tu???

Farah said...

die tertido ke lin??

tak pernah lg afif buat camtu..tp kalau termenung tu memang selalu laa..tapi bila panggil die sedar.

mummy_adam said...

penat sgt kot.. kat taska xtido lah tu.. budak2 kalau jumpa geng, susah nak tido kan..

ezan said...

sara ni buat mama cuak je .. aunty ezan yang baca pun cuak gak..

penat sgt sampai tertido xtutup mata ek.. lain kali jgn buat lg k...

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

sapa tak kecut perut wei, anak tetibe keras gitu...entah2 dia terpukau nampak benda tak?

kata kat sara, auntie pun marah..its not funny..

Diyana Zulkifli said...

hmm,anak lin tu..ngah mamun bak org utara kata..die nangis2,pastu tetiba senyap, smabil merenung jauh 1-2 minit kan?damia memang slaloo camtu pun..saye pun masa awal dl, panik jg mcm lin.tp skang dah biasa..kekadang tu,biarkan aje..nanti die trus tutup mata tertido..heee.ngantuk sangat tu..itu yg sampai tahap berkhayal cmtu..;)

Fid said...

sara
cuba cakap apa terjadi...

lia said...

dia merajuk ko letak dlm carseat kot?

cuba sara story kat makcik2 ni, what happen actually?

yatie chomeyl said...

i baca pun berdebar2...aisyy, kalau i jd lin pon i meraung gak...risau tu

isabelle said...

uishh...tingat masa adam kena fits aritu. gila meraban i nangis2 sambil suruh mrhubby laju2 drive cari klinik.

err...nape agaknya sara jd gitu ye? lps tu x check dgn Dr ke?

ApasH said...

kalo aku pon mesti cuak giler..meraung pon ada..mintak2 xde le melalui insiden sebegitu..

sya said...

anak saya pernah juga macam tu.. tapi, dia tu memang kadang2 suka termenung.. bila kita panggil berkali2, dia sengih je.. sabar je laa..
harap2 sara tak ada apa2..

ibu_arifa said...

hiii..sara nih..buat org kecut perut tau... jgn buat cam tu lagi yer nak.

MeL said...

sara penat menangis kot. tp mestilah cuak kan bila dipanggil2 xjwb2..haih sara..sara..buat mama cuak je tau ;)

Anonymous said...

salam,

sy 1 of ur SR..dr ape yg u ceritakan ur kid seems ade sign n symptoms like child epilepsy..child epilepsy ni x semestinye ade jerking movement..a child can go unfocus for few seconds or min..for more info pls google absence epilepsy or petit mal epilepsy..ape2 pon bwk la berjumpa dgn yg pakar..tcare

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...