Thursday, January 28, 2010

kamu mudah tergoda tak dengan.....

aku memang mudah tergoda kalau cik abang pujuk rayu sikit, confirm aku jadik cair...hahaha..lepas tu paham-paham sendiri lah...kekekeke

sebenarnya, bukan itu yang aku nak tulis hari ini..semalam aku terpandang green shopping beg yang seakan-akan seperti gambar di bawah ni.

pic credit to google..

aku lupa nak snap gambar real bag tu..tapi warna beg tu pun hijau macam ni la...hehe

ada kisah disebalik green beg ni..green beg ni aku dapat free(gara-gara aku pegi giant kinrara 2-3minggu lepas tapi giant tak bagi plastic bag). promoter satu produk household yang buka booth di giant kinrara yang bagi. jangan ingat dia bagi free macam tu je k...rupa-rupanya ada agenda tersembunyi.

dia bagi aku dan husband buka voucher yang diberi PERCUMA kepada kami. hati aku berdetik....
dia maklumkan semalam ada pelanggan yang dapat free blender. nak tau apa kami dapat?
set periuk stainless steel yang berharga almost +-2k (harga aku kurang ingat..anggaran aku je tu). tak cukup dengan tu, aku dapat lagi vacum (yang boleh automate jadikan air freshner) dengan hair dryer. teruja tak kalau korang jadi aku? actually, aku langsung TAK TERUJA. nak tahu kenapa?

sebabnya, AKU DAH PERNAH LALUI PERKARA YANG SAMA SEMASA PREGNANT KAN SARA DAN KEJADIAN TU PUN BERLAKU JUGA DI GIANT YANG SAMA. mesti korang kata aku bodoh sebab tak teruja langsung.hehehe..ok, biar aku habiskan cerita aku dulu k before korang buat conclusion sendiri.

siapa tak nak dapat barang free kan? kalau boleh, dalam dunia ni semua nak free je..tapi, untuk dapatkan barang free tu ada yang perlu kita korbankan...dalam kes aku ni, jangan ingat aku boleh balik rumah macam tu je..AKU DIWAJIBKAN BELI DAPUR ELEKTRIK YANG BERHARGA ALMOST +-3K++(arga aku tak berapa ingat juga). waaaa siapa tak nak beli dapur elektrik yang bila sentuh je tak melecur kulit kita tu kan? tapiiiiii, sanggup ke korang nak keluarkan duit waktu tu juga? untuk aku yang ada-ada aje ni, aku jawab TAK SANGGUP. memangla aku ada credit card. tapi, cc tu kami guna untuk isi minyak kereta je and cc kami tak pernah ada hutang lapuk. masuk je gaji, terus bayar abis. banyak tu guna, banyak tu jugala kami bayar. kami sedaya upaya tak suka berhutang kalau tiada keperluan, nanti hati tak tenang.yang paling aku tak suka, bila promoter tu siap tanya berapa saving kami? and siap suggestkan 'ala...keluarkanla sikit saving you tu'..dalam hati aku,eh!!!!hello????awak siapa nak main arah-arah orang ni????? walau hatiku membara, tapi air muka maintain cool. kami tolak tawaran tu dengan cara yang baik dan terus beredar dari situ..

berbalik pada cerita di mana aku pernah lalui perkara yang sama seperti di atas. masa tu, aku seorang je. hajat dihati singgah di giant ontheway dari office untuk beli barang basah nak masak malam tu. bila nak keluar je after bayar tu, ada promoter chinese ni tahan aku. dia offer mug free sebab kononnya aku nye belian above 30rgt. aku pun, okla ambik je la..ingatkan boleh blah..rupanya dia ajak borak-borak di booth dia..and dia kasi aku buka voucher. buka je voucher, sama macam di atas..aku dapat periuk free yang exactly the same!!!!! waaaa masa tu aku memang terujaaa abis!!! ye la, aku tak ada lagi barang dapur even dah dekat berbulan-bulan kawin..siap aku call husband lagi tanya nak ke? tapi alhamdulillah, aku berjaya menahan diri dari godaan itu...

yang buat aku musykil tu kan..dia tak bagi kita bawa balik voucher tu. aku ada juga minta untuk bawa balik tunjuk kat husband, tapi dia tak bagi. aku cakap nanti malam aku datang balik dengan husband. dia cakap tak boleh. aku kena beli waktu tu juga. bayangkanla, bukan dia seorg penggoda aku masa tu..hampir 4orang yang pujuk-pujuk aku, siap mention ni 'rezeki baby akak yang dalam perut tu' . promoter tu siap call boss dia lagi. nak yakinkan aku la kononnya..psycho tak aku???? then aku teringat banyak kes-kes macam ni..'GORES DAN MENANG'..terus aku tolak pelawaan promoter tu.

ikutkan sape tak nak dapat semua barang-barang tu, bayar 3k+ je kan tapi dapat dapur elektrik+set periuk+vacum+hairdryer. tapi bila memikirkan aku sendiri tak yakin dengan 'jenama produk' tu, i mean from quality side la kan...plus aku sendiri tak sanggup nak bayar cc bulan-bulan..wooo tak kuasa aku laaa...husband aku ada mention, ada juga kawan dia ambik offer tu. tapi, entahla aku tak yakin. aku tak nak kena tipu. nanti aku juga yang menyesal tak sudah...pada aku baik beli barang tu mengikut keperluan. macam sekarang ni, kalau aku ada periuk tu, aku guna ke? macamla aku selalu masak..masak pun hujung minggu..hehehe...so ada baiknya aku tak terima offer tu..

korang macam mane? penah tak alami perkara yang sama macam aku ni?dan, kalau korang berada di tempat aku la..agak-agaknya korang cair tak dengan godaan promoter tu?

11 comments:

arin said...

issh..penah orang approach kami gini, tapi cuak la..takut ada udang sebalik mee..:)

shakeymirza said...

saya cukup xsuka dgn cara org jual macam tu..kalau makcik2 mesti senang je kena tipu...mak saya dulu pun pernah kena..gores dan menang..ishhh geram je...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

x pernah lagi , biasa kalo promoter aku buat dek jerk.tapi kalo barang aku nak, promoter tu x yah promote, aku beli.contohnya mop kat tesco tu.

azzamoro said...

isk setakat ni aku tak pernah kene lagi la mende2 macam ni. mintak dijauhkanla. harap tak kene pukau sudah..

eiNa said...

Same to me.. kalau org apporach mmg akan cuba elak .. malas nak layan..

Elyn said...

mak i pernah kene camni. tapi dapat hadiah kerete. mau tak teruja hati org tua tu.

dapat kat i.... kene la sebijik budak cine suh main gores2 tu. panas telinga terus blah ekekekekke

yang penting hati kene cekal kalo mende camni jadi ekekekek

MeL MikaiL said...

pergh apekah yg yg pertama itu? ;P

anyway i paling xsuka org approach utk beli2 ni. seriously klu nak i gi cari kat shop je habis cite. so klu org dtg approach i wud say 'no pls'. klu xpaham2 jgk i sound direct je hehe..

AshAnas said...

alhamdulillah, sy masih dpt kawal klu kn cmni... sy mmg xsuka bshopping... tiap2 kali mmg pntgkn kperluan brbnding hajat...

nieda said...

saya cukup tak suka org approach paksa2 mcm tu. saya rasa barang yang dia nk jual harganya tak sampai pun 3+++.

Ummi Salsabila said...

tak suka gak promoter paksa2 n hasut2 cmtu.sgt bahaya.

if sy & husband.husband sy sng tergoda.dia ada beli dapur sentuh tu plus microwave dr promoter cmtu.hage rm 4K++.ms tu smgt nak guna ms kawen.tp bl pk mahal btol.dah beli baru menyesal.

Farah said...

saya memang tolak jauh2 godaan cam ni..takut kena tipu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...