Monday, January 4, 2010

korang cemburu tak?

di sebuah rumah pada satu malam yang hening,

isteri : abang pegi mana siang tadi? saya nampak abang keluar makan kat #@%% dengan perempuan.


suami : sayang ikut abang lagi ke? abang ada lunch meeting dengan customer tadi.


isteri : abang tipu! kalau meeting, kenapa saya tak nampak pn officemate abg?? yang saya nampak abang dengan sorang perempuan tu!!!


suami : mungkin masa sayang nampak tu, kawan abang si ali tu belum sampai.kami pergi tak sama, sebab abang datang dari bank. ali datang dr office.


si isteri tarik muncung panjang sbb still tak puas hati dengan penjelasan suaminya.

dialog diatas ni saya petik dari 1 drama yg penah sya tonton last year(lebih kurangla..sya tak igt sgt exactly skrip tu). sya tonton drama ni dengan suami..sambil kami tengok drama ni, husband dan saya tak abis2 mengulas jalan cerita.memang seronok dan penuh pengajaran..

disebabkan sikap prasangka/cemburu buta sang isteri, 1 insiden yang dia amat takuti akhirnya terjadi...

memang suaminya seorang yang warak..solat tak tinggal..jujur..tapi sebabkan wajah suami yg tampan, si isteri tak tidor lena..kerja isterinya hari-hari 'skodeng' laki kat tempat kerja..apa yang laki dia buat, semua dia tau..sampaikan tanggungjawabnya sebagai isteri terabai..rumah tunggang-langgang..suami yang kepenatan pulang dari kerja rasa hampa bila terlihat atas meja hanya ada tudung saji yang kosong tanpa juadah..

suaminya tak putus berdoa pada tuhan agar Tuhan ampunkan dosa isterinya dan minta supaya hati isterinya tenang dan jauh dari segala prasangka buruk..bila si isteri nampak suaminya kusyuk berdoa, terus dia menuduh suaminya terlalu sgt banyak berbuat dosa, sebab tu solat lama sangat..si suami istighfar panjang..

sehinggalah terjadi 1 insiden dimana suaminya ditakdirkan tuhan berjumpa dengan seorang wanita cantik..tanpa diketahui olehnya bhw wanita tersebut adalah seorang pelacur...
pd mulanya dia hanya berkhidmat sebagai driver kepada wanita itu sahaja..tapi kerana selalu sgt digoda..tambahan pula isterinya selalu memberi tekanan pada suami..akhirnya suami yang alim warak ni tunduk pada hawa dan nafsunya...apa yang jadi pada isterinya tadi?

dah terlambat..apa yg ditakutinya selama ni berlaku jugak akhirnya...

pengajaran utama yg sya dpt dr drama ni..'kita jgnlah terlalu curiga/cemburu buta dengan suami. tau tak? apa yg kita fikir tu adalah 1 doa...kalau doa tersebut dimakbulkan tuhan..nauzubillah...siapa nak rumahtangga yang kita bina bahagia selama ni jadi porak peranda? cemburu tu tak salah..perlu jugak cemburu..tapi biarlah berpada..jgnlah kita terlalu mengikut kata hati..cuba kita renung dalam-dalam..."untuk membina/membentuk satu keluarga yg bahagia tu memakan masa bertahun-tahun lamanya tapi ia akan musnah sekelip mata sahaja jika kita tersilap langkah..."...paling penting dan utamanya..kita mesti PERCAYA pada pasangan kita tuh...walau tak byk tapi sedikit kepercayaan tu perlu ada pd si dia..kalau tak percaya kt dia, kt sapa lagi kita nk percaya kan?

ok itu sajalah sedikit tazkirah dari ustazah lin..renung-renungkanlah dan selamat beramal...

1 comment:

Elyn said...

hehe time kasih bg tazkirah ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...