Thursday, January 21, 2010

Muhammad Faris Taqwin dalam kenangan..........al-fatihah

alhamdulillah syukur kepada-Mu Ya Allah...kerana aku masih lagi bernafas pada hari ini...bangun pagi tadi, 1 persoalan muncul di benak...bagaimana perasaan aku sekiranya bangun je waktu pagi, aku dapati insan tersayang pergi untuk selama-lamanya?bersediakah aku untuk hadapi saat-saat itu?


that's what happend to my friend-Diar, anaknya Muhammad Faris Taqwin bin Mohammad Izad  berusia 9bulan 10hari meninggal dunia di sampingnya semasa mereka sedang nyenyak tidur....



 Muhammad Faris Taqwin bin Mohammad Izad
ingat lagi entry ni?

selepas 4 hari berlalu, baru hari ini aku dapat call diar. aku masih tercari-cari ayat yang sesuai untuk aku bercakap dengan dia, supaya apa yang kami bualkan nanti tidak akan menambah kesedihan dihatinya.

diar yg aku kenali seorang yang ceria/easy going even sometimes datang kepala angin/sengal dia tapi aku boleh 'in' dengan cara dia. dari dalam telefon tadi, aku dapat rasakan kesedihan dari suaranya yang sedikit begetar.tapi diar kuat.dia bercakap lancar seperti perbualan biasa kami sebelum ni..aku pula yang menangis dengar dia bercerita..aku kagum dengan ketabahan diar.
mengikut penjelasan diar, kematian anaknya memang mengejutkan mereka sekeluarga..kalau diikutkan, sehari sebelum arwah faris pergi, dia alami cirit birit dan demam biasa..warded sehari di az-zahra bangi tapi petang ahad tu discharge. dia aktif as usual, bermain-main mcm biasa..tapi malam isnin tu tiba-tiba arwah diserang demam panas hingga suhu mencecah 39degree. diar basahkan badan arwah dengan air supaya suhu badannya surut. luckily arwah tak alami sawan. sampai ke pagi baru lah arwah nampak ok..arwah pun tidur..bila arwah dah tidur, diar yang keletihan kerana sehari suntuk di hospital ni pun terlelap..masa tu pun dah dekat nak subuh. bila bangun je pagi, masa diar nk alihkan kedudukan badan anak nya, badan arwah dh rasa lain macam. bila kejutkan anaknya, tak juga bangun.terus diar dan suami ke az-zahra..sampai je kat sana, doktor check..luluhnya hati ni bila doktor maklumkan 'anak mereka dah lama pergi sebelum bawa ke hospital lagi'...




sebak hati aku bila diar abiskan ceritanya. doktor klasifikasikan kematian anaknya as 'infant death'. diar tak nak lakukan post-mortem utk tahu punca kematian anaknya. dia redha dengan pemergian anaknya. dia nak bagaimana sempurna anaknya lahir kedunia ni, dan begitulah juga diar nak arwah pergi menghadap yang Esa. aku benar-benar kagum dengan ketabahan diar. aku harap diar dan suami tabah. semua yang berlaku ada hikmahnya...menurut diar, arwah adalah anak yang senang dijaga dan tak banyak kerenah. air muka nya waktu pagi tu seperti seorang bayi yang sedang nyenyak tidur..yaAllah, tak dapat aku nak bayangkan. terkilannya aku tak dapat melihat arwah semasa masih hidup..


ye, aku juga penah alami kehilangan insan tersayang iaitu mak kandung sendiri..memang perit perasaan aku, lagi-lagi masa aku balik melawat mak utk kali terakhir, mak langsung tak bercakap walau sepatah. hanya dengan menggunakan bahasa isyarat mata dan tangan sahaja sbb mak terlalu letih dan sakit...dan aku terkilan kerana tak dapat berjumpa dengan mak buat kali terakhir..sewaktu mak sedang berdepan dengan sakaratulmaut, aku terlelap sebabnya semalaman aku tak tidur kerana tak henti membacakan yassin utk mak...hingga skrg rasa terkilan tu masih ada dalam hati ni! tapi, adakah aku boleh bertahan lagi kalau anak yg ku kandung selama 9bulan tiba-tiba pergi meninggalkan aku sekelip mata???sukar nak aku bayangkan. bila sara sakit pun aku dh panik/sedih/bengang/tertekan...taktaulah kalau-kalau...nauzubillah...tapi aku kena terima hakikat, kematian itu satu perkara yang sudah pasti. cuma ketika dan waktu yang kita tidak tahu. soalan aku, adakah korang juga bersedia utk berdepan dengan situasi seperti ini???renungkanlah.....

al-fatihah untuk arwah baby faris...

26 comments:

sarah kalam said...

ya allah,besar nye ujian kawan akak tu...
xdpt nak bayangkan...
die sgt kuat..
i sgt sedih....

Anasfadilah said...

Ahli syurga itu pasti..

eiNa said...

al-fatihah....

ps: baru jugak terima khabar anak kawan meninggal lepas survive 58 hari dlm NICU..premature baby dn dpt jangkitan peparu ..

ezan said...

alfatihah... sebak sgt baca entry ni.. kalo ezan la.. nauzubillah.. xtau camna nak hadapi..

anaknya setia menunggu di syurga... amin...

Yan said...

takziah buat kawan awak..
sebab tula dulu masa Qistina masih baby.. yan agak paranoid.. klu dia tido.. yan mesti nak pastikan dada dia berombak ke tak.. klu yer.. means dia masih bernafas.. barula yan sambung tido semula.. sebab selalu dengar berita kematian baby macam ni..

Nieza Ishak said...

seorang lagi ahli syurga ..

al-fatihah

CatlinaFly said...

al fatihah..kalau boleh biarlah my baby dah besar dah berdikari, baru sy "pergi"..biarlah kita pergi sebelum dia...amin..tapi kematian itu qada' dan qadar Allah, kagum dgn kwn lin yang tabah tu, semoga dia senantiasa dimurahkan rezeki amin...

mummy_adam said...

al-fatihah..

precious innocent said...

al-fatihah.. sebak dada.. xleh tulih byk.. teringat kat ryan & sweetiebaby..

-mama emma®-

mariaariffbaby said...

alfatihah to baby faris

huhuhuhu

saya dah meleleh air mata dear
ish..saya tak sekuat ur friends if it happen to me!

MeL said...

takziah buat keluarga diar..sedihnya!

Mrs. Adz said...

Ya Allah..sedihnya baca..memang tak dapat digambarkan perasaan ibu yang menghadapinya..berat tul dugaan..

moga family arwah,dapt mengharungi semua ni..takziah..

Anonymous said...

Teringat gelak tawa, manja dan keletahnya
buat saya rindu

bila jumpa baby orang lain
saya ambil peluang lepaskan rindu
anak orang saya peluk,cium
rasa macam anak sendiri

ada sorang autie beritahu saya

'Auntie dah hilang ibu, ayah dan anak...tapi hilang anak yang paling pedih..
hanya kita yang rasa, dan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata
hanya yg alaminya saja tahu...."

benar kata auntie tu

namun saya percaya roh anak saya bantu saya, berikan kekuatan utk ibunya

saya ziarah pusaranya...
masya allah wangi semerbak...
kuasa Allah

saya bersyukur telah berpeluang menjadi ibu
meskipun seketika
namun status saya tetap ibu
anak saya juga harapnya sedang bahagia bermain-main di syurga

itu yang menenangkan hati saya

semoga arwah ingat pada saya di akhirat kelak

kasih sayang saya padanya kekal hingga akhir nyawa

grenlina said...

hi lin. sy ni kwn diar (min) mase kat uitm. satu kelas. ade jugak dgr psl anak dia dr dana tapi taktau puncanya.

allah lebih sayangkan dia.

semoga min tabah menghadapi dugaan ni. tak dpt dibayangkan kalo mende ni jd kat sy.

anyway, link ur blog to mine.

Elyn said...

ya allah dugaan nyer... speehless!!

Azrina said...

ermm sebak!

Farah said...

besar sungguh dugaan ni..sorry lin..aku terlambat sikit baca entry ni..salam takziah untuk kawan ko dan semoga roh anaknye di cucuri rahmat.

Farah said...

besar sungguh dugaan ni..sorry lin..aku terlambat sikit baca entry ni..salam takziah untuk kawan ko dan semoga roh anaknye di cucuri rahmat.

Farah said...

besar sungguh dugaan ni..sorry lin..aku terlambat sikit baca entry ni..salam takziah untuk kawan ko dan semoga roh anaknye di cucuri rahmat.

Farah said...
This comment has been removed by the author.
yatie chomeyl said...

semoga kawan lin tabah menghadapi kehilangan besar ini dan semoga ganjaran buatnya menanti si yurga kelak. amin

Malicious Mind said...

Dana: hi lin, baru dapat baca blog ni daripada grenlina .. barula saya tahu cerita yang sebenar dari blog lin ni. saya juga kawan diar kat uitm. mudah mudahan min tabah hadapi ujian allah.

lia said...

Al-Fatihah buat arwah & semoga kawan ko tabah...

aku sebak ;(

isabelle said...

sob..sob..
i never tot if it were to happen to me.nauzubillah...

Oyis said...

inna lillahi wa inna ilaihi rajiun... sedih sgt entry ni.

rasanya dlm byk2 dugaan yg Allah beri, mungkin kematian anak adalah yg terberat. takziah dan simpati dari saya.

@e_da said...

Ya allah tak sanggup sy baca entry ni.. sesungguhnya diar sgt tabah.. moga hidupnya dilimpahi rahmat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...