Wednesday, January 20, 2010

reaksi apabila doktor mengesahkan diriku menghidap penyakit kritikal..

caution : this entry is written based on my own experience.if there is a relation with you, it just only by coincidence....

i can still recall that moment..masa tu aku masih teruja bila doktor mention yg aku pregnantkan sara. siapa tak seronok dan tak sabar nak jadi 'ibu'....

tapi, tak sampai 3hari khabar gembira tu aku terima, again doktor inform aku menghidapi ovarian cyst. masa tu, ilmu aku tentang penyakit ni pun cetek..but thanks to google. byk info yg aku dapat tentang penyakit ni. mungkin korang akan kata, 'alah..itu bukan critical illness'...tapi, pada aku itu pun dh cukup 'menggugat ketenteraman' hidup aku..aku hendak kongsi cerita aku ni bersama mereka yang mungkin senasib dengan aku..sebab aku juga penah lalui 'saat-saat genting' seperti mereka..

especially the night before nak kena operate esoknya tu. aku tak lena tidur. even aku yakin doktor beri jaminan both me and baby selamat. but still ada percentage utk aku alami keguguran. itu buatkan aku betambah rasa tak tenteram. tak henti-henti aku mengaji quran malam tu..call husband nk dptkan moral support..sedih bila tinggal seorang diri kat hospital(nasibla dpt treatment kat gov hops takley berteman nak buat macamana).

OT start dari 8am and aku tak sedar abis pukul berapa sebab sepanjang operation, aku totally tak sedar diri. aku sedar pun bila diri dah berada dlm wad and husband datang cuci/kesat mata aku..taktaula either aku menangis/tahi mata betepek kt mata ni..and 1st thing aku tny, baby macamana? husband aku pun tak tau....tak lama lepas tu, doktor inform aku dan baby selamat..syukur alhamdulillah...

actually bukan itu yg aku nak share dengan semua orang. but, aku nk share 'feeling' aku masa tu. the 1st thing yang datang dalam minda aku masa doktor bagitau aku dpt penyakit tu...'aku dah tak boleh hidup lama ke?' betubi-tubi aku tanya doktor tu apa risiko penyakit aku? sampai doktor tu tension nk explain aku sedetail-detailnya..doktor bagitau sakit tu tak bahayakan aku dan baby, tapi risiko semasa pembedahan (mungkin berlaku mild contraction boleh akibtkan aku keguguran, atau masa operate tu diorg jumpa byk lagi cyst kt rahim aku???silap hb aku kena csect!!!). balik rumah aku menangis sampai husband pn naik risau..mana tak sedih, aku baru je kawin tak sampai 2bulan masa tu....surela macam-macam -ve thinking yg bermain dalam kepala otak aku ni. luckily doktor bagi mc seminggu. kalau doktor tak bagi pun, silap hb aku el je.

weh, separuh semangat ni dh melayang tau tak?tak kuasa dah aku nak fikir pasal hal lain. pasal kerja pun aku tanak amik port sangat even aku tau aku baru je pegang jawatan sekarang ni tak sampai 1year tapi tiba-tiba dh ada penyakit ni. ye la of coursela bila kita bekerja ni nak dapatkan 1 kepuasan especially when we get a good recognition from the boss, but masa tu aku dah tak fikir semua tu!!!

the only priority aku masa tu is my family terutama husband aku yang baru je sah jadi suami aku tak sampai 2bulan (walau kami berkawan dh dekat 8tahun!). hipokrit ke aku? tak!!!! masa tu, aku memang tak hirau dah pandangan org lain..dah tak fikir dh..'apa la bos aku nye 1st impression kat aku ni..asyik2 el je..asyik2 mc je'..tapi, aku hanya fikir 'kebahagian aku dan keluarga aku'. aku nak spend masa yang ada ni dengan husband aku. aku still ingat pesanan aku kat husband, esok kalau ayang takde, kebumikan ayang sebelah kubur mak tau. sampai macam tu sekali aku fikir. sebab aku rasa macam aku nye ajal dh nak sampai. apa yang aku fikirkan masa tu..'i want to enjoy this life as long as i live'.

maafkan aku kalau statement aku ni agak kasar bunyinya dan mungkin akan menyentuh hati dan perasaan korang. tapi, aku tanak korang jadi hipokrit. be yourself!!! jangan hiraukan 'apa pandangan orang terhadap kita!' kita sakit bukan dibuat-buat..kita sakit ni pun bukan kita minta, tapi dah ditakdirkan Allah. kita kena redha dengan realiti dan suratan yang Allah tentukan dalam hidup ni. ingatla..kalau kita sakit pun, sapa yang ambil berat? sapa yang akan susah hati? sapa yang akan jaga kita? majikan kita ke? tak kan??? majikan kita setakat mampu membantu seadanya la..dont push yourself too hard! kalau tak sihat, take a break. jgn terlalu fikir nak give the best to others kalau itu sahaja tahap kemampuan kita..esok kita sakit terlantar, adakah segala pujian tu dapat membantu kita? ye..aku paham, mesti la kita nak tinggalkan satu ingatan yang bagus je pada majikan kita, tapi pada aku biarlah berpada. esok-esoknya pun, sudah tentulah mereka yg paling rapat dengan kita iaitu ahli keluarga sendiri yg lebih take care diri kita..so, why not kita guna masa yang ada ni untuk dihabiskan bersama dengan keluarga kita. aku penah terfikir tau, nak keluarkan semua saving then pusing satu dunia, beli apa yang aku idamkan selama ni then dalam masa yang sama aku cuba nak gembirakan ahli keluarga disekeliling aku. supaya masa aku dah takde nanti, aku hanya meninggalkan mereka dengan satu memori yang manis untuk mereka kenang sepanjang hayat....

aku harap apa yg aku tulis ni dapat membuka mata mereka yang senasib dengan aku(dulu)..kita perempuan ni memang high risk group utk alami penyakit kritikal ni. aku rasa kalau aku tak kawin, sampai sudah aku taktau aku ada ovarian cyst.hm...tapi ajal dan maut ditangan tuhan..ada juga mereka yang menghidap barah otak tetapi meninggal dalam kemalangan. kalau dah sampai janji kita dengan Tuhan, takde siapa dapat menghalang..same what happend to my friend yang baru kematian anaknya. nanti aku update kisah anak kawan aku tu.

*aku masih ingat..arwah mak aku dulu disahkan dapat hidup selama 3thn je (pneumonia), tapi mak aku hanya mampu bertahan selama 2thn setengah sahaja. masa arwah mak aku pergi, setitik air mata pun tak keluar.it doesnt means aku tak sayangkan dia..tapi aku terima dan redha kerana aku tak rela tengok mak aku menderita. dari melihat mak aku terseksa menanggung kesakitan, lebih baik mak pergi andai itu yg terbaik dariNya.*

*to all..andai esok kita tidak bersua lagi, aku pohon kemaafan dari kamu semua.*

6 comments:

IyouweBlog.com said...

i faham perasaanmu....take care!
nanged u. nang this and Stop using Internet Explorer now!!!

Anasfadilah said...

beramal umtuk hari ni macam kita akan mati esok

terima kasih ingatkan saya..

kita el bukan buat2,nak buat mcm mana dah sakit

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

i faham..i even got my own personal exp. tp i mula sakit even b4 ada miya. time tu br kawin. its kidney related & anytime boleh kronic kalo tak jaga betul. mmg susah hati sgt.

time pregnant makin susah hati & kidney selalu dehydrated/weak time tu.

tp instead benda tu jd something yg buat i lemah, dia bg i semangat. so mmg each day i life to the fullest & make sure happy sentiasa. then i realize, kalo i happy & sentiasa jaga diri ni, jarang sgt kidney buat hal.

so happiness is the key.

http://green-earthz.blogspot.com said...

Dsini aku cuma nak share produk kesihatan iaitu pad herba FC BIO SANITARY PAD.Dah ramai pengguna yang memakai pad herba ni mampu merawat penyakit spt ovarian cyst.Aku ikhlas share kehebatan produk ni . Ramai yang tak caye pasal pad herba 100% kapas ni .Leh call aku apa perbezaannya dengan pad lain. Terpulang pada anda nak percaya atau tak. Aku sekadar nak tolong.

h4ni3 said...

salam kenal lin

last time saya pun ada ovarian cyst. tp nasib baik tak ganggu pregnancy. kebetulan bersalin pun cs, terus buang skali cyst tu. perasaan masa tau? sama jer mcm lin. hehe

Am said...

sama la perasaanya mcm am sekarang tp xtau nk cakap mcmana(mcm lin tulis kot..) sedih, risau, muram...cuma skrg bila tau ramai yg recover safely wpun pregnant ada la rasa relief sket...sangat berdebar nk tunggu result ujian darah (analysis tumor) n bape besar cyst tu skrg...

thanks for sharing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...