Sunday, February 28, 2010

speechless..

aku kehilangan kata-kata bila tengok berita 2ari yang lalu..
boleh dikatakan skrg ni, tiap-tiap hari berita di tv keluar tentang kisah anak-anak kecil/bayi..didera..dibuang hingga mati..

hanya Syurgalah tempat arwah...

binatang itu..layak di mana lagi?..korang sendiri faham-fahamkanlah...tak tahu nak letak di golongan mana orang macam tu...tak belaskah? ibunya? mana hilang rasa sayang kamu? tahu sedap 'main' je..tapi bila ada anak, kamu abaikan dia...ni lah tanda runtuhnya moral dan akhlak mereka.. sungguh! mereka tak layak digelar 'manusia'...


al-fatihah buat arwah adik syafiyyah...

*tak dapat bayangkan saat arwah didera dan merayu supaya tidak dipukul oleh binatang tu*

Thursday, February 25, 2010

Pasta ayam chunky

Menu ini sesuai untuk anak berumur 9-12bulan keatas. aku pernah buat untuk sara. dia suka, tapi lama kelamaan dia jemu..sebab ada cheese tu agak muak kot.

Bahan-bahan:
1. 125gm pasta (rebus dan toskan)
2. Sedikit Mentega
3. 2 ulas bawang putih cincang halus
4. 1 biji bawang besar cincang halus (sebaiknya guna yellow onion)
5. 200gm isi ayam potong kecil
6. 1/2 kotak kecil fresh milk
7. 30gm cendawan butang/mix veggie
8. 1 keping kraft cheese

cara menyediakan:
1. Rebus pasta hingga lembut dan toskan.

Sediakan sos ayam chunky
1. Basuh ayam tanpa tulang(sebaiknya breastpart) dan potong kecil/guna mince chicken meat pun ok.
2. panaskan kuali dengan api sederhana dan cairkan mentega, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
3. masukkan isi ayam dan kacau sebati.make sure ayam dah masak.
4. hiris cendawan nipis2.
5. setelah ayam empuk, masukkan fresh milk, cheese dan diikuti cendawan butang. kacau rata, make sure api kecil.
6. masak hingga pekat.
7. sedia untuk dihidang dengan pasta.

Kebaikan menu ini:
Pasta mengandungi khasiat protien dan karbohidrat yang diperlukan oleh bayi. strukturnya yang lembut memudahkan anak menikmati hidangan dengan penuh selera.penyediaan sos yang pelbagai dan tidak pedas membangkitkan selera si kecil. elain ayam, anda boleh guna tuna atay ikan lain yang banyak isi.

resipi ni sama je macam baked macaroni cheese yang aku pernah letak kat sini dulu.cuma bezanya untuk sara ni aku tak bakar.

baked macaroni cheese

KALAU KITA SAYANGKAN RASULULLAH SAW, APA BUKTINYA?

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

bila dengar/nyanyi lagu 'Junjungan Mulia' ni terasa syahdu dan meremang bulu roma aku..Aku masih ingat kenangan dimana aku mengalirkan air mata sewaktu menyanyi lagu ni semasa konsert di sekolah waktu kecik dulu..Besar manakah kasih aku kepada Rasullullah SAW? Apa tanda aku cinta Rasulullah SAW? Kata-kata ustaz dalam ceramah maulidur rasul yang baru aku hadiri baru-baru ni bermain-main dalam minda...

'KALAU KITA SAYANGKAN RASUL, APA BUKTINYA?
KALAU KITA SAYANGKAN RASUL..LIHAT SOLAT KITA..SEMPURNAKAH SOLAT KITA?
KALAU KITA SAYANGKAN RASUL, BANYAKKANLAH MENGAJI AL-QURAN..
KALAU KITA SAYANGKAN RASUL, INGATLAH MATI..
SEPERTIMANA RASULULLAH SAW YANG TELAH WAFAT MENINGGALKAN KITA 1400 TAHUN YANG LALU..'

Memandangkan malam ni malam jumaat, dan esoknya Maulidur Rasul so aku minta marilah kita semua sedekahkan bacaan yassin dan tahlil buat junjungan besar kita, NABI MUHAMAD SAW.

breakfast sara pagi ini: sandwich telur

menu ni aku buat pagi tadi untuk sara bawak bekal ke taska. nampak macam dia suka je makan. dia dah jemu makan roti telur goreng tu. so aku try pula resipi ni..menu ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 12-18bulan dan keatas...

ni resipi asal. cuma sayur tu aku ganti dengan carrot, itu je stok sayur yang ada kat rumah. lagipun sara memang suka carrot.bolehla kalau korang nak cuba.

Bahan-bahan:
4keping roti sandwich
1biji telur
1sudu kecil mentega/marjerin
1sudu besar mayonis.
1biji tomato hiris nipis
1/2biji timun hiris nipis
1/2biji bwg besar hiris halus
1/2 biji carrot hiris nipis (aku cincang je carrot lg senang sara nk mkn)
50gm sayur salad

cara menyediakan:
1.Pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
2.Panaskan kuali leper dengan api kecil. Cairkan marjerin. Seterusnya, tuang telur tadi ke dalam kuali dan kacau sebati.
3.Selepas beberapa minit, angkat telur yang telah berwarna keemasan.
4.Gaulkan telur tadi dengan mayonis.
5.Sediakan roti dan letak telur dicampur mayonis tadi bersama salad, tomato, timun, carrot. Tutup dengan sekeping roti lagi.
6.Belah roti menjadi bentuk segitiga.
7.Hidangkan menu ini untuk sarapan pagi atau minum petang. Walau ringkas tetapi penuh berkhasiat.

end product..tada~


sara makan penuh selera..siap tunjuk peace lagi.hehe

Wednesday, February 24, 2010

Qaisara si jantung hati

kenapa aku letak title entry sebelum ni..'tips untuk ibu berhati kental?'
jwpnnya...'menyusukan anak bukan satu perkara yang mudah. untuk meneruskan penyusuan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang ni, banyak rintangan dan dugaan yang kena lalui..itu tak termasuk dengan 'kata-kata' manis dari mulut orang sekeliling..sebab tu hanya yang keras hati+degil+keras kepala je sanggup sahut cabaran'...

ops..jgn salah paham,aku tak kata yang tak susukan anak tu 'looser' ok. cuma aku nak tekankan kat sini, if betul-betul nak menyusukan anak, mental dan emosi kena betul-betul jaga. dahla, cukupla aku tak suke nak becakap menda ni details. kang ada yang menyampah.hahaha..aku bukan nak bebel pasal tu sebenarnya.hehe...

ni aku nak berceloteh pasal si sara..lately banyak sangat dia nye keletah yang menggelikan hati kami kat rumah tu. pastu, kat umah tak sah kalau sehari aku tak membebel..bukan aku bebel marah..tapi aku menjeritla bila tengok peel sara yang alahai...tak tau nak cakapla...

  • aritu dia cabut pokok bunga aku..amik ko.dengan akar-akar sekali tercabut. pastu dia boleh bantai gelak sakan. nak nangis aku tengok pokok kesayangan aku tu...huhu
  • bila kitorg sebut 'quack-quack', tangan dia tu cepat je kepak-kepakkan macam itik tu...siap wat bunyi 'ak..ak..ak...ak'
  • ada sekali tu, husband aku sebut korek idung..entah cmne, spontan je jari telunjuk dia masuk dalam idung..adeh..deh..
  • gigi dh banyak dah...skrg ni 4gigi taring nak keluar..kiri kanan atas bawah..tu sbb kot dia nak menggigit orang je skrg ni..
  • bila tengok orang besiap-siap nak keluar, kelam-kabut dia gi kat rak kasut ambik kasut dia..minta suruh pakaikanla
  • daya ingatan sara kuat. ada sekali tu dia selongkar beg aku sebab dia tau aku simpan botol air masak dalam tu. mulanya aku hairan gak apala yang dicariknya..hahaha
  • kalau nak air tu, mulut bising je sebut 'aeeee...aeeee..aeee'. memula aku blur juga.apela minah ni bebel. bila aku tunjuk botol air, baru aku paham laaa nak air rupanya.hahaha
  • ni peel baru dia..kalau nak nenen tu, mulut tu muncung tak sudah..nk sebut 'ucu/susu' tapi tak tekeluar..so yang pegi dulu 'muncung mulutnya'..hahaha
  • terlebih peramah,semua orang dia nk tegur. ada sekali tu, mamat tu tengah amik order, boleh si sara ni muncungkan mulut kat waiter tu..adeh,nasib baik kecik lagi.esok-esok dah besar ko buat cmtu kat lelaki, mama kerat muncung mulut tu sara....
  • kalau kita marah dia sebut 'aiyooo..taktau', dia siap goyangkan satu jari tangan dia kat kita, konon-konon kita yang salah.adeh..saba je la..
  • bila suruh diam..sebut 'syyhhh', laju je jari telunjuk tu dia letak kat mulut.
  • aritu aku ajar dia solat. disebabkan tabiat dia suka sangat ganggu aku solat(suka berdiri depan aku). sudahnya dia bantai sujud depan aku. ada sekali tu siap angkat tangan lagi cam orang berdoa. ni mesti tengok papa dia selalu wat camtu.
  • skrg ni nak makan tanak org suap. belagak nak makan sendiri. kalau tengok kami makan atas meja, dia pun sibuk nak join sekaki.
  • kalau dia cium papa dia, dia akan cium aku sama. mesti nak adil! pandai dia tanak kami kecik ati.hehe..
  • asal naik kereta je mesti nak duduk kat tengah-tengah. atas handbrek. bahaya nak oiii!!!
  • kalau aku tanya mana mulut, spontan dia muncungkan mulut tu semuncung-muncungnya..
  • sebut peace, dia tunjuk simbol peace tak jadik.keliru jari mana yang betul..
  • suka berdiri sambil letak tangan kat belakang pastu bejalan cam 'mandur'..ni aku tau, dia ikut 'tabiat' kakak aku.hahahaha..
  • asal jumpa orang je, mesti nak salam. even skrg ni pun, asal nak balik school je, mesti dia salam dulu teacher2nya...nak cakap tq tak reti lagi.hehe..ni aku yang ajar.alhamdulillah, dia dapat ikut.
  • kalau dia nak wt satu perkara tu, mesti mata tu tengok kita dulu sambil sengih 'ada makna'..dalam diam tangan dia tu merayap.adala akal dia tu...
  • asal celik biji mata je, main..selagi tak penat...main je la kejanya...klu tak layan dia, nanti mama dia yang jadi mangsa buli.huhu
dan banyak lagi la peel sara..tak tertulis kalau nak tulis kat sini..pendek kata, tiap2 ari ada je la peel baru yang dia akan tunjuk kat kami..pastu tiap kali dia wat cmtu, mesti aku rasa sayu je hati..'dah besar anak dara aku..dulu letak je atas katil, dudukla situ tak begerak-gerak selagi tak diangkat, sekarang ni..hm.....' huhu...

tips untuk ibu yang berhati kental!

sungguhpun nama panggilan aku di rumah adalah 'nona' tapi aku bukanlah penonton setia rancangan 'nona' tv3. so last weekend, sedang aku santai melepak depan tv, tangan ni pantas nak tukar ke channel lain...tapi hasrat hati terbantut bila dengar 1 statement keluar dari mulut maya karin(sejak bila dia ni jadi pengacara nona ni?)....

'dengan menyusukan bayi, anda dapat mengembalikan bentuk asal tubuh badan' (lebih kurangla ayat dia tuh..) terusla aku tak jadi tukar channel..mesti nona nak share tips/petua nak kuruskan badan...

tapi..aku silap..bukan itu focus topik nona aritu....actually, nona kasi TIPS PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA...oklah tu..sebab aku memang tergolong dalam kelompok ibu-ibu tuh...so here aku ringkaskan tips yang aku dapat dalam rancangan nona tu untuk dikongsi bersama ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka nanti.....

Persediaan Untuk Ibu

1.Elakkan stress kerana boleh menjejaskan hormon prolaktin yang membantu dalam penghasilan susu ibu.
2. Stok bekalan EBM untuk diberikan kepada bayi sepanjang ibu bekerja perlu disediakan at least 3minggu sebelum bekerja.Boleh rujuk entry aku yang ni-Stok EBM

stok EBM sara

Persediaan Untuk Bayi

Latihan kepada bayi perlu dilakukan at least 3 hari sebelum bekerja. Rujuk step berikut:
1. Ibu perlu bangun seawal yang boleh, saranan jam 5.30pagi.
2. Terus susukan bayi walau bayi sedang tidur/mamai.
3. Selepas tu, ibu boleh lakukan kerja rumah (siapkan breakfast, siapkan anak ke sekolah ke..etc)
4. Bila bayi sudah bangun, berikan susu perahan kepada bayi mengikut tempoh waktu ibu bekerja (contoh 8 jam), jangan direct breastfeed bayi sepanjang waktu tersebut walau kita ada di rumah semasa latihan dilakukan.

5.Cara memberi susu perahan kepada bayi seperti berikut:
  • Minta bantuan orang lain(maid/husband/penjaga bayi) untuk pangku dan beri susu kepada bayi.
  • Beri susu dalam feeder cup/sudu(atau boleh guna botol bersudu macam dalam pics bwh nih) untuk elakkan bayi confuse dengan nipple ibu.

feeder cup


bottle with spoon

Ini tambahan aku ye..sbb doktor tu tak cakap details..
  • Catatkan jumlah susu perahan yang bayi minum setiap kali diberi. Tujuannya supaya ibu dapat mengagak jumlah stok yang diperlukan bayi semasa ditinggalkan pada pengasuh.
  • Beri susu mengikut jadual. nanti aku upload contoh jadual yang aku pernah guna utk train sara masa kecik dulu. kena selongkar kotakla jwbnya..huhu
  • Ibu boleh pam susu seperti biasa mengikut jadual sepertimana sudah naik bekerja kelak. Boleh rujuk entry-jadual perahan
harap entry ni dapat memberi panduan especially untuk azza yang nampak semangat waja sungguh nak bf 2nd adik airyl nanti.. aku sokong ko 100%!

oh..by the way, as usual lah kan, nona mesti akan masukkan celebirty diorg gak dalam program ni..so ada gakla terselit seorang personality tv3 yang juga bf mommies..you guys boleh check blog irin putri azmi.

Tuesday, February 23, 2010

sara cirit birit

tak tau mana silapnya..hari ni je dari pagi tadi dah 4x sara berak.. pulak tu cair..aku sedar pun bila dia merengek2 panjat badan aku...bila tesentuh je pampers, tengok bocor kat tepi..berak air..

patutla kasi makan pun pagi tadi dia makan sikit..lepas tu buang/luah balik..
lunch tadi aku masakkan nasi ayam..baru je makan 3-4suap dah tak nak..sudahnya dia ratah ayam je..lepas makan, kasi ubat demam ngan multivitamin....skrg ni dia dah zzzz....dapatla aku rehat jap...hm....

kalau dia still berak cair lagi, petang ni kena gi klinik lah....takut berlarutan pulak kan....macam2la sara....jarang sakit tapi bila sakit tu semua datang serentak....hm...hopefully mlm ni dia okla sikit..bolehla esok dia gi nusery cm biasa.....nanti lama tak gi nusery, sure dia cikgu dia tanya mana dia hilang...huhuhu

menu harian sara

ni antara menu yang selalu aku bagi kat sara...
  • roti telur(goreng)
  • roti bakar dengan cheese
  • nasi putih...nasi ayam..nasi goreng cina (fav dia.boleh mkn half pinggan saiz sederhana tu).
  • pasta (goreng dengan ayam+mix veggie+cheese), baked macaroni cheese (freshmilk+pasta+ayam+mix veggie)
  • lauk yang aku biasa kasi dia makan : ayam goreng(ni memang fav dia,dia boleh makan 2ketul drumstick.- dah macam upin ipin gayanya), sayur carrot, kacang hijau dll..telur goreng, ikan goreng, sup ayam
  • selain susu ibu, aku juga kasik sara makan yogurt (ni fav dia), susu kotak dutchlady perisa choc ngan strawberry, susu yes, susu soya(minum sikit je), milo kosong.
hm..ada cadangan lagi tak?
azza- antara cadangan menu yang ko suggest dlm comment tu semua aku dh penah kasik kat sara....dia makan banyak. tapi mslhnya, dia lasak. aku tak surela..maybe kadar metabolisme sara ni tinggi. kalau ikut history family husband aku..diorg semua kurus tinggi, tapi makan kuat.pastu badan tak gemuk pun (kecuali husband aku la...hehe)....

ada cadangan tak untuk menu lain utk aku try bagi kat sara selain dari atas tu...

bila berat sara tak naik, aku dipersalahkan..

aku bersiaran dari rumah...arini el menjaga sara. lepas jab semalam, dia demam panas pula...pastu nak memerap je dr malam tadi..serba tak kena..kasi mkn pn dia tak berapa nak makan...hai, makin susah hati aku dibuatnya...

update checkup semalam..berat sara maintain from last month (8.7kg je). kat chart tu, masuk line kuning balik...aritu dh ok..then ape lagi. dengarla nurse tu membebel..aku just dengar, masuk telinga kanan..keluar telinga kiri..siap kasi multivitamin lysine la...and dia suruh aku kasik anak aku makan sosej...nugget...hm...aku terfikir kejap..bukan ke nugget dan sosej tu dikategorikan fastfood? and bukan ke fastfood tu tak bagus untuk kesihatan? actually aku ada juga bagi sekali sekala, tapi aku tak nak jadikan habit.. nanti aku takut sara reject tak nak makan nasi langsung..macam kes anak sedara aku langsung tak nak jamah nasi. menu hari-hari ayam goreng je(tapi ayam goreng ok lagi dari makan nugget)...nanti aku cerita kisah anak sedara aku tu ye kat lain entry...

aku teringat, ada seorang ibu pernah ym aku dan bercerita tentang masalah anaknya yang tak nak makan nasi langsung. anaknya hanya mahu makan nugget,sosej sahaja...bila kasi nasi je, dia muntahkan balik....dlm erti kata lain, anaknya hanya makan fastfood je. isk, takkan nak kasi anak makan makanan macamtu je selalu..unless nugget tu fresh made dari ayam segar yang kita beli kat pasar tu kan. ini frozen nugget...hm....kalau ada yang expert dalam bab pemakanan ni, sila la jelaskan kat aku..mana tahu, aku yang silap faham..

kebetulan ibu yang sebilik dengan aku semalam pun checkup anak dia juga. kecik macam sara...berat anak dia pun masuk line kuning..aku dapat menangkap satu statement dari nurse tu pula..'ooo..anak bila dah masuk 6bulan, awak kena campur FM. tak cukup susu ibu je'....

wah lagi sadis...aku tak pernah pula kena sound macam tu. cuma lawatan 2-3kali sebelum ni je nurse bising kat aku sebab berat sara yang static dan naik sikit je...entahla..aku bukan tak kasi sara makan tau. tiap-tiap ari mesti bekalkn breakfast untuk dia..macam semlm, aku bekalkan bihun goreng. dia makan banyak. teacher pun cakap cmtu. sara makan banyak kat taska. cuma susu je kurang. susu ebm aku bekalkan maximum 2botol..ada masa 3botol..tapi berusik just 1 botol. air masak yang dia banyak minum. dia lebih prefer direct feeding dr aku..hm...entahla...aku malas nak ambik pot dah leteran nurse tu. janji aku tau apa yang terbaik untuk anak aku. bukan aku tak kasi dia makan langsung. dia nak judge aku mak yang kejam ke ape ke, lantak dia la....kalau dengar juga cakap orang ni, buat hati sakit je buat ape kan...so telankan je la...

Monday, February 22, 2010

Mari mengenal haiwan

memang aku dah lama sangat berhajat nak bawa sara gi zoo. nak kenalkan dia ngan animal. selama ni dia tengok dalam buku ngan tv jek..so this time kita tunjuk real punye. so, masa balik perak aritu.last minute malam tu aku ajak husband datang sini. and kebetulan 2anak buah aku pun join balik kampung. betambah seronokla sara sebab ada 'geng'.huhu..

so..here some photo's masa we all jalan-jalan taman mergastua sultan idris shah taiping time balik kampung aritu.... ada sape tau tak kat mana taman ni?



hehehe...aku rasa mesti ramai taktau kan?but if aku sebut 'zoo taiping' surely u all akan sebut..'ooooo'...hahaha)

kera/monyet? (aku pun tak pasti..) jinak sangat..but carefull..jgn pegang any foods stuff dkt dia..nanti dia akan terkam korang.hahaha...time ni dia tgh selongkar tong sampah.huhu


sara takut ngan anak monkey (kot?) ni..hehe..sorry, aku tak ingat.haha


belakang tu i think ungka putih or hm..tak ingatlah.hehe

kenalkan..cimpanzi.hehe


there...elephant..mulut sara tu tenganga sbb sebut 'aum'..(again..dia confuse bunyi tiger dengan animal lain..hehe)

more photos, sila ke facebook aku.hehe

'duck' yang comey

lately budak kecik ni dah pandai wat macam-macam aksi. ketawa besar kami dengan keletah dia..

paling kelakar bila dia 'kepak' kan tangan masa papa dia wat bunyi duck..'quack-quack'..
tak caya tengok clips bwh ni..


video

siap wat simbol peace lagik..still keliru nak guna jari yang mana.hahaha..




bunyi animal yang dia pandai tiru..'aum'..nampak tiger..'aum'..nampak lion..'aum'
nampak cat pun 'aum'...aish..ehehe..

Friday, February 19, 2010

mak kempunan dik non!

lepas baca entry ni kat blog kak fid,
terus aku ajak opismate terjah restoran baser
tapi sampai jek sana dengan perut keroncong tuh, sekali restoran TUTUP.

warggghhh meroyan mak kejap!kempunan nk mkn nasi ayam baser..huhu

end up jalan depan sikit nampak restoran BANDAR PUTERI.
tapi sebab aku nampak menu 'hainan chicken rice' so selamba kodoknye masuk gakla even aku tengok dalam tu lengang jek...tak ramai pelanggan

baru je amik order, sekali ramai la pulak customer datang..
memang muka kami ni muka pembawak rezeki (oh..lupa nk bagitau, aku gi ngan cik ana-juga silent reader blog aku ni.hehe)..

kenalkan ni cik anna..sure ada kwn-kwn blogger kenal dia kan?hahaha...

kami order 2 set H (nasi ayam hainan, mango salad, ice lemon tea). murah je RM8.90

tak lupa tapau nasi ayam hainan sebungkus utk husband(RM6.90..mahal! nasi ayam baser baru RM4.80!..jauh sungguh perbezaanya tapi rasa tak surela mana sedap lagik..). lagipun, aku dah janji nk tapau nasi ayam baser...takpela bang, janji nasi ayam jugak.hehe...

komen aku..'aku rasa tak brp nak kena ngan tekak aku..sebabkan lapar, aku paksa gakla menelan nasi ayam tu sampai abis..huhu..yg specialnya ari jumaat diorg serve free dessert..tadi aku dapat mkn bubur ubi keledek (kot?hahaha..aku tak cam rasa keledek,

cuma sedikit tawar..ala free tak kisahla sedap ke tak.huhu)

*harus terjah restoranbaser tu mlm ni or this weekend*

kenapa perlu ada P.H.D?

last 2 days..someone YM aku..dia nak order item dari salesblog aku.
aku pun mestilah layan sebaiknya..nama pun customer,takkan aku nak sombong pulak.
tapi aku tegamam dengan pertanyaan dia selepas tu....lebih kepada peribadi dan nak korek cerita aku..i dont know what her real intention?
adakah memang dia betul-betul nak beli barang tu?
atau sekadar PENYAMARAN untuk menganggu-gugat bisnes aku?
and at last..dia tak beli pun (sememangnya aku dah agak pun..)

aku tak ganggu bisnes orang tu pun
aku tak ganggu idup orang tu pun
aku berbisnes ni pun as my part time job.
kalau ada customer order, aku layan
kalau tak, aku tak kan terhegeh-hegeh letak promosi iklan dalam shoutbox blogger lain sebab aku tau tak semua blogger suka.(lagipun, aku sendiri kurang senang bila ada yang letak iklan dalam shoutbox aku..banyak sgt kadang tu naik semak biji mata ni.)

tapi aku tak paham
kenapa perlu ada PHD?
adakah dengan kehadiran aku yang sebesar kuman dalam alam cyber ni sebagai salesblogger menggugat online shop dia?
walhal, aku tengok loyal customer dia lebih dari 2++. (even dia tak kasi salesblog dia,aku boleh track saleshop dia..aku kan pakar IT..even silent reader blog ni pn aku boleh jejak korang.apalah sangat setakat nak menyamar jadi pembeli tu..)
sedangkan onlineshop aku? tak sampai 50orang. customer yang beli barang pn skrg ni takla semeriah dulu..then, kenapa perlu 'busuk hati?'
rezeki tu semua datang dari Allah...setiap orang ada rezeki masing-masing
so kita tak perlu risau dan dengki sesama sendiri..
yang paling aku sedih tu..orang tu dr kalangan bangsa aku sendiri...hm..cuba jadi bangsa satu lagi tu..support lagi bisnes sesama diorg.takde pun nak dengki iri hati ni..macam mane bisnes nak maju kalau ada phd?

*aku tak suka campur hal orang, so tolong jangan 'menggesel' dekat aku. jangan sampai kain sendiri koyak pun tak sedar, ok. got it?*

*P.H.D - Perasaan Hasad Dengki*

Thursday, February 18, 2010

weekend concert!!!


jemput datang konsert karnival 'WOW' Putrajaya this weekend eh...
kalau sesak nk dapat tempat ala-ala vip, meh datang bilik aku. dari sini boleh dengar dengan jelas, tapi nampak kecik je la penyanyi tuh atas stage...hahaha..

*pics ats tu aku amik sendirik dari opis ni ha...hehehe*

penyambung generasi SMSSMJ

masa dinner semalam, tetiba teringat kt anak sedara yang nak gi smssmj this weekend. (rujuk entry ni..ohye, btw thanks untuk komen korang. aku tak sempat lagi nk jumpa anak sedara untuk bagi moral support kt dia). pastu terus aku tanya husband, 'bila nak gi rumah k.lah?ingat nk jumpe kak long before dia masuk asrama ni..'

then, tetiba handphone bunyik lak.ada call masuk. jarang sangatla tepon aku tu bunyik kalau dah sampai umah. tengok caller, kakak aku mak si shaza tu.

kak lah : na, nak tny ni. dulu hang pakai cadar mana?
aku : aku pakai cadar dr sekolah gunung rapat. guna yang lama je.
kak lah : kat dlm list ni, kena beli cadar berlogo. logo sekolah la kan? beli kat koperasi sekolah?
aku : aku dulu takde pun berlogo ni. koperasi bukak ari daftar asrama nanti. beli je kat situ..

dan kami pun borakla panjang lagi....semua berkisar pasal persiapan anak sedara aku nak masuk asrama. aku pula terover excited. cerita itu ini..hehehehe...

cuma satu je yang tak best tentang sekolah tu..kalau nak compare dengan sekolah aku kat ipoh dulu banyak juga la bezanya..walhal sekolah kt ipoh tu asrama negeri jek. ini sekolah SBP, sure kita anggap lagi tinggila tarafnya kan. i means bukan dari segi education je, tapi facility pun surela bagus dr asrama biasa. tapi expectiation aku tu tak betul...masa zaman aku tu facility kat sekolah tu kalau aku nak kasik bintang..aku kasik 3bintang je kot untuk facility kt sekolah tu..

oh..sila jgn kata aku kutuk dan tak sayang sekolah sendiri. aku meluahkan kesedihan aku dengan facility kat situ..toilet problem selalu tersumbat. tak boleh mandi shower sebab air paip shower tak keluar...end up kami mandi dalam bilik air 'gelap/hitam'..kat situ ada kolah panjang dan besar. so memasing mandi bekembanla..siap kalau ari minggu tu baldi bersusun kes nak cop tempat.masing-masing nak basuh baju sambil mandi. aku tak kisah pun. sebab keadaan tu sama je macam aku ikut arwah mak mandi sungai time kecik-kecik dulu..hehehehe...bezanya, time aku kecik mak aku yg basuh baju sambil aku bekubang mandi sungai..

aku google gambar sekolah dan ni antara yang ada...

photo credits to diyanazman (Senior batch 93)

lepas tu mslh lagi satu..kipas syiling sekadar jadi perhiasan. langsung tak function. aku dimaklumkan oleh senior otai, kipas tu diorg dah cut-off electricity sebab penah jadik kes terkena kepala student and terputus..wallahualam..either diorg kelentong aku ke aku pun tak sure. tapi kalau terkena nasib malam tu panas, memang tidor pun pakai singlet je la...pastu tidor malam mesti berkelambu..kalau tak pakai kelambu siapla, esok penuhla 'chicken pox' segera kat badan..nyamuk gajah ooo!!! kalau murah hati sangat nak derma darah, sila kanlah..hehe...

tapi akak aku kate dalam list tu tak ada pulak minta bawa kelambu...hm...aku rasa mungkin dah banyak perubahan...lagipun dah 11 tahun aku tinggalkan sekolah tu..takkan masih sama kot. kalau masih lagi macam tu juga, hm...tak tau nak kata apa lah kan...

satu yang aku suka tentang pesekitaran sekolah aku tu..kat belakang sekolah, ada tasik..waktu petang time orang bersukan, aku lepak situ sorang-sorang layan blues...study kimia ngan addmath (perggghhh addmath tu...kakakaka)..angin betiup sepoi-sepoi bahasa..memang syok abisla..

teringin plak aku nak ikut anta anak sedara. husband aku kasik je. tapi aku segan, akak aku tak pelawa pun....lagipun isnin ni nak bwk sara checkup lagi. takpela..mudah2an shaza dapat belajar hidup berdikari. even aku sendiri agak kurang yakin dengan dia. yelah, kat rumah pun semua harap mak buatkan. bebudak zmn skrg ni...bukan mcm kita dulu...eceh macam dah tua sangat je aku ni.kui3x...

*ada lagi ke bas sekolah rosak dalam aspuri tu eh?tak tau ape tujuan pihak sekolah letak situ, baik modified jadikan library bergerak yang sebenarnya tak begerak ke..ada gak faedahnya*

*aku tau ex-schoolmate aku baca blog aku.so kalau nak tinggalkan komen, silakan..kalau nak marah aku kondem sekolah kita pun, takpe..aku terima.hehehe*

perkara yang ditakuti bila....

alhamdulillah..selama aku simpan stok frozen ebm..tak pernah lagila berlaku perkara-perkara yang boleh 'menjerut leher'..until 1 day. perkara yang aku risau dan takuti selama ni, berlaku secara tiba-tiba...BLACKOUT!!!!

*selama ni if ada maintenance, diorg akan tampal notice..tapi ni tiba-tiba*

aku panik sekejap...mula-mula tv terpadam..then tak sampai 5saat ada balik...ingatkan ok la kan..then suddenly terus blackout! kelam kabut aku..sebab elektrik takde lama juga..kebetulan tinggal aku dan sara je kat rumah..husband pula keje shift petang..terus call husband. dia kasi TNB careline...terus aku call buat aduan. ingatkan rumah aku/floor aku je takde elektrik..rupanya satu kawasan apartment takde elektrik...then aku dengar siren bomba..panic dan betambah risau. jam dah pukul 6. oh tidak!!! aku tak pernah spare stok lilin kat rumah. pulak tu, torchlight pun takde....masak sungguh!!!!

tapi itu bukan perkara pertama yang terlintas dalam kepala otak aku ni. yang aku ingat dulu..'ABISLA CAIR STOK EBM AKU!!' mana tak risau weh..dahla dalam fridge tu memang stok betul-betul emergency..4-5botol camtu je. then husband suggest aku call membe minta bantuan tumpangkan susu kat rumah dia. bila dah bersiap nak keluar, alamak lif pula tak boleh guna!!!! wooo tak sangggup aku nak turun tangga dari tingkat 6 berdukung sara lagi. tangga tu dah la gelap dan kecik...takut wooooo.... dah tu camno?????

teringat aku pada seorang lagi sahabat, bf blogger mom yang aku kenal..DHIA. alhamdulillah aku memang save lagi hp number dhia. aku minta advise dhia..apa harus aku lakukan? dhia mention, jangan buka fridge, NANTI SUHU CEPAT DROP. okla..aku pun rasa lega sikitla kan. dalam hati tu aku tawakal dan beserah pada Allah..kalau susu tu bukan rezeki sara, then aku redha je lah...

lagi satu mslh..takde lilin..so time ni la wt muka tak malu ketuk pintu umah jiran. segan juga, ye la since duduk sini..memang tak bercampur sangat. bukan kera sumbang.. tapi style kat sini, balik je keja masing-masing terperap dalam rumah..huhuhu...tak bermasyarakat sangat. dapatla lilin 2 ketul dari rumah jiran, aku kenal dia pun sebab aritu penah gi openhouse dia (itupun dia jemput kitorg kat lif.hehehe)

berbalik pada cite stok ebm aku...aku berdoa cepatla elektrik ada..cepatla......sampai la masuk maghrib..then pukul 8mlm. anak sedara call bagitau nak dtg ambil aku bawak gi rumah abg. aku berat hati nak pegi. then tak lama lepas tu, dalam 10minit camtu elektrik ada. waaaa aku happy sangat...terus aku cek susu kat fridge..alhamdulillah, susu aku tak cair langsung! icepack yang aku masukkan lepas balik keja pun dah mengeras. means even elektrik takde tadi, tapi suhu peti ais still maintain macam elektrik still ada....alhamdulillah....berakhir sudah dugaan.


risau tau aku aritu..memang panic gila babengla..tak tentu arah. sara pula menangis sebab takut gelap sangat kot. harapan aku, let it be the first and last time la terjadi macam tu. cuma sekali tu la disebabkan kecuaian aku sampai pernah terlupa tutup rapat pintu fridge..sampai ada 3botol susu yang cair..but susu tu still selamat untuk diminum..tapi itu atas kecuaian sendiri..bukan sebab blackout. memang skrg ni fobia..kalau lepas tutup peti ais/nak keluar rumah mesti double triple check pintu fridge. takut tak rapat macam dulu..huhu

so guys, if next time benda ni terjadi pada u all dan situasi korang lebih kurang macam aku ni, ..tolong ingat satu perkara, untuk sementara waktu sebelum dapatkan bantuan tu..'TOLONG JANGAN BUKA PINTU PETI AIS BAWAH DAN PINTU ATAS UNTUK ELAKKAN SUHU FRIDGE CEPAT DROP'.

Wednesday, February 17, 2010

cant believe it!!! she's 18month now?

no wonder sara cranky sgt lately...rupa-rupanya arini genap usia sara 1 TAHUN 6 BULAN. adeh..sori sayang..mama busy sangatla skrg ni..dengan nak siapkan officeworkla..houseworkla..partime jobla..adeh..sampai terlupa tarikh keramat..mama sedar pun bila nak catit tarikh meeting kat planner..then suddenly teringat bila next checkup sara sebab nanti nak kena jab time tuh...then i realize..arini 17 FEB.huhuhu....ketuk kepala mama sikit sara, kelekuk!!!

dah besar anak dara aku tu..pejam celik pejam celik tebeliak bijik mata, tak sedor dah besar bagai johan..so tak hairan la skrg ni macam-macam skill dia keluar..cuma satu je yang buat mama tak sabar...BILA SARA NAK BERCAKAP NI?

2ari lepas sara sebut 'peace'...itupun pelat-pelat..semua orang excited..dia boleh sebut certain word je..yang aku ingat sangat...'ATAI-GATAL'..'MA-MAMA'....lain-lain tu vocab bahasa portugis itali segala mak nenek yang aku tak paham..kalau nak minta barang tu, aci main tunjuk-tunjuk je la..lagak diva abis..macam-macamla anak dara aku tuh...

okla..layanla gamba sara ni sampai muntah..huhu

suka abis mkn mee kari..


hobi bila bosan..masuk bakul sampah.


nak ikut jejak mama..jadi penyanyi 'soprano'


bila tny mana mulut..terus tarik muncung 14!

lastly..

si manis 18bulan..
suke sangat wat aksi 'keras' camtu.

*sukati aku la kan nak tepek gamba anak aku melambak-lambak dlm blog ni..kate blog mak budak.hahaha*

syukran, misi perjuanganku masih diteruskan..genap 18month..target another 6month..i can do it!!! chaiyok!!!!

Qaisara si cucu berlian

sara ni memanglah cucu berlian tok ayahnya..blk kampung hari tu, seronok betul dia diulit tok ayah..nenek ngan pak mak menakan dia..mama ngan papa dia? mama sibuk menghadap 'kerja'..papa nya sibuk wat taik mata..luckily ada pak mak menakan yang rajin melayan..kalau tak, sian sara kesepian..huhu...


paksu semangat betul ajar sara main 'cubic'

bila lagi mama nya nk berehat? kalau tak, kat rumah tu...macam anak itik..mama nye ke dapur..disitu dia mengekor..mama nye ke depan..di situ dia menempek.mama nye sidai baju..di situ dia menyelongkar sampah sarap..mama nye baring tengok tv.. di situ dia datang menempel nenen..pendek kata, macam ada tarikan besi magnet antara mama ngan sara. ke mana mama pergi, sara mesti ada kat situ gak. huhu...

kenapa aku kata sara ni 'cucu berlian'? memang betulla cucu berlian..siap dapat hadiah dari tok ayahnye..'duit untuk beli basikal'..can't imagine if sara live with them..naik lemak manis la anak dara kami sorg tu..oh...aku bukan tak suka dengan pemberian pil tu...but let's it be the last..aku tanak sara terlalu dimanjakan...i mean dimanjakan dari segi kebendaan...dont spoil her too much..esok lusa tulat tubeng, kami mak pak dia yang susah ooo..now pun dh jelas belang dia..asal tak dapat 1 benda tu, mula la tunjuk tantrums dia.....tension la kalau hari2 sara buat perangai cmni..


sara mengamuk, kena ikat sebab kacau papa drive.

tapi nak buat macam mane..sara cucu sulung dalam family husband. so memang jadi buah hati semua orangla..kalau balik kampung tu, memang kena kepit bwh ketiak memasingla..itu yang bau ashem je la anak dara kami sorg tu..lepas tu makan non stop..mulut tu ada je la kunyah apa2..mana tak buncit perut tu..semua orang makan, dia nak. tak kasi kang ngamuk.hai la anak..macam-macam hal la sara..tak bolehla manjakan sangat. nanti banyak lemak. kalau naik lemak tu boleh mama amik sikit buat masak gulai lemak cili api tak pe la jugak..hahaha ape la aku merepek ni...

sebenarnya entry ni tulis psl 'perangai manja' sara ni..lately dah makin terserlah. sampai
ada masa tu sakit kepala aku..serius,aku rasa 2-3ari sebelum ni aku rasa bepinau biji mata sebab tak terlayan sangat peel mengada-ngada dia..huhu...sorila sara. bukan mama tak nak layan sara.. tapi mama tak larat/letih..sara dah makin notty skrg ni..mama dah takley nak control sara skrg ni kalau tinggal ber2 je ngan sara. dahla lasak..semalam je dia dh dapat panjat kerusi meja makan yg tinggi tu. mujur tak terbalik ke belakang. lagi-lagi sejak dia paham 'istilah merajuk'...kadang-kadang geram..kadang-kadang tu lawak jugak..

tapi, dengan kehadiran sara dalam keluarga kami, buatkan ikatan kekeluargaan tu makin rapat. betul kata orang..'anak tu pengikat kasih sayang'....betul kan?

sakan

bila tuan blog sakan bercuti...blognya pun join sekaki..
'aura' tak datang lagi..so mood nk berblog hari ni agak mandom..
best ke bercuti lama? korang lepak rumah ke or gi berjalan?
cuti aku memang pack sesangat..penat sangat..tambahan lagi anak dara aku tu dah tak reti nak duduk diam..asal dalam kereta je dah pandai nak duduk tengah2 (in between seat driver dengan seat co-pilot)..aku yang tension..huhu

okla..nantila kalau rajin,aku merepek dalam blog ni k..

Thursday, February 11, 2010

i wish i have my AVATAR too

aku nak eksyen sikit ni...aku dah tengok 'AVATAR' malam tadi. tak perlu nak gi jauh-jauh...tengok kat rumah sambil baring-baring lagi heaven..clear version.ni bukan source yang kadang-kadang tengah tengok cd tu keluar bayang orang bangun pi toilet eh..(sebenarnya aku dengki dengan orang yang dpt tengok kat cinema, sebab tak ada orang boleh jaga sara.). thanks to husband lah kerana sangat rajin menyedut filem ni untuk wife dia yang kempunan nak tengok wayang ni...

aku kasik 6bintang dari 5bintang...aik? awatnye terlebih??? hahahaha..seriously, mata aku ni tak lepas walau sekelip pun dari skrin sepanjang tengok movie ni.. nak gi dapur amik ayor pun aku pause kejap..kehkehkeh..

patutla kutipan 'AVATAR' dh atasi TITANIC (satu lagi fav filem aku). memang tak tercapaila imaginasi aku ni kalau nak buat filem cenggitu...hahaha ada hati nak jadi pengarah filem ke cik kak oi??? kat cinema ada lagi ke tayang movie ni? kalau ada, pegila weh..aku ni teringin sangat nak tengok 3D..sure gempak gilaaaaa!!!!! ada kawan cite, sampai nak termuntah tengok 3D version..real macam diorg sama belakon dalam tu..

neytiri yang bercintan dengan AVATAR jake sully...

tapi tu lah..nama pun filem sci-fi. banyak tak logik dari logik...aku kesian gak kat watak utama tu sebab realitinya dalam dunia kita ni, dia hanyalah 'insan OKU'...tapi bila dia berada dlm 'AVATAR' yang direka khas untuknya, dia dpt explore macam2 dan dapat hidup normal macam insan lain...that's why one of the reason,last-last tu dia choose to stay in his 'AVATAR' permanently...

pas tengok movie ni baru aku paham nape dia letak tajuk 'AVATAR'..sure ada yang kutuk..woo kata budak IT, takkan 'AVATAR' pun taktau...wehhhh....aku manala tau 'AVATAR' dalam cite ni maksudnya sama macam ym 'AVATAR' tuh..kalau ada yang tak jelas maksud 'AVATAR' ni, pi baca kat cik wiki nih....hahahaha...kang sama je tengin macam aku juga. nak tengok movie trailer, gi kat sini eh...trailer 'AVATAR'

korang ada avatar tak? haa..jgn ingat jake sully je ada 'AVATAR', aku pun ada 'AVATAR' gak..ni 'AVATAR' aku...

cun tak aku?sexy kan? 'AVATAR' aku boleh la pakai seksi cenggini..kat realiti aku pakai cenggitu, mau kena sound pekat dengan laki aku kang.sexy kat rumah dpn dia bolehla...

kalau ada yang belum tengok movie ni, cepat-cepat tengok..kalau tengok kat cinema sure lagi puas ati..berbaloi sebab citenya memang best and tak bosan punyelaaa....

selamat menonton!!!

buzz me...i buzz u...

yey!!!finally GOOGLE had launch their social network group yesterday...


the features looks alike twitter and fb..but this one integrate with your existing gmail account...means, besides you send/receive email through gmail still you also can buzz your friend..sweet kan? and i think lagi senang especially utk aku la..since gmail adalah email aku yang tetap and no need for me to login to another application.lagipun, everyday aku memang takkan miss buka inbox gmail.. :)

so guys, check it out!!!!!
kalau nak buzz saya, just follow me @ ladyheart2612@gmail.com

Wednesday, February 10, 2010

kakak Qaisara

cuba teka siapa tu?
dari belakang macam kenal je kan?

..








..







..









..










..





la...sara rupanya..mama ingat sape la tadi..macam budak umor 4thn je gayanya..
hai aunty semuaaaaa!!!!

*macam budak besar je tengok sara dalam gambar ni..adeh..lama tak cium bau baby*
(cantik tak baju tidur sara tu?sara cilok dari kedai mama tau!)

cendol leman dawi

aku bukan kipas susah mati 'cendol' hahahahaha...
ingat artis je ke ada kipas susah mati?
tapi ada masa tu bila datang angin 'mengidam'
aku akan pekena cendol pulut.
cendol biasa aku kurang suka..
setakat ni aku tak jumpa lagi cendol yang menepati tekak aku ni..
ke aku sendiri tak reti nak tafsir, 'macam mana rasa cendol yang sedap kat dunia ni?'
sebenarnya aku nak cerita, aku dah penah cuba cendol leman dawi..
cendol pulut leman dawi...nampak sedap kan?

aku jadi berminat nk try sebabnya bila aku balik segamat je, asal lalu je depan kedai tu dah tutup.hairan jugak..takkan pukul 4ptg dah tutup? rupa-rupanya cendol dia mmg femes kat negeri 9 nih..aku penah tengok kedai pakcik ni keluar dalam majalah 3...

tengok ar..siap beratur lagi nak order cendol.huhu
pakcik ni siap hafal fakta lagi..keluasan negeri pahangla..jumlah penduduk pahangla..waaa kalah engko...kui3x...(aku sendiri tak sure betul ke tak ape yang pakcik tu cakap..takkan dia merepek pula kan.) siap pakcik ni mulutnya tak berenti pot-pet sambil tangan dia tu buat kerja..

ni la dia pakcik leman dawi...
aku rasa punca ramai sangat yg singgah kedainya tu pasal 'cendol leman dawi boleh top-up free' kot..korang minumla sesuka hati sampai kembung perut dengan cendol.hehe..arga dahla murah, dia charge utk mangkuk petama tu jek. yang korang topup tu FOC....

top-up cendol free!!! sape hantu cendol memang sukala!
tapi aku ngan husband tak tambah pun. sebab memasing sebenarnya lapar nasi.hehehe..so setakat nak mencuba cendol tu je la..husband aku kata okla cendol dia..korang penah try? senang je nak gi kedai pakcik ni..keluar je exit senawang tu, kedai tu kat belah kanan driver (kalau tak silap aku la..kalau tak tau sgt, tny je tollgate girl tu..sure diorg tau punye..). tapi kedudukan kedai ni strategik..kebanyakan orang nak balik kl mesti singgah situ kot...

*aku pernah terjumpa blogger yang merupakan anak pakcik leman ni..tapi aku terlupa nak save link blog dia.*

Tuesday, February 9, 2010

ketika cinta bertasbih


memandangkan malam tadi takde movie yang menarik di tv..so aku decide nak tengok KCB....mungkin aku agak ketinggalan sebab aku baru tahu kewujudan movie ni..hehehe..itu pun gara-gara aku terjumpa clips lagu Ketika Cinta Bertasbih nyanyian melly goeslow dalam youtube. kalau tak, sampai sudah aku taktau pasal movie ni..ye la, aku tak minat tengok drama bersiri indon yang bersepah sangat kat tv kita skrg ni..naik muak+jelak..

dulu aku penah baca novel KCB ni tapi aku kurang minat nak membaca novel tu.ayatnya pada aku berbunga dan sastera sangat..heh, aku bukan budak sastera..so tak berapa faham dan minat dengan ayat-ayat bunga camtu...
malam kelmarin aku tengok KCB 1..dan malam tadi aku tengok sambungan KCB 2..aku jatuh cinta dengan jalan cerita KCB..aku rasa lebih baik dari ayat-ayat cinta..lagi-lagi pelakon yang berlakon tu semua muka-muka baru and aku dapat tahu penulis novel tu sendiri yang memilih pelakon tu..dan kalau diperhatikan dalam movie ni, semua wanita bertudung kecuali watak eliana sebagai artis.
Oki Setiana Dewi as Anna Althafunnisa

aku suka anna althafunnisa..nama pun sedap..padan dengan wajahnya yang comel. part yang aku suka bila lidahnya tajam dan petah berdebat dengan suaminya dalam satu babak tu. dan sememangnya dia bertudung ye..bukan hanya lakonan semata..sweet je bila dia bercakap dan tersenyum..

Kholidi Asadil Alam as Khairul Azzam

khairul azzam..seorang lelaki yang sanggup berkorban untuk adik-adik dan ibu. 9 tahun belajar, baru dapat graduate..bukan salah dia. dia lebih utamakan cita-cita adiknya dari diri sendiri..ada lagi ke lelaki macam tu? yang aku pernah jumpa dalam realiti, lelaki yang terkandas dalam pelajaran bertahun2 gara-gara asyik masyuk bermain cinta dengan perempuan...yang kes ni banyak la berlaku dalam masyarakat kita..

aku rasa tak jemu tengok movie ni. mungkin aku akan tengok lagi dalam masa terdekat ni,ajak husband plak pasni... setiap scene tak membosankan. rugi sangat kalau korang tak tengok movie ni...kalau korang lebih suka menghayati dengan mendalam, bacala novel KCB tu. aku pening baca bahasa indon ni..tengok movie tu pun ada gak certain word yang aku tak paham..pasni aku kena ajak mil tengok sekali la sebab dia kan orang jawa. bolehla dia translate wording jawa yang aku tak paham tu. lagi-lagi watak dalam movie KCB ni memang lebih kepada masyarakat jawa, aku teka dari slang percakapan diorang tu macam sama je cm mil/nenek husband aku becakap kat rumah...kehehehehe..

semalam dapat sedut movie avatar..bolehla tengok hari khamis ni sebabnye hari khamis takde movie yang best. balik-balik cite hantu tepek tepung. naik menyampah aku!

Monday, February 8, 2010

sara, jangan tinggalkan mama ngan papa...

weekend baru ni, pil datang betandang ke rumah...tujuan diorg datang nak melawat adil pil yang warded di HTAR. so, tengahari semalam pil pun nak keluar la ke hospital. alang-alang tu pil nak shopping kat jusco bukit tinggi sekali. husband aku pula keje pagi. aku memang tak follow, kang takde sape nak masak lunch. bising lak husband aku balik tengahari tak makan. lagipun aritu aku dah pegi pun melawat pak yang ngan husband.

bila pil aku dah besiap nak keluar rumah, sekali sara wat ape tau? DIA AMIK KASUT DIA TU THEN TUNJUK KT NENEK. adeh, dah pandai nak ikut orang bejalan la budak ni..mama yang selebet berkain batik ni langsung tak diendahkan..bila tengok sara macam tu dengan muka excited tu, tak sampai hati pula nk kecewakan dia..lagipun dah 2hari sara tak keluar rumah, dah bosanla tu kot..(bila papa keje weekend, kami 2 beranak terperap je kat rumah). so mama kasila permission untuk sara ikut tokayah ngan nenek...

ingatkan sara balik rumah petang tu dia kelam kabutla cari mama..mama kat dapur. mama tunggu la kat dapur..aik, sara tak datang pun jengok mama kat dapur..nak kecik ati dah mama ni..nak nangis dah ni. sebabkan tak tahan hati ni rindu kat sara (baru 5jam berpisah), mama ngalah juga akhirnya..mama yang pegi tunjuk muka kat sara..waaa nampak je kelibat mama, terus dia terkam nak 'nenen'..hampeh..itu je yang sara ingat????sabar je lah....

pil tak stay lama, petangnya diorg balik semula ke segamat. bila pil dah nak berangkat keluar rumah semalam, again sara buat peel lagi..sampai diheretnya schoolbag dia tu. mama tarik beg tu, mama plak kena marah??? siap sara melalak depan pintu lagi dengan tunjuk tangan kat tokayah ngan nenek. dia menangis sebab kena tinggal...adeh..sara..sara.. tak penah-penah wat perangai macam ni tau. sejak bila dah pandai nak ikut orang ni??? mama ngan papa dia yang berdiri kat sebelah dia ni pun, dah tak dihiraukan...aku ngan husband pandang sesama sendiri tengok perangai sara semalam.....huhuhu....

pastu mil aku siap keluarkan statement yang aku tak berapa syok dan takut nak dengar...'lepas ni boleh la duduk dengan nenek ye kalau tak takut macam ni.' huhuhu....tidak!!!!!! nanti aku rindu kat anak aku sape nak tolong???? sara janganla tinggalkan mama ok...tunggu sara gi sekolah asrama ke takpela keluar dari rumah ni..itu mama tak kisah.

*jgn salah faham. aku bukan tak suka sara duduk dengan nenek dia. aku tak nak berjauhan dengan sara. biarlah walau bersusah payah kami tetap bersama. kalau sara sakit nanti, biar kami yang jaga. kalau kecik-kecik kami dah serah tanggungjawab penjagaan anak pada oranglain(even mak sendiri), nanti dah tua macam mane? nanti tak pasal-pasal anak kita letak kita kat rumah orang-orang tua..time tu nak menyesal tak berguna lagi. (ingat...what you give NOW, you will get back LATER)*

jemput minum strawberry milkshake

last weekend, tetiba mood rajin datang....terus selongkar fridge..teringin nk wt strawberry milkshake..lagipun alang-alang nk abiskan stok strawberry yang kami beli kat CH aritu..

tau tak, strawberry tu still fresh padahal dah 6hari beli..berbeza dengan 1 lagi pack tu yg kami beli kat kea farm..that one baru je 2ari beli dah lembik....tipula cino tu..huhu


btw, ni dia strawberry milkshake hasil air tangan aku...hehehe..special made for dear husband..
boleh tak, husband aku buat muka pelik bila aku hulur gelas tu kat dia?siap tanya..'arini ari sabtu kan? bukan ari khamis?'

loh...kok, ape kena mengena strawberry milkshake dengan ari khamis???huhu...korang tafsirkan sendirila...


ni resipi nya...

bahan-bahan:
7 biji buah strawberry
1 kotak susu segar dutchlady
2sudu besar gula
ais krim soda/ais krim(ni kalau ada..aku tak campur sebab takde..)


cara-cara:
1. basuh buah dan potong 2belah.
2. campur semua bahan-bahan atas dalam blender.
3. blend..
4. siap..ley campur ais kalau nak...


selamat mencuba!!!!

Sunday, February 7, 2010

memang dasar binatang!!!!

6 Feb, 8mlm..buletin utama tv3...

tengah aku siapkan kerja tadi, tetiba aku terdengar berita kat tv3 kisah baby berusia 5bulan dijumpai meninggal dunia disyaki didera oleh sepasang suami isteri berusia 30an....

bayi yang tak berdosa tu didera dan cedera diseluruh badan...diliwat..memang kejam!!!bangsat betul mak ayah baby tu..kurang ajar!!!(aku tak tau lagi perkataan yang 'manis' untuk gambarkan geram aku masa ni)

kalau ye pun suami tu gile seks sekalipun, ko liwat la bini ko sendiri!!apsal baghal sangat haaaa???!!!! apa dosa baby tu kat korang? memang korang ni bangang tahap keldai!(weii, keldai pun tak sebangang korang tau!)

kalau ye pun korang tensen, tertekan ke dengar baby tu nangis ke ape ke.... ko tanak jaga baby tu ke..ko kasik je la baby tu kat rumah kebajikan. yang ko dera dia apasal!???? bila takde anak, ko nak sangat anak. bila ada anak, ko dera pula dia. akai tadak ka??? sewel tahap mana korang ni???? takde perasaan belas ke??? eh binatang pun tau sayang anak. tak macam korang berdua ni tau! bodoh!!!!!

kalau disabit kesalahan, badigol maliwol 2 orang tu boleh dihukum gantung sampai mati Mandatori. AKU HARAP BIAR DIORG DAPAT BALASAN SETIMPAL!!!!!

*sorila..aku memang 'sensitif' sangat sekarang ni..bila tengok je berita tadi kat tv, terus naik temper aku ni. itu yg terkeluar segala perkataan 'manis-manis belaka' yg aku tujukan khas buat parents yang bangang tu!*

update 7feb, berita 1.30ptg di tv3. sedihnya aku tengok berita tadi...perbuatan liwat tu dilakukan oleh bapak baby tu sendirik..and BABY TU DISYAKI DILIWAT LEBIH DARI SEKALI!!!!memang bangsat betul bapak baby tu...ko tak sayang anak ke??? dahla anak sulung korang..ape bangang sangat??teringin sgt aku nak tengok muka bapak baby tu..klu diikut hati aku ni, aku nak ludah-ludah muka+maki bapak baby tu. memang patut kena GANTUNG SAMPAI MATI bapak yang gila macam tu!!!!

Friday, February 5, 2010

haish....sungguh besar cabaran ibubapa masa kini

petang semalam aku terima sms dari abg ipar..'alhamdulillah,shaza dpt matjiwa sgpetani.lapor diri 22/2/2010'.

mesti abg ipar aku gembira.dia mmg nak sgt anaknya tu teruskan legasinya disekolah tu...aku
dulu penah bersekolah di situ selama 2thn..

mlmnya, masa aku tengah check email..aku terima email notification dr facebook..ada request from someone to add fb aku..aku mmg takkan add org yang aku tak kenali..klu aku msg org tu tak jwb,aku akan ignore terus request tu..mls nak penuhkan list kawan-kawan tu dengan org yg tak aku kenali..

then aku terima another email msg dr fb..'maksu, ni kak long'

terus aku buka facebook(aku jarang online fb unless ada keperluan). rupanya someone yg request nak add tadi tu,shaza. and suddenly dia msg aku dlm fb (funa fb chat tu la)..kami borak-borak. petama kali aku chat dengan anak sedara aku ni. dlm masa yg sama, aku intai juga fb anak sedara aku ni..baca komen-komen dr kawan-kawan dia...

aku wish tahniah sebab dapat pegi SBP, but she seems not happy with that. siap letak status kat fb 'my dad force me to go to that school'.. ni antara serba sedikit chatting kami semalam..

shaza : tapi, kawan-kawan kaklong kata jgn pergi
aku : kawan-kawan kaklong takde yg dpt asrama ke?
shaza : ada sorg je dpt mrsm.
aku : pegila..dkt dgn rumah tok.time cuti boleh blk tengok tok.dulu maksu sekolah sana pun selalu pegi umah tok.(umah tok-mak abg ipar aku kt alor setar)
shaza : tapi kaklong syang kawan-kawan kaklong.diorg bf kaklong.
aku : kat sana nanti kaklong dapat lagi ramai kawan baru.
shaza : tapi kaklong lagi sayang kawan-kawan skrg
aku : skrg ni dh canggih.internet dh ada..kaklong boleh contact through email.
shaza : tapi, kat asrama tak boleh on9 (read-online)
aku :???

mati kutu nak jwb ape lagi..tak sempat nak teruskan chat, aku tengok dia dh offline. mesti abg ipar
aku suruh stop sbb dia nak guna internet pula..hm...abg ipar aku taktau aku chat dgn anak dia smlm. nantila bila jumpa aku borak psl ni dengan dia.

yang aku nak cerita disini, berbeza betul remaja zaman aku dulu dengan zaman sekarang..
mereka lebih 'mendengar cakap kawan dari ibubapa sendiri'..dalam kes kaklong. bila aku baca komen
dari kawan-kawannya majority tak menyokong. siap ada yang mention 'result budak sekolah asrama bukan bagus' hm...entahla..aku terkesima juga. remaja zaman aku dulu memang nak sangat pegi SBP/MRSM.macam aku,aku dari sekolah kampung. terus terang aku cakap, cara/kaedah pengajaran guru di sekolah kampung sangat berbeza dengan guru disekolah bandar. sebab tu aku bertekad untuk masuk juga asrama walau masa aku form1 aku hanya layak diterima masuk ke asrama negeri saja(smgr ipoh). itu salah satu sebab, aku memang tak menolak bila diterima masuk ke asrama.

tapi, bila aku berhadapan dengan kes anak sedara aku ni. baru aku sedar realiti masa kini.
banyak sungguh pengaruh yang muncul disekeliling anak-anak zaman sekarang. aku jadi risau dan takut mengenangkan masa depan sara nanti.kalau skrg ni, handphone dan internet mudah digunakan secara berleluasa, bagaimanala zaman sara nanti? apa lagi gadget yang lebih canggih akan muncul zaman sara nanti? yang aku hanya mampu buat untuk masa ni, hanyalah berdoa supaya anakku selamat dan dilindungi Allah...

zaman dulu, bila remaja tu memberontak dia lari dari rumah. kita boleh nampak dengan mata kasar.
tapi zaman sekarang ni, ada yang memberontak dalam diam. pula tu boleh dikatakan sekarang ni, even kanak-kanak sekolah rendah pun dah ada handphone. even kita tak nampak anak kita keluar rumah, tapi kita tahu tak ape yang dia buat diam-diam dalam bilik dengan handphone ditangan??selalu aku dan husband bercerita tentang hal ni..lagi-lagi lah skrg ni kerajaan target setiap isi rumah ada capaian internet. adeh..memang bertambah-tambahlaa cabaran.kalau tak, takdela shaza ni boleh tau dekat mana nak tengok komik manga online web. dahla dia 'kipas susah mati' segala mak nenek anime ni (naruto la..bleachla..whatsoever  lagi la..yg aku tau pun sakura card captor).

haish entahla..bila mengenangkan dunia skrg ni yang dh semakin canggih+moden, aku jadi risau teramattt....
tapi takkan kita nak kembali ke zaman ortodoks..sah-sah kita akan mati kutu.hm....pada pendapat aku, ada juga baiknya facebook ni atleast, abg ipar aku tu boleh pantau juga apa yang anaknya buat dalam tu.(walau tak byk tapi sedikit pun jadila). lagi-lagi, aku sungguh tak berkenan dengan satu komen dari kawan kaklong tentang status dia semalam..dengan selamba dia komen '"WHAT TA FUCK!!!NO!!!"
hai kalau aku kenal la anak sape tu, nak je aku sekeh-sekeh kepala dia..muka comel, tapi apa yang ditaipnya tu dah melambangkan 'perangai sebenar' dia..

ni pesanan aku la, untuk korang yang kalau ada anak-anak sedara yang meningkat remaja dan ada account fb, apelah salahnya kalau korang add anak sedara tu. atleast boleh jadi spy kakak/abang korang. bukan kita nak busy body, tapi sebab dia tu darah daging kita..kenalah ambik berat. lagi-lagi kalau anak sedara tu perempuan macam aku nih.

korang punye pendapat macamane? kalau ada idea cmne nak pujuk anak sedara aku ni,sharela kat sini.aku dah ketandusan idea nak pujuk dia...

Wednesday, February 3, 2010

short note..hollaaaaa!!!!!

today, i'm back to work...penat sangat. bangun pagi tadi rasa sengal seluruh sendi...nak gi keja pun rasa malas sikit. but, mengenangkan arini dan esok ada important meeting and since aku salah sorg committee so tak boleh nak ngelat..

dahla balik kampung aritu tertinggal charger phone..so, 2days in a row aku lost contact...semalam on je hp, melambak misscall...tak sure la if bos/office ada call ke tak..

okla..gtg..dah byk hari tak menjengah blog korang..petang/malam nanti la aku  blogwalking k...now, nak prepare for meeting pukul 9pagi ni..

daaaaa~

notes : nanti aku update 2nd day @ cameron highland..byk photo menarik lagi-lagi sara dah pandai posing depan camera skrg ni.. :)

Tuesday, February 2, 2010

day 1 @ Cameron Highland

Penginapan kami...
Dengan bayaran 25ringgit per room, percutian kami sangat berbaloi-baloi dgn tempat penginapan yang selesa..antara facility yang tersedia untuk bayaran yang dikenakan : 2single bed + tv with astro complete with decoder(korang boleh la bawak kad astro sendiri kalau tak nak tengok yang basic sahaja) + mini fridge + most important thing - FREE WIFI in room!!!

Big Red Strawberry Farm...

tak tahu nak pilih yang mana satu?adeh....siap cekak pinggang lagi anak dara sorang ni...huhu

yummeh....we had fresh strawberry milkshake(RM4.90) + strawberry sundae(RM6.90)...sara usyar waffle tu je...huhu..

telatah mak budak, bapak  budak dan anak budak..anak budak? apekah????

us...

Cactus Point ...

cactus with lots of flower...pokok cili pun ade...

Kea Farm Market
jambu madu yang sedap(texture dan rupa lain dari jambu batu yang biasa kita makan)...memang tersangat lah sedap, no wonder lah mahal(2biji RM10, kami dapat beli 3 biji dengan harga RM10)....jagung mutiara yg sangat lah manis(1 tongkol yang dah siap masak tu je arga 3 ringgit!!!, kami dapat beli murah 1 longgok yang belum masak tu 8biji RM10)...sara pulun makan..memang fav fruit dia lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...