Tuesday, February 23, 2010

bila berat sara tak naik, aku dipersalahkan..

aku bersiaran dari rumah...arini el menjaga sara. lepas jab semalam, dia demam panas pula...pastu nak memerap je dr malam tadi..serba tak kena..kasi mkn pn dia tak berapa nak makan...hai, makin susah hati aku dibuatnya...

update checkup semalam..berat sara maintain from last month (8.7kg je). kat chart tu, masuk line kuning balik...aritu dh ok..then ape lagi. dengarla nurse tu membebel..aku just dengar, masuk telinga kanan..keluar telinga kiri..siap kasi multivitamin lysine la...and dia suruh aku kasik anak aku makan sosej...nugget...hm...aku terfikir kejap..bukan ke nugget dan sosej tu dikategorikan fastfood? and bukan ke fastfood tu tak bagus untuk kesihatan? actually aku ada juga bagi sekali sekala, tapi aku tak nak jadikan habit.. nanti aku takut sara reject tak nak makan nasi langsung..macam kes anak sedara aku langsung tak nak jamah nasi. menu hari-hari ayam goreng je(tapi ayam goreng ok lagi dari makan nugget)...nanti aku cerita kisah anak sedara aku tu ye kat lain entry...

aku teringat, ada seorang ibu pernah ym aku dan bercerita tentang masalah anaknya yang tak nak makan nasi langsung. anaknya hanya mahu makan nugget,sosej sahaja...bila kasi nasi je, dia muntahkan balik....dlm erti kata lain, anaknya hanya makan fastfood je. isk, takkan nak kasi anak makan makanan macamtu je selalu..unless nugget tu fresh made dari ayam segar yang kita beli kat pasar tu kan. ini frozen nugget...hm....kalau ada yang expert dalam bab pemakanan ni, sila la jelaskan kat aku..mana tahu, aku yang silap faham..

kebetulan ibu yang sebilik dengan aku semalam pun checkup anak dia juga. kecik macam sara...berat anak dia pun masuk line kuning..aku dapat menangkap satu statement dari nurse tu pula..'ooo..anak bila dah masuk 6bulan, awak kena campur FM. tak cukup susu ibu je'....

wah lagi sadis...aku tak pernah pula kena sound macam tu. cuma lawatan 2-3kali sebelum ni je nurse bising kat aku sebab berat sara yang static dan naik sikit je...entahla..aku bukan tak kasi sara makan tau. tiap-tiap ari mesti bekalkn breakfast untuk dia..macam semlm, aku bekalkan bihun goreng. dia makan banyak. teacher pun cakap cmtu. sara makan banyak kat taska. cuma susu je kurang. susu ebm aku bekalkan maximum 2botol..ada masa 3botol..tapi berusik just 1 botol. air masak yang dia banyak minum. dia lebih prefer direct feeding dr aku..hm...entahla...aku malas nak ambik pot dah leteran nurse tu. janji aku tau apa yang terbaik untuk anak aku. bukan aku tak kasi dia makan langsung. dia nak judge aku mak yang kejam ke ape ke, lantak dia la....kalau dengar juga cakap orang ni, buat hati sakit je buat ape kan...so telankan je la...

10 comments:

Jiey^Mien said...

Berat Rayyan pun statik je..
Da lama da..
SKrg ni 9.5kg jer..
padahal bukan dia tak mkn..
tatau la nape tak jadik lemak badan..
Doktor da bg segala jenis vitamin dah since dia kan premie..
tapi tak jln gak..
:P

Elyn said...

janji sara sihat dah la lin.. takyah amik port bebelan nurse tu!!

azzamoro said...

airyll minum fm pun sejak dah makan kurang la minum susu. makan nasik lagi banyak. maybe ko tengok balik diet dia. bagi makan roti, nasi, ayam camtu...

susu macam biasala. kan susu ibu terbaik.. yer tak

nieda said...

apa punya nurse mcm tu..tak tau ke dia breast milk lagi bagus dari FM..geram pulak..
asal sara sihat dan aktif ok..budak2 melasak mmg susut sikit badan.yang penting dorang sihat

Nadiah Sidek said...

kalau homemade nugget takpe la. pernah terjumpa resipi wat nugget, senang je tp tak pernah buat lg..ehe. nugget yg frozen tu sebaiknya takyah la kasi lg

e.l.i.s.s.m.i.e said...

anak aku dari umur setahun sampai 18bulan maintain 10KG.heran aku!doc ckp tinggi jer naik berat tak naik.huhuhu

mummy_adam said...

adam dulu pun mcm tu, so paed advise bg dia minum FM lebih sket.. alhamdulillah now better.. tp u still exclusive bf kan? so u bg dia lebih byk susu, encourage dia utk minum lebih byk:)

paed tu ckp jugak, food xkisah dia makan byk mana, tp paling penting is susu then baru food lain.

AshAnas said...

kak, sm la mslh kite... anas pun makan byk kt nursery, cm kurg mnum susu je...
br2 ni ms gath si n rh kt penang, dr.balkees ckp it's ok usia anak kite skrg die lbih byk makan dr minum susu. susu bkn menu utama... balik umah, die still bf dgn akak kan...
shira skrg pam jgk siang2 tp trus wat stok la.. mmg bekalkan kt dia byk sgt for bfast, lunch n ptg smntara nk amik dia...

m@y said...

Ala Lin,xsemestinya minum fm berat naik.Aulia pun FM gak tapi berat dia bwh line kuning gak sampaikan paed dia tanya dia x makan ke?Xmakan hapenye,dh mcm bela antu raya aku nengokkan Aulia ni makan.Xreti2 kenyang, ada je mende dia nk mengunyah huhu..asalkan dia aktif,sihat,x terkelepet xde mende la nk risau.Bodo nye nurse.Konon kempen susu ibu pastu dok promote suh FM plak.

lin muhamad said...

jiey,
oo..rayyan pun berat tak naik ke?hm..mungkin normal kot budak baya diorg ni.sbb byk tenaga diperlukan
utk benda lain tu yg tak jadi lemak kot kan?

elyn,
tq elyn..sara sihat dan aktif je.tapi taktaula nurse tu bebel juga.

azza,
hm...nanti aku kena cari menu lainla utk sara.

nieda,
alhamdulillah so far sara sihat je even nurse kata berat dia kurang..

nadiah,
sya penah gak terjumpa resipi homemade nugget tu.nanti sya try buat.

eliss,
sara cm nuha kot.memang berat tak naik tapi badan dia memanjang.sampai baring atas riba aku
pun dh tak muat.hehe

ena,
sara kalau kat rumah mmg kuat nyusu direct ngan saya.tapi klu ebm dia tak berapa nak minum.

ashnas,
hm...sara cmtula..makan banyak dari menyusu..tapi tak taula berat dia tak berubah juga

may,
hahaha..lawak la ko.aulia kuat makan cm 'antu raya'? hm...so i guess,aku tak perlu risaula kan psl ni.
maybe diusia dia ni memang cmtu.berat tak berapa nak naik,dia lebih banyak main.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...