Thursday, February 25, 2010

breakfast sara pagi ini: sandwich telur

menu ni aku buat pagi tadi untuk sara bawak bekal ke taska. nampak macam dia suka je makan. dia dah jemu makan roti telur goreng tu. so aku try pula resipi ni..menu ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 12-18bulan dan keatas...

ni resipi asal. cuma sayur tu aku ganti dengan carrot, itu je stok sayur yang ada kat rumah. lagipun sara memang suka carrot.bolehla kalau korang nak cuba.

Bahan-bahan:
4keping roti sandwich
1biji telur
1sudu kecil mentega/marjerin
1sudu besar mayonis.
1biji tomato hiris nipis
1/2biji timun hiris nipis
1/2biji bwg besar hiris halus
1/2 biji carrot hiris nipis (aku cincang je carrot lg senang sara nk mkn)
50gm sayur salad

cara menyediakan:
1.Pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
2.Panaskan kuali leper dengan api kecil. Cairkan marjerin. Seterusnya, tuang telur tadi ke dalam kuali dan kacau sebati.
3.Selepas beberapa minit, angkat telur yang telah berwarna keemasan.
4.Gaulkan telur tadi dengan mayonis.
5.Sediakan roti dan letak telur dicampur mayonis tadi bersama salad, tomato, timun, carrot. Tutup dengan sekeping roti lagi.
6.Belah roti menjadi bentuk segitiga.
7.Hidangkan menu ini untuk sarapan pagi atau minum petang. Walau ringkas tetapi penuh berkhasiat.

end product..tada~


sara makan penuh selera..siap tunjuk peace lagi.hehe

4 comments:

mummy_adam said...

wah sedap nyer, kalau mcm nie bukan adam n sara jer suka.. auntie pun suka ;)

thanks fr sharing dear

CuppyCakeMommy said...

lain kali buat lebih sket tau..terliur tgk sara makan..hihi

Elyn said...

sedap plak tgk!! kang nk try la...

lin muhamad said...

ena,
hahaha..tadi pn nasib i tak belasah dulu..wt sikit je.test dulu takut sara reject.hehe

cuppycakemommy,
u pun terliur ke..mai sini,i buatkan utk u gak.hehe

elyn,
tryla elyn.nk wt pn senang je.tak amik masa lama.sure wafiq suka. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...