Wednesday, February 10, 2010

cendol leman dawi

aku bukan kipas susah mati 'cendol' hahahahaha...
ingat artis je ke ada kipas susah mati?
tapi ada masa tu bila datang angin 'mengidam'
aku akan pekena cendol pulut.
cendol biasa aku kurang suka..
setakat ni aku tak jumpa lagi cendol yang menepati tekak aku ni..
ke aku sendiri tak reti nak tafsir, 'macam mana rasa cendol yang sedap kat dunia ni?'
sebenarnya aku nak cerita, aku dah penah cuba cendol leman dawi..
cendol pulut leman dawi...nampak sedap kan?

aku jadi berminat nk try sebabnya bila aku balik segamat je, asal lalu je depan kedai tu dah tutup.hairan jugak..takkan pukul 4ptg dah tutup? rupa-rupanya cendol dia mmg femes kat negeri 9 nih..aku penah tengok kedai pakcik ni keluar dalam majalah 3...

tengok ar..siap beratur lagi nak order cendol.huhu
pakcik ni siap hafal fakta lagi..keluasan negeri pahangla..jumlah penduduk pahangla..waaa kalah engko...kui3x...(aku sendiri tak sure betul ke tak ape yang pakcik tu cakap..takkan dia merepek pula kan.) siap pakcik ni mulutnya tak berenti pot-pet sambil tangan dia tu buat kerja..

ni la dia pakcik leman dawi...
aku rasa punca ramai sangat yg singgah kedainya tu pasal 'cendol leman dawi boleh top-up free' kot..korang minumla sesuka hati sampai kembung perut dengan cendol.hehe..arga dahla murah, dia charge utk mangkuk petama tu jek. yang korang topup tu FOC....

top-up cendol free!!! sape hantu cendol memang sukala!
tapi aku ngan husband tak tambah pun. sebab memasing sebenarnya lapar nasi.hehehe..so setakat nak mencuba cendol tu je la..husband aku kata okla cendol dia..korang penah try? senang je nak gi kedai pakcik ni..keluar je exit senawang tu, kedai tu kat belah kanan driver (kalau tak silap aku la..kalau tak tau sgt, tny je tollgate girl tu..sure diorg tau punye..). tapi kedudukan kedai ni strategik..kebanyakan orang nak balik kl mesti singgah situ kot...

*aku pernah terjumpa blogger yang merupakan anak pakcik leman ni..tapi aku terlupa nak save link blog dia.*

10 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku selalu makan cendol karim jaa..hikss..nanti kalo pegi area sana buleh laa try..
my hubby suka cendol pult, kalo tak, dier tak makan.

Elyn said...

aduh ni lai sorang cite pasal cendol!! lin i from last week gile makan cendol tau.... non stop everyday mau hahahahha

Nieza Ishak said...

nieza pernah singgah ...

besttttttt ... mmg ramai org sbb bila nak tambah freee ... hihihi

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

lin,
daku mmg pelanggan tegar Leman Dawi since dia bukak warung tepi jln lg..coz dat tym daku keja kt ON Semiconductor, senawang since 2003 to 2006.. mmg femes cendol Leman Dawi.. ktorang slalu lepak kt situ tym lunch hour..

Leman Dawi nie mmg segala fakta dia hafal wehh.. pastu dia suke bg gelaran kt org.. me, myself digelar SRIKANDI DOMINAN.. yg peliksnyer wpun dh lame x dtg kt situ (ade lar dkt 2 thn), dia still ingt gelaran ku SRIKANDI DOMINAN.. tp seyes pokcik Leman Dawi nie sgt lar lawakss.. hehe..

nieda said...

penah tgk kt majalah 3 pasal cendol ni. maybe sebab boleh top up free itu yg ramai pergi..Tapi kan lin, skrg ni byk warung cendol yang bila nk tambah foc. kt kg mertua saya di Muar pun sama. dia akan charge yang pertama sahaja, seterunya free jer..

Mrs. Adz said...

emm baru je tadi sebut nak mkn cendoll..tapi tak dpt lagi..sekali tgk pic ni lak..nak kena cari gak ni..

~adeQ~ said...

huhuhu...org segamat dekat mana? saya kg segamat juga....

iem said...

im pernah singgah,sedap gaklah

lin muhamad said...

eliss,
cendol karim tu kat mana? sedap eh?kitorg mencari juga cendol yg sedap kt kl ni..

elyn,
hahaha..awat terliur ke elyn? i tengok status fb u la asyik2 mkn cendol jek.hehe

nieza,
betul kan ramai? sbb tmbh free tu yg ramai org tu kot.

k.ecar,
ooo pelanggan tetap cendol leman dawi ke..hehe..siap ley dia kenal eh pelanggan2 dia..seronokla
mcmtu..tu yg ramai org suka nk pegi.sbb dia ramah..

nieda,
ooo..yeke dh byk kedai wt cmtu.tapi kt sini tak jumpa lagila yang kasik free ni..jenuh nk carikla..

mrs adz,
ngidam ke? ajak husband try cendol leman dawi.ley mkn puas3x..hehe

rafidah/adeq,
mertua sya dok kt segamat.balai polis batu anam. jemputla datang ye...

iem,
penah gi eh? sedap la jugak kan..dianya cendol pn banyak.tak lokek. :)

~adeQ~ said...

lin, nama saya shidah la...hehehehe bukan rafidah....ooo...mertua saya di taman yayasan dan parents saya di kg.jawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...