Friday, February 5, 2010

haish....sungguh besar cabaran ibubapa masa kini

petang semalam aku terima sms dari abg ipar..'alhamdulillah,shaza dpt matjiwa sgpetani.lapor diri 22/2/2010'.

mesti abg ipar aku gembira.dia mmg nak sgt anaknya tu teruskan legasinya disekolah tu...aku
dulu penah bersekolah di situ selama 2thn..

mlmnya, masa aku tengah check email..aku terima email notification dr facebook..ada request from someone to add fb aku..aku mmg takkan add org yang aku tak kenali..klu aku msg org tu tak jwb,aku akan ignore terus request tu..mls nak penuhkan list kawan-kawan tu dengan org yg tak aku kenali..

then aku terima another email msg dr fb..'maksu, ni kak long'

terus aku buka facebook(aku jarang online fb unless ada keperluan). rupanya someone yg request nak add tadi tu,shaza. and suddenly dia msg aku dlm fb (funa fb chat tu la)..kami borak-borak. petama kali aku chat dengan anak sedara aku ni. dlm masa yg sama, aku intai juga fb anak sedara aku ni..baca komen-komen dr kawan-kawan dia...

aku wish tahniah sebab dapat pegi SBP, but she seems not happy with that. siap letak status kat fb 'my dad force me to go to that school'.. ni antara serba sedikit chatting kami semalam..

shaza : tapi, kawan-kawan kaklong kata jgn pergi
aku : kawan-kawan kaklong takde yg dpt asrama ke?
shaza : ada sorg je dpt mrsm.
aku : pegila..dkt dgn rumah tok.time cuti boleh blk tengok tok.dulu maksu sekolah sana pun selalu pegi umah tok.(umah tok-mak abg ipar aku kt alor setar)
shaza : tapi kaklong syang kawan-kawan kaklong.diorg bf kaklong.
aku : kat sana nanti kaklong dapat lagi ramai kawan baru.
shaza : tapi kaklong lagi sayang kawan-kawan skrg
aku : skrg ni dh canggih.internet dh ada..kaklong boleh contact through email.
shaza : tapi, kat asrama tak boleh on9 (read-online)
aku :???

mati kutu nak jwb ape lagi..tak sempat nak teruskan chat, aku tengok dia dh offline. mesti abg ipar
aku suruh stop sbb dia nak guna internet pula..hm...abg ipar aku taktau aku chat dgn anak dia smlm. nantila bila jumpa aku borak psl ni dengan dia.

yang aku nak cerita disini, berbeza betul remaja zaman aku dulu dengan zaman sekarang..
mereka lebih 'mendengar cakap kawan dari ibubapa sendiri'..dalam kes kaklong. bila aku baca komen
dari kawan-kawannya majority tak menyokong. siap ada yang mention 'result budak sekolah asrama bukan bagus' hm...entahla..aku terkesima juga. remaja zaman aku dulu memang nak sangat pegi SBP/MRSM.macam aku,aku dari sekolah kampung. terus terang aku cakap, cara/kaedah pengajaran guru di sekolah kampung sangat berbeza dengan guru disekolah bandar. sebab tu aku bertekad untuk masuk juga asrama walau masa aku form1 aku hanya layak diterima masuk ke asrama negeri saja(smgr ipoh). itu salah satu sebab, aku memang tak menolak bila diterima masuk ke asrama.

tapi, bila aku berhadapan dengan kes anak sedara aku ni. baru aku sedar realiti masa kini.
banyak sungguh pengaruh yang muncul disekeliling anak-anak zaman sekarang. aku jadi risau dan takut mengenangkan masa depan sara nanti.kalau skrg ni, handphone dan internet mudah digunakan secara berleluasa, bagaimanala zaman sara nanti? apa lagi gadget yang lebih canggih akan muncul zaman sara nanti? yang aku hanya mampu buat untuk masa ni, hanyalah berdoa supaya anakku selamat dan dilindungi Allah...

zaman dulu, bila remaja tu memberontak dia lari dari rumah. kita boleh nampak dengan mata kasar.
tapi zaman sekarang ni, ada yang memberontak dalam diam. pula tu boleh dikatakan sekarang ni, even kanak-kanak sekolah rendah pun dah ada handphone. even kita tak nampak anak kita keluar rumah, tapi kita tahu tak ape yang dia buat diam-diam dalam bilik dengan handphone ditangan??selalu aku dan husband bercerita tentang hal ni..lagi-lagi lah skrg ni kerajaan target setiap isi rumah ada capaian internet. adeh..memang bertambah-tambahlaa cabaran.kalau tak, takdela shaza ni boleh tau dekat mana nak tengok komik manga online web. dahla dia 'kipas susah mati' segala mak nenek anime ni (naruto la..bleachla..whatsoever  lagi la..yg aku tau pun sakura card captor).

haish entahla..bila mengenangkan dunia skrg ni yang dh semakin canggih+moden, aku jadi risau teramattt....
tapi takkan kita nak kembali ke zaman ortodoks..sah-sah kita akan mati kutu.hm....pada pendapat aku, ada juga baiknya facebook ni atleast, abg ipar aku tu boleh pantau juga apa yang anaknya buat dalam tu.(walau tak byk tapi sedikit pun jadila). lagi-lagi, aku sungguh tak berkenan dengan satu komen dari kawan kaklong tentang status dia semalam..dengan selamba dia komen '"WHAT TA FUCK!!!NO!!!"
hai kalau aku kenal la anak sape tu, nak je aku sekeh-sekeh kepala dia..muka comel, tapi apa yang ditaipnya tu dah melambangkan 'perangai sebenar' dia..

ni pesanan aku la, untuk korang yang kalau ada anak-anak sedara yang meningkat remaja dan ada account fb, apelah salahnya kalau korang add anak sedara tu. atleast boleh jadi spy kakak/abang korang. bukan kita nak busy body, tapi sebab dia tu darah daging kita..kenalah ambik berat. lagi-lagi kalau anak sedara tu perempuan macam aku nih.

korang punye pendapat macamane? kalau ada idea cmne nak pujuk anak sedara aku ni,sharela kat sini.aku dah ketandusan idea nak pujuk dia...

4 comments:

ApasH said...

kalo aku selalunya ske bg tips pro ttg SBP/MRSM ni:

1) Cikgu2 nya sume A-class. Tukang buat kertas exam, x pon tukang check kertas exam.

2) so kalo dorang spot soklan keluar time exam besar (PMR/SPM) sure keluar punyer.Chances nk dpt result power besar.

3) Competition utk masuk U & scholarship makin sengit..so kalo resume tu SBP/MRSM ni..advantages skit.

4) Masuk asrama can gain so much experience..learn to be independent. Bila lagi nk dpt sume tu kalo x masuk asrama.

5) Bleh tambah kawan ape..yg BFF tu kalo betul BFF sampai bile2 still BFF kan. Jarak x jadi hal punyer.

itu je kot...hehehe..ntah berguna ke tak tips aku ni..

akuamy said...

hahahaha yelah zaman kita dulu berebut2 nak masuk sekolah asrama hingga bergaduh laaa untuk masuk. Punya la susah nak dpt. Budak2 sekarang tidak tahu bersyukur dah dapat lagi nak pikir.
just my 2cent

MeL MikaiL said...

alamak budak2 skg ni :(

Nadiah Sidek said...

better suruh abg ipar lin bincang dgn anak dia pasal kemasukan ke sekolah asrama sebab risau la juga kalau dipaksa2, dia 'memberontak' dari dalam. silap2 study lingkup. kalau dia nak terus belajar kat sekolah lama, rasanya takde masalah tapi kena buat 'perjanjian' la dgn dia supaya score dlm exam.

mmg kalau nak diikutkan, sekolah berasrama ada advantage berbanding sekolah harian tapi tak boleh juga nak dipaksa kalau dia mmg tak nak. yg penting, bawak berbincang, then baru buat keputusan terbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...