Thursday, February 11, 2010

i wish i have my AVATAR too

aku nak eksyen sikit ni...aku dah tengok 'AVATAR' malam tadi. tak perlu nak gi jauh-jauh...tengok kat rumah sambil baring-baring lagi heaven..clear version.ni bukan source yang kadang-kadang tengah tengok cd tu keluar bayang orang bangun pi toilet eh..(sebenarnya aku dengki dengan orang yang dpt tengok kat cinema, sebab tak ada orang boleh jaga sara.). thanks to husband lah kerana sangat rajin menyedut filem ni untuk wife dia yang kempunan nak tengok wayang ni...

aku kasik 6bintang dari 5bintang...aik? awatnye terlebih??? hahahaha..seriously, mata aku ni tak lepas walau sekelip pun dari skrin sepanjang tengok movie ni.. nak gi dapur amik ayor pun aku pause kejap..kehkehkeh..

patutla kutipan 'AVATAR' dh atasi TITANIC (satu lagi fav filem aku). memang tak tercapaila imaginasi aku ni kalau nak buat filem cenggitu...hahaha ada hati nak jadi pengarah filem ke cik kak oi??? kat cinema ada lagi ke tayang movie ni? kalau ada, pegila weh..aku ni teringin sangat nak tengok 3D..sure gempak gilaaaaa!!!!! ada kawan cite, sampai nak termuntah tengok 3D version..real macam diorg sama belakon dalam tu..

neytiri yang bercintan dengan AVATAR jake sully...

tapi tu lah..nama pun filem sci-fi. banyak tak logik dari logik...aku kesian gak kat watak utama tu sebab realitinya dalam dunia kita ni, dia hanyalah 'insan OKU'...tapi bila dia berada dlm 'AVATAR' yang direka khas untuknya, dia dpt explore macam2 dan dapat hidup normal macam insan lain...that's why one of the reason,last-last tu dia choose to stay in his 'AVATAR' permanently...

pas tengok movie ni baru aku paham nape dia letak tajuk 'AVATAR'..sure ada yang kutuk..woo kata budak IT, takkan 'AVATAR' pun taktau...wehhhh....aku manala tau 'AVATAR' dalam cite ni maksudnya sama macam ym 'AVATAR' tuh..kalau ada yang tak jelas maksud 'AVATAR' ni, pi baca kat cik wiki nih....hahahaha...kang sama je tengin macam aku juga. nak tengok movie trailer, gi kat sini eh...trailer 'AVATAR'

korang ada avatar tak? haa..jgn ingat jake sully je ada 'AVATAR', aku pun ada 'AVATAR' gak..ni 'AVATAR' aku...

cun tak aku?sexy kan? 'AVATAR' aku boleh la pakai seksi cenggini..kat realiti aku pakai cenggitu, mau kena sound pekat dengan laki aku kang.sexy kat rumah dpn dia bolehla...

kalau ada yang belum tengok movie ni, cepat-cepat tengok..kalau tengok kat cinema sure lagi puas ati..berbaloi sebab citenya memang best and tak bosan punyelaaa....

selamat menonton!!!

6 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku blom tengok lagi avatar ni.tengok avatar pada profile YM pernah laa...hehehehe

Elyn said...

i ade baca paper yg avatar ni dh kalahkan titanic. besh ek lin?? kene tgk gak ni!!

Farah said...

lama gile kan citer ni..tp memang bes la tak bosan lansung.

Diyana Zulkifli said...

sila jgn jeles,aku tgk avatar ni kat wayang,masa tu lg brapa mnggu nak beranak.haha.kire ni filem last le aku tgk seblom meletop.ramai yg dok bising sbb aku suke g tgk wayang ms peknen,pastu tak pilih cerita lak tu..nak wat cmne kan,mama mia ali kaki wayang..hihihi.

*biasala kan,certain person alert sgt bab2 kisah2 pelik camni..alien la,apela..maybe rg bising kat aku bimbang bab2 terkenan ke hape le kot..

huhu,pada aku,yg penting niat.jgn pikir ape2 yg negatif udahla kan..:)

ms damia dl,last story aku tgk kat wayang, Hellboy...heh.

apepun,aku pun kasik lebih bintang pd crita avatar neh!!!best beb!;)

lin muhamad said...

eliss,
cepat2 tengok..best tau cite ni.hehe

elyn,
ye elyn..mmg best cite ni..syok abis.

farah,
memang lama cite ni..dkt 3jam kot..tapi aku tak bosan pun.semua scene seronok..

diyana,
hehe..ala tak kisahla tgk cite pape pun..kdg diorg ni merepek je

AshAnas said...

shira mmg xprnh masuk panggung sbb mmg tak minat tgk movie, pe tah lagi, nk stay lm2 kt situ... shira lg suka tgk cd kot, boleh pause, boleh baring2... hehe...
br2 ni hubby shira, sm la cm hubby akak, dptkan avatar yg ori punye, gmbr pun cantik...
tp silapnya dia ajak tgk kul 11.30 dh, disebabkan esok tu keje, stop la kejap, mlm esoknya smbung lagi...
tp smpai skrg rs mcm dok dlm dunia tu lagi... cantik kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...