Tuesday, February 9, 2010

ketika cinta bertasbih


memandangkan malam tadi takde movie yang menarik di tv..so aku decide nak tengok KCB....mungkin aku agak ketinggalan sebab aku baru tahu kewujudan movie ni..hehehe..itu pun gara-gara aku terjumpa clips lagu Ketika Cinta Bertasbih nyanyian melly goeslow dalam youtube. kalau tak, sampai sudah aku taktau pasal movie ni..ye la, aku tak minat tengok drama bersiri indon yang bersepah sangat kat tv kita skrg ni..naik muak+jelak..

dulu aku penah baca novel KCB ni tapi aku kurang minat nak membaca novel tu.ayatnya pada aku berbunga dan sastera sangat..heh, aku bukan budak sastera..so tak berapa faham dan minat dengan ayat-ayat bunga camtu...
malam kelmarin aku tengok KCB 1..dan malam tadi aku tengok sambungan KCB 2..aku jatuh cinta dengan jalan cerita KCB..aku rasa lebih baik dari ayat-ayat cinta..lagi-lagi pelakon yang berlakon tu semua muka-muka baru and aku dapat tahu penulis novel tu sendiri yang memilih pelakon tu..dan kalau diperhatikan dalam movie ni, semua wanita bertudung kecuali watak eliana sebagai artis.
Oki Setiana Dewi as Anna Althafunnisa

aku suka anna althafunnisa..nama pun sedap..padan dengan wajahnya yang comel. part yang aku suka bila lidahnya tajam dan petah berdebat dengan suaminya dalam satu babak tu. dan sememangnya dia bertudung ye..bukan hanya lakonan semata..sweet je bila dia bercakap dan tersenyum..

Kholidi Asadil Alam as Khairul Azzam

khairul azzam..seorang lelaki yang sanggup berkorban untuk adik-adik dan ibu. 9 tahun belajar, baru dapat graduate..bukan salah dia. dia lebih utamakan cita-cita adiknya dari diri sendiri..ada lagi ke lelaki macam tu? yang aku pernah jumpa dalam realiti, lelaki yang terkandas dalam pelajaran bertahun2 gara-gara asyik masyuk bermain cinta dengan perempuan...yang kes ni banyak la berlaku dalam masyarakat kita..

aku rasa tak jemu tengok movie ni. mungkin aku akan tengok lagi dalam masa terdekat ni,ajak husband plak pasni... setiap scene tak membosankan. rugi sangat kalau korang tak tengok movie ni...kalau korang lebih suka menghayati dengan mendalam, bacala novel KCB tu. aku pening baca bahasa indon ni..tengok movie tu pun ada gak certain word yang aku tak paham..pasni aku kena ajak mil tengok sekali la sebab dia kan orang jawa. bolehla dia translate wording jawa yang aku tak paham tu. lagi-lagi watak dalam movie KCB ni memang lebih kepada masyarakat jawa, aku teka dari slang percakapan diorang tu macam sama je cm mil/nenek husband aku becakap kat rumah...kehehehehe..

semalam dapat sedut movie avatar..bolehla tengok hari khamis ni sebabnye hari khamis takde movie yang best. balik-balik cite hantu tepek tepung. naik menyampah aku!

3 comments:

Elyn said...

u beli ek CD die?? ker kat astro??

Mrs. Adz said...

cd ke ni

_aReyOu_ said...

thumbs up 4 dis movie. saya baru jew selesai tgk muvee ne.! hehe
pasni nak suh pakwe lak tgk. garenti puas ati!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...