Thursday, February 25, 2010

Pasta ayam chunky

Menu ini sesuai untuk anak berumur 9-12bulan keatas. aku pernah buat untuk sara. dia suka, tapi lama kelamaan dia jemu..sebab ada cheese tu agak muak kot.

Bahan-bahan:
1. 125gm pasta (rebus dan toskan)
2. Sedikit Mentega
3. 2 ulas bawang putih cincang halus
4. 1 biji bawang besar cincang halus (sebaiknya guna yellow onion)
5. 200gm isi ayam potong kecil
6. 1/2 kotak kecil fresh milk
7. 30gm cendawan butang/mix veggie
8. 1 keping kraft cheese

cara menyediakan:
1. Rebus pasta hingga lembut dan toskan.

Sediakan sos ayam chunky
1. Basuh ayam tanpa tulang(sebaiknya breastpart) dan potong kecil/guna mince chicken meat pun ok.
2. panaskan kuali dengan api sederhana dan cairkan mentega, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
3. masukkan isi ayam dan kacau sebati.make sure ayam dah masak.
4. hiris cendawan nipis2.
5. setelah ayam empuk, masukkan fresh milk, cheese dan diikuti cendawan butang. kacau rata, make sure api kecil.
6. masak hingga pekat.
7. sedia untuk dihidang dengan pasta.

Kebaikan menu ini:
Pasta mengandungi khasiat protien dan karbohidrat yang diperlukan oleh bayi. strukturnya yang lembut memudahkan anak menikmati hidangan dengan penuh selera.penyediaan sos yang pelbagai dan tidak pedas membangkitkan selera si kecil. elain ayam, anda boleh guna tuna atay ikan lain yang banyak isi.

resipi ni sama je macam baked macaroni cheese yang aku pernah letak kat sini dulu.cuma bezanya untuk sara ni aku tak bakar.

baked macaroni cheese

5 comments:

Elyn said...

jeles tgk u masak mcm2 tuk sara lin. wafiq i masak apa2 pun ssh nk makan. picky eater la die lin...

Diyana Zulkifli said...

hmm,mcm menarik,.bley try neh..;)

Cikpid said...

Lin, best laa ko selalu bagi resepi makanan baby.

mlm td aku buat sandwich telur mcm resepi ko tu..afieq suke :)

Ummi Salsabila said...

wah.sdpnye lin.boleh try.tp kn tuka to daging.coz aufa kn pantang mkn ayam.alergik plak..

lin muhamad said...

elyn,
takpe elyn.jgn give up.sara pn tak tentu dia nk mkn.ada yg i msk lgsg dia tanak jamah.ada yg dia mkn beselera.kita kena pandai carik fav anak kite.hehe

diyana,
cuba jgn tak cuba!

cikpid,
wah yeke...bagusla cmtu.aku suka share dengan ibu2..lgpn seronok bila tgk anak sendiri pulun makanan yg kita masak.

ummi salsabila,
takpe..resipi ni boleh divariasikan lagik.hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...