Wednesday, February 24, 2010

Qaisara si jantung hati

kenapa aku letak title entry sebelum ni..'tips untuk ibu berhati kental?'
jwpnnya...'menyusukan anak bukan satu perkara yang mudah. untuk meneruskan penyusuan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang ni, banyak rintangan dan dugaan yang kena lalui..itu tak termasuk dengan 'kata-kata' manis dari mulut orang sekeliling..sebab tu hanya yang keras hati+degil+keras kepala je sanggup sahut cabaran'...

ops..jgn salah paham,aku tak kata yang tak susukan anak tu 'looser' ok. cuma aku nak tekankan kat sini, if betul-betul nak menyusukan anak, mental dan emosi kena betul-betul jaga. dahla, cukupla aku tak suke nak becakap menda ni details. kang ada yang menyampah.hahaha..aku bukan nak bebel pasal tu sebenarnya.hehe...

ni aku nak berceloteh pasal si sara..lately banyak sangat dia nye keletah yang menggelikan hati kami kat rumah tu. pastu, kat umah tak sah kalau sehari aku tak membebel..bukan aku bebel marah..tapi aku menjeritla bila tengok peel sara yang alahai...tak tau nak cakapla...

  • aritu dia cabut pokok bunga aku..amik ko.dengan akar-akar sekali tercabut. pastu dia boleh bantai gelak sakan. nak nangis aku tengok pokok kesayangan aku tu...huhu
  • bila kitorg sebut 'quack-quack', tangan dia tu cepat je kepak-kepakkan macam itik tu...siap wat bunyi 'ak..ak..ak...ak'
  • ada sekali tu, husband aku sebut korek idung..entah cmne, spontan je jari telunjuk dia masuk dalam idung..adeh..deh..
  • gigi dh banyak dah...skrg ni 4gigi taring nak keluar..kiri kanan atas bawah..tu sbb kot dia nak menggigit orang je skrg ni..
  • bila tengok orang besiap-siap nak keluar, kelam-kabut dia gi kat rak kasut ambik kasut dia..minta suruh pakaikanla
  • daya ingatan sara kuat. ada sekali tu dia selongkar beg aku sebab dia tau aku simpan botol air masak dalam tu. mulanya aku hairan gak apala yang dicariknya..hahaha
  • kalau nak air tu, mulut bising je sebut 'aeeee...aeeee..aeee'. memula aku blur juga.apela minah ni bebel. bila aku tunjuk botol air, baru aku paham laaa nak air rupanya.hahaha
  • ni peel baru dia..kalau nak nenen tu, mulut tu muncung tak sudah..nk sebut 'ucu/susu' tapi tak tekeluar..so yang pegi dulu 'muncung mulutnya'..hahaha
  • terlebih peramah,semua orang dia nk tegur. ada sekali tu, mamat tu tengah amik order, boleh si sara ni muncungkan mulut kat waiter tu..adeh,nasib baik kecik lagi.esok-esok dah besar ko buat cmtu kat lelaki, mama kerat muncung mulut tu sara....
  • kalau kita marah dia sebut 'aiyooo..taktau', dia siap goyangkan satu jari tangan dia kat kita, konon-konon kita yang salah.adeh..saba je la..
  • bila suruh diam..sebut 'syyhhh', laju je jari telunjuk tu dia letak kat mulut.
  • aritu aku ajar dia solat. disebabkan tabiat dia suka sangat ganggu aku solat(suka berdiri depan aku). sudahnya dia bantai sujud depan aku. ada sekali tu siap angkat tangan lagi cam orang berdoa. ni mesti tengok papa dia selalu wat camtu.
  • skrg ni nak makan tanak org suap. belagak nak makan sendiri. kalau tengok kami makan atas meja, dia pun sibuk nak join sekaki.
  • kalau dia cium papa dia, dia akan cium aku sama. mesti nak adil! pandai dia tanak kami kecik ati.hehe..
  • asal naik kereta je mesti nak duduk kat tengah-tengah. atas handbrek. bahaya nak oiii!!!
  • kalau aku tanya mana mulut, spontan dia muncungkan mulut tu semuncung-muncungnya..
  • sebut peace, dia tunjuk simbol peace tak jadik.keliru jari mana yang betul..
  • suka berdiri sambil letak tangan kat belakang pastu bejalan cam 'mandur'..ni aku tau, dia ikut 'tabiat' kakak aku.hahahaha..
  • asal jumpa orang je, mesti nak salam. even skrg ni pun, asal nak balik school je, mesti dia salam dulu teacher2nya...nak cakap tq tak reti lagi.hehe..ni aku yang ajar.alhamdulillah, dia dapat ikut.
  • kalau dia nak wt satu perkara tu, mesti mata tu tengok kita dulu sambil sengih 'ada makna'..dalam diam tangan dia tu merayap.adala akal dia tu...
  • asal celik biji mata je, main..selagi tak penat...main je la kejanya...klu tak layan dia, nanti mama dia yang jadi mangsa buli.huhu
dan banyak lagi la peel sara..tak tertulis kalau nak tulis kat sini..pendek kata, tiap2 ari ada je la peel baru yang dia akan tunjuk kat kami..pastu tiap kali dia wat cmtu, mesti aku rasa sayu je hati..'dah besar anak dara aku..dulu letak je atas katil, dudukla situ tak begerak-gerak selagi tak diangkat, sekarang ni..hm.....' huhu...

4 comments:

mummy_adam said...

dah besar lagi banyak lah peel n ragam nyer.. tp sgt sweet.. huhu

AshAnas said...

seronok bc perkembangan anak2 org lain, xsabar tunggu anas... hehe...

Farah said...

hahaha yang posing macam mandur tu memang tak tahan..ade bakat jadi bos ni

lin muhamad said...

ena,
huhu..adamasa pening kepala jugak melayan kerenah dia..tapi lynkan je la.huhu

ashnas,
takpe..nanti awak yang tak terlayan keletah dia.hehe..sabar.

farah,
ha tau xpe.dia suka sgt bejalan gaya cmtu..cm orang tua pn ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...