Monday, February 8, 2010

sara, jangan tinggalkan mama ngan papa...

weekend baru ni, pil datang betandang ke rumah...tujuan diorg datang nak melawat adil pil yang warded di HTAR. so, tengahari semalam pil pun nak keluar la ke hospital. alang-alang tu pil nak shopping kat jusco bukit tinggi sekali. husband aku pula keje pagi. aku memang tak follow, kang takde sape nak masak lunch. bising lak husband aku balik tengahari tak makan. lagipun aritu aku dah pegi pun melawat pak yang ngan husband.

bila pil aku dah besiap nak keluar rumah, sekali sara wat ape tau? DIA AMIK KASUT DIA TU THEN TUNJUK KT NENEK. adeh, dah pandai nak ikut orang bejalan la budak ni..mama yang selebet berkain batik ni langsung tak diendahkan..bila tengok sara macam tu dengan muka excited tu, tak sampai hati pula nk kecewakan dia..lagipun dah 2hari sara tak keluar rumah, dah bosanla tu kot..(bila papa keje weekend, kami 2 beranak terperap je kat rumah). so mama kasila permission untuk sara ikut tokayah ngan nenek...

ingatkan sara balik rumah petang tu dia kelam kabutla cari mama..mama kat dapur. mama tunggu la kat dapur..aik, sara tak datang pun jengok mama kat dapur..nak kecik ati dah mama ni..nak nangis dah ni. sebabkan tak tahan hati ni rindu kat sara (baru 5jam berpisah), mama ngalah juga akhirnya..mama yang pegi tunjuk muka kat sara..waaa nampak je kelibat mama, terus dia terkam nak 'nenen'..hampeh..itu je yang sara ingat????sabar je lah....

pil tak stay lama, petangnya diorg balik semula ke segamat. bila pil dah nak berangkat keluar rumah semalam, again sara buat peel lagi..sampai diheretnya schoolbag dia tu. mama tarik beg tu, mama plak kena marah??? siap sara melalak depan pintu lagi dengan tunjuk tangan kat tokayah ngan nenek. dia menangis sebab kena tinggal...adeh..sara..sara.. tak penah-penah wat perangai macam ni tau. sejak bila dah pandai nak ikut orang ni??? mama ngan papa dia yang berdiri kat sebelah dia ni pun, dah tak dihiraukan...aku ngan husband pandang sesama sendiri tengok perangai sara semalam.....huhuhu....

pastu mil aku siap keluarkan statement yang aku tak berapa syok dan takut nak dengar...'lepas ni boleh la duduk dengan nenek ye kalau tak takut macam ni.' huhuhu....tidak!!!!!! nanti aku rindu kat anak aku sape nak tolong???? sara janganla tinggalkan mama ok...tunggu sara gi sekolah asrama ke takpela keluar dari rumah ni..itu mama tak kisah.

*jgn salah faham. aku bukan tak suka sara duduk dengan nenek dia. aku tak nak berjauhan dengan sara. biarlah walau bersusah payah kami tetap bersama. kalau sara sakit nanti, biar kami yang jaga. kalau kecik-kecik kami dah serah tanggungjawab penjagaan anak pada oranglain(even mak sendiri), nanti dah tua macam mane? nanti tak pasal-pasal anak kita letak kita kat rumah orang-orang tua..time tu nak menyesal tak berguna lagi. (ingat...what you give NOW, you will get back LATER)*

5 comments:

lia said...

owhhhh aku penah emo, sedey bagai biler aku ajak Amsyar balik, dia xmo balik sbb nk main dgn adik aku... tp nk tinggaikan dia, xmungkin!!!!

mcm ko kata la, kalau dia masuk asrama aku xkisah wpon emo tp nk tinggai umah org, tidur dgn org... nehiiiii... (wpon org tu family sendiri)

nieda said...

mmg rasanya x sanggup nak berpisah dgn anak. biarlah susah senang kita jaga kan..

dora said...

salam lin... bila baca psl ni teringat gak dulu2, mil nak amik anak kitorg jaga... saya ckp kat asben, kalau setakat beranak nak bg org jaga, baik sy tak pyh beranak... lepas tu asben pun tak bagi... lega saya.... susah macammana pun bg saya, anak kena kita bela sendiri... memang tak sanggup rasanya nak berpisah ngan dorg... :)

m@y said...

huhuhu..bersedia lah anda.nanti jadi cam aulia.at least sebulan sekali konfem kena kidnap dgn tokmama&babah hakhak!!

MAMAFAWWAZ said...

huhu..ur opinion sama dengan i..biarlah susah senang kita bersama. i pun tak sanggup nak pisah ngan anak i tu. walau saya kena g outstsion saya suh laki saya yang jaga..saya takkan sesekali tinggalkan anak dengan mak dan ayah kat kampung....tahniah untuk u.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...