Wednesday, February 24, 2010

tips untuk ibu yang berhati kental!

sungguhpun nama panggilan aku di rumah adalah 'nona' tapi aku bukanlah penonton setia rancangan 'nona' tv3. so last weekend, sedang aku santai melepak depan tv, tangan ni pantas nak tukar ke channel lain...tapi hasrat hati terbantut bila dengar 1 statement keluar dari mulut maya karin(sejak bila dia ni jadi pengacara nona ni?)....

'dengan menyusukan bayi, anda dapat mengembalikan bentuk asal tubuh badan' (lebih kurangla ayat dia tuh..) terusla aku tak jadi tukar channel..mesti nona nak share tips/petua nak kuruskan badan...

tapi..aku silap..bukan itu focus topik nona aritu....actually, nona kasi TIPS PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA...oklah tu..sebab aku memang tergolong dalam kelompok ibu-ibu tuh...so here aku ringkaskan tips yang aku dapat dalam rancangan nona tu untuk dikongsi bersama ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka nanti.....

Persediaan Untuk Ibu

1.Elakkan stress kerana boleh menjejaskan hormon prolaktin yang membantu dalam penghasilan susu ibu.
2. Stok bekalan EBM untuk diberikan kepada bayi sepanjang ibu bekerja perlu disediakan at least 3minggu sebelum bekerja.Boleh rujuk entry aku yang ni-Stok EBM

stok EBM sara

Persediaan Untuk Bayi

Latihan kepada bayi perlu dilakukan at least 3 hari sebelum bekerja. Rujuk step berikut:
1. Ibu perlu bangun seawal yang boleh, saranan jam 5.30pagi.
2. Terus susukan bayi walau bayi sedang tidur/mamai.
3. Selepas tu, ibu boleh lakukan kerja rumah (siapkan breakfast, siapkan anak ke sekolah ke..etc)
4. Bila bayi sudah bangun, berikan susu perahan kepada bayi mengikut tempoh waktu ibu bekerja (contoh 8 jam), jangan direct breastfeed bayi sepanjang waktu tersebut walau kita ada di rumah semasa latihan dilakukan.

5.Cara memberi susu perahan kepada bayi seperti berikut:
  • Minta bantuan orang lain(maid/husband/penjaga bayi) untuk pangku dan beri susu kepada bayi.
  • Beri susu dalam feeder cup/sudu(atau boleh guna botol bersudu macam dalam pics bwh nih) untuk elakkan bayi confuse dengan nipple ibu.

feeder cup


bottle with spoon

Ini tambahan aku ye..sbb doktor tu tak cakap details..
  • Catatkan jumlah susu perahan yang bayi minum setiap kali diberi. Tujuannya supaya ibu dapat mengagak jumlah stok yang diperlukan bayi semasa ditinggalkan pada pengasuh.
  • Beri susu mengikut jadual. nanti aku upload contoh jadual yang aku pernah guna utk train sara masa kecik dulu. kena selongkar kotakla jwbnya..huhu
  • Ibu boleh pam susu seperti biasa mengikut jadual sepertimana sudah naik bekerja kelak. Boleh rujuk entry-jadual perahan
harap entry ni dapat memberi panduan especially untuk azza yang nampak semangat waja sungguh nak bf 2nd adik airyl nanti.. aku sokong ko 100%!

oh..by the way, as usual lah kan, nona mesti akan masukkan celebirty diorg gak dalam program ni..so ada gakla terselit seorang personality tv3 yang juga bf mommies..you guys boleh check blog irin putri azmi.

5 comments:

lia said...

aku tau topik ni akan d bincangkan dlm nona, tgk iklan tp xdpt tgk...

aku baca paper ahad 2, ada artis tp xingt lak nama siap amik suntikan hormon sbb nk bf anak angkat dia tau... artis ni solo g... kalau nk tau saper, cari pancaindera ahad baru ni ada... serius aku lupa nama hu3...

lia said...

aku da dpt nama artis tu... Rebecca Nur Islam...

may b pendekatan mendedahkan celebriti yg BF akan buat lg ramai mommies yg bf...

mummy_adam said...

huh.. I majuk ngan Adam, nak simpan info utk anak 2nd lah.. kihkih..

thanks for sharing babe :)

precious innocent said...

akak tgk jugak nona hari tu.. ttgk actually..

tp yg x bestnye, pendek sgt la segmen tu.. kan lg best kalau tu jadi main topic depa..

-mama emma®-

lin muhamad said...

lia,
aku taktau..secara tak sengaja terbukak..tu yg tengok je terus.hehe..oh artis yg belakon jgn tegur tu eh..aku ada baca gak dia ada amik anak angkat..bagus niat murni dia tu.

ena,
xpe..ley practise kat adik2 adam nanti k.hehe

mama emma,
betul tu..syg sungguh.kjap sgt segmen tu.klu wt topik utama kan ke best.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...