Wednesday, March 31, 2010

main masak-masak

last week, kakak aku bertandang ke rumah kami. si sara yang nyenyak tidur boleh pulak melompat bangun bila dengar je suara nyaring sepupu dia menjerit bagi salam...

dari mengantuk tu terus cerah bijik mata..sakan betul main. kalau ada 2 anak buah aku ni kat rumah aku, shazwan dan shasha memang riuhla rumah macam pasar. sara pula sakanla bila dapat kawan. tak tau penat. nak main je..

tengok la, sampai dibulinya abang shazwan tu..tolak kereta dia.hehehe

ni paling aku tak sangka..boleh pulak si shazwan ni ajak si sara ni main masak-masak. bolehla ye..abang pun nak jadi chef 'wan' gak.hehehe..

adeh..akak aku pun turut terjebak dipaksa minum air si sara ni..layankan je la kak an..hehehe

taktaula menda yang diorang masak..memacam hal. teringat masa aku kecik2 dulu. boleh kata ni la antara favorite permainan aku. aku mesti jadik bapak, anak sedara aku lagi sorang jadik mak.hahah tebalik. padahal dia lelaki..suppose dia la jadi bapak.kihkihkih...

ohye...3ari sebelum tu si sara ni main masak-masak sengsorang dia kat dapur. ye la..aku ngah masak, so aku ajakla dia main sama kat dapur. kang dia kacau aku sampai sudah tak siap keje aku. konon nak kasi real, aku letak la kismis dalam 4biji dalam periuk kecik dia tuh. tapi, tak sempat masak dia ngap dulu.hehehe...

geleng kepala je la tengok peel sara..tapi kejap je dia main. pastu mula la melalak macam biasa.

Tuesday, March 30, 2010

Kosong dan Beku

tak tahu nak meluahkan macam mana.
yang pasti..aku rasa dingin

aku tau aku berdosa buat macam ni
tapi aku terkilan
aku tak boleh lupa..
setiap kata-kata tu masih berbekas dalam hati ni

jiwa aku kosong
sampai bila keadaan ini akan berterusan?
aku berdendam?
mungkin...

'tears are words from the heart that can't be spoken'

dah ada yang baru, yang lama tetap menjadi pujaan hati

kan last week aku belikan selipar untuk sara. entah macam mane, masa dalam kereta pas ambik dia dari taska tu dia boleh pulak selongkar plastic bag (kebiasaanya, aku akan bwa kuih utk dia waktu petang...agaknya tu sebab dia selongkar kot..dia ingat aku belikan kuih lagi la tu utk dia..kekeke) sekali dia nampak selipar tu. ape lagi. sebok dalam kereta tu gak dia nak test pakai.

balik umah tak benti pakai. lawak sungguh. kaki tu kecik je. selipar besor. kepala mashi moro yg lebih menonjol dari kaki dia yg cenonet tuh...

tapi macam biasala..dia tetap suka pakai selipar buruk aku tu. aku taktau apa yg suka sangat dia pakai selipar aku tu..dahla kotor+hitam, mana taknya dah lama tak bercuci..kekekeke..tu yg aku buat pakai kat dapur jek.

akhirnya tersadai selipar mashi moro tu tak dihiraukan sara..huhuhu

Monday, March 29, 2010

makan angin sepoi bahasa

petang tadi, kitorang bawa sara jalan-jalan ke taman..selama duduk sini baru 2x bersiar-siar kat taman area rumah kitorang ni..hehe..

cantik juga taman ni..angin kuat pulak tu..dari puncak ni, boleh nampak satu kawasan putrajaya.nak main layang-layang pun sesuai kat atas ni. angin kuat sangat. seronok pulak..

berangin je. sara siap berlari kejar burung lagi (burung tu melompat je atas jalan. aku tak kenal plak spesies burung ape.heheh)

suka betul budak kecik ni naik basikal...mane tak seronok. dia duduk je atas tu. kita yang kena tolak. balik dari taman, terus dinner kat mamak. sara makan tose habis separuh tu dia balun. pelik tengok dia selamba je makan. tose tu kan masam..laju betul dia makan. nampak macam lapar sgtla tu. penat sangat bejalan kat taman tadi agaknya..heheh

sara dah tidur pun. elok pula abis buletin utama tv3 dia pun telelap atas paha aku nih(pandai lak cari port tuh).penat bebenar la bejalan siang tadi tuh..

sekian cerita hujung minggu. tak ke mana pun. banyak habiskan masa di rumah.next week ke mana pulak eh?

*ni schedule post, ditulis ahad malam isnin..pasni semua entry aku akan tulis on weekend.senang sikit.*

Friday, March 26, 2010

kisah selipar

kan dalam entry ni, aku bagitau si sara ni suka main selipar aku. so lunch hour tadi, sedang aku merewang tu, tejumpala selipar untuk bebudak. design tak banyak. yang ada design ni je.DSC06654

so rembat je la dari tak ada. janji sara tak heret lagi selipar aku tu merata (kotorla selipar tu aku buat pakai kat dapur jeeee..huhu) sure dia suka. aku bekenan dengan barney. tapi rupanya design barney tu selipar dewasa. yang ni pun jadi lah dari takde. hehehehe

banyak perkara yang perlu sara belajar

DSC06558


mimpi ape agaknya si kecil ni ye…

ada masa tu, aku nak je selami apa yang bermain dalam minda sara.petang semalam dia mengaruk as usual la kan.nak lagi kitorang ber2 je kat rumah.mengekor je la mama nye ke mana saja..sara sekarang pantang tengok ‘b’ aku terdedah.asal tebukak je, terus dia nak nganga mulut..kalau tak, dia siap selak baju lagi.nasib baik kitorang je ada kat rumah.

smlm time aku panaskan lauk kat dapur, dia mula la tak keruan sebab seharian gian tak dapat ‘nenen’. pastu aku pujukla, ‘kiss mama dulu kalau nak nenen’. sara buat tak tau je. aku dah sedihla ni. tengok sara bolayan je. tapi sambil tu dia merengek. aku ajak baring. dia paham sangatla kalau aku ajak baring tu. jap lagi dapatla habuan nenen tu. tapi sebelum tu aku minta dia kiss aku lagi. tak sangka lak aku. dia bangun balik pastu peluk aku kuat-kuat then terus kiss aku lama-lama. pastu sambung baring balik.hehehehehehe. aku saja nak test angin dia lagi. ‘sara, sebelum tu kita baca doa dulu’..’allahumma bariklana…’ sampai habis baca doa tu then dia amin sapu tangan kat muka. pastu ape lagi…dia ngapla terus.hehehehe.

alhamdulillah, sara masih mendengar kata aku (kiss aku+ baca doa) sebelum aku kasik nenen. cuma dia tak pandai lagi nak cakap ‘naceh’ (terima kasih) pas nenen. takpe..lama-lama pandaila tuh.lagipun budak sebaya sara ni cepat belajar. cepat pickup. macam semalam, aku suruh dia tanggal kasut. terus dia duduk then berusaha nak cabut kasut tu. cuma sebab strap kat belakang kaki dia tu agak ketat, so after 3kali mencuba tak berjaya juga so aku ajarla cara-cara nak tanggal kasut tu..siap bukak shoe cabinet lagi nk simpan kasut dia tuh..tak lama lagi pandaila dia tu.hehehe.

then, pagi tadi aku saje la ajar dia main tepuk tampar (ala lagu..sep..sep..sep..tom..tom..tom..tom apa tombak?….bla bla bla) dia suka betul…excited main tepuk tampar gitu. cepat lak tu pickup. hehehehe.
hm....kalau ada kesempatan this weekend nk wat aktiviti yang macam azza buat tuh..macam seronok je..tapi kena tengok gakla mood sara..

Thursday, March 25, 2010

19month

sejak dah menginjak ke satu bulan tua ni, macam-macam peel pulak anak dara aku tu..ada masa tu memang boleh buat ilang sabarla jugak..tantrums pun makin menjadi..teringat masa dia dalam pantang dulu..senyap je..tak cranky..nangis pun kalau lapar+popo..tapi sekarang ni..lebih kepada nangis mengada..nakkan lebih perhatian…

  • dah pandai cakap ‘naceh’ means ‘terima kasih’
    • DSC06594

      da macam aksi ‘minah rappers’ gayanya..

  • dah pandai panggil ‘tatak’ means ‘kakak’
    • DSC06631

      gigi pun dah makin banyak..jari aku selalu jadik mangsa gigitan dia time nk gosok gigi.

  • da pandai sebut ‘nacik’ means ‘nasi’
    • DSC06603

      bila pakai kaftan ni, dah macam ‘big sister’

  • suka tengok iklan..esp iklan susu fernleaf..siap gayakan tangan lagi ikut gaya adik fernleaf yg nyanyi lagu tu la…
    • DSC06455

      she can eat the whole apple..huhu

  • suka sangat peluk kitorang kuat-kuat..pastu cium sampai penyek idung tu kat muka kitorang ni.
    • DSC06567

      time ni nampakla ‘baiknya’ dia..

  • kalau nak susu tu, spontan je dimuncungkan mulut..bunyiknye ‘ucu' je keluar..hehe
  • cepat sangat mengajuk tingkahlaku orang..bahaya ni.karang dia tiru yang bukan-bukan.huhu
    • DSC06506

      aksi ni dia yang nak naik camtu.taktau mane dia dpt idea nak duduk atas palang tu instead duduk atas seat yang disediakan..

  • da pandai bukak pampers! selalu sangat tengok pampers sara lekang pelekat belah kiri..bila tny teacher, diorang cakap sara yang tanggalkan sendiri. teacher tak ckp pun aku tau..sebab sara suka sgt kopek pelekat belah kiri tuh..huhu
  • suka main pakai kasut..tau tak, dia suka sgt pakai home slipper aku kat umah..sana sini disarungnye selipar tu..nanti mama belikan satu utk sara ye.hehe
    • DSC06574

      tengok..selipar aku yang kt luar umah ni pun dia nak gak taram.sape ajar pakai kasut 2 lapis ni sara?haish…

    hm..buat masa ni, itu je la yang aku ingat..later ada lagi aku sambung tulis..


    sambungan:

    alhamdulillah..last checkup, berat sara naik 9kg. :) next month nurse cakap kena datang lagi ambik ubat cacing..nampak perut sara agak moncit..so suspect ada cacing kot... huhu..

feeling down


yes…that’s what i feel now…oh…by the way, sara is 19month..,later i will update her progress …i lost my spec..thinking to get a new one..but no more shopping budget for this month..

is it because he’s also feeling down coz last 2-3days before i was thinking to wear lense back…hm..merajuk ke encik spek? please show up..really need you badly..

why i was blogging in english (dahla english berterabur..saje je la tukar angin.)

Wednesday, March 24, 2010

Green Zone review

hajat di hati semalam nak tengok cik alice..tapi timing tak kena..then suddenly mata ni terbabas kat poster 'matt damon'..eh ada movie terbaru ke mamat ni belakon? (aku suka dia ni belakon action..macho!)

even aku tak pernah pula tau pasal movie 'green zone' ni..tapi hati ni nak tengok sebab aku suka action movie..(paling utama, janji lepas gian aku nak tengok movie..hahaha)

ape pun, aku sangat puas hati pas tengok movie ni..aku tak tau la utk orang lain. tapi movie ni memang lebih kepada 'anti war' atau more specific..'anti american'..lebih-lebih lagi lepas banyak sangat huru hara yang negara uncle sam ni buat kan..

apa yang tersirat dalam movie ni berjaya disampaikan menerusi 1 dialog dari 'freddy' - native iraq yang jadi translator damon.."It's not for you to decide what happens here"...ye betul tu..kehadiran pencerobohan uncle sam ni hanya lebih memburukkan keadaan je..ibarat menangguh air di keruh la orang kata....diorang ingat diorg tu polis dunia ke?? diorang je betul....hem...

nak tengok trailer..pegi sini la ye..tapi hakikatnya semua ni hanya 'cerita' semata..movie ni pun dihasilkan daripada novel Imperial Life in the Emerald City

overall aku kasik 3 bintang..

*cik alice tu nanti, aku sedut dari internet lah..*

kali ni mak pulak mengaruk!

ape korang buat ye..kalau korang tengah buat keja..anak melalak...lepas tu guling2 atas lantai. tunjuk protes. selagi tak dipujuk, selagi tu dia buat perangai..pulak tu depan2 orang plak. tepaksala kita ni tebalkan muka..pekakkan telinga..butakan mata...

aku punye style..pekakkan telinga..continue with the job until finish (eh..kalau aku melayan lalakan sara tu, alamatnya orang kat rumah makan batu ngan pasirla..sebab biasanya sara akan buat perangai bila aku mula nak memasak) biasanya if aku dan sara tinggal ber2 je kat rumah memang aku akan buat macam ni. kalau dia menjerit2 tak stop menangis, aku akan tutup pintu dapur. biar dia melalak kat ruang tamu.kalau nak tunggu dia ok, takde nye.dia ok kejap je..bila dah habis pujuk tu, baru je aku jejak kaki ke dapur semula dia bukak balik speaker tu (lagi kuat dari tadi)..

tapi.. ada orang yang marah aku buat macam ni. aku ni mak yang kejam ke bila buat macam tu? mana lagi kejam? aku pukul dia atau aku biar dia menangis? lagi satu..kalau dah tau mak tu tengah memasak/buat kerja kat dapur, kenapa bapa tak tolong jagakan anak UNTUK SEMENTARA? ini tak..bila anak mengamuk+menangis..terus suruh kita stop buat kerja dan layan anak masa tu jugak. kenapa bila anak mengamuk mesti mak jugak nak kena pujuk? kenapa bila anak tengah baik+happy je bapak nak layan??? walhal bapak tu takde buat ape pun waktu..selain dari mengadap tv + layan notebook + isap rokok kat balkoni? (alah..aku tau ramai bapak2 kat luar sana macam ni.mengaku je la weh! jangan ego sangat!!!) aku geram tau tak! geram to the max!!!!!!

*Mistery Parcel*

sampai je office tadi, mata aku terus terpandang satu parcel.
hm...takde pulak aku beli any online product..
tengok address pengirim dari danon dumex..erk! aku takde la pula beli susu dumex..pulak tu takde pun request sample ke ape..huhu

bila bukak je parcel tu..
















baru aku teringat, aku memang penah subscribe mamil mama gold club online. and kebetulan masa tu diorg buat contest 'My Top 3 Favourite Local Holiday Spots"..

yang aku ingat, aku letak jawapan langkawi..redang...sabah..heheh

jadila dapat adiah crayon..boleh sara guna wat melukis..(padahal baru je last week beli crayon brand yang sama gak..tak pela..boleh simpan as backup kan)

*teruja la jugak since aku jarang join contest dan jarang pula dapat adiah..even setakat hadiah kecik macam ni je pun.hehe*

Tuesday, March 23, 2010

our 1st date


Jangan jeles..i tgh bejimba dgn cik abang sayang..heaven sungguh!enjoy our first date after 1+half year.huhu..jap lg nak masuk cinema:-P

Monday, March 22, 2010

my fake eumora soap. oh my skin!!!!!

salam semua...

macam mane hari ni? mood masing-masing baik ke? kee..masih bermonday blues?
arini aku tak sempat bermonday blues..arini meeting..and dah tentu meeting akan drag till this evening(bosan seh)..petangnye kul 4 checkup appointment si budak kecik tu..klu meeting habis awal, pegila..kalau tak, maybe esok/lusa la pegi...

banyak benda nk story tapi as usual 'mood berblog' tak datang...so, aku merapu je la..
btw, aku nak tny..ada tak antara readers yang pernah cuba sabun EUMORA.

please share your experience..and how to check either fake eumora or not since dah surf kat web banyak pulak yang bercerita pasal fake eumora ni..then tak dpt nk trace sebab ada pulak yg jual fake eumora ni with normal price sama macam original (90-95rgt)..dahla shape pun sama besar cam sabun free yang diberi kat hotel tuh...tak beranila nak take risk beli barang tiruan ni.better beli yang original even mahal kan? sanggup ke nak pertaruhkan kulit sendiri? esok daripada elok halus bak

tetiba jadi lebih menggerutu dari si..

kekekeke...

oh..by the way, aku baru je contact someone to check 1 reseller kat internet ni either dia ni authorized eumora or not. aku agak curious sbb harga yang dia offer jauh murah dari normal rate price..dahla dia cakap trader code hilang (hp hilang since she get the code through phone sms - alasan yang biasa kita dengar)..then someone yang tolong checkkan untuk aku tadi tu tu mention 'Anyone that claim that they had lost or forgotten their code shows that they are not a genuine authorize supplier . Nobody will forgets our code if we are into the business . So jus beware and always buy from the real supplier.'

*aku nak tolong kawan aku ni carikan info pasal sabun ni. since dia baru nak cuba sabun ni..aku?hem...entahla adik yang jual eumora tu kata kulit aku takde mslh..tapi tu la aku tensen dengan eyebag ni..huhu*

tips 1 - please ask their trader code to make sure they are an authorized eumora reseller.

Friday, March 19, 2010

baked tuna

susah juga jadi housewife ni..
penahla mil merungut..dia cakap kadang tu tak ada idea nak masak apa
semua orang kat rumah tak tau nak makan apa dah..
so adakala tu mil masak je la simple2..

betul kata mil..
lately aku pun rasa macam tu
tak tau nak makan dan masak apa dah..(padahal weekend je aku sempat nak masak skrg ni)
bila buntu tu, aku mula la search new recipe kat internet (berguna tau kalau kat rumah ada internet hehehe...so meh aku tolong register streamyx untuk korang ye..)

ye..aku memang akan onkan lappy then tengok resipi sambil berlari ulang alik ruang tamu ke dapur..hahahaha..aku tau masak bihun goreng singapore pun dari internetla..orang lain mungkin beruntung boleh belajar memasak dari mak memasing..tapi aku nak belajar dengan sape? mak aku dah pergi masa aku kat sek asrama lagi..so jgn salahkan aku la kalau bab masuk dapur ni aku tak berapa arif (haha..alasan!) harap bertanya ngan akak aku ngan pakcik google je la..nape tak tny mil? hehehe...aku segan+malu.

dah cukup-cukupla merepek..ni ha menu terbaru yang aku cuba..asyik breakfast tekak melayu je..so ari ahad lepas aku buatkan breakfast western food..husband yang baru blk kerja shift malam tersengih lebar..hehehe..

mushroom soup (soup terlajak air..)+tuna chuncky+brocoli



mashed potato+butter+fresh milk



before...


after...

baked tuna+mini sosej+fries

untuk resipi, sila ke blog nannie. cuma nama resipi je lain..aku tukar sebab aku tak de caserolle..hehe

aku puas ati sebab sara makan banyak tuna tu..next time boleh try lagi sebab 1st time buat aritu terlebih air..huhu..tu yg nampak cam cair jek..

*selamat mencuba ye weekend ni puan-puan*

bila angin gastrik menyerang...

semalam seharian meeting (pagi meeting bahagian,petang pula discussion dengan boss)..dahla turn aku jadi s/u...so kenala mencatat minit (paling aku benci dan tak suka buat)
asal aku terniat nak capai kuih, orang ni buka mulut..so nak tanak aku hanya mampu jeling je la kuih tu..normally bos aku akan break 10minit cmtu untuk kasi makan..tapi semalam dia nk make sure meeting abis on time..so tekejar-kejarla..bygkanla tangan aku yang mcm lipas kudung mencatit semua bebelan dia...end up sampai mlm tadi perut aku angin gastrik..mau taknye, aku tak jamah ape langsung dr pagi semalam..just sempat teguk air suam..then masuk meeting tu dr 8.30pg-1tghri non stop..gileee...pastu kenala bebel dengan husband sebab tak makan roti kat rumah dulu...huhuhu..

pastu time lunch ikut nafsu nye pasal, aku ambik sampai 3 jenis lauk..penuh pinggan..tapi member sedia maklum..takdela diorang perli2 aku..hahahaha...tapi tu la..tak abis sebab angin dah masuk dalam perut dulu.....this week blog aku agak sunyi..bukan takde cite nk cerita..banyak benda nak share..tapi..masa yang takde+mood nak berblog takde..aku rasa cam tak cukup nafas jek minggu ni..kena buat schedule entry la time weekend pastu post on weekday.hahaha (itu pun if aku sempat bukak internet)

*malam tadi layan movie korea..hahaha...dah lama aku tak menangis tengok movie korea..tapi sebab yang belakon tu fav actor aku, so aku layankan je la..sambil-sambil tu layan juga rancangan realiti 'adik-adik'..tahniah adik wajih..coz berjaya jadi juara rancangan adik-adik musim pertama ni'...aku pun suka cara penyampaian dia..ada talent la jadi pendakwah *


adik wajih kiri sekali..

*hot air balloon dah start...ada yang turun putrajaya tak? jom jumpe..huhu...teringin nak bawa sara pegi..i jengok dari bilik je pun dah nampak..*

taken from my office..

Thursday, March 18, 2010

Makan-makan di Restoran Kampung Thai Ampang

Jumaat 3-4minggu sudah, kami bertiga kuar makan dengan abg dan akak aku..
kali ini pegi restoran kampung thai, ampang...sederet je dengan restoran intai-intai(kalau tak silap akula..)lupe daaa tapi opposite je ampang puteri specialist tu..kalini akak aku lak belanja..memandangkan keluar makan pun dah lewat (kul 10++ baru nak dinner..huhu) so kitorang decide makan menu ikut tekak memasing je la..takdela nk makan nasi berlauk dah lewat-lewat camtu kan..menu kelass kemain..semua english+siamese..so ni aku translate sesiap ke melayu la..(bila translate ke melayu, takdela special pun.haha)

akak aku order nasi goreng ikan masin..siap ada petai lagi..pergh..
gambar lupe snap..

ni menu abg aku..


beef udon mee (nama aku tak berapa igt sangat)


aku plak order bihun tomyam seafood..
gile bapak besar..tak abis aku makan sorang..
bekas tu besar standard size tomyam untuk 4orang makan tuh..

hubby aku plak order nasi tomyam seafood.(erk..betul kot namanya)

dia cakap sedap..gambar begetar..

tak lupa

si kecik ni nyelit sama..kecoh satu restoran
semua orang dia tegur
plak tu eksyen nak makan complete dengan fork and spoon bagai..
siap curik nasi kakak aku lagi..
owner restoran tu siap kasi gegula lagi

*overall, aku kasik 3bintang. makanan boleh tahan sedap..arga standard restoran la..bihun tomyam aku tu pun arga RM16++*

*schedule post ni..sebabnye skrg ni aku dlm meeting room sedang mengambil minit*

Wednesday, March 17, 2010

aku yang ketinggalan..

sungguh aku tak tau pun...

my fav korean actor..kwon sang woo dah kawin..
bukan je dah kawin..dah ada baby pun...huhuhu

comeynye dia...muka potostat betul.

*nak download latest drama series dia lah..dah lama tak follow korean drama*

serabut yang kalut



takde mood nak berblog.nanti ada mood,aku tulis..
kepala serabut sesangat..

Monday, March 15, 2010

sapa cari laki aku ni?

actually dah 2 kali aku jumpe keyword ni masuk sini..tak pernah-pernah..agak terkejut gakla..agaknya sapela yang cari laki aku eh?

*gambar terpaksa dibuang atas sebab keselamatan* kekeke

siap full name (ejaan pun betul)..hahaha..agak peliks

cik/encik 'noname', ade nak tinggalkan pesanan ke?

komen je kat sini..husband aku tiap2 ari tak miss baca blog ni (dan juga blog korang..haha..dia salah sorang silent reader blog korang tau...)

*penulis tengah mabok layan lagu nobody(wonder girls)*

*i want nobody nobody but you*

arini mood berblog tarak..

sibuk siapkan minit sambil layan lagu diorang nih...


check it out!!!

ni sume gara-gara tejumpe clips kat bawah ni kat blog haniszalikha...
wonder girl versi budak gemok seksi..cute seh tengok keletah dia.

layan seh!!! gelak sampai beguling atas lantai..kekeke..haha...lembut giler lenggok adik tuh..

aku ngan roomate tak henti pasang lagu ni..kecoh kat bilik kitorg..sapa nak join?

oh ye...jangan memain, siap ada kelas mengajar tarian 'wonder girls' ni lagi tau...hahahaha

anyone yang interested?

bythe way banyak lagi clips yg menarik...dan kelakar tak hingat...

gelak sampai nangis.hehe..rosak..rosak..

Friday, March 12, 2010

akak..akak ingat akak masak sedap sangat ke??

aku memang pengunjung utama tetap pasar kat opis aku ni..(ari selasa dan jumaat aku memang tak beselera dengan lauk makcik cafe..jemu sebenornye)

tapi..entahla...dah 2x aku gi pasar ni..dan dalam 2x berturut-turut aku pegi..aku menyaksikan 'adegan' yang buat aku fedup..even perkara tu terjadi kat orang lain..tapi 'aku suka meletak diri aku dalam 'kasut' orang tu'..

ada sorang akak ni..ye, aku akui..lauk - lauk yang akak ni jual menyelerekan dan sedap (especially paru goreng, rendang kerang, ayam masak merah) - ni menu yang aku rasa sedap pada tekak aku..sepanjang aku pregnant dulu, aku gigih beli nasi kat akak ni even aku tau dia agak kedek (nasi ciput giler!)

tapi..aku tak suka MULUT CELUPAR akak tu..alkisahnya macamni..

minggu sudah..ada sorang awek ni beli nasi.tapi lauk amik sikit-sikit. then akak tu tak reti nak kira..(kalau aku jadi tokey,caj je la ikut sukati ko..dah ko tokey) tapi akak ni dok diam tak bagitau arga nasi awek tu. awek ni pun blahla bila tengok akak ni bolayan dia. sekali akak tu panggil awek tu..

akak : eh..dik..dik..kejapla..ni nasi ni.
awek tu patah balik kat kedai..akak tu sambung pulak 'ayat manis' dia..
akak : sayang, muka cantik.tapi tak penyabor..tak guna muka cantik tapi tak sabar

akak tu cakap depan-depan awek tu..pulak tu 3-4x dia ulang..dahla aku dan kengkawan aku ada kat situ..confirmla awek tu muka tebal gila kan..

awek tu balas : sabar je la kak..ni kan ari jumaat. banykkan bersabar.

pas awek tu blah, akak tu sambung bebel lagi dan repeat ayat yang sama berulangkali..kami semua geleng kepala je la...

insiden arini pulak lain kisahnya..ada pulak awek sorang ni minta kuah ayam masak merah lebih. pastu akak tu cakap ape tau kat anak dia yg tolong bungkuskan nasi awek tu..

akak : man, ko jangan ikut sangat cakap customer. kuah tu banyak tu je tinggal. mak tak larat nak masak lagi. kadang diorang ni tak nak beli ayam nak makan kuah je lebih.

waaa manisnye ayat..bagusnye...eh, akak..tak tau ke prinsip 'CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT?' setakat mintak kuah lebih tu watper la ko kedek sangat..hai la akak....

aku pulak panas hati..aku plak jenis mulut bley tahan kalau angin songsang aku mai aritu..
sponta aku tercakap..'la..camni ke nak meniaga?isk3x...' tapi mungkin suara aku tak kuat sangat. so akak tu tak dengar...customer yang ada kat situ dan yang dengar apa akak tu cakap sume saling pandang-pandang dan buat muka tekejut..mau tak tekejut weh??? kene sound tepek camtu..aku tak nampakla pulak awek mana yang kena sound tuh..sure dia malu gile..

pastu ilangla mood aku nak makan..aku pun tapau ala kadar je. tak jadi nak minta adik tu tambah kuah ayam masak merah tu jugak sebab aku mmg suka ayam masak merah dia, tapi tadi aku tengok ayam dh takde..kuah je tinggal. tapi nanti kang aku kena sound pulak!..even tadi adik tu nak letak kuah ikan tu lebih pun aku tak kasi (nanti mak dia kasik jelingan maut beserta kata-kata manis pulak kat aku!)

hai entahla kan...orang melayu ni kalau bab meniaga makanan, janganla berkira sangat. kang tak berkat pulak rezeki ko aritu...kalau kita murah hati, lagi berlipat ganda rezeki yang kita dapat...apelah salahnya sambil meniaga tu buat pahala sama...lagi orang suka kat kita..akak tu buat cmtu, ilang 10orang customer dia lagi tau...hem..

tadi aku makan nasi akak tu,petama kali aku dapat nasi banyak..sebab anak dia yang bungkus.kalau dengan akak tu, alamatnya 3-4x suap je dah abis nasi aku. tapi selera aku ilang gara-gara insiden tadi tuh..

adakah jumaat depan aku masih akan pergi ke kedai yang sama?...hm....entahla...

Awan aneh di Uruguay

aku dapat email ni semalam dari seorang kawan..so just nak share dengan korang...

allahuakhbar!!!!!





adakah ini salah satu tanda akhir zaman?

Thursday, March 11, 2010

'menara gading' anganku musnah..

aku terkilan...tak dapat further study kat negara orang..

jeleskah aku? ye..memang aku jeles dengan adik-adik ni...seronok baca blog ariffshah dan longhafiz..memang impian aku nak belajar oversea...(tingginya cecita aku eh)
kengkonon nak ikut jejak kakak aku yang dulu belajar kat US.(nasib baik kakak aku tak layan si mata biru ngorat dia..dia layan orang kedah juga yang belajar kat sana!)

Impian aku nak pegi university of warwick kat UK nun(adik longhafiz,kalau boleh hilangkan kempunan akak ni..kot rajin ambikla gambar uni tu untuk akak yek)..haha..ni cecita budak umur 17tahunla kan..tapi apekan daya, result fizik aku tak gempak..cukup-cukup makan..kalau ikut kelayakan permohonan, aku hanya mampu apply ke jepun..aku cuba juga apply tapi..mungkin bukan rezeki aku..aku tak berjaya juga..

so..end up aku hanya layak ke sini..


tapi, johor pun jauh jugak..sampai kan akak aku kata, aku bukan je gi belajar..tapi bawak balik bakal suami 'johorian' lagi..menantu ayah aku yang paling jauh.huhuhu...

apepun aku tetap bersyukur kerana dapat menimba ilmu..dan berjaya menamatkan pengajian..

walau aku tak dapat nak kecapi cita-cita aku tu, tapi mungkin cita-cita aku tu akan dicapai oleh anak-anak aku kelak kan?mudah-mudahan..amin..

*seronok belajar tempat orang, dapat tengok cara hidup orang lain..pengalaman akan mematangkan kita*

KL MATTA Fair 2010

Date: 12 - 14 March 2010
Time: 10am - 9pm
Venue: Hall 3, PWTC, KL
Fees: RM3 per entry

jom pegi ramai-ramai eh..
insyaallah, kalau husband aku nak pegi...bolehla aku survey mana pakej yang best. i'm thinking of 'redang island'..hehehe =)

*time ni la boleh dapat pakej percutian yang murah dan berbaloi*

cook like a chef

wahhh tajuk tak boleh blah!!!!! aku baru sedar kat pasar tani area rumah aku ni ada sepasang suami isteri ni jual home made rempah ratus..selama ni aku nampak juga 'awatla ramai kerumun pakcik tu?' aku mengintai je tapi tak penah terniat nak menyinggah kat kedai dia dan beli..so, aritu kebetulan opismate aku ni beli..dari aku melopong tunggu kat situ jadik pak pacak, so aku pun joinla membeli..

sebut je korang nak rempah ape..masak beriani? masak merah? kuzi? kari? sup? ayam goreng rempah?soto? rendang? semua ada....sampaikan tepung goreng pisang (bukan cap adabi tu tau) pun ada gak..hehehe..

korang risau masakan tak menjadi??dont worry beb! sebabnya..korang cakap je, pakcik kepil sekali resipi ye...ni aku tak tipu.aku pun minta pakcik tu kasik resipi nak masak kuzi camne..hehehe..ikut je step tu, confirm menjadik!

tapi aku ni masak main sukati jek.lagipun takla ikut bebetul sukatan tu..takkan sukatan tu utk daging sekilo aku nak ikut gak kan? walhal aku masak aritu separuh dari setengah kilo daging(haha..korang paham ke ape aku merepek ni??)..

so, ni hasil daging masak kuzi..

ye..aku tau buruk dan huduh rupanya..tak menyelerakan kan? sebab aku ni failed bab menghias.hehe..tapi, rasa dulu..baru ley komen sedap ke tidak. pasni bolehla aku offer kat mil, 'arini saya masakkan kuzi daging ye mak?' (nak beli jiwa mil la konon..kahkahkah)

tapi,diingatkan ye..jangan lupa!!!balik je umah mertua, bwk sesiap tau rempah ni.hahaha...kang korang masak kat kampung mil komplen rasa tak sama cam korang masak kat umah sendiri lak. tak ke haru?hehehe..

laki aku kata sedapla jugak..so, pasni jangan ngelat nak masak pulak ye..coz now semuanya dah ada depan mata. janji duit ada...confirm aku tak beli dah rempah ratus kat tesco, giant etc...coz mmg rempah makcik ni fresh..dia bungkus pun kat situ gak. dijamin takde bau hapak!!!

ada yang nk memesan ke?bolehla sangat..tapi takkan nak pos rempah kot.hehehe...

ni plak ayam masak merah..yang ni aku buat ikut resipi sendiri..aku tak beli pun rempah makcik tuh..lagipun idea nak masak ayam ni secara tetiba..

hiasan nak jugak buat cam orang kawin.kahkahkah

ni pulak nasi tomato 'tak menjadik'..serius, aku masih failed masak nasi tomato. kena practise lagi...


*aku terpaksa mem'variety'kan masakan..sebab family mil aku jenis 'pemakan'..malu la pulak kalau aku asyik masak kat kedai je (hahaha..paham2 sajala weh.)*

nota : aku suka tengok asian food channel..pastu mula la terliur tengok masakan yg sedap2 tuh.

Wednesday, March 10, 2010

ape 'tenok-tenok'?


ade utang kaaaaaaa???


*sara mengintai di sebalik nenen...kahkahkah
*arini mood nak berblog tarak..bz meeting. focussssss!!!!!!!!!

Tuesday, March 9, 2010

Hadiah untuk Sara

aku tak pernah pegi mydear warehouse sale..masa preggy dulu dah plan nk pegi, tapi boleh tak kami sesat??padahal bukannya jauh dah dengan bandar kinrara masa tuh..huhu..so last week, after pegi perjumpaan dengan teacher sara, kami terus ke puchong.

nah aku tepek map lagi..confirm takkan sesat punye..

ingatkan tak ramai orang..rupanya..huhu...boleh tahan. but still aku rasa terkawal compared aku pegi pureen warehouse sale. (aku jarang pegi warehouse sale..ni baru kali ke-2 aku pegi..tak suka sbb crowded sangat.huhu)

since kami dah janji nak belikan sara something (bukan sebab prestasi taska dia tu..itu secara kebetulan je pun), so kami tak nak tangguh2 lagi..

pada aku berbaloi la kot..sebab banyak jugala beza harga compared to beli kat jusco(murah dalam RM30-RM40) cmtu la..). lagipun jenama mydear memang ada kat jusco kan..

menjerit-jerit minah ni tak nak turun dari motor tuh..

mula-mula ingat nak angkat motor ni, tapi tak jadi..sebab sara tak reti nak pijak suis kat motor tuh..kalau tak pijak, mane nak begerak motor tu..tak larat la pulak kami nak tolak.hahaha

so bila dah puas timbang kati, kami beli je beskal, minitruck dengan meja study(konon-konon nak kasi semangat kat dia la untuk study..ceh!)

beskal untuk sara..


meja study untuk sara


mini truck..(apesal aku bekenan design cmni eh?)

end up balik rumah, jadik meja makan sara..okla tu dari tersadai je kat tepi tak diguna..hahaha

berselera mek ni makan nasi bila ada meja dan kusi baru ni (haha..boleh terima ke alasan tu?)


macam-macam lock ada...sebut je..lock-up je takde.hahaha


kalau aku datang masa preggy sara dulu, sure aku meroyan.haha


boleh husband aku bekenan dengan rumah ni..ni anak ke bapak yg nk main?


macam-macam keta ada..keta itik?keta sorong apek jek takde.


ikut hati nak je beli satu...murah je..30rgt jek potty trainer nih..tapi takpela..next timela..lambat lagi kan nk potty train sara.


carseat banyak dah kena rembat..


stroller pun dah besepah sebab mak bapak ramai kerumun kat sini.

toy section..macam-macam mainanlah..


husband aku tengah q nak ambik barang..punyele lama.


bedding area...sape yang nak cari stok untuk anak yang nak lahir nanti, pegila..tak rugi.

oh ye...kalau yang frust tak dapat nak pegi last week, jangan risau..warehouse sale ni still ada lagi..sampai 14 MAC ni..so, ajakla husband memasing pegi ye..gerenti puas hati!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...