Wednesday, March 3, 2010

lempeng mentega

Lempeng atau dalam bahasa omputehnya 'pancake'..Actually ni merupakan kali petama aku buat homemade pancake sendiri..aritu aku beli instant pancake je....tapi rasa pancake tu muak sangat...So, weekend yang lepas, first time aku masakkan lempeng untuk sara..aku buatkan 4keping small size..dia makan banyakla juga...agaknya first time makan kot. So dia agak 'pulun'.. cuma 1 keping tu yang aku letakkan sedikit madu dia tak nak makan. agaknya rasa madu tu pelik kot bagi dia. So, bolehla korang nak cuba buat kat rumah..bukan je anak..bapaknya pun tumpang sekaki nanti.hahaha



Bahan-bahan
250gm tepung gandum
2biji telur
300ml susu segar (aku guna susu kotak dutch lady)
Sedikit mentega
60gm gula

Cara menyediakan:
1. Ayak dan tapis tepung.
2. Ambil mangkuk dan masukkan telur bersama ½ bahagian susu. Pukul adunan hingga kembang.
3. Masukkan gula dan pukul lagi. Selepas gula larut, tuang tepung diayak sediki demi sedikit. Kacau perlahan hingga adunan sebati
4. Campur baki susu segar ke dalam adunan dan kacau perlahan. Biarkan adunan sebentar
5. Ambil kuali leper dan panaskan dengan marjerin sedikit.
6. Setelah marjerin cair, tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali. Ratakan dan balik-balikkan hingga lempeng kekuningan.
7. Hiding bersama mentega dan madu. Boleh juga masukkan kelapa dalam adunan untuk lempeng kelapa.

*aku ni kalau masak cacamerba..tak ikt sgt resipi.sukatan aku main ikt suka ja..janji menjadik..tepung pun aku tak tapis dan ayak(benda yg remeh tu la aku akan elak nk buat)..hahaha..janji bancuhan lempeng tu menjadik. nasib baik ar jadik..kalau tak jadik,alamatnya laki aku kena paksa makan jugak.hahaha*

6 comments:

mummy_adam said...

makan ngan ice-cream sedap nie..huhu

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku biasa buat lempeng gandum , air ngan telur jer.hiks

sedapnya makan dengan sardin.opss..

isabelle said...

camna nak bagi lempeng tu naik gebu sikit ekk?
baking soda nak taruk byk mana?

azimah said...

betul2.. kalo makan yang instant tu memang cepat muak.. eleh, sket je bahan2 dia rupanya.. ni yang nak kena try ni.. hehe

lin muhamad said...

ena,
waaa tak penah tepk lak nk try mkn ngan icecream.ley i try nanti.

eliss,
hehe tu lempeng peberet laki aku lak.mkn ngan sambal tumis.

isabelle,
i tak taruk baking soda pun.klu nk letak, letak sudu kecik tu je tau.klu letak byk kang naik gemuk sgt.

azimah,
try jgn tak try.hehe

Elyn said...

i kalau blk ptrjy mesti mntk mak buatkan lempeng heheheh. pebret tul!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...