Monday, March 29, 2010

makan angin sepoi bahasa

petang tadi, kitorang bawa sara jalan-jalan ke taman..selama duduk sini baru 2x bersiar-siar kat taman area rumah kitorang ni..hehe..

cantik juga taman ni..angin kuat pulak tu..dari puncak ni, boleh nampak satu kawasan putrajaya.nak main layang-layang pun sesuai kat atas ni. angin kuat sangat. seronok pulak..

berangin je. sara siap berlari kejar burung lagi (burung tu melompat je atas jalan. aku tak kenal plak spesies burung ape.heheh)

suka betul budak kecik ni naik basikal...mane tak seronok. dia duduk je atas tu. kita yang kena tolak. balik dari taman, terus dinner kat mamak. sara makan tose habis separuh tu dia balun. pelik tengok dia selamba je makan. tose tu kan masam..laju betul dia makan. nampak macam lapar sgtla tu. penat sangat bejalan kat taman tadi agaknya..heheh

sara dah tidur pun. elok pula abis buletin utama tv3 dia pun telelap atas paha aku nih(pandai lak cari port tuh).penat bebenar la bejalan siang tadi tuh..

sekian cerita hujung minggu. tak ke mana pun. banyak habiskan masa di rumah.next week ke mana pulak eh?

*ni schedule post, ditulis ahad malam isnin..pasni semua entry aku akan tulis on weekend.senang sikit.*

5 comments:

mariaariffbaby said...

yeah..sometimes..like me.suka jalan kat JJ, Tesco etc..taman2 kat area rumah pun sesuai bawak anak2 amik angin..

good idea!

isabelle said...

mak aii..lawanya taman tu.
umah u area mana nih?>

Elyn said...

i pun kalau bule nk bwk die berjln tetiap minggu. yelah dh 1 week duk umah je kan?

azzamoro said...

kat mane ni lin? mcm cun je pemandangan dari taman neh...

lin muhamad said...

maria,
kalau selalu bejalan tempat yg pack dengan orang pun sesak gak nafas kan?sekali sekala nk gak wt aktiviti sihat cmni..

isabelle,
ni salah satu taman kat putrajaya :) this one taman putra perdana.sebelah dengan istana melawati.

elyn,
betul tu elyn. kalau kita pun tau bosan..budak2 pun sma gakla. diorg pun nak gak beriadah.

azza,
rujuk komen isabelle.hehe..jempula dantag.ley singgh umh aku sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...