Friday, March 5, 2010

Pasta Alfredo style Qaisara

semalam, aku kasi sara minum susu fullcream dutch lady..hm, baru 1-2 teguk terus dia 'nanak' minum..sah! dia nak minum susu DL perasa choc dengan strawberry jek.
then dari terbuang je baki susu yang tak luak tu aku terfikir masakkan sara PASTA ALFREDO. Resipi ciptaan aku olah dari resipi sedia ada..hahaha..jadila kan..janji rasa cheese tu ada..so ni aku share untuk korang..bolehla cuba untuk masak hujung minggu ni..

Bahan-bahan
Sedikit butter.
1 mangkuk kecil pasta
1 kotak susu DL full cream
1 keping chedar cheese
1 sudu besar tepung gandum
sedikit air
3 ketul mini sosej
sedikit mix veggie

Cara masak
1. Rebus pasta hingga empuk.
2. Rebus sosej hingga empuk. Hiris halus-halus.
3. Untuk sediakan white sauce tu, bancuh tepung gandum dengan sedikit air.
4. Cairkan butter dalam kuali. Tuang bancuhan tepung gandum dan kacau sebati.
5. Tuang sedikit demi sedikit susu DL.
6. Masukkan mix veggie.
7. Setelah mix veggie sedikit empuk, masukkan sekeping cheese.
8. Bila kuah agak pekat masukkan pasta, sosej dan kacau sebati.
9. Sedia untuk dihidangkan.

tada!!!!!!!!!

PASTA ALFREDO


sara memang suka aku masak pasta cara ni..

see...





tinggal sosej ngan sayur je..hehehe..yang kelakar tu, pandai pulak dia pilih pasta tuh je suap ke mulut, yang lain tu ditinggalkan.abis je pasta terus dia hulur mangkuk tu kat aku sambil geleng kepala cakap 'nanak'....dia memang tak suka sosejla...huhu

5 comments:

mummy_adam said...

menarik.. esok boley cuba :) thanks babe

isabelle said...

i pun pelik nape adam xsuka meaty products mcm sosej tu.
tapi bagus la kan...biar dia mkn yg berkhasiat jer..hehe

lin muhamad said...

ena,
sama2 :)

isabelle,
betul tu..takyah dah i beli sosej pasni.hehe..dia lg suka ayam drumstick tuh.

Farah said...

haaa..elok sgt la lin postkan entry ni..memang tgh mencarik menu baru utk afif..nak try buat la..nampak cam senang je nak prepare.

♥ Elin ♥ said...

mmg superb lah kamu nih!!

bnyk menu baru dekat sini. apa pun selamat berkenalan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...