Tuesday, March 2, 2010

Perasaan MARAH dan DENDAM boleh membunuh!

aku memang sejak azali tak suka tengok berita. ni aku akui secara jujur.
aku juga jarang baca paper (even utusan online ada..metro online ada..star..etc)..
padahal dulu aku ulat buku..tapi aku jadi lagi malas nak tengok berita tv sebabnya lately berita yang keluar lebih banyak buat hati aku sakit..lagi buat aku naik angin..lama-lama nanti, aku ada darah tinggi pulak.

sedih bila tengok berita kisah kanak-kanak dan bayi dianiaya hingga maut.boleh dikatakan setiap minggu ada saja kes bayi dibuang..bayi mati..Jangan diikutkan hati yang marah dan dendam yang membara kerana dalam tak sedar, kita mungkin akan menyakiti hati insan tersayang. Sebabkan perasaan Marah/Dendam, ikatan kekeluargaan terputus. Sebabkan perasaan Marah/Dendam, anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan..

Aku sendiri marah dengan diri aku harini gara-gara peristiwa semalam. lately, aku stress..semalam, satu malam sara mengamuk. aku pujuk tak jalan. bila aku biarkan dia melalak, lagi dia kuatkan tangisan. dalam tak sedar,aku tinggikan suara dan baru dia berhenti menangis. dan aku tau cara aku tu tak bagus untuk diri dia. tapi lately dia mmg byk menguji kesabaran aku...bila aku marah sara smlm, aku teringat arwah safiyyah..nauzubillah, minta dijauhkan perkara tu dari berlaku dalam keluarga aku. benar, bila kita marah, syaitan lagi suka. lagi kuat hasutan syaitan. aku kena lawan perasaan 'marah' aku.Ya Allah, minta dijauhkan semua perkara buruk dari menimpa keluarga aku....

2 comments:

m@y said...

umur cam sara skrg mmg tgh uji kesabaran kita huhuhu..aku nih pun dgn aulia tetiap hari berperang!bleh tgh2 malam buta dia melalak x hengat dunia xde sebab.sebelum aku pukul dia aku angkat dia letak kt bilik belakang bg dia melalak kt situ puas2.pastu pandai la dia balik tido kt bilik..

lin muhamad said...

may,
tak sampai ati aku nk kurung dia cmtu.dia kecik lagi..huhu...tapi sara ni bila ngamuk dia suka meronta-ronta.tu yg wt aku geram jugak.kadang tu tgh dukung dia meronta.aku ni kudrat tak kuat.nasib tak terjatuh je.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...