Monday, March 8, 2010

Perjumpaan yang aku nantikan..

kan aku inform yang aku tak sabar nak pegi 'event' last weekend? nak tau ke ape event yang aku maksudkan tu? hehe..

surat jemputan

as aku mention earlier, mak bapak mana yang tak excited kan..(ke aku sorang je excited?hehe..)haha macam nak ambik result exam bebetul je la aku ni..takdela mestila aku excited..surela kita as a parent nak jugak tau apa yang anak kita buat sepanjang diorang kat taska kan...


teka mana satu sara?clue..kat taska, sara dipanggil nama lain.hehe

untuk kelas sara 2 comel (budak umur 2tahun) ada 2 orang teacher..teacher azilah dan teacher husna. aku suka 'gaya' diorg. nampak friendly dan suka budak-budak..si sara bila nampak je teacher azilah tu bukan main lagi..dipeluknye diciumnya teacher dia tuh..teacher azilah maklumkan yang sara ni lebih cenderung ke arah muzik..let say if teacher hajar kelas 3murni(budak umur 3thn) tengah pasang music, dia akan lari join the crowd..hahaha...dia suka menari..

nampak tak qaisara yang mana? siap tengok camera lagi.haha

kat taska ni, kaedah pembelajaran diorang disusun mengikut tema..macam januari sara mengenal bentuk..untuk februari pula mengenal warna. (that's why last month aku terperasan last month baju sara ada water color).untuk mac ni, diorg belum mula lagi..lagipun, sukar juga nak mengajar budak baya sara.. kena tengok mood dulu. if moody, sure pembelajaran aritu terbantut kan...

jadual pembelajaran harian taska

oh ye..kat taska tu, diorg tak introduce 'abc' style biasa yang kita ajar anak kita tuh...diorang guna kaedah 'lagu fonik' melalui buku bacalah anakku(aku rasa betul kot..klu aku silap tu, sorilah..tak berapa ingat term tuh)..maksud kaedah tu, let say huruf 'a', diorg akan bunyikan 'aaaa'..huruf 'i'...bunyikan 'iiii'..teacher azilah kata, sara dah kenal huruf a dan i..kalau tunjuk alphabet 'a', dia akan bunyikan 'aaaaaaaa'..kalau tunjuk 'i', dia akan bunyikan 'iiiiiiii'(nada cam geram tuh)..

kiri - teacher azilah..kanan-teacher hajar
*hampeh tul anak dara aku..selamba je letak kaki atas kaki teacher dia*

cara pendekatan diorang menggunakan lagu fonik..macam lagu ni..
abu ada ayam 'a a a a a', itik ikut ibu 'i i i i i' ular usik ulat 'u u u u u'
klik sini kalau nak dengar lagu tu.
comel kan?haha..aku yang dengar lagu ni pun terhibur..kalau ada yang terjumpa vcd ni, minta inform aku ye..ingat nak beli satu untuk sara.



fail hasil kerja sara


dalam fail sara tu, teacher dia masukkan semua hasil kerja sara sepanjang di taska.adala dalam 10keping++..macam-macam lah ada..ada yang mewarna bentuk, buat kolaj..paling aku suka cop 'tapak tangan' tu..cam comel jek...huhu


antara hasil kerja tangan sara..
kiri- bulan januari
kanan- bulan februari.

dan...aku memang suka/gembira tengok hasil kerja sara..tak sangka, tu keja tangan anak aku sendiri...(tapi ada gakla teacher dia bantu kan..)


penilaian prestasi sara..masih banyak perlu diperbaiki


skill menggelongsor sara dah makin baik..lepas ni teacher kena tick 'baik' la..hahaha

overall, aku sangat berpuas hati dengan prestasi sara(ala lagipun dia kecik lagi kan..hehe)..husband aku pun suka..kami pun berpuas hati dengan pengurusan taska..so far alhamdulillah dah 2 bulan di sana aku dapat tengok keserasian sara dan aku sendiri dengan warga kerja taska tu..dan untuk 2 bulan sara di sana, aku rasa sangat worth it..at least aku tau, sara masih ada quality time di sana..selain dari main dan bergaul dengan kawan-kawan..but still, aku kena juga cari masa untuk belajar dengan sara..tapi untuk kanak-kanak sebaya sara, kita jangan terlalu push sangat..biar dia explore sendiri..jangan di paksa..nanti takut lama-lama dia jemu. :) so terjawab kan apa event yang aku gile excited sangat aritu?hehehe...

13 comments:

AshAnas said...

bestnye taska sara....

Elyn said...

besh nyer taska camni!! mmg berbaloi2 u bayar mahal lin heheh

eiNa said...

wahh.. bagus la taska sara nih... berbaloi tu..

lia said...

ni yg tmpt baru 2 yer sbb aku p yg g satu hari tu, agak crowded... tmpt yg sara ni nmpk luas lagi...

azzamoro said...

idaman seh taska macam ni. aku nak carikla nanti. hope ade dekat2 dgn rumah..

Lin said...

aku tgk si sara kt gmbar ni..aku rase mesti kepala dia asyik basah je ngn peluh dia...patut le lemak tk dpt nk bekumpul..mmg active tuh..naik kuda siap angkat2 kaki kt teacher dia..kekekeke

Lin said...

aku tgk si sara kt gmbar ni..aku rase mesti kepala dia asyik basah je ngn peluh dia...patut le lemak tk dpt nk bekumpul..mmg active tuh..naik kuda siap angkat2 kaki kt teacher dia..kekekeke

zaza@mamaHanin said...

Kak lin.. waaa.. bestnyer kalu semua taska watcamnih.. nnti zaza kena bg suggeestion kat pengurusan taska hanin la soh sediakan info mcm kat taska alya so that we as a parents know the progress of our baby,, yer las.. stgh hari kat sekolah, balik umah dah dekat malam.. dah nama pun malam.. time dia masuk 'sarang'... main ngan mama dia pun jap jer.. paperpun.. mmg berbaloi la bayar mahal pun
kalu mcm nih pengurusan dieorg.. kan kak?

MAMAFAWWAZ said...

leh tak bagi tip untuk saya..saya pun baru hantar anak g taska....macam mana nak manage masa yelah keja lagi, anak lagi

lin muhamad said...

ashnas,
pada akak pun best.hehe

elyn,
tu la..rasa tak dela rugi setiap sen yg keluar tuh.hehe..

eina,
memang berbaloi-baloi..

lia,
aah..sara kat cwgn baru. kat sini tak ramai sgt.kelas sara 14orang.yang umur 3thn tak sampai 10orang.

azza,
ko try anta airyll kt dpn rumah ko tu..dr gambar nmpk menarik. :)

lin,
betul tu lin..dia kat taska mmg tak dok diam..teacher dia kata mmg aktif.laju je..yg ko tgk dia angkat
kaki tu la teacher fav dia..

zaza,
bagus tu..tryla bg cadangan.cm taska sara ni every 2month diorg akan buat perjumpaan prestasi 1..tak sabar
nk tunggu next appointment may ni..

mamafawwaz,
hm..nk tips cmne tu ye?huhu..sya sendiri kat rumah kdg tu takde masa nk main ngan sara.yela kita pun penat kan..
dia plak ada masa tu tidor awal.so mmg takde masa la sgt nk main2 ngan dia..

iem said...

waaa.. bestnyer kalu semua taska wat camni..

sara ni taska kat area mana ye??
puchong ke???

mamaAliff @ salmi said...

weh lin, aku be je bli vcd abu ada ayam mcm yg ko ckp tu kt pesta buku...nga blogwalking blog ko nih tetiba terbaca ko pn nk cari benda nih..rajin gi la pasta buku tu..tp xsilap online pn ada jual kot..try la search..

nk tgk apa ada dlm pakej tu nntkn schedule post aku kui 2 ptg nnt hihi...

IbuHanna said...

salam lin,

if u bole share, sara taska kat mne ek? cendekiawan ke? nmpak mcm menarik & bagus je silibus dorang. anak akak kat taska bwh ofis ni, still xde belajar apa2, takde xtvt..just asuhan jer. nk belajar kena tggu dia shif tu next class, bru la ada sket2 xtvt..

kak izza (KPDN)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...