Friday, April 30, 2010

sembunyi!

mana la si sara ni............









penat dah mencari satu rumah...
tak jumpa gak...



mana plak dia pegi ni????













































laaaaaaaa kat sini rupanya............

au cak!!!!!!!!

dah pandai main sembunyi-sembunyi tau..ni fav spot dia skrg ni..
selamat berhujung minggu semua!!!
sekarang ni, kami kat 'atas jalan'..
we all off to bukit merah laketown ..... see u guys on tuesday!

Thursday, April 29, 2010

Yeah!


I da merdeka.rasa nk gi cinema la..apa latest movie ye?

Mak dan ayah bukan LIABILITI

hari ni, aku ada satu cerita...cerita teladan yang bagus untuk dikongsi bersama korang...bacalah dan selamilah kisah ini..

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya inginpulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak
ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun
itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


*banyak atau sikit pendapatan kita, apalah salahnya diberikan kepada mak dan ayah kita..untuk mengharapkan keredhaan mereka...mudah-mudahan kita semua selamat di dunia dan akhirat..tapi, ingat...jangan pula kita anggap ini satu bebanan kepada kita.*

Wednesday, April 28, 2010

cepatla merdeka!!!

tensen!!!
arggggh!!!!

cepat la ari jumaat!

byk gile story korg.tak sempat nk jejak,mana yg sempat tu aku bukakla dan tinggalkan jejak..ada tu, aku sempat baca sepintas lalu ja..slide tak siap lagi ni..sok nk bentang..dah siap tapi tu la selagi tak sampai masa, selagi tu ada ja tak puas ati..

smlm sehari suntuk baca gossip yg dishare oleh elyn...hot eh...tapi hairan lah..nape la nak begaduh benda2 cmni..aku tak tau nk komen apa..ada yg betul,ada yg salah..aku tak nak komen lebih2..sbb aku pun bukan baik mana..korang pun boleh ke menilai hati budi aku melalui penulisan aku kat sini..tak kan? sebab ada yg spesies hipo..gak.tapi aku tak suka cmtu.klu aku marah, aku betul2 tulis kat sini..klu aku happy,aku tulis gak kt sini. kalau aku sedih, pun aku tulis kat sini..watpe yg best je nk share kan..tak gitu??

eh korang..kalau aku tak join korangnye gathering,janganla simply cop aku sombong plak. aku ni pemaluuuuuuuu...teringin nak pegi,tapi takde geng terdekat nak ajak. cik abg aku keja shift cmtu.if ada blogger dok area sini bolehla aku tumpang sekaki pegi..klu ada yg sudi, calling2la aku ye...

kla..end sini dulu la..nk sambung siapkan slide dan practise depan cermin ni.

p/s - pada yg sudi tinggalkan komen kat schedule entry aku dr last week tu, tq banyak2 eh..tak sempat nk reply..yela baru nk bukak blog cik abg dh jeling soh study! aku baca komen korg pun dr hp jek. pas settle semua aku akan balas hutang korang.

let's go to the school!!!!

hai semua..

apekabar?

kawan2 sihat ke?

saye nak gi school ni...jomla ikut saye..

saye suke gi school..
ley belajar ABC

ley belajar menyanyi

ley belajar menari

saye suke menyanyi

aritu saye nyanyi lagu ABC.

pandai aunty adam teka..

mamala ajar tu..

saye ikutkan aje...

sedap tak suara saye?

ni fav bag saye..abg shazwan yang hadiah kan..comeykan???

okla..saya pegi dulu ye..nanti mama tinggal..babai

-alya qaisara-

nota mama untuk sara;
sara...mama bukan nak sangat beg kamu tu. mama nak tolong bawakkan je. mama kesian tengok sara tehoyong-hayang bwk beg tu. dahla beg tu sama besar dari sara..janganla kemut sangat nak kasi mama bwkan beg tu...takut sangat beg tu mama amik...macam2la kamu ni..tak ilangnye beg kamu tu...

Tuesday, April 27, 2010

lega!!!!!!!

ops....lom abis lagi..tinggai satu sesi lagi...
doakan i tak gagap ek masa present nanti.kekekeke

tak dapat nk jenguk blog u all..ni pn i online kejap je..
nk prepare ni..'practise becakap depan cermin'..

minggu depan i khatam lawatan muhibah ke blog korang ye.

elyn - frust i tau tak dpt jumpe u. i gi library tu 2 ari berturut..huhu..tak dpt tengok wafiq. :(

aku SKANDAL!!!!!


kenal ape ni?

musical box yang box nya dh hancus...

aku rasa at least korang sure penah terima benda ni dari buah hati memasing...ke aku sorang je?hahahaha...

ape yang sentimental sangat dengan benda ni??oooo...mestila ada...sebab tu aku letak menda alah ni kat atas meja opis aku ni....ooo korang gelakkan aku eh letak benda ni kat opis...bistu nk letak mane lagi...letak kt umah alamatnya pecahla...dahla lambang love tu dah patah (member aku terjatuhkan...huhu)..kang abis angsa 2ekor tu pun hancus dikejakan sara plak..

aku still boleh recall ape 'ayat bunga' yang boyfriend aku cakap masa kasi adiah ni...

'saya tak tau nak pilih yang mana...semua cantik. so, saya pejam mata...bila saya buka mata ini yang pertama saya nampak dulu. so saya pilih yang ni khas utk awak' - jiwang tak???

bila aku ulang ayat ni kat boyfriend aku sekarang ni, dia wat geli-geli..tak ngaku dulu dia tu 'mat bunga'...hahahaha..sapa lagi boyfriend aku weh...husband aku daa...dah jangan nak skandal aku dengan org len plak....kekekeke...

motif entry ni...hm...saje je...tetiba rasa nak geli-geli...kekekeke..dah pi wat keje memasing..aku nak layan jiwang jap sambil 'qada hajat'....kakakakakaka

Monday, April 26, 2010

wish me luck!

this week, aku ada exam...besala keja makan gaji kan..paham2 sendirila.

dah settle semua hal nanti i wat jelajah muhibah ke blog korang ye.

jenuhla nak khatam blog korang utk 2minggu ni.
i dah wt schedule entry untuk minggu ni...sudi2kanla baca ye. :)

bytheway, tugasan mengupdate blog i dah serah kat penulis baru.

nak tau sape penulis baru tu? scroll down..














scroll lagi....




































lagi........

































lagi........

ops....takde bawah lagi dah..si kecik ni la take over my job..tengok la ye-ye je nak tekan keyboard tu..huhu...layan zaaaasssssssss

Friday, April 23, 2010

are you 'charkoewtiaw' lover?

ni untuk sara
simple and plain..just telur+kicap+sos tiram+koewtiaw+kucai..


ni plak untuk mama ngan papa
ada macam rupa char koew tiaw yang jual kat kedai tak?
cakapla ada! karang aku merajuk! hahahaha


yg ni plak char koew tiaw kat gerai mat burger di datok keramat (famous dengan jus gelas besar)

tapi tak sesedap charkoewtiaw bistro chaiyo sungai merab...


motif entry ni??


nak bagitau penulis blog adalah -fanatic fan 'charkoewtiaw'.
ari-ari makan pun tak jemu..bythe way ni resipi ciptaan aku sendiri..hasil olahan dr resipi di internet...tajuk resipi...'charkoewtiaw hantam sajalah'...bahan guna apa yang ada didapur..hehehe

bahan-bahan:
isi kerang yang telah direbus
bawang putih 2ulas ditumbuk halus
1sudu cili blend
sos tiram
kicap manis
sos ikan thai
kucai
taugeh
koewtiaw halus (i like!)
sedikit air
1biji telur
sedikit garam

cara-cara
1. tumis bawang putih hingga garing.
2. tumis cili blend hingga keluar minyak. - kena masak bebetul karang sakit perut doh..
3. masukkan sos tiram, kicap manis dan sos thai.
4. masukkan koewtiaw dan kerang.
5. pecahkan telur. seterusnya masukkan tauge dan kucai..
6. masukkan air sedikit sebab charkoewtiaw ni kena ada air sikit baru best...
7. masukkan garam secukup rasa ikut lidah memasing..
nota : charkoewtiaw kena masak dengan api kuat ok.

ape lagi tunggu..ngapla..kena makan cepat..nanti kembang tak sedap! kalau ada cili jeruk lagi masyuk! nanti aku google cara nak buat cili jeruk....

see...si kecik ni makan penuh semangat! abis sepinggan tu dia pulun.

canggihnya zmn skarang..takyah dah sesusah nak call sedare mara kat kampung tanya resipi..on je lappy tanya pakcik google bila nak masak.kekekeke

Thursday, April 22, 2010

our new bundle of joy

presenting....




adik qaisara....ada rupa sara tak????
























erk!!!! sure korang tekujat...takde ribut taufan, tetiba aku terberanak plak..ape kes????
kekeke...rileks2...bukan aku yang beranak ye...ni anak buah baru aku...comey kan??? mulat abis muka dia...idung pesek ikut akak aku..kekeke...genap cucu ayah aku 30 orang semuanya....fuiiyoooo!!! bley wat 3 team bola la pasni..kekeke

baby shananana (nama lom decide..aku saje je letak nama ni sbb anak2 akak aku sume pangkal nama depan 'sha..') eceh..cam nama lagu amy masturak pulak..baby shananna selamat dilahirkan pada 20April jam 2.55ptg..dengan berat 3.3kg ketinggian 49cm(tak silap akuler...)

so malam kelmarin kami pun terjahla hospital ampang puteri. even papa sara tak berapa sihat,tapi sebab aku tak sabar sangat nk tengok anak buah baru so aku paksa gak dia gagahkan diri (s0ri ye bang...huhu)


sesi belah mulut baby shanana dengan air zamzam dan kurma..si sara pun tumpang sekaki..pakteh dia kata biar cepat sikit becakap..lahai, la ni pun mulut dia dah cam bertih jagung....esok dah boley cakap lagila...



alahai..fragile nye..mulanya aku agak kekok nak pegang dia sebab dh lama tak pegang newborn baby.... aekla..cam la lama sangat..baru je 20bulan..kekeke..

sara tu bukan ape tu..dia jeles tengok mama dia pegang baby...dia siap tepuk2 kaki baby lagi...pantang lepa!bahaya ni!!!!

la ni apa cerita ni??? budak ni lapaq ni..tetiba mata tu nampak balance nasi makteh dia tak abis..terus cakap 'nak'..so cik an yg baik ati ni rajinla melayan kerenah dia..kemain lagi..org dtg lawat baby, dia datang sini makan plak...hahaha

hem..camne eh esok klu ada adik, risau je sara ni lanyak adik dia..ganas gak dia ni tau..huhu



putih lak baby shanana dalam gambar ni...kat luar merah sikit...terlena pas kekenyangan...alhamdulillah, baby shanana dah pandai menghisap susu badan...mulanya nampak susah gakla. mulut dia tercari2 puting...aku pun tolongla akak aku..yela akak aku pun dah lama tak ada baby kecik..nak breastfeed pun jadi kekok..


hoh!!!sape lak ni???oo ni bukan ayah shanana..ni abg aku yang tak kawin lagi..tengok tu,pegang baby pun kekok.aku yg tolong letak kat tangan dia...tu la soh kawin tak mau..nak pegang baby pun tekial2...kekeke

dan aku??? tetiba rasa nak ada baby la...syyyyhhhhhhhhhh

Wednesday, April 21, 2010

her fav cartoon

wat masa ni, ni antara fav cartoon yg sara suka...i mean takdela suka teramat..tapi bolehla dia layan lama sikit..




P.O.C.O.Y.O




amboi...sampai terkangkang dia layan pocoyo..hehehe



BARNEY




WONDERPETS
(siap layan lagu lagi..part dia suka...last2 tu yang jerit 'YEAAAAHHHHHHHHH!!!!!!')





ni dia suka sangat..DIBO THE GIFT DRAGON.


siap joget sakan...tak caya tengok clips bwh ni...


excited kan dia nye gelek tu..lawak sungguh..
video


ok..pastu ni satu lagi kartun yang dia suka...



































E-eh..ni bukan kartun!!! ini drama yg ngah tyg kat tv9 tuh...kekeke
ye..betul..tak tipu, sara ni boley tekun betul tengok drama ni..
dia suka sangat ngan music selingan drama ni..(lagu nenek kebayan tu la..nenek..nenek..si bongkok 3..bla bla bla bla)

Tuesday, April 20, 2010

hooreyyyy

esok aku mula bercuti
maaf..cuti bukan untuk berjimba
tapi cuti untuk 'mentelaah'

wish me luck buddy!!!


*blog tak bercuti sebab aku dah wat schedule entry..so silalah jenguk blog aku ye*

Monday, April 19, 2010

@ 20 month

dalam tak sedar, cepatnye masa berlalu...arini sara genap berusia 20bulan 3hari...makin banyak keletah yang mencuit hati kami..dialah buah hati pengarang jantung kami...bila dia tidor, rasa sunyi sepi je...bila dia terjaga, riuhnya rumah macam pasar ikan..kekeke...tiap2 ari ada saje akal baru dia...meh tengok ape plak keletah budak kecik ni..
  • dia dah tau kat mana simpan kasut. bila nak keluar rumah/balik rumah mesti buka shoe cabinet then tanggal kasut pastu letak dalam tu sendiri tanpa disuruh. - so clever. :D

  • masih dalam percubaan menanggalkan kasut dengan cara menendang-nendang dengan harapan kasut tercabut sendiri..ada masa tanggal, ada masa tak. so mama la kena tolong.hehe

  • sudah expert menanggalkan pampers. penah sekali teacher tepaksa pakaikan baju kotor balik..semua baju spare kat taska dh abis..sebabnya, sara pandai buka button romper then pampers..so end up kebocoran berlaku...huhuhu.. - tak lama lagi kena potty train la ni..

  • suka sangat tolong mama sidai baju...angkat baju...lipat baju....pastu berkenan sangat dengan botol vanish..mesti itu yg dicarinya dulu.

rajinnya anak dara kami ni..
  • gosok gigi...oh,part paling menyeksakan...memang kena berperang setiap hari...

  • sad to say...but mama akui...mama tak mampu..hanya setakat ini kemampuan mama....sara dah pun mix-feeding fm...for now mama kasi dutch lady perisa coklat..instead of bagi susu kotak dutchlady tu, mama tukar ke susu tepung...but still di rumah sara masih menyusu dengan mama.. :D

  • last checkup semalam..hm..berat sara naik 0.2kg je..huhu....nurse kasi ubat cacing...kita tengok pas dia mkn ubat tu, harap2 selera nya makin bagus..dan berat sara lagi 2bulan naik..another 2month kena cek lagi..

  • dah pandai berkawan...kalau cousinnya,abg shazwan dan kakngah datang...memang dia takkan berlekang..sampai nak mandi pun nak dengan kakngah...melekat tak sudah...siap tumpang tidur atas riba abg shazwan lagi.. :D

aksi gila-gila anak buah...adeh...
sara pun dah 'pandai' tiru peace gaya abg shazwan...

  • sukaaaaaaaaaa menyanyi...ingat lagi entry ni? dapat teka tak sara nyanyi lagu ape???hehehe..dia nyanyi lagu ABC le.....hehehe

  • suka bejogettttttttttttttt......pantang ada lagu rancak kat tv, siap bejoget sakan depan tv tuh...
  • dah expert dalam menerima dan bertindak mengikut arahan..suruh buka tv, laju je ambik remote then tekan even tekan tu butang yg salah..kakaka
  • kaki mengamuk pun no.1 sekarang ni..dah pandai merajuk/membentak kalau apa yang dia nak tu tak dapat..duh...ni sikap yang mama tak gemar ni..
hm..ape lagi eh...hm...takpela..kalau ada lagi mama tulis lagi dalam entry yang lain2.. :D

tukar lagi?

entah kali berapa...aku memang cepat bosan ngan suasana/benda yg sama..except cik abangla..haha..kalau bosan,kes naya ni!

see...aku tukar lagi header blog..dari yang ni

ke yang ini

sebabnye..aku baru perasan kat header blog tu title tak seiring dengan title blog..ajournalofmybaby dengan journalofourbaby..kekeke..cumanya quality wise tu cm huduh je..ye..aku tau..tangan aku ni keras...

terfikir nak tukar pun,pas baca entry isabelle.kekeke..nama profile pun tukar..dari nama sendiri..gi tukar ke 'nilza eeriaz'..anyone dapat teka tak? ye..nama tu tebalik nama aku ngan cik abangla..pastu sbb elyn komen nk terbelit lidah sebut nick aku tu..so aku tukarla semula ke 'lin'..dah malas dh tukar..jangan gatai sgt tangan tu nanti..kekekeke

kita tengok berapa lama header baru akan bertahan eh.

ni dia orang yang mengaku 'EDUCATED MUSLIM'

aku dah tau sape yang komen entry aku tu...

korang gi blog budak tu kat sini..

clearly..he's non muslim tapi mengaku 'EDUCATED MUSLIM'

*link aku dh buang...bak kata kak fid, watper nk majukan trafik blog dia..huhu

Friday, April 16, 2010

Jangan ada Lina Joy dan Hasnah lagi..

actually kisah yg terjadi kat aku ni BUKAN REKAAN..dan aku tau, perkara ni memang pernah berlaku dalam masyarakat kita..cuma cara pendekatan 'mereka' ni berbeza..ada yang didekati 'mereka' yang mengaku jatuh cinta dengan kita..dan banyak yang menjadi mangsa adalah gadis belasan tahun...sebab ape? sebab hati perempuan ni cepat cair pujuk rayu...betul kan??

suddenly i remember 1 story that being told by my sister..masa kakak aku belajar kat US dulu..kat sana pun banyak terjadi kes macam ni..pulak tu zaman tu lagila, tahun 1989..iman kita ni ibarat senipis kulit bawang, sangat rapuh..lagi-lagi duduk berjauhan dari keluarga dan dikelilingi dengan ramai kawan yang tidak seagama...kakak aku sendiri pernah diajak teman serumah dan coursemate join aktiviti kat church university..and then setiap minggu mesti ada sister yang akan pujuk dia tarbiah pasal agama diorang tu...but lucky...aqidah kakak aku terpelihara..

so, aku tak rasa perkara yang aku share arini sekadar 'khabar angin' dan cerita rekaan semata-mata...aku share pengalaman aku ni dengan harapan supaya lepas ni jangan lahir seorang lagi Lina Joy dan Hasnah...that's all...mana yang baik tu kita jadikan pedoman..yang buruk kita jadikan pengajaran supaya kita tak terleka..ingatlah..Iblis dah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan anak Adam sehingga ke hari kiamat! wallahualam.....

"kalau tak setuju dengan apa yg aku tulis, sila klik butang pangkah kt blog aku ni.aku tak suruh pun ko baca blog aku!"

woi malaun yang mengaku 'educated muslim'

pagi-pagi dah ada yang bikin hati aku panasssssssss!!!!!

aku buang artikel tadi tu sebab ada malaun yang mengaku dia 'educated muslim' bagi komen 'baik punye'..eh klu ko betul2 educated, ko bagila link blog ko ke email ko ke nama ko ke..pengecutla......macam bagus ja!!!!

even ko kata minum air holy water tu aku tak boleh murtad..tapi pk sendirila..ko tak alami apa yg aku alami time tu. uncle X tu byk sangat bercerita isi kitab bible dia tu. pk sendirila weh!!! pesal plak jumpa kali petama nk cerita panjang psl benda dia tu.then aku call phone number, check website company tu langsung tak wujud! pejadahnye lagi!!!dah tentu uncle tu tgh in mission nak mencari mangsa! bongokla ko ni!!!!

pale hotak ko la labu!!!!

ni ha aku tepek komen malaun 'educated muslim'

"LOL, this is somewhat hilarious in a way. Conversion through the use of holy water? This is new

I've even heard the old ulama's used to say if u drink holy water, you'll learn to speak english.

Goodness sake, the holy water is just a symbolic thing. You don't drink it and go, "HALLELUJAH". You'll say hallelujah when you WANT to.

If your faith can be changed just by drinking this symbolic thing, then it is YOUR faith that is weak. This water is just a physical thing and NOT spiritual.

Clearly you have been misguided.

I suggest you close-minded people to do your research first before causing an uproar. Us being Muslim doesn't mean we can't get to know the religion of others.

I think this is why we Muslims, who practices Islam, a religion of peace, is capable of bombing the churches.

If you're strong in your faith then why do you have to fear? That drinking this water can make you say "I love Jesus" ? Please, you people are making us Muslims sound uneducated."

pasni sure ramai yang pakat pi try minum air holy kat gereja eh. ye la sure pas minum tu kita semua ley SPEAK ENGLISH FLUENTLY macam malaun ni.

aku hampir DIMURTADKAN...wajib baca!!!

TGIF!

Arini aku tergerak hati nak share satu pengalaman yang ‘horror’ dalam hidup aku.Sebelum tu, syukur alhamdulillah iman aku masih lagi terpelihara dan aku harap kalau esok Tuhan cabut nyawa aku, biarlah aku meninggal dalam keadaan *husnul khatimah..Kenapa tetiba aku menulis benda cenggini? Hm..kisahnya bermula begini…

"Husnul Khatimah bermaksud berakhirnya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk. Oleh itu, manusia hendaklah berusaha mendapatkan husnul khatimah pada penghujung kehidupannya."


Back in years 2004, masa ni aku masih lagi student di utm skudai. Ada 1 minggu tu, aku plan balik kl sebab nak jenguk ayah aku yang warded di Hospital Selayang. Biasanya kalau aku balik kl mesti dengan some of friends yang asal kl jugak. Tapi minggu tu takde sorang kawan nak balik kl..so, aku decide aku balik sorang lah..lagipun aku dah biasa survive ke mana saja berseorangan..

As usual, cik abang aku (msa tu bf lagila kan), anta aku naik bas kat seri puteri, skudai. Tak lama pastu, bas aku pun sampai. Bila nak cari seat je, alamak…aku nye seat sebelah elaki mid 40 cmtula, quite handsome ada mix2 pan asian sikit. Tapi, aku ni lebih prefer duduk seat sorang coz senang aku nak tido. Then , aku tak berapa gemar nak beramah tamah sangat ngan jiran sebelah dalam bas ni.tapi since dah ada partner ni, takkan aku nak wt bodo je kan..aku gelar uncle X la eh..namanya aku tak ingat dah…

Uncle X ni over ramahla sangat. Macam2 perkara kitorang borak..lebih kurang camnila..

Aku : uncle turun kl dr singapore ni ada ape?

Uncle X : business trip. Kamu ni student lagi ke?

Aku : aah. Final year dah. Bulan mac ni abisla study..

Uncle X : oh..dah plan nk kerja mana?

Aku : hm..belum tapi adala apply dalam jobstreet tu.

Uncle X : oh..kalau kamu nak kerja, contact uncle..ni kad uncle. Lagipun memang kat company uncle ada post IT. Mungkin kamu ada peluang.

Aku : oh..really? thanks…nanti saya email resume kat email uncle ok.

Aku?dah tentu la suka..aku ambikla business card tu..aah betulla, adala nama company dia kat situ. (aku dah tak ingat nama company tu, name card dia pun tah mana aku campak).

Lepas tu, dari we all borak biasa-biasa je tetiba topic perbualan kami masuk bab serius - AGAMA..banyak plak uncle ni tanya tentang islam..dan setiap soalan yg dia tanya tu aku cuba jawab setakat mana yang aku tahu.. Cuma aku tak sedap hati. Sebabnya, everytime pas aku jawab soalan2 dia tu, dia mesti akan selit sekali ISI KITAB BIBLE dia tuh….dia akan comparekan antara agama dia ngan islam…hati aku mula terdetik…adakah????

Tapi aku cool lagi. Sampaila bas nak keluar exit ayer hitam untuk rehat. So aku ambik peluang ni nak turun gi toilet dan makan. Tapi aku tetap cuak..takut aku balik tempat aku nanti ape lak uncle ni buat kat aku…bila aku nak turun uncle tu tanya aku…

Uncle X : kamu nak turun ke?

Aku : saya nak turun minum jap.

Uncle X : oh..tak perlu susah2..ni uncle kasi kamu air. Ambikla..

Tau tak apa yang aku nampak? Aku sempat intai masa dia ambil air mineral dari beg dia tuh…BANYAK GILA BOTOL AIR JERNIH….ko biar betik!!!! Takkan pegi business trip bawak air mineral sampai banyak tu sekali!! GULP!!!jantung aku ni bedegup kencang!!!! Cuak abis!!! Terus aku teringat masa tu kecoh gile kes student banyak murtad kes MINUM HOLLY WATER yang mubaligh kristian ni kasik! Ape lagi!

Laju aku tolak….memang aku tepis botol tu..aku cakap tak nak. Uncle tu ngan muka frust simpan balik air tu dalam beg dia..aku plak cepat2 turun bas…pipi aku ni sampai sakit2 aku cubit+tampar,. Just nak make sure aku tak bermimpi dan tak kena pukau… aku try mengucap kalimah syahadah..alhamdulillah, lidah aku masih boleh lafazkan kalimah tu..tak kelu..

Bila bas ready nak gerak, aku naik bas dengan macam2 feelinglah…taktau nak gambarkan. Aku nekad nak diam je. Tak nak bercakap lagi ngan uncle tu..aku pura2 tido ayam..walhal hakikatnya itulah petama kali dalam sejarah aku tak tidor dalam bas…huhu…bila nampak je hentian serdang, terus aku minta driver drop aku kat situ…lega sesangat….sampai je kl, aku story kisah ni kat abang2 dan kakak2 aku diorg semua terkejut tapi masing2 lega sebab aku selamat….

By the way, balik je campus…aku cuba buka website company uncle X tu..and guess what??? Page not found!!!!! Duh!!!!!! Again aku lagi sekali tekejut! But at the same time…aku rasa syukur teramat sangat pada Allah kerana aku masih lagi kekal dalam agama -Nya…

Ye..tu la pengalaman yang horror dalam hidup aku…kalaulah aku terleka sekejap, mungkin iman aku dah lama tergadai………..syukur Allah cepat menyedarkan aku…kalau tak, nauzubillah….

P/s : Jaga diri, ingat Allah walau dimana kita berada..moga iman kita terpelihara dan diri kita terhindar dari pujuk rayu syaitan.

Thursday, April 15, 2010

alamak..dah mati!

camnela aku tak terperasan nih?

nak dekat sebulan mati...

nasib baik lesen 'P' je..

kalau aku drive keluar dari 'P', ada chances kot kena saman..

lucky me...huhu

p/s - lainkali rajin2la cek purse tu ye...jangan cam aku..hilang ingatan..huhu

cuba teka sara nyanyi lagu ape???

sebutan tak clear..tapi tune melody tu dah ada...

video

part kelakar..dah nak abis tu dia sambung jerit..i thought she still singing..
rupenye dia jerit 'atit', mane taknye menyanyi tu tak
dok diam..akibatnye kaki tu tesepit celah handbrake.kekekeke

clips tu diambil waktu malam...so mmg tak nampak ape da..just suara jek ley dengar...

Wednesday, April 14, 2010

aku yang tak prihatin

semalam aku balik agak lewat..sampai taska pun dah 6++..tapi still ramai kawan2 sara.
dalam kepala terbayang sara sorang je..lega rasanya. then teacher dia maklumkan semalam sehari suntuk dia merengek. mula la tu..tunjuk manja dia.

balik rumah tu dia cranky tak sudah. sampai nak mandikan pun seksa. dia menggelepar atas lantai bilik air tu. baru papa dia tau..selama ni ari-ari aku alami menda yg sama. especially time nak gosok gigi. memang menyeksakan.

pas dia ngamuk semalam, menyusu tak sampai berapa minit terus zzz...see..aku dah agak. dia ni ngantuk.bila ngantuk, mula la buat perangai.. pastu malamnya dia terjaga. bila aku ke dapur, dia turun katil sendiri tengah2 mamai..akibatnya..

aku sendiri tak perasan luka kat bibir atas sara tu. bila aku buka lampu bilik baru perasan..hai..sungguh aku ni mama yang tak prihatin..rasa bersalah sangat.

sekarang ni aku tengok keletah dia makin menjadi..susah sgt nak makan luar/jalan2..aritu gi sogo, dia tak nak di dukung.nak lepas bebas. yang papa dia ikutkan je. aku ni jenis mulut bising tak benti ingatkan..'kat sini bahaya.dah banyak kes budak kena culik.jagala sikit sara tu'..betul..skrg ni nak merendek ngan tenang pun tak boleh.

tengok anak orang lain boleh plak sopan santun..tertib je. tak bising. sara ni..hm...bukan takat bising. nak duduk dalam highchair pun tak nak.so end up..aku ngan husband kenala makan bergilir.sorang lagi kena jaga dia...kalau tak abis dikacaunya semua orang yg ada kat situ..muka kitorang jangan cakapla..dah tahap tebal dari tembok tu.acik dah takde rasa malu lah..

anak korang camni gak ke? camne ye nak ajar dia supaya behave sikit...aku tau dia kecik lagi. tapi susahla camni. kadang tu risau kalau gi rumah orang,tuan rumah tak suka.huhu..jenuh aku tarbiah kat dia...tapi camtu jugak..

cite lawak 'clinique'

aku ada cerita lawak pasal 'clinique'. apa beza klinik dengan clinique??? ha..jawab..jawab...
korang sebut clinique ngan klinik camna??? sure sama jek kan bunyinya...ke korang p tambah qalqalah kat 'clinique' tu???kekekee

cite ni psl misunderstood sebutan klinik dengan 'clinique' la...kisah dia gini. masa tu aku temankan kawan baik aku beli sabun eumora. masih ingatkah entry ni?

so adik yang jual sabun tu pun promotela kt kwn aku..pastu kwn aku ni plak pi cakap kat budak tu yg aku pakai clinique. pastu adik tu ckpla..okla dengan kulit akak eh..ngan kulit sya tak ok. sya pakai sabun eumora ni baru ok.

pastu, adala sorg cik kak ni. dia pun cam interested nak beli sabun eumora tu. tapinye dengan takde salamnya..dia nyampuk our conversation..lebey kurang cenggini la..

aku : saya try step 123 tu je. so far alhamdulillah..
adik eumora : tu la..sya tengok kulit akak dh ok. tapi ngan sya mungkin tak rasi kot.
cik kak interprem : aah...i dulu pun macam2 pakai..dnhansla...sendayu tinggila..pastu i siap gi KLINIK lagi.doktor bagi antibiotik nak ilangkan jerawat tapi tak ilang gak...(potpetpotpet cm bertih jagung..)

(adik eumora, kawan aku dan aku pandang sesama sendiri sambil memasing wat muka pelik..pastu spontan memasing dok jenuh tahan gelak)

sahih cik kak interprem tu misunderstood 'clinique' yang kami bualkan sebelum tu.kekeke

moral of the story : lain kali bagi salam dulu ye nak nyampuk orang bercakap..ni taktau ujung pangkal main nyampuk jek!

Barang Pertama?

duh..lemau kepala otak nak menjawab tag isabelle ni..jenuh perah otak tau...bebetul lemah ingatanla..byk sgt ke urat putus time beranak dulu eh?kekeke...

1. Barang kahwin pertama yg dipakai
uk-alo...spesifikler sikit soklannye...byk barang kawin yang pertama dipakai tau..hem..kasut hantaran kot.pakai masa majlis bertandang umah mertua.dan condition kasut tu masih 90% ok sebab aku hanya pakai time kawin je..nak pakai keja tak sempat..lom pape dah peknen..kui3x..and now, pas besalin bila sarung balik tak muat.erk! adekah kakiku mengembang????


tengok! elok lagi kan??sayangnye..huhu

2. Barang elektrik pertama yg beli bersama pasangan slps sah bernikah dan dok sebumbung
peti ais!!! ingat sesangat..sebab utama nak simpan stok susu sara.kekeke

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran
Hm...i think notebook..eh yeke?entahla..haha..yg maskawin ingatla..beli rantai tangan emas..biasala mengikut nasihat oreng-oreng tue...kekeke

4. Barang peribadi pertama yg dibeli slps bergelar isteri
hm..barang peribadi ni barang cmne eh?intimate lingerie, bra tu peribadi la kan?kekeke...

5. Barang mahal pertama yg dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)
kereta(tapi aku tak berapa setuju mulanya..sebabnya watper nak ada keta bebanyak.huhu..)...rumah masih dalam perancangan.

dah, sekang aku nak tag 5 org blogger...
1. may
2. apash
3. ena
4. ibu arifa
5. eliss

dah abis baca? pe lagi..meh klik link bawah ni..cam best jek. ley ilangkan boring tu jap.

LG Flash Games

enjoy main game tu!tapi,jejaga..bos kat belakang tu..hahaha larikkkkkk!!!!

Tuesday, April 13, 2010

kelip dan bersih!

tadi lari ke amanda jap..
terjah watson, mencari something untuk ilangkan ketidakselesaan mata ni.

tak cloudy dah..
mata pun tak pedih..
dulu pun pakai benda ni gak masa pakai lense..

*sesuai diguna untuk semua soft contact lense*

gara-gara spec yang merajuk seperti yang diceritakan dalam entry ni,
solution nya..

thanks elyn for introducing biomedics lense to me.
comfy..tak rasa macam pakai lense.

first payment


ye...dah dekat 2thn berblog..baru dpt 1st payment..
jadilah..

alhamdulillahhh..


Monday, April 12, 2010

say YES tu great skin!

last weekend, sesi terjah kaunter clinique @ sogo. hehe..ajakan mengejut dari cik abang..surprise!!!! kekeke.maybe sebab tak tahan kot mendengar rintihan dari sang isteri yang tak henti bertanya...'bang..bila nk gi beli clinique?' kekekeke...

akhirnyaa....beli gak set step 123 ni..memang dah berkurun lama stok abis seperti yang aku penah cite dalam entry ni..sementara tu, aku tukar pakai local brand..tapi sebabkan tensen tengok blackhead dah mula nak keluar balik kat idung ni, so decide pakai balik clinique.

cuma bezanya, this time aku tukar clarifying lotion no 1. sebabnya SA tu kata kulit aku kering. dan aku puas ati sebab kulit aku tak merah2 dan pedih lagi..dulu pakai no 2. tapi lepas pakai je kulit rasa pedih then mesti ada spot merah kat certain part kt muka ni..rasa mint alcohol pun kuat..tapi yang no 1 ni mild je..sesuai utk sensitive dry skin. as elyn inform dalam blog dia, aku mmg prefer pakai soap dari liquid cleanser tu..aku beli 3mini soap..ikut pengalaman aku dulu, 3 soap ni lasting 9month camtu lah.. memang jimat sesangat.

aku suka betul SA yang layan aku aritu - zizie (dia ni ya-a-aw sikit..tapi diorang nye layanan lagi better dari minah melayu tau...diorg ni tak sombong,tak kedek)..so zizie ni kasik 6 free gift. aku suka!yg paling aku suka..sebab dia kasik 2 tester cream idaman aku- moisture surge dengan all about eyes rich. tergoda baca testi kat clinique uk, all about eyes cream tu ley ilangkan eye bag.hehehe..moisture surge tu boley pakai under makeup atau as 5 minutes mask. baru pakai 2 ari, so taktaula kesan..tengokla lagi 1-2bulan..hehe.

and then, since aku tergoda dengan lipstick clinique yang kononnya ley lembapkan bibir..so, aku pun beli la satu. tapi zizie ni pandai sungguh membodek aku tau! dia cakap bibir aku dah rosakla..ye betul..aku mmg alami bibir pecah yang kritikal..sebab aku tau..aku malas minum air.huhuhu...then dia suggest beli lip treatment. arga huhu pejam mata je la! lagi mahal dr lipstick clinique. 2x ganda!!! pasni kena pakai lip treatment tu then baru pakai lipstick. nanti kite tengok eh, ada tak bibir aku ni cam kene suntik collagen..baca kt kotak tu pun memang slh satu kandungannya collagen.

dah tu aku bodekla lagi..aku dah beli byk brg ni..kasikla free gift lagi..then, dia kasikla beg besar ni..amboi ko perli akak ke zizie???

jadila..boleyla wat diaper beg sara..kekekeke.total damage aritu..RM516..tapi still worth it..dapat coupon sogo RM50. lepas lagi duit shopping kasut futsal cik abang. cuma tambah la sikit RM...hehehe

untuk yang pernah bertanya harga 123 step(cleanser, clarifying lotion, moisturizer) clinique tu kat aku..utk small size (RM243), size besar RM343. aku recommend beli size besar terus. lagi jimat! pastu bodekla SA tu..minta bebanyak sample k.

ni utk rekod akan datang utk aku refer..boleyla korang nak refer as guideline.
3mini soap bar -RM78
clarifying lotion - RM115 (400ml)
dramatical different moisturizing lotion- RM150 (125ml)
lip treatment - RM110
long last lipstick - RM63
all about eyes rich - RM130 (15ml)
moisture surge - RM160 (50ml)

ape tunggu lagi..balik karang kasikla hint kat cik abang memasing eh. :)

berkat racunan aku dulu dalam entry ni, wajah mummy vouge - elyn dah glowing...tapi bila la kita akan ketemu ye? adik u cun la..sure u lagi double cun dari dia eh. :)

salah sape ni?

bodoh piang mak pak budak ni

aku tak jumpa link nk upload clips

so here's the link. - budak kecik hisap rokok-

aku rasa umur budak tu dalam 3++ kot..

*siap wat aksi 'lucah' lagi*

Friday, April 9, 2010

nak beli beauty product murah tak??

aku tejumpe website Strawberrynet com ni
semuanya gara-gara terbloghop ke blog paris - > mywomenstuff
memang ms paris ni rajin la shopping kat situ..
and sungguh rajin dia ni review setiap produk yg dia guna...

harga mmg murah..slightly different la dr kat sini.
tadi aku cek arga 3little soap clinique tu kalau kat clinique sini RM75. tapi kat Strawberrynet com tu arga RM68.00..
kalau cek dalam website clinique UK arga sabun tu around RM58 gakla...
memang banyak bezaaaaala dengan kat malaysia ni.

risau duti kastam??oh don't worry guys..
strawberry.net ni akan refund balik caj yang kita kena byr tu..read their t&c here.

and guess what?
free delivery charges lagik to all nationwide tau!
(except 10% for fragrance product)


ada tak sesape yang penah ada experience purchase kt situ??
please share. tq!


buah hati baru

intai sikit...

jeng...jeng...jeng....

ni buah hati baru aku ye...

baru sampai last month...


sara....jaga tangan tu..calar karang...kekekeke

dapat bayangkan betapa tecik nye buah hati aku...ringan sangat..baling dinding mau terbarai...huhuhu..



semangatla...pasni kemana saje aku angkut buah hati aku ni...hehehe


*thanks to cik abg sayang ye....dia kata ni present utk aku.actually masa besalin aritu pun dapat adiah lappy gak..tapi besar gabak..17inci...yg ni kena sangatla ngan figure size aku kan..secocok tuannya....muahahaha*

Thursday, April 8, 2010

ditampar syaitan!!!

ari sabtu lepas balik segamat jap.jenguk adik husband...tetiba dpt berita dia sakit.

rupenye leher dia bengkak.dah cek doktor tapi diorang cakap normal. takde pape..bukannya beguk @ tiroid...katanya 'kena tampar ngan setan'.hehe...lawak lak aku dengar.tapi mungkin betul kot.orang kampung kata 'denah @ kena + tegur = ketegur'.sekolah adik ipar aku tu dia baru je bukak..dulu kwsn tu berhutan rasanya..agaknya terkacau port tok nenek moyang mana entah..so dia yang jadi mangsa.tapi alhamdulillah dah berkurangan...

by the way, alang-alang balik dapat merasa laksa johor

nampak sedap kan?semestinyala dah mil aku yang buat..mmg pure la taste laksa johor nih.jom soru!!!!

what say u guys?

hujung bulan ni we all plan nk gi vacation..
cik abg suggest gi bkt merah laketown..
plan asal ke penang..tapi dia cakap cam bosan je gi penang..huhu
aku? erk..dahla dekat bebenar dengan kampung.
cam bosan jee..(walhal aku sendiri teringin nk jenguk ape yang best dalam tu)..
tapi memandangkan tujuan ke sana pun memang nk balik kampung terus..so tu yang cari port bercuti hala utara..

anyway, ada tak sesape yang pernah experience gi sana?
ape yang best?
ada tak suggestion activity utk kami anak beranak kat sana nanti selain dari main air.

kebetulan time tu birthday cik abg. still blur nak bagi present ape. nk kasi perfume awal2 dia dh reject.huhu

bila mak buli anak

lain yang kita minta
lain yang dia bagi
layankan je la
budak baru nak belajar faham arahan.hehehe

video

still confuse 'sikat rambut' dengan 'sepit rambut'
tapi dia faham..fungsi 2-2 tu pakai kat kepala.hehe

Wednesday, April 7, 2010

need helps please...

since aku dah lama tak tengok movie (any types of movie except blue screen!)..
so nak minta jasa baik korang..boleh tak tinggalkan komen title movie kat sini..
any movie yang dah pernah korang tengok and menarik tolong share kan.
aku nak carik dan sedut..hehehe

thanks

mati itu pasti

baru semalam dapat berita pakcik aku meninggal..
dah 2 orang adik ayah aku pergi..
aku tak sempat pun jumpa..semalam sampai pun jenazah dah bawa ke masjid..

and just now kawan sebilik aku masuk bilik...
bawa berita sedih..
tok dia meninggal dunia..
kesian sangat..baru je balik dari kampung semalam.


ajal dan maut di tangan tuhan..
kita sendiri tak tahu..

bersabarlah dan redha atas pemergian mereka..
al-fatihah

tayang sikit..

okla meh la tayang sikit kaki baru aku..takla cun melecun amat..tapi mmg ketara perubahannya..

DSC06792

sori gambar sebelum takde.sebab aku tak penah snap gamba kaki aku….yela sedar sendirila kaki buruk watper nk amik gambo…before test pakai lupe lak nk snap.hehehe… still ada crack tu tapi dah berkurangan. dulu lagi teruk..nampak sgt kering dan kulit merekah tapi ni dah licin… aku rasa sebab pakai scrub tu la kot abis tanggal kulit kering tuh…then sapu heel softening cream tu yang tumit jadi halus licin…crack tu dah berkurangan tapi masih ada..tunggula kan lagi sebulan..hopefully ilang terus…so pada aku..tak semestinya barang tu murah dan agak tak berjenama tu tak berkesan..sometimes yang murah tu lagi berkesan dari yang mahai. tapi tengok kulit sama kot. so aku rasa footworks produk ni really suit to me. hehehe

*pasni avon kena la amik aku jadi duta produk kaki diorg plak.hahaha..perahsantan!


by the way..do support this campaign..click the links..
thanks for your support!

Tuesday, April 6, 2010

foot spa @ home

sebenarnye aku tak pernah pun jejakkan kaki ke spa untuk rawatan kaki. bukan sebab kaki aku tak bermasalah. tapi aku ni agak malas. terus terang cakap aku kurang ambil berat tentang kaki. tapi bila kene tegur dengan husband, baru la kelam kabut.kekeke..jangan tiru macam aku eh..husband aku ni pelik sikit. dia akan pandang kaki orang dulu. kalau dia tengok kaki orang tu dah comot + tak terjaga muka cantik pun tak guna.kekeke..ni kata-kata dari mulut dia ye..bukan aku yang kata.

actually aku nye masalah tak besar pun. tapi rata-rata aku rasa ramai wanita berdepan dengan masalah yang sama macam aku alami – TUMIT PECAH. betul tak? memang ni masalah aku la dr dulu. dah macam-macam produk aku cuba..aku penah sapu cream ellgy, scholl, vaseline, cocoa butter, vit e pure oil, aiken dan bla bla bla….tapi hampeh. satu pun tak bekesan. sampailaaa aku belek-belek katalog AVON. ye…aku mulanya tak berapa yakin. konon barang avon ni tak best la tuh. tapi aku fikir, hm..xpelah try la pulak. lagipun katalog bulan tu murah. so for now ni lah 3 barang yang aku cuba, rough skin remover, heel softening cream dengan foot spray dari brand FOOT WORKS.

and guess what? ‘it really WORKS’.at least to me la kan..untuk orang lain i’m not too sure lah.

ROUGH SKIN REMOVER

mulanya sebulan petama aku beli dulu rough skin remover. aku dah cuba pakai produk ni almost 1half month. aku suka produk ni sebab cream texture macam scrub. sapu je kat kaki atau kat mana kawasan kasar yang kering tu until cream tu absorb. nanti nampakla habis semua daki tu keluar sekali..syok je..sebulan petama aku just buat benda ni je la before mandi, dalam 2x seminggu. kalau mls sangat seminggu sekali la. then aku perasan kulit yang pecah tadi tu tanggal sekali…okla tu kan..lagipun macam scrub yang kita pakai kat mukala..akan buang sel kulit yang mati dan nanti kulit baru tumbuhla..so aku rasa fungsi scrub muka tu dengan produk ni lebih kurang samalah kot.

HEEL SOFTENING CREAM

meh aku share sikit bahan yang ada dalam cream ni.

* glycolic acid - skin exfoliation dan smoothing
* glycerin - skin moisturizing.
* vitamen e and aloe vera gel - skin smoothing and soothing
* rice bran oil, squalene and lecithin - natural ingredients for skin softening and smoothing

but ye la..still kaki aku still merekah. then next month(last month) aku selak lagi katalog avon. ada offer pulak heel softening cream dengan footspray. only RM15.90 untuk both item. so aku pun tryla pakai..after 2weeks pakai then aku perasan..kesan rekahan lama tu dah makin berkurang.even tak hilang semuanya lagi tapi nampak juga perubahan.. bila aku combine pemakaian cream ni dengan scrub tu alhamdulillah kaki aku dah makin cun. kekeke..jangan lak muntah aku puji kaki sendirik..

FOOT SPRAY

foot spray tu just sampingan je. kalau kaki yang kuat berpeluh sesuai la guna. nak pulak kita berkasut utk 8jam..sure berkuap dan kaki ade bau asyem kan..so aku rekemenla beli satu spray ni, sebab baunya memang wangi. even kaki aku takde masalah bau kaki tapi aku tetap pakai..rasa wangi je kaki (bukan kat badan je perlu pakai perfume tau..kaki pun kena gak.hehehe)

nak tengok kaki aku ke?hehe…maafla, takkan nk post kt sini kot. marah pulak husband aku. biar dia sorang je la belek kaki baru aku tu.hehehe…so ape tunggu lagi? cepat cari katalog avon, this month ada promotion gak. satu page tu khas untuk iklan footworks ni je. mana tau produk ni pun sesuai utk korang kan. :)

Monday, April 5, 2010

no entry


hehehehe...ape yang no entry nye?

bukan

yang ni..

tapi takde entry cerita utk hari ni

coz mood penulisnye agak mandom..

jumpe esok.

Friday, April 2, 2010

budak sekolah zaman sekarang

kurang hormat dengan guru!kurang ajar dengan guru!terlebih ajaran kah maka mereka jadi macam tu?

baru lepas baca blog adik ipar aku, farah.skrg ni dia tengah practical mengajar di satu sekolah kat kuantan.kesian pula baca luahan hati dia.

tapi tu la hakikatnya.nak pulak mengajar sekolah menengah.cikgu praktikal ni kan muda belia
so sure la kena buli dengan student.

okla tu fara, diorang panggil fara cikgu comel.kak lin dulu, lagi teruk...boleh tak student aku panggil aku SAYANG. paling aku ingat student form 5 kelas tercorot.dahla malas belajar
ingat ko tu anak datok ko hebat sangat ke? yang title datok tu bapak ko (aku kutuk dalam hati je..hehe) aku paling sakit hati bila aku mengajar kat kelas tu. dia boleh sound kawan-kawan yang lain 'shhh..korang jangan bising. SAYANG aku nak mengajar kat depan tu.kang aku belasah sekor-sekor'. ada 2 student aku camtu. yang form 4 pulak, asal aku lalu je depan kelas diorang, mesti jerit 'SAYANG!'...tensen je cikgu yang tengah mengajar kat depan kelas tu.

hampeh dot com la ko labu...sakit hati..malu pun ada. tapi aku buat bodoh je.buat dengar tak dengar. senyum pun tak. aku mmg takkan layan. budak ni kalau kita layan memang makin menjadi. bebudak ni senang je ajar. kita jangan layan sangat 'gurauan' diorang.kalau kita layan, nanti takut ada antara student kita terasa hati. nak pulak student pempuan..sure akan tuduh 'eee gediknya cikgu ganti ni'. sebab ape aku cakap camtu?

sebab aku sendiri menyampah ngan cikgu praktikal masa aku sekolah rendah dulu
nampak sangat dia biased..kasik layanan mesra je kat boys..bila penyelia dia datang nk tengok dia mengajar, baru tergedik2 nk mengajar. kalau tak, asal masuk kelas aku je mesti borak je keje cikgu tu. balik-balik cerita dia nak jadi pramugarila, main spiritla..eee even masa tu aku baru je umur 12tahun tapi aku taktau cmne aku boleh rasa meluat dengar cikgu tu bercerita
yela..aku datang nk belajar, bukan nk dengar dia berceloteh. hahahaha

so berbalik cerita pengalaman aku jadi cikgu ganti dulu. aku masuk je situ dari awal buat muka serius. nk bergurau tengok tempat. aku cuba layan semua student sama rata. and guess what, even aku hanya menjadi cikgu ganti untuk 2bulan. tapi student kat situ tetap hormat aku macam cikgu 'real'. siap dapat gift lagi masa hari guru.hehehe...satu pengalaman yg takkan aku lupa.

tapi aku tau aku sememangnya tak layak menjadi guru. sebab aku garang sangat kot.kui3x...sebab tu agaknya 3kali minta kpli langsung tak lepas.kekekeke...

ni tips aku la..sebelum nak masuk mengajar satu kelas tu..tanya dan risik2 dulu kat cikgu-cikgu situ sikap dan peel student kelas yang kita akan ajar tu. so that kita ley prepare mental kita ni. kalau kita tak ready, akibatnya camnila..akan rasa pressure dan tensen. atleast bila dah tau perangai student tu, kita boleh tahu cam ne nak handle kelas tu nanti. :)

*teringat seorang cikgu ni tanya aku, apa rahsia aku? dia masuk je kelas tu student bising macam pasar borong. tapi aku relief je kelas tu, masing-masing nampak tekun je belajar...hehehe*

Thursday, April 1, 2010

sara ada secret admirer??

hehe..dah petang baru ada entry..sure ramai dah balik kan sekarang ni..

hm..aku rasa si sara ni ada peminat kat taska la...boleh tak mama dia yang perasan?kahkahkah.
aku dah perasan perkara ni 2-3 ari yang sudah. cuma aku endah tak endah jeee..

daily routine aku seperti biasalah, hantar sara ke taska unless if ada sebab tertentu papa dia yang anta lah..so pagi tadi aku anta dia macam..sampai je kat bilik dia, berlari-lari seorang budak lelaki ni sambil jerit-jerit nama sara..'alya..alya'..(kat taska, semua panggil 'alya'). bukan main menyengih budak tu. mulut dia pulak gigit puting botol. oh..aku cam sangat budak ni..muka comel-comel gitu, rambut terpacak pakai bylcream kot.hehehe..dia penah kena gigit dengan sara.huhu...

aku agak kagum la kejap..sebab tengok dia terus terkam si sara. dia minat kat sara ke? tapi..aku tetiba teringat kejadian hari selasa pagi masa aku anta sara gi taska. aku memang bekalkan sara jemput-jemput strawberry. memang aku saje buat banyak. penuhla gak satu tupperware sama besar size mangkuk aiskrim tuh. sampai je kat sana aku terus hulur bekas tu kat teacher sara. then tak semena-mena menerpa semua kawan-kawan sara...hehehe..lawak sungguh aku tengok. memasing lapar la kot..breakfast diorang sure tak ready lagi.

tapi, aku suka betul tengok gelagat bebudak tu. lagipun aku memang kerap bekalkan sara makanan sampingan. memang confirm habisla bekalan aritu. sebab diorang makan berjemaah. okla tu..sara ni pun kalau sorang bukan nak makan sangat. makan mesti nak berkawan.

so..agaknya la kan..pagi tadi tu budak lelaki tu terkam sara sebab ingat mama sara ni bawak bekal makan lagi ke atau sebab memang dia minat sara? kahkahkah..jauh sungguh imaginasi aku..hihihihi

jawapan aku - semestinya dia ingat aku bawak bekalan makanan lagi kot.boleh gitu? lagipun pagi tadi, sara tengah makan twiggies gardenia tu.

gelap gelita


kan earth hour?
so layan je la clips gelap gelita yang dirakam masa light off last week..
video
kedengaran suara suara sumbang je..hehehe
tapi bebudak ni..bukan paham gelap.
dalam gelap pun bantai menari sakan bila dengar lagu 'nobody-wonder girls' huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...