Friday, April 16, 2010

aku hampir DIMURTADKAN...wajib baca!!!

TGIF!

Arini aku tergerak hati nak share satu pengalaman yang ‘horror’ dalam hidup aku.Sebelum tu, syukur alhamdulillah iman aku masih lagi terpelihara dan aku harap kalau esok Tuhan cabut nyawa aku, biarlah aku meninggal dalam keadaan *husnul khatimah..Kenapa tetiba aku menulis benda cenggini? Hm..kisahnya bermula begini…

"Husnul Khatimah bermaksud berakhirnya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk. Oleh itu, manusia hendaklah berusaha mendapatkan husnul khatimah pada penghujung kehidupannya."


Back in years 2004, masa ni aku masih lagi student di utm skudai. Ada 1 minggu tu, aku plan balik kl sebab nak jenguk ayah aku yang warded di Hospital Selayang. Biasanya kalau aku balik kl mesti dengan some of friends yang asal kl jugak. Tapi minggu tu takde sorang kawan nak balik kl..so, aku decide aku balik sorang lah..lagipun aku dah biasa survive ke mana saja berseorangan..

As usual, cik abang aku (msa tu bf lagila kan), anta aku naik bas kat seri puteri, skudai. Tak lama pastu, bas aku pun sampai. Bila nak cari seat je, alamak…aku nye seat sebelah elaki mid 40 cmtula, quite handsome ada mix2 pan asian sikit. Tapi, aku ni lebih prefer duduk seat sorang coz senang aku nak tido. Then , aku tak berapa gemar nak beramah tamah sangat ngan jiran sebelah dalam bas ni.tapi since dah ada partner ni, takkan aku nak wt bodo je kan..aku gelar uncle X la eh..namanya aku tak ingat dah…

Uncle X ni over ramahla sangat. Macam2 perkara kitorang borak..lebih kurang camnila..

Aku : uncle turun kl dr singapore ni ada ape?

Uncle X : business trip. Kamu ni student lagi ke?

Aku : aah. Final year dah. Bulan mac ni abisla study..

Uncle X : oh..dah plan nk kerja mana?

Aku : hm..belum tapi adala apply dalam jobstreet tu.

Uncle X : oh..kalau kamu nak kerja, contact uncle..ni kad uncle. Lagipun memang kat company uncle ada post IT. Mungkin kamu ada peluang.

Aku : oh..really? thanks…nanti saya email resume kat email uncle ok.

Aku?dah tentu la suka..aku ambikla business card tu..aah betulla, adala nama company dia kat situ. (aku dah tak ingat nama company tu, name card dia pun tah mana aku campak).

Lepas tu, dari we all borak biasa-biasa je tetiba topic perbualan kami masuk bab serius - AGAMA..banyak plak uncle ni tanya tentang islam..dan setiap soalan yg dia tanya tu aku cuba jawab setakat mana yang aku tahu.. Cuma aku tak sedap hati. Sebabnya, everytime pas aku jawab soalan2 dia tu, dia mesti akan selit sekali ISI KITAB BIBLE dia tuh….dia akan comparekan antara agama dia ngan islam…hati aku mula terdetik…adakah????

Tapi aku cool lagi. Sampaila bas nak keluar exit ayer hitam untuk rehat. So aku ambik peluang ni nak turun gi toilet dan makan. Tapi aku tetap cuak..takut aku balik tempat aku nanti ape lak uncle ni buat kat aku…bila aku nak turun uncle tu tanya aku…

Uncle X : kamu nak turun ke?

Aku : saya nak turun minum jap.

Uncle X : oh..tak perlu susah2..ni uncle kasi kamu air. Ambikla..

Tau tak apa yang aku nampak? Aku sempat intai masa dia ambil air mineral dari beg dia tuh…BANYAK GILA BOTOL AIR JERNIH….ko biar betik!!!! Takkan pegi business trip bawak air mineral sampai banyak tu sekali!! GULP!!!jantung aku ni bedegup kencang!!!! Cuak abis!!! Terus aku teringat masa tu kecoh gile kes student banyak murtad kes MINUM HOLLY WATER yang mubaligh kristian ni kasik! Ape lagi!

Laju aku tolak….memang aku tepis botol tu..aku cakap tak nak. Uncle tu ngan muka frust simpan balik air tu dalam beg dia..aku plak cepat2 turun bas…pipi aku ni sampai sakit2 aku cubit+tampar,. Just nak make sure aku tak bermimpi dan tak kena pukau… aku try mengucap kalimah syahadah..alhamdulillah, lidah aku masih boleh lafazkan kalimah tu..tak kelu..

Bila bas ready nak gerak, aku naik bas dengan macam2 feelinglah…taktau nak gambarkan. Aku nekad nak diam je. Tak nak bercakap lagi ngan uncle tu..aku pura2 tido ayam..walhal hakikatnya itulah petama kali dalam sejarah aku tak tidor dalam bas…huhu…bila nampak je hentian serdang, terus aku minta driver drop aku kat situ…lega sesangat….sampai je kl, aku story kisah ni kat abang2 dan kakak2 aku diorg semua terkejut tapi masing2 lega sebab aku selamat….

By the way, balik je campus…aku cuba buka website company uncle X tu..and guess what??? Page not found!!!!! Duh!!!!!! Again aku lagi sekali tekejut! But at the same time…aku rasa syukur teramat sangat pada Allah kerana aku masih lagi kekal dalam agama -Nya…

Ye..tu la pengalaman yang horror dalam hidup aku…kalaulah aku terleka sekejap, mungkin iman aku dah lama tergadai………..syukur Allah cepat menyedarkan aku…kalau tak, nauzubillah….

P/s : Jaga diri, ingat Allah walau dimana kita berada..moga iman kita terpelihara dan diri kita terhindar dari pujuk rayu syaitan.

11 comments:

eiNa said...

Astaghfirullah.. seb baik lin sedar kan..kalau masa tgh borak2 tu kut dia dah jampi2 ke .. tu yg kena careful ngan strangers tu..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku naik bas mesti tido atau buat2 tido sebb boifren aku ckp, naik bas tido.jgn ckp ngan jantan lain..

tp memang series horror cerita ko tu tapi aku baca pengakuan paderi yang masuk islam ckp kalo minum air tu pun tak der per, janji kena baca bismillah.Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah kan.wallahualam

Elyn said...

senang betui ye cara dierang nk murtad kan org..... ya allah mntk die jauh kan la!!

LynnLyana said...

wei..meremang bulu roma aku baca!! alhamdulillah ko tk terus amik air tuh..sib baik ko terus teringat psl kisah holly water tuh...

CuppyCakeMommy said...

takutnya..i pun dulu student utm jb..selalu amik bus balik kampung..nasib baik tak jumpa org camni..

Matjoe said...

hebat pengalaman yg diceritakan.

tq for sharing

MeL MikaiL said...

eii seram! actually kes cmni mmg slalu berlaku. xbole pdg remeh. u knw what lin, kawan kat study kat france pun salu dipertikaikan psl agama Islam dgn kwn2 kristian dia kat sana. anddd..drg ni suka paksa my fren minum & makanan drg. drg ni student religious (kristian)tau..apetah lagi kat m'sia..

Mrs. Eeza Herman said...

nasib baik masa tu lin masih mampu nak fikir sebab kita nie, kdg2 xmampun nak berfikir perkara baik atau buruk bila org tu baik ngn kita...sebab dlm diri kita sendiri ader sifat baik sangka..

iza dulu pun hampir mcm tu, tp xseteruk lin..sebab ms keje dulu before kwin, iza free hair so mmg muka cina abisla..sampaikan bdk cina buat praktikal try nak tackle iza la..tp iza lyn mcm biasa je..bila rapat2 rupanya dier kira bdk alim kristian la..mcm2 dier citer psl kristian siap dier pernah gi oversea kira buat 'haji' la...sampaikan ader satu ari, dier ajak iza gi join dier g gereja yg mmg famous kt penang dan offer try minum holy water..sejak tu, iza da jauhkan diri dr dier sket2..bila dpt tau dr staf lain, dak tu ader awek..nasib baik la masa tu xfikir soal cinta..mudah-mudahan kita dilindungi Allah dan dipelihara akidah kita...

isabelle said...

masyaAllah.
i tgh wonder kalo kebetulan org yg dia jumpa tu jenis yg mmg x amik tau psl holy water nih. harus dah terkena

mummy_adam said...

takutnyer.. mintak jauh lah dr benda2 mcm tu..

she said...

tak pernah terima pelawaan org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...