Friday, April 23, 2010

are you 'charkoewtiaw' lover?

ni untuk sara
simple and plain..just telur+kicap+sos tiram+koewtiaw+kucai..


ni plak untuk mama ngan papa
ada macam rupa char koew tiaw yang jual kat kedai tak?
cakapla ada! karang aku merajuk! hahahaha


yg ni plak char koew tiaw kat gerai mat burger di datok keramat (famous dengan jus gelas besar)

tapi tak sesedap charkoewtiaw bistro chaiyo sungai merab...


motif entry ni??


nak bagitau penulis blog adalah -fanatic fan 'charkoewtiaw'.
ari-ari makan pun tak jemu..bythe way ni resipi ciptaan aku sendiri..hasil olahan dr resipi di internet...tajuk resipi...'charkoewtiaw hantam sajalah'...bahan guna apa yang ada didapur..hehehe

bahan-bahan:
isi kerang yang telah direbus
bawang putih 2ulas ditumbuk halus
1sudu cili blend
sos tiram
kicap manis
sos ikan thai
kucai
taugeh
koewtiaw halus (i like!)
sedikit air
1biji telur
sedikit garam

cara-cara
1. tumis bawang putih hingga garing.
2. tumis cili blend hingga keluar minyak. - kena masak bebetul karang sakit perut doh..
3. masukkan sos tiram, kicap manis dan sos thai.
4. masukkan koewtiaw dan kerang.
5. pecahkan telur. seterusnya masukkan tauge dan kucai..
6. masukkan air sedikit sebab charkoewtiaw ni kena ada air sikit baru best...
7. masukkan garam secukup rasa ikut lidah memasing..
nota : charkoewtiaw kena masak dengan api kuat ok.

ape lagi tunggu..ngapla..kena makan cepat..nanti kembang tak sedap! kalau ada cili jeruk lagi masyuk! nanti aku google cara nak buat cili jeruk....

see...si kecik ni makan penuh semangat! abis sepinggan tu dia pulun.

canggihnya zmn skarang..takyah dah sesusah nak call sedare mara kat kampung tanya resipi..on je lappy tanya pakcik google bila nak masak.kekekeke

7 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

lazatnya..bak aku sepinggan..aku nampak kat kedai, dorang letak stok daging :) tapi tak pernah try buat kat umah lagik.hehehe.

CikWa said...

yummy yummy tqvm saya pencinta charkueytiau
hatta anak saya juga
tqvm yaa :)

nak try nanti dh siap saya buh dalam blog yaa :)

isabelle said...

kalo dah org penang, x suka char ktiau..xtau la nak kata apa lagi.

ur dish looks so yummy.
kat my neighbourhood ada kedai char ktiau, tapi huh...x rasa mcm char oenang pun!

nieda said...

sedap..i like cuma susah betul area shah alam nk cari kuewtiaw halus..beli kt mana kuewtiaw tu??

mummy_adam said...

sodap nyer.. nak dtg umah tumpang makan boley ;)

zasn said...

huhu! chaiyok2...tp klu xde stok ikan tu xpe kn? air dr udang n kerang pn dh ok kn? erm...nk try gakla wat sndri...aku n fam pn antu CKT gak ;D ngeee

lin said...

eliss,
maila umah kalau nk rsa...aku jumpa resipi org letak air rebusan udang.sure manis dan sedap lagi.

cikwa,
pecinta gak eh?ok..nanti tepek kt blog eh da try

isabelle,
haa mai la sini i bwk u mkn charkoewtiaw sedap kt bangi.hehe

nieda,
sya beli koewtiaw tu kat kedai mamak bwh rumah.kt kedai dia ada la koewtiaw halus.
tapi dlm gamba ni,i guna koewtiaw besar sbb dh takde yg halus

ena,
maila umah.nanti i jamu charkoewtiaw kt u.hehe

zana,
biasa mmg org guna air rebusan udang tu.lg manis...tula aritu mai umh aku lmbt.klu tak sure aku dh msakkan.kekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...