Thursday, April 1, 2010

sara ada secret admirer??

hehe..dah petang baru ada entry..sure ramai dah balik kan sekarang ni..

hm..aku rasa si sara ni ada peminat kat taska la...boleh tak mama dia yang perasan?kahkahkah.
aku dah perasan perkara ni 2-3 ari yang sudah. cuma aku endah tak endah jeee..

daily routine aku seperti biasalah, hantar sara ke taska unless if ada sebab tertentu papa dia yang anta lah..so pagi tadi aku anta dia macam..sampai je kat bilik dia, berlari-lari seorang budak lelaki ni sambil jerit-jerit nama sara..'alya..alya'..(kat taska, semua panggil 'alya'). bukan main menyengih budak tu. mulut dia pulak gigit puting botol. oh..aku cam sangat budak ni..muka comel-comel gitu, rambut terpacak pakai bylcream kot.hehehe..dia penah kena gigit dengan sara.huhu...

aku agak kagum la kejap..sebab tengok dia terus terkam si sara. dia minat kat sara ke? tapi..aku tetiba teringat kejadian hari selasa pagi masa aku anta sara gi taska. aku memang bekalkan sara jemput-jemput strawberry. memang aku saje buat banyak. penuhla gak satu tupperware sama besar size mangkuk aiskrim tuh. sampai je kat sana aku terus hulur bekas tu kat teacher sara. then tak semena-mena menerpa semua kawan-kawan sara...hehehe..lawak sungguh aku tengok. memasing lapar la kot..breakfast diorang sure tak ready lagi.

tapi, aku suka betul tengok gelagat bebudak tu. lagipun aku memang kerap bekalkan sara makanan sampingan. memang confirm habisla bekalan aritu. sebab diorang makan berjemaah. okla tu..sara ni pun kalau sorang bukan nak makan sangat. makan mesti nak berkawan.

so..agaknya la kan..pagi tadi tu budak lelaki tu terkam sara sebab ingat mama sara ni bawak bekal makan lagi ke atau sebab memang dia minat sara? kahkahkah..jauh sungguh imaginasi aku..hihihihi

jawapan aku - semestinya dia ingat aku bawak bekalan makanan lagi kot.boleh gitu? lagipun pagi tadi, sara tengah makan twiggies gardenia tu.

3 comments:

isabelle said...

hehehe..baru jer ingat u dah ada calon menantu, tapi abis je baca...hmm ada kemungkinan gak diorg tu terpa sebab makanan.
i pun kdg2 kalau adam bwk bekal, ramai je menyambut kat pintu :P

Farah said...

yela tu agaknye die dah tahu ni oo sara ni tokan cekodok strawberi yang sedap..tu yang die terkam hahahaha

lin muhamad said...

isabelle - heheh...betul tu.bebudak ni dah aim dah sara ni..kaki stok makanan.

farah - hahaha..tau takpe. sure tak penah makan cekodok strawberila tu.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...