Friday, May 14, 2010

aku akur..aku gagal

*entry ni pasti akan mengundang rasa pahit+manis+masam pada sesetengah orang..tapi bacalah dengan hati yang terbuka ok.cause entry ni lahir dari luahan hati aku.bukan based on pengalaman org lain.*

it's all started since 2 weeks before my exam week. since aku sibuk sgt menyiapkan office work before exam dan cuti panjang,tetiba aku lupa lakukan rutin harian - pam susu. akhirnya pam susu dan cooler bag tersadai di belakang meja aku ni. tak berusik.at the beginning aku fikir,takpela aku stop pam susu. plus sara pun mmg tak berapa nak minum ebm. kalau aku bekalkan fresh milk dutch lady tu dengan ebm, mesti susu kotak tu yg abis dulu...tu yg buat aku fikir ok kot if aku stop pam but still continue breastfeed dia kat rumah..so aku pun stop pam susu pada ketika sara berusia 20bulan..ye aku tau..mmg tggl lagi 4bulan je nak achieve target 2yrs.but still aku terfikir..apalah ada pada angka tu..

lepas tu aku mula sibuk study..totally my focus is to the exam. dan aku sedar,dalam 2weeks time tu aku dah abaikan sara.memang aku dah stop pam susu. but then aku terfikir ape plak sara nak minum kat taska nanti..takkan nak bagi minum susu kotak tu.memang dia suka sgtla, rasa pun manis kan..bila aku dptkan advise dr kakak aku. dia cakap kandungan gula dlm susu tu tinggi. takut nanti rosak gigi sara. dahla sara ni agak susah nk gosok gigi..jenuh kena paksa!nanti tak sempat besar dh ada penyakit diabetesla..macam2 lagila yang akak aku cakap.. so aku pun decide, then takpela try la beli 1 pack fm. aku tak tengok brand lain.aku fikir just as a replacement kpd susu kotak yg sara minum..so aku belikan fm dutch lady perasa coklat. tengok2 dia minum..so susu tu pun aku bekalkan dalam 1 mangkuk kecik je. bila kat rumah sara still menyusu dengan aku.

tapi aku mula rasa ada sesuatu yang tak kena pada production susu aku. bila aku cek, memang susu aku semakin berkurangan. adakah sebab aku tak pam???patutla bila sara menyusu je dengan aku dia selalu marah2..macam tak puas menyusu je. then utk extra, sedikit demi sedikit aku kasi dia minum fm bila dia dah mula memberontak tak puas menyusu. dalam hati ni? Tuhan je tau..husband aku penah tny..'dia tak sedih ke?'..aku taktau nak jwb apa.aku tak tjkkan kesedihan aku. aku pendam dalam hati. aku sedih.sebab aku gagal!!! tapi husband aku macam salah faham. aku pun nak yang terbaik utk sara. tapi apakan daya...aku terkilan sampai ada sekali tu husband aku terlepas cakap..lebih kurang macam ni la..'minum susu lembu jadila anak lembu'..ye, ni bukan dari mulut org lain..dari mulut dia sendiri.bayangkanla..kalau mulut org lain bolehla aku gayang. tapi ni suami sendiri...aku pendamkan je dalam hati

lepas tu sedikit demi sedikit sara dah mula kurang minta susu dari aku. aku pun lama kelamaan sejak susu makin berkurang ni bila sara isap je, aku rasa geli amat.sila jgn slh faham. bukan geli stim tu. tapi geli la..so klu aku dah thn sgt dengan geli tu, tepaksala aku stop bf sara. then terus sara continue minum fm balik.ntahla aku pun hairan. dulu takde pun rasa geli ni. semacam saraf 'geli2' kat situ tak function. tapi skrg ni,asal sara try isap je menggeletik rasa geli kat situ.normal ke eh? tapi aku tertekan jugak. aku nak menyusu sara pun tak selesa...

ye..ada yg komen tny...'kenapa aku stop pam susu?', 'ko tak sedih ke?', 'abis,camne target ko?'...aku diam je. biarlah diorg tak faham apa aku rasa.aku sedih sebab aku gagal. sebab tu dari awal aku dah set aku akan teruskan mencuba setakat yg aku mampu. aku pernah try alternative lain. bagi soy milk kat sara. tapi sara reject jugak.

dan yang paling aku sedih...lately, sara semacam dah renggang dengan aku. taktau mana silapnya..aku terfikir..adakah sebab sara dah kurang breastfeed dengan aku maka dia dah
tak rapat dengan aku..seperti bonding kami selama ni tiba2 terputus direntap satu kuasa lain. aku menangis..tapi menangis dalam hati. aku pernah luahkan kat husband masa family inlaw datang kat rumah baru2 ni.sara pun nampak close dengan diorg..sampaikan tido malam pun dengan diorg. hati aku? aku terasa pedih. belum penah sekali sara tido malam semudah tu dengan aku. nak tido mesti cari aku.tapi ni tak. aku tekilan. adakah tindakan aku silap bila aku bagi fm kat sara. mungkin sesetengah orang anggap perkara ni kecik dan remeh. tapi bagi yg mereka seangkatan dengan aku dulu pasti adaperasaan terkilan sedih walau tak banyak sedikit dalam hati tu.

skrg sara lebih close dengan papa dia. kalau dulu, bila bangun pagi je aku tepaksa menjengket kaki...mandi dalam gelap..nak mandi pun takboleh bising2.sedaya upaya tak nak sara terjaga. nanti dia bangun,dia akan melalak depan pintu bilik air. tapi sekarang, bila sara bangun pagi. dia akan terus pegi melalak depan bilik air di mana papa dia mandi. sampaikan pagi tadi, papa sara solat subuh kat ruang tamu sambil sara baring kat tepi tengok kartun.

aku jeles dengan keakraban diorg. aku teringat drama adamaya. hm..sara dah macam adik amani dalam cite tu. bezanya watak maya tu tak sama dengn akula..aku takde affair dengan org lain eh..cuma aku rasa seperti dah abaikan tanggungjawab aku pada 2 orang tersayang dalam rumah tu.sara pun skrg ni, semua nak papa je buat..kenapa camtu? atau mungkin satu lagi punca..aku garang, papa sara lembut.kalau aku marah, sara mesti nak papa pujuk. aku pujuk tak jalan. kalau papa dia marah, dia lagi merajuk sakan. dah tentu2 bila aku pujuk pun tak jalan, nak papa jugak pujuk...

semalam aku pujuk sara baring sama aku..sambil aku susukan dia. dan rasa geli tu tetap ada, namun sedaya upaya aku tahan sampai tegak bulu roma aku dek menahan kegelian. mulanya bersemangat dia minum lepaskan gian macam dah lama tak makan. tapi tetiba dia lepaskan. dia tengok je b aku.pastu paling kepala tempat lain sambil ketawa. bila suruh sambung, dia menggeleng tak nak. tau apa dia buat? terus dia ambil botol susu atas meja then sambung isap susu tu. bayangkan perasaan aku masa tu? sedih sangat..kenapa sara? susu mama dah tak sesedap dulu ke?susu fm tu sedap dari susu mama ke sayang?? dan aku sekali lagi tak dapat menerima hakikat...

ok cukupla..aku tak larat nak tulis lagi. sebab hati aku sedih. masa tulis entry ni pun air mata dah begenang..tunggu masa je nak meleleh. now aku tau rasanya sedih bila
tanpa kita sedari 'sesuatu' yang berharga tu mula hilang dan menjauh dari kita...aku akur semua datang dari kesilapan aku sendiri. skrg ni aku cuba nak baiki semula perhubungan kami sekeluarga terutama dengan sara.dan aku alu2kan sebarang komen pendapat walau pedas macam mana pun dari korang semua atas kegagalan aku dalam perjuangan ni..sekian.

14 comments:

Nieza Ishak said...

emm mmg sedih lin, macam tue jugak masa nieza stop bf suffiya sbb preggy.

1st nak cakap dulu, susu dutchlady mmg manis dr susu yg lain sbb tue sara suker. Nak2 coklat.

2- sbb tue kalo kita stop pam kat opis, kalo boleh kat rumah pam sekali jugak utk stimulate hormon kita supaya sara dapat susu yang cukup kalau dia bf kat rumah.


takpe la lin, nieza paham sbb nieza dah lalui semua ... sedihhh .. Sara dah boleh berdikari tue sbb dia dah besar.


Alhamdulillah sara dapat susu 20bulan pun dah lama Lin. Syukur banyak banyak. Tak ramai yang dapat susukan smp 20bulan.

Berbangga sebagai seorang ibu Lin ... banyak bezanya 20bulan = 4bulan FM. Sara tetap membesar dengan susu ibu nyaaaaa .... jgn sedih2

eRaY said...

lin, hampir menitik air mate eray bace entry nie.
mmg itulah yang kita takuti, anak akan renggang bile stop bf. tapi itu bukan sbb utama.
bnyk kawan2 eray yg bg fm tp bonding antara anak & ibu still strong.
maybe lin kene teliti satu persatu...insyaallah ada jalan penyelesaian nya.
eray tabik kat lin sbb dh susukan sarah selama 20 bulan...itu adalah satu jangka masa yang hebat okeh.
ermm tp if lin niat nak smbg susukan sara pun x salah...if betul cara kita stimulate insyaallah ada rezeki tuk sarah.
huhuhu eray pun de 15 bulan tuk continue journey susukan rayna.
semua ibu mahukan yang terbaik utk anak kan...lin dh buat yang terbaik :)

Elyn said...

sedih i baca entry u ni lin. i pun dulu stop terus sebab we all laki bini kene infuenva a. so wafiq tak le tido ngan i... sejak dr tu mmg die dh tak heran nk bf. so mmg sedih sgt.... i tak tau nk komen apa lagik... senang ym je la

ApasH said...

mcm tu le kot semua perasaan ibu2 yg menyusu badan bila nk putus susu ngn anak.

Aku pon lebih kurang cam ko. Sbb sibuk + malas aku dh x pump susu. Mmg susu dh makin kurang. Jadinye setahun je la aktiviti pump aku ni.

Tapi setakat ni Qaseh still carik aku bila nk tidur..x tau le 2-3bln lagik. X tau le perasaan aku cane nanti.

Tapi Lin, ko dh try kan. Mungkin ada hikmah di sebalik tu. Minum FM bukan bermakna jadi anak lembu. Jgn sedih2 sgt..anak membesar kan. Mungkin persediaan awal utk Sara nk dapat adik ke..mana tau..

~adeQ~ said...

Jgn la sedih2...sara tu kan anak Lin...darah daging sendiri...mungkin saja nak tukar angin manja2 ngan ayah dia....Syameel berenti bf umur 11 bulan sebab kita kena g keje luar, tapi dia masih manja dan tak boleh berenggang dgn kita sampai ayah dia pun takleh nak peluk2 kita...jadi, berenti bf bukan ler penyebab dia tak akrab dgn kta....mungkin hrtu lin sibuk study then dia tgk ayah dia yang rajin layan dia, tu yang dia tukar angin tuh....jd, jgn sedih2....apa2pun dia tetap perlukan ibu dia jugak....

~adeQ~ said...

satu lagi...tahniah sebab berjaya susukan sara sampai 20 bulan...lama tuh....bertuah sara...so, jgn risau2 k...nanti kedut naik sebab tak senyum...hehehee

mamaEsya said...

lyn, jgn pk sgt2,k....kdg2 if kita pk bende terlampau dalam, kita yg akan tertekan....xpela, da rezeki sara utk bf smpi 20 bulan...okla 2...esya pon skang minum fm kat umah ummi die...tp bl balik die mmg xnk fm...tp ikut kudrat kitala...jgn tensen2....mgkn lin je kot yg rs camtu, sara x....esya pon mmg manje ngan papa die...xpela, ringan sket keje kita...hehe...anyway, lin...le la mulakan projek baru....jgn risau2,k....take care

LynnLyana said...

wei lin kecik.
20 bulan tuh lame ok..alhamdulillah sara dpt susu ko selama itu...
lin, sedangkn anak yg berpisah berpuluh-puluh tahun dgn mak dia pun still terindu-rindu...tercari-cari dan terkenang-kenang mak dia..inikan pula kau yg dah bfkn sara,bela sara..masakkan makanan utk sara,sayang kn sara sgt2 lin..
kasih syg ibu tuh sungguh ajaib...
cube klu ko ilang g kursus ke ..mane2 ke 2-3 hari...gerentiii sara carik ko mcm nk gila punya..

dont worry bebeh!! bg aku..ko bukan saje bf sara, but ko mampu sediakan makan minum sara,mandikan sara,spend masa ngn sara..etc..etc..
tuh dh cukup hebat dah.

Farah said...

alaa jgnla sedey2 k..lin dah berjaya bfkan sara for 20months tau..u shud be proud!!

takpela dah rezeki die sampai sini je..yang penting sara sihat dan ceria.

aku ni pon pam jela selagi ada..pam hari ni utk stok esok..mmg takde stok lebih lansung..tak tau sampai bile leh bertahan ni.

kakyong said...

owhh, sedihnya baca..
aliya tua 1 bulan dr ur Sara.. aliya 18 Julay 2008..

selalunya rasa geli tu jadi bila susu kurang.. cara dia latch tu akan jadi lain..

xper lah, anggap rezeki susu u setakat itu jer.. usah lah pk masa2 yg dah terĂ³verlook itu.. cuma kena sabor lah sikit bila anak mula renggang nih..

cuba2 lah cari ruang masa lain utk rapat dgn anak semula, bukan saat nak BF jer... kakyong masa anak 1st dulu pun penah lalui perasaan mcm ni.. Insya Allah, sara akan 'balik' pada you juga... usah emo sgt..

isabelle said...

lin,
jgn sedih2. i percaya wpun mcm tu..sara akan tetap syg kat u. i sendiri baru nmpk benda mcm ni...
wpun i garang drp mrhubby, tapi baru ni masa kat kelantan tu..i naik kuar, nangis2 adam nak ikut. tapi masa ayah dia kuar, senang je i ajak dia masuk ke rumah.
ikatan tu maybe x nmpk secara fizikal, tapi emotionally mmg wujud.
kalo dah tertulis rezekinya smpi situ, redha je. kan tak baik argue2 lagi. sabar ye

isabelle said...

lin,
jgn sedih2. i percaya wpun mcm tu..sara akan tetap syg kat u. i sendiri baru nmpk benda mcm ni...
wpun i garang drp mrhubby, tapi baru ni masa kat kelantan tu..i naik kuar, nangis2 adam nak ikut. tapi masa ayah dia kuar, senang je i ajak dia masuk ke rumah.
ikatan tu maybe x nmpk secara fizikal, tapi emotionally mmg wujud.
kalo dah tertulis rezekinya smpi situ, redha je. kan tak baik argue2 lagi. sabar ye

lia said...

sara bukan renggang dgn ko... may b itu perasaan ko ajer @ sara nk perhatian yg lebey lg dari ko so dia berlakon jual mahal....

dia da ada emosi jd pujuk la baik2... apa2 pon syabas da 20bulan bf sara...

AshAnas said...

kak lin, jgn la sedih... kak lin dh cuba yg terbaik malah kak lin dah buat yg terbaik, pencapaian 20 bulan tu tak semua org leh dpt... congrats! perjalanan shira masih jauh lagi kak... shira pun tak tahu samada leh achieve target ke tak...
sara tak jauh dgn akak, dia cuma nak alih angin rasa close ngn ayah dia plk...
my lil anas pun lebih manja dgn abah dia wlupun die fully bf.. ape2 sket sume die nk abah die... klu die tanak kt sesape kcuali ummi dia, means dia lapar, nak nenen la tu...
bkn faktor akak stop bf sara dh xclose dgn akak..
jgn sedih2 ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...