Thursday, May 20, 2010

aku terharu...

tadi azza text me..
"Lin, doc ckp bby aku kuning sket. kene byk bg bf kan? harini susu dh kuar lebih sket dr semlm ah"

laju je tangan aku reply sms azza...

"Aah. jaga2. jgn bg anak ko tdo lebih sejam. kejutkan bg dia kerap minum. biasa bb kuning ni diorg pasif, asyik tido je'

nape aku terharu?

1. aku rasa aku tak layak untuk beri nasihat..sebab yes aku hanya berjaya bf sara pn until 20month je..sape la aku ni kan?

2. aku hanya mengenali azza dr blog..kenal secara personally tak pernah? sebab, masa kat campus dulu setakat tegur cmtu je. walhal we all satu seksyen since 1st year (nama we all pangkal 'N' so ditempatkan dalam 1 kelas)...huhu..


tapi..aku rasa happy, at least aku dapat share pengalaman dan tips yg aku sendiri jahil masa mula2 dapat 1st baby. betul..dulu aku zero knowledge bf-thing ni. aku hanya refer internet. aku tak pernah join gathering apa2, BF class pn tak pegi dan kejadah tu semua sebab aku taktau kewujudan menda tu..aku just pegi antenatal kelas je..tu pun jenuh pujuk husband tau..tapi berkat pegi kelas tu, terbukak sikit minda husband aku ni psl BF.

semua knowledge aku refer dari buku ni.

buku yang aku beli sekali dengan pam spectra 3. lepas tu aku takde kawan sebaya yang memang hardcore BF. byk kwn rapat aku semua single mingle lagi....adala x-officemate yg BF gak baby tapi just until 6 month la...aku pernah tny nape tak smbg BF? then tetiba aku ditempelak..oh,soalan sensitif ke?ok2..aku tak berani dh tny lepas tu..so aku diam je..pandai2 sendirila godek internet mencari ilmu..so, semua ilmu di dada ni aku kutip dari kawan2 blogger...sebab tu aku tak boleh hidup tanpa internet..internet ni dah jadi satu kepentingan. kalau tak, ibarat 'katak di bawah tempurung'.

dorongan utk aku BF kan sara pun just dari husband..dan pelawat pertama yg lawat aku di hospital pn cousin husband. tu pn sbb kak yan keja kat hosp putrajaya. dia yang ajar aku 'cara nak pegang baby dan cara latch yg betul'..dan dia gak yg advise..'lin kena cepat susukan sara lepas besalin. jgn biar dia tido je. budak yang demam kuning ni mmg diorg tido je. akak dh ada pengalaman anak sulung akak kuning sbb lambat susukan dia..'

so, ilmu yg aku dpt sedikit tu aku turunkan pada seorang sahabat..azza. dan aku harap semua kawan-kawan dapat ilmu yang mungkin tak seberapa ni. mungkin tips ni berguna utk di masa akan datang..

masa aku lepak study kat library minggu nak exam last month tu, aku terjumpa buku ni..
oh ruginya..kalau aku tau buku ni ada di situ, dh lama aku bertapa kat library tu...macam2 kisah ketabahan ibu2 dalam perjuangan mereka..elok di baca untuk panduan..

pic credit to google...

7 comments:

Elyn said...

ilmu u byk lin. u je tak perasan kot. tp dgn ilmu tu jugak u byk bantu org esp i dulu. igt tak camne terkial2 i nk pum manual hahaha. i miss tul time tu lin!!!

nieda said...

sharing is caringkan..sekurang2 kitadh berusaha untuk beri yg terbaik kt permata hati..dan membantu kawan2 yg memerlukan sokongan

yatie chomeyl said...

mesti best buku tu, nk cari gak la nanti

isabelle said...

wahh..sudah boleh jadi sifu nih....

lin said...

elyn,
aah laaa...u ckp baru i igt.masa tu kita baru je nk rapat2 kan? i pun terkial2 nk perah tangan time tu..tapi dh kena ajar org.nasib baik menjadi ajaran tu.kekeke

nieda,
ye betul..apa ilmu yg ada kena share.jgn kedeks.hehe

yatie,
baca la..tak rugi.mmg seronok dan byk info.

isabelle,
erk..i tak layak la digelar sifu.ramai lagi lebih bekelayakan.

Farah said...

aku pon terharu baca..hehe semoga azza berjaya..ptg ni nak pi lawat die.

Munirah Binti Embong said...

tahniah la dapat gak 20 months.. aku berjaya 16 bulan je bf nuruddin.. sbb dah termengandung dan susu makin merudum.. antara faktor lain aku sambung blaja jadi weekend aku penuh.. frust gak tapi xpe.. aku berazam untuk second baby ni plak.. stok kat freezer dan hampir penuh tu.. sukanya tengok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...