Monday, May 17, 2010

cikgu, sungguh banyak jasamu...

HAPPY TEACHERS' DAY

kepada semua cikgu di seluruh dunia..especially to my brother - cikgu taufek dan cikgu hairul, my sis - cikgu rosfadzilah, my sis in law - cikgu zarina - cikgu farah (future teacher), my niece - cikgu noralina (future teacher), my nephew - cikgu syafiqin (also future teacher), my friend (cikgu nurul alyani, cikgu diyana(x-utm), cikgu rosemay(x-matjiwa)..dan mana2 kawan saya yang berprofesion 'guru' lah. maaf, sya tak tau profesion korang semua..)

this morning, saya dah siapkan teachers day card utk teacher sara...selamat hari guru juga buat mereka. taktau la sara kasi ke tak kat teacher dia. saya sempat pesan kat teacher yang sambut sara kat pintu je...kad ni utk semua teacher taska X. nak kasi semua orang kad tak mampu lah..esok sara da besar sara wat sendiri kad ye.hehehe..ni kecik lagi, mama sponsor 1 kad je cukupla eh..hehehe

tak lupa juga buat semua cikgu-cikgu saya dulu..yang masih saya ingat dan melekat kuat dalam ingatan. tanpa jasa cikgu semua, saya tak mungkin 'menjadi orang' seperti sekarang.
jasa cikgu saya kenang sepanjang hayat saya. terutamanya buat cikgu ahmad yahya (cikgu ni berapa byk generasi dia ngajar..dari zaman kakak saya sampai la anak sedara saya. memang dia kenal rapat la anak cucu tok mat ni. dan saya seronok coz baru2 ni dapat jejak kwn baik saya - wahida merangkap anak cikgu ahmad. alhamdulillah saya tengok gambar dalam facebook wida, cikgu masih sihat segak bergaya.). tak lupa juga buat cikgu yang masih saya ingat namanya..cikgu sekolah rendah saya..iaitu cikgu omar(bm),cikgu mohd khir(bm juga),cikgu fathilah(english), cikgu zuraida(math - my all time fav teacher! terharu sbb cikgu zuraida datang sya kawin.sure dia plg ingat saya sebab after school je sya suka melepak rumah cikgu) dan semua cikgu sekolah rendah banggol jas..

juga buat cikgu di sek men gunung rapat..maaf,nama banyak dh luput dari ingatan tapi wajah kalian saya tetap ingat sampai bila-bila..saya takkan lupa jasa cikgu. kalau tak cikgu yakin dengan kebolehan saya, saya mungkin tak berjaya dalam PMR.

lepas tu buat cikgu matjiwa..paling saya admire cikgu noraini (kalau tak sebab cikgu, saya tak dpt spm A1 kimia), sorang lagi - cikgu nurul (paling banyak bantu saya as personal tutor fizik saya,kalau tak sure fizik saya cukup2 makan je SPM...sebab cikgu kelas saya malas nak ngajar.) juga...buat cikgu bani, sungguhpun cikgu banyak menyakiti hati saya tapi saya ambil kritikan pedas cikgu sebagai cabaran untuk saya berjaya dalam SPM. dan saya berjaya kotakan janji saya. kalau ada umur panjang, harap kita dapat berjumpa lagi..

dan...yang terakhir...'cikgu' @ pensyarah di UTM (ramai sangat nak sebut nama satu persatu..huhu tapi paling saya admire pensyarah subject calculus-nama ismail rasanya..selalu saya menempek kat bilik dia minta cek paper latihan yang sya buat..sebab minat sangat,dpt score A..huhu)...tanpa ilmu yang kalian curahkan, siapalah saya.

haish..panjang pula celoteh hari guru aku..tahla, tetiba rasa syahdu dan semangat. rindu dengan semua cikgu...insyaallah, saya tak pernah lupa. kalau bejumpa walau di pasar sekalipun saya tetap tegur cikgu. even saya tau,cikgu belum tentu ingat dan kenal saya. :D

6 comments:

LynnLyana said...

i love Mr. Ismail Khamis...dia sungguh best!! masuk kelas dia tk penah mengantuk..kekeke

isabelle said...

ooo..u kat matjiwa eh dulu?
ermm..smlm byk pulak sms i dpt drp my students for teachers day. tahun2 sebelum ni, diorg x rasa lecturers are teachers kot.

lia said...

psl sorg cikgu aku, aku jd QS ;p

lin said...

lin - haha...betulla kan nama dia?aku takley lupa lawak dia..'sebut betul2 nama saya..ismail khamis..bukan 'hamis'..hehehe

isabelle - yup..me matjiwa batch '99. u pun matjiwa ke??? hahaha..i tadi masa tulis entry pn terfikir..lecturer i tu cikgu gak..kena gak wt dedikasi utk dorg..hehe

lia - betul tu..tanpa dorg, aku pun takkan jadik SA.

azzamoro said...

ismail khamis lecturer kalkulus adelah my uncle yang bile 1st time dia masuk kelas aku adelah gile terkejut sebab dia yg akan ajar.

hari2 mesti nak cek notes aku eh pastu suruh aku dok depan skali mengadap dia.

p/s masa form4 & form5 mesti kene tusyen add math dgn dia. huhu

lin said...

azza,
hahaha...aku taktau pn en ismail tu uncle ko..ko ckp baru aku igt..betulla tiap kali kelas dia sure ko dok depan sekali dlm kelas. tapi mmg dia bestla..kelas calculus sampai melimpah ruah..punyele ramai org termasuk mereka2 yg repeat..

*jumpa uncle ko tu jgn lupe kirim salam la eh. :D*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...