Tuesday, May 18, 2010

malam pertama

wahahaha...cepat eh klik entry ni bila baca tajuk tu..ape yang korang fikir eh?kekeke

actually, nak cite....malam tadi merupakan malam pertama sara tido berasingan dari aku..since dia baby lagi sampai la dah berumur 21 bulan (semalam,17mei genap umur sara 21bulan eh..), belum pernah sekali kami berpisah tempat tido..even dia tido kat luar sekalipun ngan atok dia aritu, tapi bila husband aku nak masuk tido mesti dia angkat letak sara sebelah aku..
kalau dia tejaga waktu malam pun mesti dia akan cari aku minta air/susu.

sara pulak take over tempat tido papa..



then, memandangkan sara dah pun berusia 21 bulan..so aku mula terfikir, hm bila nak asingkan tempat tido ni?
plus aku kesian kat cik abg..sejak besalin,jarang sangat dia dapat merasa tido sekatil..kat umh lama dulu lain kes la kan..time tu sara kecik lagi..bolehla nk share katil. tapi since sara dh besar, dan dia pn nk beri keselesaan kat kami ber-2 so dia rela tido atas lantai (atas tilam la juga cuma atas lantaila..tak setilam ngan kami)

sila jgn tuduh saya buli anak saya eh...dia yang letak bantal tu atas kepala dia...igtkan dia ngah tgk tv disebalik bantal tu...tapi,

dah selamat belayar ke lalalalaland...

tapi, misi gagal..tgh malam cmtu sara terjaga then mengamuk plak. siap panjat katil naik baring atas badan aku..sesak nafas mama sara..sara bkn baby lagi..huhu...takpela kita cuba lagi seminggu ni cmne kan..so, jadinya our mission this weekend, 'hunting bed for lil princess'...hopefully lepas dia nampak katil yang cun tu lagi semangat dia nak tido sorang tanpa paksaan...

ada satu lagi sebab aku asingkan tempat tido dengan sara ni...insyaAllah kalau dimurahkan rezeki, nak mula 2nd family planning plak..lgpn umur pun bukan makin muda...so sementara masih sihat ni la nak tambah ahli kuarga...doakanla eh supaya perancangan kami ni membuahkan hasil...hehe

maafla ye if cerita 'malam pertama' aku ni tak seperti yang korang harapkan..hahaha

7 comments:

lia said...

da start ek nk asingkan sara tidur?

aku xboleh g la.... da try tp xmenjadi last2 katil kecik dia jd tmpt letak mainan hu3...

isabelle said...

nak kasi saspen lagi next time kena letak gmbr lain utk yg gmbr pertama. sebab kat updates dah nmpk gmbr sara, dah kurang thrill nak klik baca psl mlm pertama. hehehe

lin said...

lia - baru nk mula la tu..nk biasakan dia.huhu..

isabelle - hahaha..i failed la bab nak letak gambar petama tu,mesti tak menjadik je..taktau cmne nk letak gambar..1st gambr upload or 1st gambar dalam entry-i mean susunan from top to down ke?huhu...

Marsha~ said...

laaa.. saspen.. sy pun nak ajar qila tido bilik dia sendiri tapi tak sampai atile... mcm mana ni.. :(

Elyn said...

err wafiq nyer crib bersambung dengan katil we all. itu nama tido asing ke?

even dh letakkan die kat crib, kalau tgh malam die terjaga mesti die duk bawah ketiak i gak lin huhuhu......

tapi die dh paham la itu katil die heheheh....

mummy_adam said...

angan2 nak adam tido asing gak, tp bab mlm2 nak bangun nenen kan dia tu leceh lah.. tido skali jer lah senang..nnt dh stop nenen baru asing tido, aci kan...

lin said...

@marsha,
sya pn baru sekali buat dh failed.taktaula cmne.dia susah nk belekang ngan sya

@elyn,
i nye plan nk wt cmtu la elyn for now.nk asingkan katil tapi still besambg. sian kt apaknya tido atas lantai je.huhu

@ena,
hehe tu la..susah nk nenenkan dia. tu sbb selama ni tido sama2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...