Wednesday, June 30, 2010

V.O.T.E. US!!! (sticky post)

sempena fathers day...mumcentre launch new contest...'best father and child look-alike picture' . so minta kengkawan readers blog ni yang sudi vote la kitorang ye...

go to this LINK and click 'LIKE' to vote us. thanks a lot guys!!!

feeling momantis

dedicate this song special to my hubby..



For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

by ~ maher zain.

demam pulak cik abg sorang tu..sian dia..harap cepat sembuh ye. jangan malas makan ubat. banyakkan berehat.

notes : kalau diikutkan lirik lagu ni, lagu ditujukan utk para isteri..tapi takpela..kali ni wifey plak tujukan utk hubby eh.hehe...

Tuesday, June 29, 2010

dah basi

bila cek draft entry banyak yang aku tulis sekerat pastu tinggal..lepas tu terus lupa nak post..siap ada entry makan angin di terengganu ujg thn lepas..dah 6bulan berlalu masih aku tak post. entry dah karang elok dah..cuma terkurang satu benda....



gambar takde langsung sebab nya AKU SANGAT MALAS nak transfer dari camera.


sungguh aku malas!

so semua cerita tu dah tak up to date, expired. kesimpulannya DAH BASI!

nota : arini pun aku dh taip entry tapi aku bengang hp takley transfer gambar. end up entry tu pun aku save je as draft.

Monday, June 28, 2010

Ayat Al-Quran jadi Petua Kehidupan

takde cerita menarik untuk dibebelkan arini. busy mode..just nak share petua ni utk semua..moga dapat beri panduan untuk kita..dapat dari emel seorang teman. thanks kak nina for sending this to us... :D

1. Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102

2. Anak-anak pandai belajar
Surah Al Anbiyaa' - Ayat 79

3. Anak-anak lembut hati/elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

4. Anak-anak malas sekolah
Surah Toha - ayat 1-5

5. Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

6. Ayat pendinding
Surah At Taubah - Ayat akhir

7. Bagi anak-anak yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum - Ayat 31 - Baca 33x

8. Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah - dibaca & tiup pd air dan renjis keliling rumah

Sesungguhnya AL-QURAN adalah paling mujarab.
Ayat2 Al-Quran untuk diamalkan bagi yang berdepan dengan kesusahan/masalah.

Friday, June 25, 2010

cacamerba suda..

tak ingat ape nak bebel. malam tadi datang idea, tapi arini dah lupa..

minggu yang busy bagi aku. kena start packing barang. esok in law nak datang rumah.
esok juga ada parents meeting kat taska sara. tak sabar melihat progress anak dara tu. apa pulak kerjatangan yang dibuat selama 2bulan yang lalu. yang pasti kalini pergi ber2.

sebabnya? kami ditinggalkan lagi. zeri balik johor lagi pagi ni. esok petang insyaallah baru balik sini. semoga selamat pergi dan kembali ke sisi kami. then, weekend pulak gi wedding cousin husband.

yang pasti, rumah aku dah mula bersepah..dan pasti akan bertambah bersepah by next week..kepala aku pun mula la berserabut. nak kemas pun tak senang. bila tinggal ber2 macam ni, sara jadi anak itik..ke mana aku pegi, ke situ dia akan mengekor. naik lemas jadinya..tapi nak buat camne. dia nak berkawan. layankan aje..sudahnya rumah aku akan terus bersepah dan terus bersepah...

elyn - jangan kata wafiq pun boleh nampak 'something'..rasa aku, sara pun camtu. bezanya dia ni tak takut. sara siap lambai tangan dan cakap 'babai'..camne aku tau? b4 masuk lif pagi tadi, dia membebel sambil lambai tangan dan cakap babai. mata tu pandang pintu rumah jiran. aku ajak masuk lif pun tak nak. bila aku tengok rumah jiran, takde siapa di situ ok! huhu even aku 'seram' tapi aku layankan aja..janji 'the others' tu tak kacau aku sudah!opsss...apsal aku cite benda ni..dahla malam ni tinggal ber2 je...carik pasal la aku ni!

dah²...nak wish korang, happy weekend everyone!

nota : mil aku pesan belikan rempah soto dan beriani. nampaknya dia pun dah jatuh cinta dengan rempah ratus pakcik psr tani gara² aku masakkan daging masak kuzi aritu.hehehe :D

Thursday, June 24, 2010

down to earth

ok..saje nak share satu kisah....

adala satu keluarga ni pegi kenduri kawin ex-schoolmate husband dia. biasala dah pergi kenduri kawan lama mestila jumpa member² lama kan..

borak punye borak..kawan si suami bertanya kat tentang profesion isterinya.

mr x : wife ko keje post x kat mana?

suami : dia bukan post x . dia post y . keje kat xyz.

mr x : oooo (terus diam tak cakap ape dah sebab dia teka isteri kawan dia ni keja biasa ja..rupanya silap!)

suami dan isteri terfikir sejenak, agaknya la kan kenapa kawan tu terus terjah soalan camtu? suami komen, 'ayang vouge sangat kot'. hm..agak pelik, walhal si isteri hanya memakai baju kurung biasa sahaja. setakat pergi kenduri buat ape nak melaram lebih kan..

atau mungkin kawan tu tengok muka dan gaya si isteri ni takde style 'korporat'?
si isteri pulak bergurau dengan suami, 'sure dia rasa abang tak layak berbinikan ayang yang hebat.'

suami menambah, 'bukan ke diorang yang keje post x ni vouge sikit'. erk! ke situ pulak! hahaha..mereka hanya tersenyum sahaja...

komen aku pasal insiden atas tu..hm,mungkin telahan suami tu betul...sebab ape aku cakap cmtu, bos aku pangkat besau tapi pakai keta honda cabuk zaman bila ntah. taktaula kalau bos aku tu kedeks taik idung masin. hehehe...tapi ada yang bak kata orang 'biar papa asal bergaya'..hehehe...sindiri mau ingatla!

kalau aku plak, aku lebih suka yang simple dan lebih kepada 'down to earth'..tapi biarlah kena pada tempat gakla kan..tak perlu menunjuk kalau ada terlebih dan terkurang tang mana tu. aku tak kisah kalau orang kata aku 'ala makcik kampung' sekalipun. tapi isinya, hanya mereka² yang tahu..

pengajaran : don't judge the book by its cover.


credits to google..

tengok megan fox, simple je dressing dia..tak semestinya vouge sentiasa...asalkan muka tu tak sememeh cam orang tak mandi sebulan dahla eh.hehehe

p/s - bak kata orang, jangan di sangka apek cina berseluar pendek tu miskin. silap besarla.. silap hb dalam kocek tu bekepuk duit. jangan pulak disangka mereka yang selekeh tu 'ada-ada' aja, 'ada-ada' mereka tu pun tapi otak diorang genius tau! hehehe..

Wednesday, June 23, 2010

notice any different?



bukan muka sara yang monyok tu

dia buat muka lagu tu pasai ngantuk nak tidoq

tak sampai berapa saat lepas snap photo atas tu

dia terus zzzzzZZZZZZ...

ok aku zoom sikit

tengok pulak gambar ni

notice any different between my left eye and right eye? ok jgn plak kata mata aku nampak juling...haha tu nampak sebelah ke lain pasainya mata aku tengok kat flash.hahaha..bukan pandang terus ke depan..

ye betul

mataku kelihatan SEBELAH BESAR, SEBELAH KECIK

hasil pemakaian freshlook illuminate

best..

perasan kejap macam awek jepun bermata bulat yang besar..cam anime jepun pun ye gak! sila muntah ijau sekarang!

komen aku :

tak rasa macam pakai lense..terlalu nipis. tak terasa 'something in my eyes', sangat comfortable. the most important part, MAKE MY EYES LOOK BIGGER!!!! even aku pakai for almost 8hours tapi mata tak terasa pedih...dan yang pasti mata aku tak kering dan merah pun! lense pun tak blur...kalau pakai lense lain tu mesti kena pakai blink and clean ni. tapi dengan freshlook illuminate ni, semua masalah² tu tak ada! pada yang baru nak mencuba, try this product. You'll Never Be Disappointed!

oh..aku tak beli pun lense ni..dapat free sample dari freshlook.

tq to elyn sebab hebohkan pasal giveaway tuh.hehe

Tuesday, June 22, 2010

where to start?

pagi semua!!!! camne weekend korang? oh, aku baru je naik keja arini. semalam bercuti di kampung in law. sempatla mandi-manda di air terjun gunung ledang..gambar? takde la pulak skrg..dah melambak gamba dalam camera tapi asyik lupa nak transfer yang sebenarnya malas.

insyaallah, kami akan pindah lagi..dan sekarang, aku pening kepala. taktau nak mula packing dari mana. mood pun tarak. membayangkan penatnya nanti nak mengemas barang,cuci rumah... tapi memikirkan next month ada ganjaran yang menanti, so aku cuba gigihkan jugak..apa ganjarannya? tunggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!! cuma harapan aku, cuti aku lulus! kena bagi hint kat bos ni.huhu

dah baca ke kisah pesanan makyong? tq pada yang sudi komen+share pengalaman korang. harap² pasni bersamalah kita bersungguh² dalam menjalani proses pantang tu ye.hehehe

oklah..chow bedah! nak continue kerja yang tergendala last week tuh. :D


Friday, June 18, 2010

Pesanan Makyong (Isteri² dan Ibu² WAJIB BACA!)



Pagi semua!!!!

Seperti dijanjikan. ni nak share cerita hasil pertemuan dengan makyong gara² aku sakit perut. maafla klu ayat tunggang langgang. aku ni failed nak wat ayat best.

aritu aku berurut 3ari berturut². kes peranakan aku turunlah kan. lepas dia urut memang dapat rasa perbezaan kat badan ni. ringan je rasa. nak bejalan pun dah tak sakit kat peranakan tu. so 1st day visit aku dah cukup puas ati. 2nd and 3rd day takyah cakapla..memang mantaplah. even agak sakit esp part dia urut tang urat dekat tulang belikat aku ni...dia cakap dah masuk angin. rugi aku tak datang awal. tau kenapa? balik je rumah sara tetiba nak nenen. bila aku kasik je isap..'eh ada susu lagi'..agaknya makyong urut tadi tu perjalanan darah semua dah normal..susu pun lancar je keluar. cuma sara ni suka isap main²..so rangsangan aritu tak cukup...susu keluar sikit je la.

balik je ngurut tu sok nya memang asyik aku kentut je la dekat 7-8kali macam aku cerita dalam entry ni. lega sangat bila banyak angin keluar..kepala pun tak berat dah. nak wat keja pun smooth je rasa..fikiran pun tenang.

masa makyong mengurut tu takkan aku dok diam plak kan. so macam² la aku tanya kat makyong. lagipun aku takde orang tua nak merujuk hal² pempuan ni. nak tny mil, segan. so amikla kesempatan bertanya terus dengan dia. sambil tu makyong tny aku.aku ada amik ubat tak? (read - ubat tu mksud dia jamu atau pil untuk kaum pempuan ni) aku cakapla aku makan BD tapi tak konsisten. asyik lupa je langsung tak makan. pastu dia bebel jugala. dia suruh aku makan. lepas tu pesannya lagi, 'badan kita ni nak pakai lama. elok berurut sebulan-2bulan sekali'. market baik punya..takpe, aku try la maintain utk datang berurut atleast 2bln sekali..janji cik abg tak bising ok.hehehe

kalau nak tau, makyong ni amalkan minum air ibu kunyit. elyn penah gak cite kat aku psl air tu. tapi aku segan nak request kat makyong untuk buatkan..isk, ruginya aku! tapi takpe, makyong ada ajar camne nak buat. elok diminum lepas abis period atau dalam pantang. tujuannya untuk mengecutkan peranakan dan urat² yang kembang. kalau kita perasan, lepas besalin kan perut cam belon. so camtu gakla rupa urat² kat badan kita ni lepas besalin..camne tak kembang, masa preggy urat kita ni turut sama mengembang seiring dengan perut kita..hahahaha..camtula kata makyong.

ni aku share cara nak buat air ibu kunyit mengikut penjelasan makyong:

bahan²:
5-6biji kunyit hidup. lagi banyak lagi bagus.
1biji garam kasar. cari yang ketul besar sikit.

cara²:
1. tumbuk lumat kunyit bersama garam. jangan campur air!
2. bila kunyit tu dh lumat, akan keluarkan air.
3. tapis kunyit yang dh lumat dengan penapis.
4. ambil air kunyit tu dan minum

ok, aku pun tak try lagi. aku tunggu lepas aku period nanti. boleh aku try buat. cara makyong ajar ni lebih kurang macam mil aku ajar. tapi makyong ni wat style perak. kakak aku kata memang arwah mak aku pun wat camni. klu mil aku punya style ,kunyit tu dicampur dengan air asam jawa. tapi, itu pun aku tak pernah try.hehehe..

then aku tanya lagi kat makyong, camne nak tau peranakan dah kecut sepenuhnya? sebab ape aku tanya..sebab perut aku buncit. aku sendiri was²..aku nye peranakan dah kecut elok ke..atau yg buncitnya perut aku? makyong cakap kalau dari luaran boleh nampak. kalau perut tu buncit macam orang mengandung 2bulan so itu memang tak kecut elokla tu peranakannya. aku telan air liur..now i get it!

aku tanyala punca tak kecut tu kenapa? jawapan makyong, 'cara berpantang salah!'. ok..i admit. then dia bagitau, kalau makan tu makan makanan kering je. dalam 2 minggu camtu baru boleh berkuah. tapi, janganla pulak ko pegi hirup sup atau kuah tu bermangkuk². hanya sekadar amik kuah utk basahkan nasi je. hm...masa aku stay dengan akak aku kt kampung, akak aku memang masak kering je lah....lepas dok ngan mil aku, ari² mil aku masak singgang ikan-->fav aku pulak tu. dan aku memang tak boleh makan kering² rasa nak tercekik! mil aku pun tak tegur. sekarang aku taula punca dari mana...kalau ada yang tegur, mungkin aku takkan makan sesedap rasa je kan..huhu..now nyesal pun tak guna dah! pastu, kena bertungku, bertangas, pakai barut dan berparam....ok antara 4 benda tu aku tak buat 1 je bertangas. bertungku tu aku memang buat. cuma aku tengok org johor ni, diorg tak bertungku. sebab mil aku cakap dia pun tak bertungku..

but still..entah mana punca, perut aku ke peranakan aku tak turun² pun..cam org beranak 2bulan. sampai ada kwn tegur..'eh lin ko peknen dah brp bulan ?' siot la..time tu sara baru je umur 6bulan. kecik ati! so mesti cara berpantang aku salah! then takkan aku nak start pantang balik? hm.....memandangkan aku pk aku nak preggy balik so aku rasa cam buang karan je kan nak mula balik..

so aku berazam utk 2nd baby esok aku nak pantang betul². sedey ar jugak. org lain maybe ada sesape yang boleh tlg time pantang. tapi aku ni..hm..harap zeri je la kot. ye aku tau, ada kakak. tapi dia pun ada anak² nk dijaga..masa aku pantang dulu, itupun mil aku bising. sbb dia tengok dalam pantang pun aku jalan laju pastu kejap bangun gi sana sini., tak reti duduk diam.aku nk cakap camne..abistu takkan aku nak baring je. nk arap sape lagi wat keja kat umah tu., lainla org yg ada mak ke penjaga ke.bolehla jadi permaisuri..terbaring je. semua org lain buatkan., semua tersedia depan mata..aku ni nak harap sape? sara berak malam pun aku mesti bangun cuci. takdela nk suruh org lain. masa aku balik kl kejap sementara nk balik johor tu aku duduk kt kl seminggu. sara tu lom lepas pantang lagi..aku yang bangun mandikan dia..pas dia tido, baru aku boleh mandi. bakar tungku sendirik. masak makanan pun sendiri. abis zeri keja shift. timing tu susah nk adjust. nasib baik dia tolong basuh baju. itu pun dh kira bagusla.. emo jap aku tau! tapi alhamdulillah, aku mampu bertahan...lagipun bukan aku sorg takde mak. ada juga yang langsung sebatang kara di dunia ni kan..masih boleh berdikari. ok ni ayat pujuk diri sendiri.

okla dh melencong jauh. then makyong kasitau lagik. time pantang janganla minum air ikut suka. minum kerap but sikit².. seteguk sekali. jangan sekali minum segelas abis..huhu..alamak aku dulu camtula..memang minum air tak selalu. tapi sekali minum segelas tu abis.akak aku pun tak cakap ape..lelagi aku BF kan sara..cepat dahaga, nak elakkan dehydrate. so tang ni aku cam agak kurang puas ati. camne aku nak bf anak aku nanti dah klu minum air pun kena sukat kan..hm..takpela aku tryla follow pesanan makyong. tapi tang makanan tu mmg aku ikut gakla. org tua kata jangan makan bertambah. ambik sekali je pastu cukup. jangan bertambah²..tapi ada masa aku langgar gak especially klu terkena lauk aritu sedap.kakakakaka..see aku cakap, aku ni pantang tak ikut sangat. main ikut sedap anak tekak je. now nyesal!

haa..kebetulan eliss ngan elyn tny psl minum air. so aku arap penjelasan tadi tu membantu korang..ye aku pn fikir camtu. tak jejaskan susu ke kalau minum air sikit² kan. aku tak berani jamin. sebab aku dulu pun dah langgar pantang!!! tunggu next baby lah aku kasik testimonial eh.hehehe

korang pun tau..kita ni perempuan, nak lagi yang dah kawin pastu beranak pinak, kenalah pandai jaga badan kan..tu sebab aku berazam..utk berpantang semula adalah mustahil. so now aku cuba nak improve mana yang aku mampu. pasal tu tetiba aku berazam baru pulak.kekekeke..takpela even aku wt sit-up je pun. tapi harap berkat kegigihan aku tu dapat kasik perut aku tak se'bunc' sekarang ok. ye aku ngakula perut aku 'bunc' even korang tgk aku masih maintain kecik cam dulu (yang pernah jumpa dan kenal aku la.hehehe)

lelain pesanan makyong tu macam biasalah..elak makanan sejuk dan angin. nanti kang ada yang menggigil cam kura²..tak pun kang jadik angin meroyan. dan paling penting, janganla korang ingat 'ala..takde pape pun pantang ni. aku makan ni takde pape pon.' ye betul..sekarang tak nampak. sok dah tua..ala takyah tunggu bongkok tiga..takut lom masuk angka 40 dah mula sakit² badan..so sebelum benda tu jadik kenala beringat. cakap orang tua jangan dilawan ok. wah kemain aku membebel..aku sendiri dh 'teeeerrrr'langgar pantang!

haa ni nk ckp sikit..taula kita ni moden bebenar. tapi bawak²la bersabar..janganla ngah pantang tu ko ajak laki ukur shopping complex. ni bukan cerita dr makyong. tapi aku sendiri penah jumpa depan mata kepala. haish..sian baby. badan awak pun lemah lagi kan. pantangla bebetul..duduk je la kat rumah. nak beli barang suruhla sesape belikan. aku dulu nak jejak tanah, hatta duduk depan beranda rumah time hujan pun akak aku tegah ok! diorg tegur tu bersebab. janganla melawan. eceh sekali lagi aku membebel.

ok bebalik pada cite makyong. korang tau ape tu 'tombong'??? bahasa mudah..penah dengor 'batu merian'???? haaa...ni nak cite sikit. itu sebabnya kita ni disarankan BERPANTANG BETUL²...kalau tombong/batu merian tu tekeluor haa naya ko cik senah! aku dengor cite makyong pun dah ngilu²... ok ni ala 18SX sikit. tombong tu duduknya kat peranakan kita, benda tu katanya rupa cam umbut kelapa tu. aku tak penah plak perasan rupa umbut kelapa. sape penah tgk haa bolehla imagine. (korang google je keyword 'tombong peranakan terkeluar ' kat google image..sure jumpa! takpun malas sgt nk google nah pi kat link ni.)

perkara ni memang terjadi. sebab tu kalau korang alami peranakan tu turun, cecepatler gi jumpa tukang urut. boleh dia tolong naikkan. kalau lelama dibiarkan, sekali menda tu terjuih keluar dari 'tut' takde maknanya dia nak masuk balik. ada makyong cite sampai ke lutut menda alah tu keluor! <--aku taktaula klu makyong reka cerita ke ape kan..tapi menda ni mmg betul jadi pada kaum wanita. makyong kata penyakit yang ditakuti oleh wanita lah..huhu..


kalau terjadi menda tuh, time tu korang nak besama dengan cik abang pun, cik abang kata 'babai'. ikut kata makyong, dah takde rasa nikmatnya. sakit lagi ada! erk..risau aku dengor! itu sebab kita ni DILARANG ANGKAT BARANG BERAT! haaa....pasni nak wat keje berat ke ape ke, semua suruh laki memasing. encik suami sekalian jangan plak nk mendera isteri tu. tolongla wat ape yang patut. ha ni aku pesan sama kat cik abg aku gak.huhu..

lagi satu punca menda ni ley jadik mengikut kata mak bidan yang urut aku kat kampung time aku pantang dulu, CARA BERTUNGKU YANG SALAH pun boleh jadik punca. sebab tu nak bertungku bukan boleh main hentam je! just letak batu tungku tu kat tepi² keliling peranakan atas ari² tu jek.jangan sesekali korang letak betul² tengah² pernakan..haa mau tenggelam batu merian tu..pastu tejuih keluor cam dalam gambar kat link atas tadi tuh...sesilap hb boleh jadik angin meroyan. <--aku bukan reka cerita. tapi ini yang diterangkan oleh maklong nab (bidan kat kampung aku).

haa...buat masa ni,itu je la yang aku nak cite..ikut ati banyak menda nak story lagik. tapi lain masa la kot. ini pun rasa dah bejela..berhari² aku tulis entry ni.minggu ni busyla sikit. tu sbb entry aku pun pendek² jek. harap ape yang aku bebelkan dalam entry ni tu korang ingat ler dan semat dalam kepala tu..ingat ye puan², jaga ye badan tu...time pantang, pantang bebetul..jangan main ikut 'dan' ja bak kata orang utagha! hahaha..

ok, chow bedah!

Thursday, June 17, 2010

this 31st july..

semalam dapat surat dari taska sara. 31hb ni sports day. kena beli baju sukan..haha nak tegelak pun ada. comey jek rasa..

teacher : kak, dalam beg ada surat tempah baju sukan.

aku : baju sukan? o..sports day eh?

teacher : aah

aku : sara, sukan apa sara nak masuk ni? <--aku tanya kat sara. tapi sara membebel cakap ape tah..

teacher : bawak bola dalam sudu kot.

kitorang sesame gelak besar. tak sabar plak tengok sara terkedek² masa ari sukan nanti.
da besar pun anak aku eh...hmmm...

nota : suppose this month ada parents meeting. tapi semalam bila tanya teacher dia, dia pun tak tahu.hm..takpela tunggu la.mungkin ujung bulan ni dpt surat kot.

SMS PRACTICE IN MALAYSIA (mintak tolong kawan²)

u all, nak minta tlg la kejap..kalau ada masa tu tolong jawab survey ni bg pihak abg aku eh.

SMS PRACTICE IN MALAYSIA

thanks a lot!

Wednesday, June 16, 2010

Amalan berpantang lepas bersalin (Ingat balik!)

sebelum aku share pengalaman pertemuan aku dengan makyong, aku nak korang baca balik artikel ni..refresh balik ingatan korang..ada tak yang terlanggar pantang atau sesaje je langgar pantang? kalau saje langgar tu, memang saje cari pasal la tu..kekeke..


Secara asasnya proses berpantang ialah minum air akar kayu, berpilis, berparam, berbengkung, bertungku dan bertangas. Proses berpantang amat bagus dilakukan bagi memulihkan kesihatan tubuh ibu seperti sedia kala. Namun bantuan ahli keluarga terutamanya suami amat penting sekali supaya proses berpantang boleh dilakukan dengan lancar, maklumlah dengan adanya kehadiran anak kecil.

Terbaik, penjagaan diri dimulakan sebaik sahaja melahirkan anak pertama. Wanita yang tidak menjaga rapi tubuhnya selepas bersalin, diri sendiri juga yang rugi. Terutamanya semasa tempoh berpantang 44 hari kalau boleh elakkan keluar rumah seperti menonton wayang, membeli belah dan membuat perjalanan jauh. Kesannya hanya akan ketara selepas beberapa tahun seperti badan bisa-bisa, lesu, perut selalu masuk angain, mudah lenguh, muka pucat, peranakan longgar, cepat berair dan berbau busuk ketika bersenggama, penglihatan terjejas dan paling teruk peranakan terkeluar dari tempatnya (tombong).

Suami pula perlu bertolak ansur untuk memastikan kesihatan dalaman ibu benar-benar pulih sebelum mencampuri isteri. Walaupun berhak bersama selepas nifas, bagi saya tetap bahaya kerana rahim dan peranakan isteri masih dalam proses penyembuhan. Walaupun dari segi fizikal kelihatan sihat, luka di dalam mengambil masa untuk benar-benar sembuh.

Senarai amalan berpantang

1. Jangan banyak minum, cuma tiga teguk sekali minum dan hanyalah air panas. Terlalu banyak minum air menyebabkan peranakan lambat bercantum rapat.

2. Jikalau makan nasi, ambillah sekepal yang masih panas.

3. Amalkan minum air rebusan akar kayu, air rebusan halia dengan lada hitam, jamu bersalin; dan asah, tumbuk atau rebus biji manjakani dan diminum airnya. Biji manjakani bagus untuk mencegah lelehan faraj sewaktu kehamilan akan datang.

4. Dilarang keras minum minuman berais dan kacang soya.

5. Elakkan makan jambu batu, kekacang, nanas, sesetengah tumbuhan menjalar, nangka, labu, dan nasi sejuk kerana ia menyejukkan badan. Jambu batu selalu dikaitkan dengan Vitamin C iaitu bersifat sejuk. Lagipun makanan ini menyebabkan peranakan berair terlalu banyak semasa bersama suami.

6. Elakkan makanan yang gatal seperti makanan laut, telur, dan ayam daging kerana khuatir luka dalaman bernanah.

7. Pemakanan yang digalakkan termasuk lada hitam, halia, sup, kunyit, dan ikan yang boleh menghangat dan memberi tenaga.


Amalan Dalam Hari

1. Kaki tidak boleh dibuka luas dikhuatiri peranakan longgar. Duduk bersimpuh sememangnya mengetatkan otot faraj dalam jangka masa panjang untuk mewujudkan hubungan suami isteri yang lebih bermakna.

2. Sewaktu berbaring, jangan mengalihkan badan ke kiri dan kanan sesuka hati. Untuk menjaga rahim tetap pada kedudukan, tidur terlentang dengan disendal bantal di kiri dan kanan.

3. Ibu dalam hari mudah masuk angin, jadi perlu pakai baju lengan panjang, rambut diikat tegang (bunjut), berstokin ketat, jangan mandi basah kepala manakala lubang telinga disumbat bawang putih. Ibu jari kaki dilumur kunyit hidup. Amalan ini mengelakkan gila meroyan.

4. Jangan abaikan pemakaian coli sewaktu berpantang kerana dikhuatiri payudara yang bengkak dengan susu akan kendur dan jatuh. Tips mudah, gunakan nursing bra.

5. Sapukan campuran kapur sirih dan perahan limau nipis pada perut. Kemudian, ikat ketat barut/bengkung panjang dari bawah payudara meliputi bawah punggung hingga pangkal paha. Bengkung dipakai selama 44 hari. Ramuan berfungsi untuk mengecutkan rahim, manakala bengkung mengempiskan kulit perut dan mengelakkan punggung melendur.

6. Dua minggu pertama elakkan mencangkung sewaktu membuang air dikhuatiri peranakan lenjan dan mudah terkeluar. Sebaiknya guna tandas duduk dan kaki dibuka sederhana luas.

7. Elakkan bergerak cergas ke sana ke mari dan elakkan mengangkat benda berat kerana boleh membentankan peranakan.

8. Air mandian yang baik biarlah air suam yang dicampur serai wangi, daun pandan, daun seringan, daun jambu batu, daun pisang batu, dan daun lengkuas.

9. Selepas mandi sapukan pilis, iaitu memupuk kunyit di dahi dan pakailah bengkung.

10. Amalkan bertungku dengan tungku panas yang dibalut daun mengkudu. Bertungku memudahkan urutan sengkak dilakukan agar rahim mudah kembali pada tempat asal dan mengurangkan rasa sakit ketika urutan.

11. Amalan berurut seluruh badan dilakukan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut. Sebaiknya dilakukan selepas mandi dan bertungku.

12. Rebus bahan tangas seperti asam gelugur, garam jantan, daun sirih, daun inai, halia dan manjakani hingga mendidih. Angkat dan letakkan di bawah kaki agar asap panas naik ke vagina kira-kira 20 minit. Amalan ini boleh juga dibuat seperti sauna. Air yang telah sejuk boleh dibuat pencuci vagina. Amalan ini berfungsi untuk menyembuhkan luka dan jahitan, mengetatkan alat sulit, mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang.

source : carian melalui google.com

azam baru!

ape kes tetengah tahun nak ada azam baru ni?hahahaha....jangan gelakkan aku eh.

starting semalam aku wat sit-up setiap malam. malam petama wat 20x. itu pun dh mengah woiii!!! malam ke-2 yakni malam tadi 30kali. penat jugak tapi still ada kudrat dari 1st day. malam ni try plak naikkan 40kali ok. maximum nak buat 50kali sehari. hahaha semangat betul!

tapi aku nak request kat zeri beli benda ni lah..sekarang ni cara aku, kaki tu aku selit bawah katil. nasib baik katil lowered. so lepasla kaki aku masuk dalam tu..tu yang laju jek wat sit up.

then benda ke-2 kena beli exercise mat. sakit oo tulang montot ni kena lantai bila lelama wat sit-up..takkan nak wt atas tilam kot.kahkahkah...bukan sit-up namanya tu..kang ada yang sit-idor terus!

payah sangat aku pakai je la alphabet foam sara tu.kakaka..baru multipurpose namanya!

kahkahkah..itu je ke azam ko lin? haa jangan gelak. dah aku kata tadi. bersemangat. semua gara² pas jumpa makyong. sape makyong tu? kan aku ada cite aku gi berurut last week. kes peranakan aku turun. haa ni nanti aku tulis testi dan serba sedikit ilmu yang aku dapat dari makyong ok.

stay tune people!

Monday, June 14, 2010

PANGGILAN HANGIT!!!!!!!!!!!

ni bukan nk story pasal panggilan hangit Hot FM tu..ni nak cite psl panggilan hangit yg terkena kat aku. menci tau! masuk kali ni 2x aku diperKOTAK-KATIKkan.

panggilan #1
ni masa aku tengah demam exam..dah la paler serabut menyiapkan assigment. sampai aku demam² ler..kalah belaja kat u dulu. aritu plak last day anto assigmt. tinggal sikitla lagi nak touch up. then tetiba dapat call..no..03-8XXX XXXX

officer : Asalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Puan Noorazlin?

aku : ye..saya azlin bercakap.

officer : Saya memanggil dari unit bla bla bla. Puan, puan tak nak hantar assigment ke? sebab hari ni hari terakhir submit.

aku : Ye..saya nak anta. Saya datang petang ni.

officer : boleh tak puan anta sebelum pukul 12tghri. kami ada sambutan bla bla bla..kami tutup office. <-- ok kt sini aku dh mula rasa syak. opis kerajaan mana boleh sesukati tutup camtu without notice. tapi aku tetap blur..mana tak blur, aku tgh hadap assigment dpn pc.

aku : oh yeke. ok² saya datang sebelum pukul 12.

officer : ada tak lagi kawan² yang belum hantar assigment? kalau ada, tolong sampaikan pada mereka ye.

aku : oh ada..puan anis bla bla bla..nanti saya sampaikan kat diorg.

officer :woi..orangla..kahkahkahkah <-- kurang asam. dia boleh bantai gelak.

aku : encik..kenapa encik ketawa? <-- bengong kan?aku masih lagi blur..aku dhla panik.. pastu agak tekujat dengar officer tu ketawa tetiba camtu.

officer : woi..orangla..apala orang pun dia tak kenal...

aku : warrrghhhh!!!!!!!! &*^%$#@!

mana taknya..officer tadi tu laki aku sendiri! camne aku takley cam suara laki sendirik! geram aku tau! menci3x!!!!! camne aku tak anggap panggilan tu betul sebab bos aku penah lewat anto assigmnt and mmg org dr jbtn tu call tny bila dia nk anta..so aku igt aku pn kena cam bos aku la..sekali..acik tertipu!!!

panggilan #2
baru je berlaku setengah jam yang lalu..masih goreng pisang panas lagik!

officer : Asalamualaikum puan. boleh bercakap dengan puan noorazlin.

aku : saya bercakap.

officer : saya buat panggilan daripada bahagian XXXX. saya nak tanya berkenaan dengan aduan kerosakan di rumah puan. yang buat aduan tu suami puan ye?

aku : ok. kenapa ye dengan aduan tu?aah..memang dia yang buat.

officer : aduan yang dibuat suami puan ni dah sampai ke pihak atasan ni...susah ni..

aku dh mula cuak..aku nak kena tindakan pape ke psl aduan tu???? oo jangan carik pasal...

aku : takdela..aritu kami dh komplen banyak kali. ada la sekali org maintenance datang buat itu ini..bla bla bla..tapi masih lagi rosak. dan bocor.

officer : so skrg ni masih bocor ke?

aku : aritu hsbnd saya cakap ada sikit lagi menitik.

officer : ok.takpela saya nak followup itu je. terima kasih.

aku : sama²

tak sampai 1minit..husband aku call hp.
zeri : ada dapat call dari mana² tak?

aku : aah..ada tadi. org bahagaian tu call..pasal aduan dia buat tu la.dh sampai org atas.hish...nk slhkan kita la tu.

zeri : hahahahhahahaha < - laaa pesal plak gelak orang tua ni?????

zeri : suara org macho eh..sampai dia takley cam.

aku : argggggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!terkena lagik makcik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dah..aku fedup! balik karang ada yang kena tido luar!!!! cukuplah 2x aku diperKOTAK-KATIKkan tau. bukan sekali! DUA (2) KALI!!!! roomate aku sakan bantai gelak 'camnela hang ni lin, suara laki sendiri pun tak boleh cam....kihkihkih...'.gelak..gelakla korang!!! korang pun sama ye sedap gelakkan aku...kalau korg terkena baru korg tau! now, baru aku tau apa perasaan orang yang terkena PANGGILAN HANGIT!

'AKU TERKENA PANGGILAN HANGITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'

Friday, June 11, 2010

perkara yang aku takuti selamani..akhirnya...

tadi nenek sara call..
dia nak minta bawak sara balik kampung for 2days..
dia minta permission dari aku..
aku?????
hm...susah nk ckp...
kalau aku berkursus lain cerita...
ni aku tak kursus pun..
dia dh tny zeri..
zeri cakap tanya aku..
aku plak cakap 'nanti kami bincang'..
hm...ni yg aku risau selama ni..
bilamana sara dah kurang bf dengan aku...
sure mil request sara...
masa dalam pantang lagi dah sebut², esok maknya preggy duduk dengan nenek..
erk..aku????
aku dah expect dah menda² camni...

tahla..tny member, waa klu aku berbesar hati..
hm..takpela, itu dia..
aku?
tahla..tak suka.
unless emergency contoh aku berkursus.
then no choice, aku boleh serahkan
tapi ni...
just suka²
isk..tahla..bebelah hati.
camne eh?

sure org kata..alah kasik je la..2ari je pn. bukan lama..hm jwpn aku, itu korang. aku tak boleh bepisah. even ada masa aku stress sbb sara suka wt perangai+moody+sepah rumah..
tapi bila dia takde rasa satu kekurangan.
ada org sure suka..wa time ni la nk bejimba dengan laki. hm...tahla..aku rasa cm lepas tanggungjwb as 'mak' bila serah anak bwh jagaan org lain tanpa alasan yg kukuh.

rempit jom!

agak teruja pertama kali nak merempit
litar lumba di porch umah mak teh nya..

tapi sebelum tu...dont forget wear your helmet!


untuk keselamatan!












ready!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

abang sempat wat peace lagi..



























go!!!!!!











































cet! takat naik ni takyah ar berhelmet sara oi..kekekeke
keta pun dah uzur...turun temurun berapa generasi tah..stereng pun da ilang..
tapi, sara layankan aje.

nota : badan ringan seperti terawang²..angin pus² keluar menderu² seperti peluru berpandu..bunyi kuat umpama bom atom. tipu la bunyi kuat cmtu sekali.kekeke....pagi ni je dekat 7-8x..kekeke..sungguh best rasa badan ni..petang ni dan esok pagi kena pegi lagi..nanti aku tulis testi ye....

Thursday, June 10, 2010

sakit perut

petang semalam sara melompat atas perut aku. dah memang jadi habit dia suka buat camtu. pastu malamnya pulak masa aku ngah ngadap lappy, dia duduk atas belakang aku (betul² kat bahagian perut tu) dan dia main lompat² dalam keadaan duduk kat pinggang aku plak(dapat bayangkan tak camne?)....menjerit la aku sakit sangat.

akibatnya, bangun pagi ni rasa senak kat pinggang dan perut belah kanan. nak berjalan pun sakit.. pijak je lantai, rasa senak kat situ..unless kalau aku angkat sikit bahagian rahim tu ilang sikit rasa sakit tu.

aku syak rahim ku jatuh. sampai sekarang masih sakit berdenyut². bila ngadu kat zeri, dia wat lawak. dia kata aku jatuh katil tido malam tadi. banyakla jatuh...

teringat makyong urut yang elyn rekemen aritu. terus booking mengurut. petang ni nak kena pegi gak. tak tahan, sakit sangat....harap takde pape lah...dah lama tak berurut ni. lagipun dah lama nak pegi berurut pun tapi ada je halangannya..

ikutkan hati nak je aku mc. tapi malas pulak nak hadap doc. nanti kata aku nak ngulor plak.

:source image from google.


kenangan lama adakalanya menyakitkan..

kalau bercerita tentang kenangan lama, memang takkan pernah habis..jika nak dibukukan pun, akan mengambil masa seluruh kehidupan kita (pesal ayat aku skema amat ni dol?). tapi itula hakikatnya..mungkin pada kita, kenangan lama tu manis untuk dikenang. tapi ada juga yang boley watkan hati kita terguris....

2 ari yang lepas, kan aku sekali lagi dapat menjejak teman² lama..especially teman sepermainan+sekampung. alhamdulillah, masing² berjaya dalam kehidupan mereka. aku tumpang gembira. teman yg dulu diam² rupanya berisi. lagi hebat dapat mengalahkan kwn yg dulu selalu top 3 scorer dalam kelas.

tapi dunia ni ibarat roda. tak semestinya kita di atas..adakala kita terlalai. dan masa terlalai tu, kalau dah terlambat, nak menyesal pun dah tak berguna lagi..

aku pula rajin selak album lama. aku masih simpan gambar² masa sekolah dulu. sebab itu adalah 'my treasure yg tak ternilai...bila aku upload gamba tu kat fb..menderu kwn² lama komen..memasing mengungkit kisah lama...yang manislah kan..

tapi..seorang teman meninggalkan komen yang menyentuh hati aku pada salah satu gambar lama..
"hu..hu.. Tahniah kwn2 suma yg b'jya.. Sedih tgk gmbr ni.. Andai dpt kuundur msa..."

dan aku amat kenal teman aku sorang ni. masa sekolah dulu, dia lah top scorer. harapan cikgu. aku quite close dengan dia. kalau aku tak faham dalam study, aku akan refer dia. dia pun tak lokek mengajar aku. then aku dapat tau dia sambg belajar di SERATAS. sekolah idaman aku. aku frust sebab tak dapat ke sekolah tu..masa tu pemilihan ke sekolah tu cikgu yang tetapkan. target student je diberi borang untuk mohon masuk SERATAS. tapi bila keluar result, result kami sama cemerlang. but since aku tak apply mana² SBP, so aku hanya diterima masuk ke ke asrama negeri je..memang frust menonggeng. cikgu lagilah terkejut sebab tak sangka dengan 'kezutan' yg aku buat. yela, aku ni sebelah mata pun diorg tak pandang..

masa berganti masa..selepas 16tahun aku bertemu kembali dengan diorg dalam FB..dan kawan yg aku ceritakan di atas ni, menyesali nasib dirinya. aku tau kisah hidup dia. aku cuba keep in touch. tapi aku dapat rasa, dia seperti menjauhkan diri. aku tak pernah nak singkirkan dia. aku tak nak ada jurang antara kami. tapi agaknya perasaan rendah diri dalam diri dia tu buatkan hubungan kami renggang. mula² dulu ada la contact juga..tapi lama² bila aku pun sibuk, terus lupa..tapi sekali sekala bila blk kg, aku mesti risik khabar dr anak sedara aku.

untuk sahabat ku yang satu ni, aku harap dia tabah dan menerima apa yg telah ditakdirkan dalam hidup dia..kita perlu belajar dari kesilapan. mungkin apa yg dihajatkan tak kesampaian tapi tak semestinya apa yang diimpikan takkan menjadi kenyataan. kalau pun bukan dia, mungkin anak dia yang dapat tunaikan hajat dia..aku sendiri ada impian yang tak kesampaian..dan aku berharap anak² aku nanti dapat tunaikan apa yang aku idamkan...

Wednesday, June 9, 2010

durian jatuh bergolek

peristiwa semalam di soho seafood bangi waktu kitorang tengah dinner, zeri jeling meja hadiah kat situ..

zeri: agak² apa yg kita dapat?

aku : apa yg ada atas meja tu? (aku tny sebab aku tak nampak, tak pakai lense..)

zeri : ada toaster bread, jam dinding..bla..bla..

aku : jangan² dpt
toaster bread lagik.

abis makan tu tiba waktu penyampaian hadiah..ceh, macam sekolah rendah plak.
tau ape kitorang dapat???


















































































zeri kata mulut aku ni masin ..ape aku telah tu even gerak hati pun mesti betul..hohoho.....watch out guys!..kalau tak nak kena sumpahan aku jangan cari pasal ngan aku kerna apa yg aku cakap tu sentiasa menjadi kenyataan...opss...terlebih sudaaa...

actually nak cite.. tak semena² 2 malam sudah dapat call dari soho seafood. we all menang lucky draw..tak sangka la pulak. jadila kan..sape nak kasi free barang camni.hehehe...lepas ni biar adiah lagi besau dari ni eh.

nota : aku pangkah dah restoran ni..sungguh tak sedap! pastu bapak mahal! kena cari port lain plak pasni..

Tuesday, June 8, 2010

carseat ni selamat tak?

nak tanyala pendapat readers..aku tengah berkira² nk cari carseat baru untuk sara. lately dia dah tak nak duduk dalam carseat toddler tu..so skrg ni dia duduk je seat sebelah driver. bahaya tu!!! dia pernah wt aksi mengejut melompat atas riba aku while i'm driving ok! nasib baik tak terbabas..tu yg fikir tak boleh jadi ni..kena do something! then jumpa plak jenis camni. sesuai ke utk budak umur 2 tahun?cuma aku tak nampak belt tu tang mana dalam pics ni..ada tak sesape yg ada carseat exactly jenis camni? bolehla kasi your opinion..


Graco: Junior Maxi Lion Car Seat

MYR 349.00 314.10 - tengah sale ni kat bbstore..huhu

With maximum comfort and safety, what more could you want in a car seat

- Height adjustable head support that grows with your child.
- Height adjustable arm rests to give better back support.
- 2 retractable cup holders.
- Raised seat and belt guides ensure maximum performance.
- The back can be removed to leave a group 3 booster seat.
- Weight 3.6kg
- Suitable for children from 15 to 36kg

Warranty: 1 Year Limited Warranty

bantal busuk

ni pet kesayangan sara.
aku taktau nak bahasakan apa..aku panggil moomoo je..

ingat lagi, ni first toy yg we all belikan. masa tu tak silap umur sara masih 4bulan camtu. aku yang berkenan. dah lama nak cari toy moo0moo betompok macamni. kebetulan ni last stok yg ada.

tapi, dia tak minat pun main. lepas tu terus toy ni terbiar....tapi, lately...aku mula perasan, dia mesti angkut moomoo ni...esp waktu dia ngah menyusu..mesti tangan tu tak lepas pegang moomoo. dalam banyak² toys kt umah ni, moomoo tu la dia suka kelek.

kalau aku suruh ambikkan moomoo, dia paham dan tahu apa yg aku maksudkan. tapi jaga2, dia kedekut betul kalau kita nak pinjam jap..aritu pinjam bantal dia pun ditariknya dari kepala kita...saba je la....barang dia janganla usik....

cuma, aku agak risau...jgn moomoo ni jadi bantal busuk sara dahla..kang jenuh,gi mana nak kena angkut..parah gak nanti.huhu...

teringat kisah ank sedara aku, sampai besar masih lagi ada bantal busuk. asalnya patung kecik cmnila..sampaikan isi takde. tinggal sarung je pn masih lagi dia kelek. dan tak silap aku....bulan 4 aritu time blk kg, aku terjumpa bantal busuk kesayangan dia tuh yg dh takder bentuk pun, hanya tinggal cebisan kain sebesar tapak tangan sara tu..gelak besar aku sebab tak sangka anak dara 17tahun masih lagi kelek menda alah tu.kekekke

so korang pun ada ke bantal busuk? nasib baik aku dah lupa bantal busuk. but still aku ada habit yg tak senonoh dan susah nak tinggal -> main biji kekabu bantal.muahahaha..sara, esok jgn ikut mama nye habit ye.. :P

nota : zeri kata, elokla tu..minum susu moomoo, pastu mesti nak pegang moomoo..alahai sara..kalau sara minum susu mama, sure sara pegang mama kan cam dulu? :(

Monday, June 7, 2010

if i could turn back time

it all started last week..tetiba terperasan yang icon ym ex-bf on. nk tegur tak? tegur je la. just tny khabar..oh dah kawin rupanya. tanya dia mana gamba wife? then dia bagi FB. so aku pun cekla fb dia..setakat tgk gambar dahla...cerita lama jgn diungkit. memasing pn dah ada kehidupan sendiri kan?hehehe..

dari situ...waahhh tak sangka, ramainya kawan² masa sek rendah ada dalam tu..heh, kalau aku tak tegur ex-bf tadi mungkin aku tak tau diorg ni dah lama contact dalam fb...alahai, sungguh aku ketinggalan.

then malam tadi, plan asal nk tulis blog. bila cek emel, ada someone request to add me. nama macam kenal..ler..ex-bf masa sek rendah. cit! kecik² dh ada balak..haha takdela..masa sekolah dulu member sume kuat gosip dengan dia ni..tapi, aku tak layan.. takut wooo, arwah mak dah ugut..'esok kalau mak tau hang ada kawan ngan jantan, siap! pi sekolah belajaq jangan nak menggantai'..wooo garang kan mak aku? hehehe...waah dh ada anak sorg upanya.

pastu sungguh tak diduga, kawan sepermainan pun ada dlm tu - asma, dah lama nak jejak dia ni since dia berpindah dari kampung..alahai, tetiba ingatan zaman kanak². terbayang depan mata...masa kecik² dulu dia ni la salah sorg geng mandi sungai sama²..main zeropoint (lompat getah), naik basikal belumba keliling kampung...waaa nostalgic gileerr... seronoknya..tapi lepas kematian mak asmah, kami dah tak rapat dah..asmah pun dah pindah..

hm...rasa cam nak balik kampung pulak. tapi tu la balik pun tak kena timing. belum tentu dapat jumpa semua org. aku plak, bila kat kampung bukan reti nak merayap ke rumah orang. duduk berkurung kat rumah..hm...

if...if i could turn back time.. banyak perkara yang aku cuba nak perbaiki. esp hubungan dengan teman. cause now aku rasa mereka semakin menjauh...

Friday, June 4, 2010

nak menjerat tapi sendiri terjerat..kekekeke

dah petang baru ada entry...takde idea nk menulis ape dh..

nak tanyala, korang dulu camne kenal dengan pasangan? sape mengorat sape?
sure kalau ingat kisah lama, masing² akan tersenyum sendiri.. kalau nak ikutkanla kan, kami dulu kenal gara² aku la. aku dulu 'ligat' sikit. sekarang tak ar..gile ape nk meligat pas kawin.
kuat menyakat. especially kalau ada spesies lelaki yang 'perasan'.

ada satu malam tu, bosan gile. member yg sekepala suka menyakat boys ni takde.perut plak berkeroncong. then aku tanyala coursemate yang duduk 1 blok asrama.

aku : eh, ko takde kawan ke ley kirimkan beli makanan kat taman u? aku lapa ni.
zana : ada. jap eh aku call dia. ko nak ape?
aku : nasi goreng pataya dengan air tembikai.
zana : jap lagi dia sampai.
aku : eh jap aku nak turun tengok muka mamat tu sekali.

tengok, kan aku kata aku nakal.bukan gatal arrr. suka nk nyakat org. pastu aku ikutla si zana ni turun bawah amik makanan. alamak, tak nampak plak muka mamat ni. eeh, cam control plak. ingat ensem sgt ke? poyola..aku tak puas ati.

aku : zana, bak sini no tepon kwn ko tu. aku nk kenakan dia.
zana : nah.tapi dia ni budak baik lin.
aku : ala nk gurau² je la.

soknya tangan ni gatal anta sms kat dia.

'hai..nanti awak call sya eh. ada benda nak cakap dengan awak ni.'

tunggu dalam setengah jam tak dpt balasan. eleh, belagak ar tu.tak bls sms aku mamat ni. tetiba..incoming call dr nombor yg aku tak kenal.

aku : hello, sape ni?
dia : hello.. tadi sya dapt sms minta sya call nombor ni. kenapa ye. nak sya bantu ape² ke?
aku : erk..ade ke sya sms? awk silap org kot.
dia : eh betul.ada tadi sya dpt sms dr nombor 012xxxxxxx
aku : ooo...agaknya roomate sya main² hp sya kot. diaorg ni suka memain camtu.
dia : yeke..oklah, takpela camtu.sori eh ganggu. (muka dah tebal dhla tu, nasib baik aku tak nampak)
aku : ok. tapi kenapa suara awak cam mengah je ni?
dia : oo..motor pancit. sya tolak ke tmn sri skudai dr utm. cari public phone semata² nak call awak. credit hp dh abis.

pergghhhh..sanggup!!!! sian plak aku kat mamat ni...dari niat nak membuli terus tak jadik..so start dr tu, mula la kami dating. keluar pun senyap², tak nak zana tau. dia malu kt schoolmate dia tu. pastu dah mula langkah panjang..malu pun dah takde.kekekeke...

*dia dalam cerita di atas tu tak lain tak bukan, zairee la. yang sekarang telah sah menjadi husband aku.*
moral of the story :
# tak salah jadi perigi mencari timba. asalkan timba tu kita cukup kenal hati budi dia.
# jangan buli orang, nanti menjerat diri. cam aku takpela gak, nak buli tapi terjerat dalam jerat percintaan yang membawa ke alam perkahwinan..hehe
# ye aku tau...korang nak kata..aku yang ngorat laki aku..so what?kekekeke



oh ye...weekend ni jmptla dtg putrajaya...aku belanja korg mkn nasi lemak free. sila dptkan di booth pesta nasi lemak eh..sampai ahad je tau! makan nasi lemak sampai muntah k...pastu jgn lupe exercise!

so soft...so johnson


ok..barang free, sape tak nak kan.
just isi this form kat sini, then tunggula dalam 4-8weeks..
j&j akan anta sample on their new product..

isi je, tak rugi pun kan.kekeke
kalau bau dan tekstur lotion ni best, bleyla beli.

Thursday, June 3, 2010

mari shopping di kedai aku

lama tak story pasal kedai aku yang ala idup segan mati tak nak tu..

ADA STOK BARU MASUK YE..SILA LA JENGAH MY BLOGSHOP...klik je kat badge kedai tu..
Powered by BannerFans.com

AKU SENDIRI BARU ABIS SHOPPING UTK ANAK DARA..TERBANG 2++

MATERIAL SUPERB, 100% COTTON..

ALL 100% AUTHENTIC..

notes : harga murah dari retail price tu sebab item direct from factory..bukan clon eh..

Wednesday, June 2, 2010

yang terakhir kali..

kalau ada yang perasan entry aku masa mother's day aritu..aku sedih time tu.
kat FB status..'no mother's day wishes for me this year'..kenapa aku cakap camtu..

entry ini di tulis, bukan niat nk buka pekung di dada sendiri. bukan untuk mendedahkan masalah rumahtangga sendiri. tapi, dengan niat untuk sekadar berkongsi cerita dan pengalaman. agar dapat dijadikan iktibar buat teman.

ye..pada masa tu, terdapat perbalahan antara kami ber2.puncanya..aku kecik ati sebab kena marah..sebab kena marah tu tak perlulah diceritakan disini..

kalau diikutkan aku bukan kecik ati sebab kena marah. tapi sebab kejadian tu berlaku depan adik dia..aku rasa malu sendiri..tu yang buat aku moody sampai 3ari. walhal mertua ada di rumah bersama semua in law... semua benda jadi tak tentu arah.

kebetulan aku dan sara tak sihat. semata-mata nak tunjuk protes, aku pergi hospital ber2 dengan sara. dan for the 1st time aku keluar rumah tanpa minta izin dia dahulu. tapi sekerat jalan, aku sms bgtau aku pegi hospital. dan aku jangka, memang aku akan dimarah lagi..

perbalahan kami berpanjangan..sampai satu ketika, mil datang memujuk.
'kita sebagai isteri tak boleh sekali pun berada di atas suami walau kita atau dia salah atau betul'
'ingat lin, semua ni pinjaman. anak tu pinjaman. suami tu pinjaman. kalau Allah tarik sekelip mata, masa tu nak menyesal tak berguna lagi....'

dan..aku seperti sedar dari mimpi. 3hari termakan hasutan syaitan buatkan aku dalam keadaan berdosa. mulai dari saat itu, aku berazam..biarlah itu perbalahan kami yang terakhir..akan aku cuba kawal emosi supaya tiada hati yang terluka lagi...

lately banyak mendengar berita kematian anak, suami dan isteri...membuatkan aku berfikir...adakah aku cukup tabah untuk mengharungi kehidupan ini jika orang yang aku sayang pergi secara tiba-tiba....

butterfly in my stomach

gulpppp!!!
jangan putus nafas lagi cam aritu..
jangan blur!
focus!

Tuesday, June 1, 2010

mekyonal

sara, mana idung?
pegang idung.

mana mata?
sara pejam mata

mana mulut?
sara muncungkan mulut

mana lidah?
sara nganga mulut tunjuk lidah

mana gigi?
sara 'kernyih' tayang gigi

mana rambut?
sara tarik rambut sendiri

mana telinga?
pegang telinga sendiri

mana tangan?
angkat tangan tinggi-tinggi

mana kaki?
hayun kaki sekuat hati

mana mama?
jerit 'mama' sambil peluk mama

mana papa?
tepuk bahu papa.
hahahaha.dia tak tau nak cakap 'ni papa saya'.setakat menepuk bahu papa je.lawak la sara ni.

3 hari bercuti sangat memenatkan. tak dapat nak tidur siang. asal aku baring nak lelap mata, sara kacau.aduhai anak...penatla mama nak layan kamu.asal mata ni nak terpejam je, dia datang tepuk bahu suruh bangun tengok keletah dia. kalau tak, dia marah+bising sebab tak layan dia.

lalu depan mc donalds..mama sebut 'mc donalds', dia pun sambut 'mekyonal'. kami teruja petama kali dengar dia sebut 'mekyonal'. comey je dengar..hahaha

sara nak kfc? dia sambut 'keyechi'. lepas tu membebel 'abija..abicoma..blablablabla..'.entah bahasa ape taktaula..layankan aja budak baru nak belajar becakap..memang mulut banyak cam bertih jagung. agak hairan di situ, sebabnya mamanya tak pernah makan 'bontot ayam'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...