Thursday, June 10, 2010

kenangan lama adakalanya menyakitkan..

kalau bercerita tentang kenangan lama, memang takkan pernah habis..jika nak dibukukan pun, akan mengambil masa seluruh kehidupan kita (pesal ayat aku skema amat ni dol?). tapi itula hakikatnya..mungkin pada kita, kenangan lama tu manis untuk dikenang. tapi ada juga yang boley watkan hati kita terguris....

2 ari yang lepas, kan aku sekali lagi dapat menjejak teman² lama..especially teman sepermainan+sekampung. alhamdulillah, masing² berjaya dalam kehidupan mereka. aku tumpang gembira. teman yg dulu diam² rupanya berisi. lagi hebat dapat mengalahkan kwn yg dulu selalu top 3 scorer dalam kelas.

tapi dunia ni ibarat roda. tak semestinya kita di atas..adakala kita terlalai. dan masa terlalai tu, kalau dah terlambat, nak menyesal pun dah tak berguna lagi..

aku pula rajin selak album lama. aku masih simpan gambar² masa sekolah dulu. sebab itu adalah 'my treasure yg tak ternilai...bila aku upload gamba tu kat fb..menderu kwn² lama komen..memasing mengungkit kisah lama...yang manislah kan..

tapi..seorang teman meninggalkan komen yang menyentuh hati aku pada salah satu gambar lama..
"hu..hu.. Tahniah kwn2 suma yg b'jya.. Sedih tgk gmbr ni.. Andai dpt kuundur msa..."

dan aku amat kenal teman aku sorang ni. masa sekolah dulu, dia lah top scorer. harapan cikgu. aku quite close dengan dia. kalau aku tak faham dalam study, aku akan refer dia. dia pun tak lokek mengajar aku. then aku dapat tau dia sambg belajar di SERATAS. sekolah idaman aku. aku frust sebab tak dapat ke sekolah tu..masa tu pemilihan ke sekolah tu cikgu yang tetapkan. target student je diberi borang untuk mohon masuk SERATAS. tapi bila keluar result, result kami sama cemerlang. but since aku tak apply mana² SBP, so aku hanya diterima masuk ke ke asrama negeri je..memang frust menonggeng. cikgu lagilah terkejut sebab tak sangka dengan 'kezutan' yg aku buat. yela, aku ni sebelah mata pun diorg tak pandang..

masa berganti masa..selepas 16tahun aku bertemu kembali dengan diorg dalam FB..dan kawan yg aku ceritakan di atas ni, menyesali nasib dirinya. aku tau kisah hidup dia. aku cuba keep in touch. tapi aku dapat rasa, dia seperti menjauhkan diri. aku tak pernah nak singkirkan dia. aku tak nak ada jurang antara kami. tapi agaknya perasaan rendah diri dalam diri dia tu buatkan hubungan kami renggang. mula² dulu ada la contact juga..tapi lama² bila aku pun sibuk, terus lupa..tapi sekali sekala bila blk kg, aku mesti risik khabar dr anak sedara aku.

untuk sahabat ku yang satu ni, aku harap dia tabah dan menerima apa yg telah ditakdirkan dalam hidup dia..kita perlu belajar dari kesilapan. mungkin apa yg dihajatkan tak kesampaian tapi tak semestinya apa yang diimpikan takkan menjadi kenyataan. kalau pun bukan dia, mungkin anak dia yang dapat tunaikan hajat dia..aku sendiri ada impian yang tak kesampaian..dan aku berharap anak² aku nanti dapat tunaikan apa yang aku idamkan...

3 comments:

mummy_adam said...

betul2.. xsemua nya manis, nak cuba padam tp tak boley lah plak..huh..

kinna said...

betol tu lin, tak semestinya cemerlang, gemilang, terbilang kat sekolah dl selama2nya cemerlang..

isabelle said...

biasalah..semua kehidupan ada ups & downs.
tapi sbnrnya i pun takut kalau termeletakkan high expectation kat adam bila dia besar nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...