Friday, June 18, 2010

Pesanan Makyong (Isteri² dan Ibu² WAJIB BACA!)



Pagi semua!!!!

Seperti dijanjikan. ni nak share cerita hasil pertemuan dengan makyong gara² aku sakit perut. maafla klu ayat tunggang langgang. aku ni failed nak wat ayat best.

aritu aku berurut 3ari berturut². kes peranakan aku turunlah kan. lepas dia urut memang dapat rasa perbezaan kat badan ni. ringan je rasa. nak bejalan pun dah tak sakit kat peranakan tu. so 1st day visit aku dah cukup puas ati. 2nd and 3rd day takyah cakapla..memang mantaplah. even agak sakit esp part dia urut tang urat dekat tulang belikat aku ni...dia cakap dah masuk angin. rugi aku tak datang awal. tau kenapa? balik je rumah sara tetiba nak nenen. bila aku kasik je isap..'eh ada susu lagi'..agaknya makyong urut tadi tu perjalanan darah semua dah normal..susu pun lancar je keluar. cuma sara ni suka isap main²..so rangsangan aritu tak cukup...susu keluar sikit je la.

balik je ngurut tu sok nya memang asyik aku kentut je la dekat 7-8kali macam aku cerita dalam entry ni. lega sangat bila banyak angin keluar..kepala pun tak berat dah. nak wat keja pun smooth je rasa..fikiran pun tenang.

masa makyong mengurut tu takkan aku dok diam plak kan. so macam² la aku tanya kat makyong. lagipun aku takde orang tua nak merujuk hal² pempuan ni. nak tny mil, segan. so amikla kesempatan bertanya terus dengan dia. sambil tu makyong tny aku.aku ada amik ubat tak? (read - ubat tu mksud dia jamu atau pil untuk kaum pempuan ni) aku cakapla aku makan BD tapi tak konsisten. asyik lupa je langsung tak makan. pastu dia bebel jugala. dia suruh aku makan. lepas tu pesannya lagi, 'badan kita ni nak pakai lama. elok berurut sebulan-2bulan sekali'. market baik punya..takpe, aku try la maintain utk datang berurut atleast 2bln sekali..janji cik abg tak bising ok.hehehe

kalau nak tau, makyong ni amalkan minum air ibu kunyit. elyn penah gak cite kat aku psl air tu. tapi aku segan nak request kat makyong untuk buatkan..isk, ruginya aku! tapi takpe, makyong ada ajar camne nak buat. elok diminum lepas abis period atau dalam pantang. tujuannya untuk mengecutkan peranakan dan urat² yang kembang. kalau kita perasan, lepas besalin kan perut cam belon. so camtu gakla rupa urat² kat badan kita ni lepas besalin..camne tak kembang, masa preggy urat kita ni turut sama mengembang seiring dengan perut kita..hahahaha..camtula kata makyong.

ni aku share cara nak buat air ibu kunyit mengikut penjelasan makyong:

bahan²:
5-6biji kunyit hidup. lagi banyak lagi bagus.
1biji garam kasar. cari yang ketul besar sikit.

cara²:
1. tumbuk lumat kunyit bersama garam. jangan campur air!
2. bila kunyit tu dh lumat, akan keluarkan air.
3. tapis kunyit yang dh lumat dengan penapis.
4. ambil air kunyit tu dan minum

ok, aku pun tak try lagi. aku tunggu lepas aku period nanti. boleh aku try buat. cara makyong ajar ni lebih kurang macam mil aku ajar. tapi makyong ni wat style perak. kakak aku kata memang arwah mak aku pun wat camni. klu mil aku punya style ,kunyit tu dicampur dengan air asam jawa. tapi, itu pun aku tak pernah try.hehehe..

then aku tanya lagi kat makyong, camne nak tau peranakan dah kecut sepenuhnya? sebab ape aku tanya..sebab perut aku buncit. aku sendiri was²..aku nye peranakan dah kecut elok ke..atau yg buncitnya perut aku? makyong cakap kalau dari luaran boleh nampak. kalau perut tu buncit macam orang mengandung 2bulan so itu memang tak kecut elokla tu peranakannya. aku telan air liur..now i get it!

aku tanyala punca tak kecut tu kenapa? jawapan makyong, 'cara berpantang salah!'. ok..i admit. then dia bagitau, kalau makan tu makan makanan kering je. dalam 2 minggu camtu baru boleh berkuah. tapi, janganla pulak ko pegi hirup sup atau kuah tu bermangkuk². hanya sekadar amik kuah utk basahkan nasi je. hm...masa aku stay dengan akak aku kt kampung, akak aku memang masak kering je lah....lepas dok ngan mil aku, ari² mil aku masak singgang ikan-->fav aku pulak tu. dan aku memang tak boleh makan kering² rasa nak tercekik! mil aku pun tak tegur. sekarang aku taula punca dari mana...kalau ada yang tegur, mungkin aku takkan makan sesedap rasa je kan..huhu..now nyesal pun tak guna dah! pastu, kena bertungku, bertangas, pakai barut dan berparam....ok antara 4 benda tu aku tak buat 1 je bertangas. bertungku tu aku memang buat. cuma aku tengok org johor ni, diorg tak bertungku. sebab mil aku cakap dia pun tak bertungku..

but still..entah mana punca, perut aku ke peranakan aku tak turun² pun..cam org beranak 2bulan. sampai ada kwn tegur..'eh lin ko peknen dah brp bulan ?' siot la..time tu sara baru je umur 6bulan. kecik ati! so mesti cara berpantang aku salah! then takkan aku nak start pantang balik? hm.....memandangkan aku pk aku nak preggy balik so aku rasa cam buang karan je kan nak mula balik..

so aku berazam utk 2nd baby esok aku nak pantang betul². sedey ar jugak. org lain maybe ada sesape yang boleh tlg time pantang. tapi aku ni..hm..harap zeri je la kot. ye aku tau, ada kakak. tapi dia pun ada anak² nk dijaga..masa aku pantang dulu, itupun mil aku bising. sbb dia tengok dalam pantang pun aku jalan laju pastu kejap bangun gi sana sini., tak reti duduk diam.aku nk cakap camne..abistu takkan aku nak baring je. nk arap sape lagi wat keja kat umah tu., lainla org yg ada mak ke penjaga ke.bolehla jadi permaisuri..terbaring je. semua org lain buatkan., semua tersedia depan mata..aku ni nak harap sape? sara berak malam pun aku mesti bangun cuci. takdela nk suruh org lain. masa aku balik kl kejap sementara nk balik johor tu aku duduk kt kl seminggu. sara tu lom lepas pantang lagi..aku yang bangun mandikan dia..pas dia tido, baru aku boleh mandi. bakar tungku sendirik. masak makanan pun sendiri. abis zeri keja shift. timing tu susah nk adjust. nasib baik dia tolong basuh baju. itu pun dh kira bagusla.. emo jap aku tau! tapi alhamdulillah, aku mampu bertahan...lagipun bukan aku sorg takde mak. ada juga yang langsung sebatang kara di dunia ni kan..masih boleh berdikari. ok ni ayat pujuk diri sendiri.

okla dh melencong jauh. then makyong kasitau lagik. time pantang janganla minum air ikut suka. minum kerap but sikit².. seteguk sekali. jangan sekali minum segelas abis..huhu..alamak aku dulu camtula..memang minum air tak selalu. tapi sekali minum segelas tu abis.akak aku pun tak cakap ape..lelagi aku BF kan sara..cepat dahaga, nak elakkan dehydrate. so tang ni aku cam agak kurang puas ati. camne aku nak bf anak aku nanti dah klu minum air pun kena sukat kan..hm..takpela aku tryla follow pesanan makyong. tapi tang makanan tu mmg aku ikut gakla. org tua kata jangan makan bertambah. ambik sekali je pastu cukup. jangan bertambah²..tapi ada masa aku langgar gak especially klu terkena lauk aritu sedap.kakakakaka..see aku cakap, aku ni pantang tak ikut sangat. main ikut sedap anak tekak je. now nyesal!

haa..kebetulan eliss ngan elyn tny psl minum air. so aku arap penjelasan tadi tu membantu korang..ye aku pn fikir camtu. tak jejaskan susu ke kalau minum air sikit² kan. aku tak berani jamin. sebab aku dulu pun dah langgar pantang!!! tunggu next baby lah aku kasik testimonial eh.hehehe

korang pun tau..kita ni perempuan, nak lagi yang dah kawin pastu beranak pinak, kenalah pandai jaga badan kan..tu sebab aku berazam..utk berpantang semula adalah mustahil. so now aku cuba nak improve mana yang aku mampu. pasal tu tetiba aku berazam baru pulak.kekekeke..takpela even aku wt sit-up je pun. tapi harap berkat kegigihan aku tu dapat kasik perut aku tak se'bunc' sekarang ok. ye aku ngakula perut aku 'bunc' even korang tgk aku masih maintain kecik cam dulu (yang pernah jumpa dan kenal aku la.hehehe)

lelain pesanan makyong tu macam biasalah..elak makanan sejuk dan angin. nanti kang ada yang menggigil cam kura²..tak pun kang jadik angin meroyan. dan paling penting, janganla korang ingat 'ala..takde pape pun pantang ni. aku makan ni takde pape pon.' ye betul..sekarang tak nampak. sok dah tua..ala takyah tunggu bongkok tiga..takut lom masuk angka 40 dah mula sakit² badan..so sebelum benda tu jadik kenala beringat. cakap orang tua jangan dilawan ok. wah kemain aku membebel..aku sendiri dh 'teeeerrrr'langgar pantang!

haa ni nk ckp sikit..taula kita ni moden bebenar. tapi bawak²la bersabar..janganla ngah pantang tu ko ajak laki ukur shopping complex. ni bukan cerita dr makyong. tapi aku sendiri penah jumpa depan mata kepala. haish..sian baby. badan awak pun lemah lagi kan. pantangla bebetul..duduk je la kat rumah. nak beli barang suruhla sesape belikan. aku dulu nak jejak tanah, hatta duduk depan beranda rumah time hujan pun akak aku tegah ok! diorg tegur tu bersebab. janganla melawan. eceh sekali lagi aku membebel.

ok bebalik pada cite makyong. korang tau ape tu 'tombong'??? bahasa mudah..penah dengor 'batu merian'???? haaa...ni nak cite sikit. itu sebabnya kita ni disarankan BERPANTANG BETUL²...kalau tombong/batu merian tu tekeluor haa naya ko cik senah! aku dengor cite makyong pun dah ngilu²... ok ni ala 18SX sikit. tombong tu duduknya kat peranakan kita, benda tu katanya rupa cam umbut kelapa tu. aku tak penah plak perasan rupa umbut kelapa. sape penah tgk haa bolehla imagine. (korang google je keyword 'tombong peranakan terkeluar ' kat google image..sure jumpa! takpun malas sgt nk google nah pi kat link ni.)

perkara ni memang terjadi. sebab tu kalau korang alami peranakan tu turun, cecepatler gi jumpa tukang urut. boleh dia tolong naikkan. kalau lelama dibiarkan, sekali menda tu terjuih keluar dari 'tut' takde maknanya dia nak masuk balik. ada makyong cite sampai ke lutut menda alah tu keluor! <--aku taktaula klu makyong reka cerita ke ape kan..tapi menda ni mmg betul jadi pada kaum wanita. makyong kata penyakit yang ditakuti oleh wanita lah..huhu..


kalau terjadi menda tuh, time tu korang nak besama dengan cik abang pun, cik abang kata 'babai'. ikut kata makyong, dah takde rasa nikmatnya. sakit lagi ada! erk..risau aku dengor! itu sebab kita ni DILARANG ANGKAT BARANG BERAT! haaa....pasni nak wat keje berat ke ape ke, semua suruh laki memasing. encik suami sekalian jangan plak nk mendera isteri tu. tolongla wat ape yang patut. ha ni aku pesan sama kat cik abg aku gak.huhu..

lagi satu punca menda ni ley jadik mengikut kata mak bidan yang urut aku kat kampung time aku pantang dulu, CARA BERTUNGKU YANG SALAH pun boleh jadik punca. sebab tu nak bertungku bukan boleh main hentam je! just letak batu tungku tu kat tepi² keliling peranakan atas ari² tu jek.jangan sesekali korang letak betul² tengah² pernakan..haa mau tenggelam batu merian tu..pastu tejuih keluor cam dalam gambar kat link atas tadi tuh...sesilap hb boleh jadik angin meroyan. <--aku bukan reka cerita. tapi ini yang diterangkan oleh maklong nab (bidan kat kampung aku).

haa...buat masa ni,itu je la yang aku nak cite..ikut ati banyak menda nak story lagik. tapi lain masa la kot. ini pun rasa dah bejela..berhari² aku tulis entry ni.minggu ni busyla sikit. tu sbb entry aku pun pendek² jek. harap ape yang aku bebelkan dalam entry ni tu korang ingat ler dan semat dalam kepala tu..ingat ye puan², jaga ye badan tu...time pantang, pantang bebetul..jangan main ikut 'dan' ja bak kata orang utagha! hahaha..

ok, chow bedah!

12 comments:

Elyn said...

hamboiii byk u dpt dr mak yong ek hehehe. i dulu lepas je pantang perut mmg flat lin. sbb mak yong check tetiap minggu ekekek. pehtu abih je pantang... layan ais. hambik ko naik balik. nyesal pun ade. so kalau pi urut ngan die sure kene bebel ekekek. redha sajaaaa

Lin said...

elyn,
betul..pas pantang perut mmg flat.tapi kes bantai minum ais..susahler. tapi kan pas urut ngan dia aritu,nk minum ais cm takut.riso plak.hehehe..so skrg ni cuba kurangkan.nk benti terus tu mustahil la kan?hehehe..so slow²la tinggalkan. anyway,tq elyn coz rekemen makyong. :D

kinna said...

lin, sy dh pantang dua kali. being hard-headed, tanak abide ckp org tua2 aka tak suka pantang larang, memang terasa kesannya. immediate ok..skrg perut 'bunc', mmg mcm peknen..sibuk la nk cover ngn pakai beautiful.
tell u what, anak dua lg susah pantang!

Lin said...

kinna,
tu la.sya pun lbh kurg gak keras kepala ni.ish cmne eh sok dh anak ramai sure susah nk pantang. tak menang tangan jaga kakak ngan adik plak.aduyai..

ezan said...

ezan masa sarah dulu pun xpantang betul2 sangat.. hopefully yang 2nd ni leh pantang betul2.. nak try la ngan mak yong ni.. leh share phone number dia x?

Lin said...

ezan - here's the number 0124819795. pantang elok² ye..jgn ngelat lagi :D

zaza@mamaHanin said...

salam.. k.lin.. tq 4 sharing the info.. betul kak, masa pantang anak sulong xder pnglman, tu yang berani kemain lagik nk belasah apa yg patut, pas nmpk efek kat alignment body baru kalut.. hehehe..
tapi ngurut nih bukan ajer kena wat masa pantang, tp digalakkan bg mereka yg pas pantang mcm kite2 nih jugak.. maklumla.. kekadang angkat barang xhengat donia, mahu2 duk rasa sengal2 kat ari2.. herm.. eloknya 2 bulan skali mcm akak kata tu ok dah la..
zaza mmg duk p ngurut gak after 2 times misscarriage, perbetulkan urat2.. tp kalu badan xrasa apa2 sgt selang 3 bulan pn xper.. takut efek lak duk ngurut kerap2 sgt..

ps: utk those yg xder anak or lambat dapat kaedah ngurut pun satu alternatif nk betulkan kedudukan rahim kita.. wallau'alam

azzamoro said...

banyaknyer info. aku nak try la buat air ibu kunyit tu..

Farah said...

alhamdulillah aku dpt pantang dengan sempurna sebab mak aku masih ade..memang die jaga betul la.

bab minum air tu aku pon memang kurang minum sebab mak ngan makcik2 aku tak bg..tapi takde effect susu la lin..alhamdulillah ok je susu meriah..memang terasa sikit la tekak tu kering..tp nak slim punye pasal hahaha

LynnLyana said...

lin kecikk!! huwawawawawa!! aku tk de pun berpantang...urut2 bagai tuh tk de pun..sbb aku takut gile perut terburai..tk sangka la plak cesear pun leh urut,tangas,tuam bagai...adeii..ko agak2 boleh selamatkn lagi tk perut aku ni lin??
huwawawawa!!

mariaariffbaby.com said...

i agree ngan air kunyit tuh..
kita masa pantang..sebulan gak meneguk air tuh..
mula2 mmg tak sedap..but dah setengah bulan minum..macam sedap lak..

betul cakap elyn..masa dalam pantang tuh..mmg kemas dah badan..buncit pun tarak..

but abis pantang..mmg abis pantang terus la..huhuhuhu..tuh yang ais nya..sayur yang beranginnya lagi..terus badan masuk angin..

pantang kedua..kat umah MIL..harus lagi tertib aku berpantang..
:P

mamaEsya said...

lyn, ms ana pantang esya, mmg ana berurut ngan makyong tu....hehe....coz ada kwn ana recommend...ana mmg suke coz makyong urut xsakit....mgkn coz awal2, mmg xle wat kuat2 kot....tp pas abis pantang, berurut kat kg, sakit gile...mmg nk nangis....hubby ana perli kalo xnk sakit, p la berurut ngan makyong...huhu...die cakap, berurut mmgla sakit, if xsakit, bkn namanya berurut...ntahla....geram tol....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...