Wednesday, June 2, 2010

yang terakhir kali..

kalau ada yang perasan entry aku masa mother's day aritu..aku sedih time tu.
kat FB status..'no mother's day wishes for me this year'..kenapa aku cakap camtu..

entry ini di tulis, bukan niat nk buka pekung di dada sendiri. bukan untuk mendedahkan masalah rumahtangga sendiri. tapi, dengan niat untuk sekadar berkongsi cerita dan pengalaman. agar dapat dijadikan iktibar buat teman.

ye..pada masa tu, terdapat perbalahan antara kami ber2.puncanya..aku kecik ati sebab kena marah..sebab kena marah tu tak perlulah diceritakan disini..

kalau diikutkan aku bukan kecik ati sebab kena marah. tapi sebab kejadian tu berlaku depan adik dia..aku rasa malu sendiri..tu yang buat aku moody sampai 3ari. walhal mertua ada di rumah bersama semua in law... semua benda jadi tak tentu arah.

kebetulan aku dan sara tak sihat. semata-mata nak tunjuk protes, aku pergi hospital ber2 dengan sara. dan for the 1st time aku keluar rumah tanpa minta izin dia dahulu. tapi sekerat jalan, aku sms bgtau aku pegi hospital. dan aku jangka, memang aku akan dimarah lagi..

perbalahan kami berpanjangan..sampai satu ketika, mil datang memujuk.
'kita sebagai isteri tak boleh sekali pun berada di atas suami walau kita atau dia salah atau betul'
'ingat lin, semua ni pinjaman. anak tu pinjaman. suami tu pinjaman. kalau Allah tarik sekelip mata, masa tu nak menyesal tak berguna lagi....'

dan..aku seperti sedar dari mimpi. 3hari termakan hasutan syaitan buatkan aku dalam keadaan berdosa. mulai dari saat itu, aku berazam..biarlah itu perbalahan kami yang terakhir..akan aku cuba kawal emosi supaya tiada hati yang terluka lagi...

lately banyak mendengar berita kematian anak, suami dan isteri...membuatkan aku berfikir...adakah aku cukup tabah untuk mengharungi kehidupan ini jika orang yang aku sayang pergi secara tiba-tiba....

12 comments:

mummy_adam said...

gaduh sket2 xpe, itu yg merapat kan.. tp jgn sampai keluar rumah nnt abg nak pujuk susah plak..lgpun bahaya driving dlm keadaan emosi xstabil, setan banyak.. byk kan sabar k, setan mmg suka menda2 mcm nie..

isabelle said...

huk huk..insaf jap.
tadi i was down lps sedih hntr adam, call mrhubby x jwb.lps i mkn, i call baru jwb (bukan dia nak return call x).
i pun ngamuk sebab i wished he'd be there ms i handle transition adam di nursery baru tu.
ishh..jahat jugak aku rupanya. mengada2.

thanks for the reminder,lin.

Elyn said...

insap baca entry u ni lin. ehmm nk komen panjang tp baik takyah la kot ekekek

nieda said...

adat rumah tangga, bergaduh perkara biasa..rencah kehidupan org kata.cuma kena berpada-pada. Ayat mertua Lin tu betul2 menusuk kalbu, bergenang air mata..

kinna said...

kdg2, gaduh2 ni bw petanda baik juga..pas gaduh2 rezki pon bertmbh..xcaye tgk la sbln dua lg.. :)

MeL MikaiL said...

standard la lin, adat berumahtangga klu xgaduh pun boring jugak kan? hehe..tapi ape2 pun kena ada limit, jgn sampai over the limit. tu je, i pun salu remind kat diri sendiri. take it easy k :)

azzamoro said...

yerp..kadang masa gaduh pun mmg aku teringt kalau la benda2 pinjaman ni ditarik daripada aku sekelip mata, memang aku rase macam hilang nyawa.

mintak dijauhkanla.

sebab tu macam kurnag gaduh je skang. berlebih kurang je. taknak menyesal.. hmm

LynnLyana said...

aku slalu gado ngn ayoy..tp bile pk psl ni, terus cepat2 nk baik.
sedangkn lidah lagi tergeget..kdg2 klu tk gado tk best gk..klu gado bole le pujuk2..tp sang laki2 tk rajin pujuk...terpaksa la pujuk diri sendiri..hehe

mariaariffbaby.com said...

huhuhuhu..

kita pun mmg kekadang emo gak ngan hubby
but..2-3 days dah cool down..rasa macam stupid sangat buat macam tuh kan..

takpe..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri..

shakeymirza said...

baca entry ini buat airmata ni bergenang...

'kita sebagai isteri tak boleh sekali pun berada di atas suami walau kita atau dia salah atau betul'
'ingat lin, semua ni pinjaman. anak tu pinjaman. suami tu pinjaman. kalau Allah tarik sekelip mata, masa tu nak menyesal tak berguna lagi....'

shakeymirza said...

Baca entry ini buat air mata bergenang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...