Friday, July 30, 2010

sori ye kawan²

gara² private entry aku yg tak menjadi tu...aku pun silap, tak wat backup. penat je bebel dalam tu sekali tak save..huahuahuahua...sengal kan?

aku pun taktau kat mana something wrong menda alah tu. dah godek sana sini pun tak jadi. bagusla jugak. dah jangan ditanya lagi apa dia rahsia sangat tu..kang wat korang tambah dosa kering jek.kekekeke

private entry




boleh baca tapi risiko tanggung sendiri. email me ladyheart2612@gmail.com for password.

bila takde modal,bebel je la..

dalam tak sedar, cepat nye masa berlalu. tup tup dah hari jumaat. malam tadi, nak tido serba tak kena. pecah rekod aku, kul 8 dah masuk tido. semuanya sebab akibat telan ubat batuk. tonsil membengkak, sakit tekak yang kronik, batuk tahap gaban dah. nasib baik sara tak buat perangai.

aku pasang je clip magic english tu layan dengan dia sampai kami 2 beranak tebongkang tido. zeri sms keluar lepak mamak pun aku tak sedar. kuat betul kesan ubat batuk tu..huhu

mlm ni nak kena berhempas pulas di dapur siapkan piza sandwich (sandwich piza? mana satu betul ni?). prepare foods untuk sports day taska sara esoknya. nasib baik last minute datang idea nak masak apa. paling lega, ada juga partner, ana yang nak join venture sekali.

hm, tengahari ni macam kena cari tracksuit utk sara la. seluar baju sukan sara tu panjang betul. itu saiz budak tadika. hm...cam nyesal pulak beli aritu.huhu...dah terbeli nak buat ape lagi dol..

opss..sblm tu, ni la 2 jenis bunga orkid yang aku beli masa floria aritu..jangan tanya nama dan spesiesnya. aku taktau! cantik tak???

tapi, balik je dari redang aritu 1 daripada jambak bunga kuning tu dah layu..yang purple colour still maintain cun!

okla tak de pape nak bebel arini. selamat berhujung minggu ye. :D

Thursday, July 29, 2010

perkara yang tak disukai bila..

pregnant, berisi, berbadan dua, hamil, 2 in 1, dan segala istilah lah. tapi i'm lucky sebab benda yang aku tak suka ni takdela terus tak suka sampai 9bulan. ikut phase, by the time masuk trimester ni, ada yang dh ok. ada yg still tak ok.hehehehe
tetiba time mandi semalam, aku teringat. antara perkara yang aku tak suka time preggy.

  • bau badan laki sendiri!
serius! asal dok dekat je, rasa loya.ada sekali tu, dia dah siap mandi pakai wangi² tapi bila dia menempek kat sebelah, terus tak tahan!tepaksa minta dia tidor kat luar. panjang je muncung tu sebab kena halau. nak buat camne, asal dia dekat je aku nak uweeeekkkk!!!! tapi nasib baikla masa 1st trimester jek. masuk 2nd dah ok. kalau tak, ada yang peranggg!!!!!!! :P

  • wangi²an
benci bau wangi² ni. pantang bau wangi sikit, terasa busuknyaaa!! tengiknyaa bau apa nii???? percaya atau tidak, sampai pewangi kereta pun kena tukar..dari yang wangi² tu tukar kepada bau ala² oceanic, cool breeeze tu.haaa bau fresh cmtu aku bolehla terima.
dan paling kronik, sabun mandi lux yang botol penuh tu pun aku tak usik! tak tahan bau wangi.tau aku pakai sabun apa masa awal² pregnant dulu? sabun dettol original! ok itu ok lagi kan dari pakai sabun cap kapak! kekeke ada sekali tu stok sabun abis, pencuci dettol tu aku pakai wat sabun mandi. gile kentangg!!!!!
dengan sekali perfume hantaranterusik sikit tu pun tak pakai. nak temuntah cium bau nya. (mak kan bunting pelamin :P)

  • makeup
dekat 6bulan aku gi keje/outing tak pakai apa. sampai ada budak opis tegur, 'apsal tengok muka kak lin pucat je'. mane taknye dik non, setakat tepek bedak baby tabur j&j je kat muka ni. segala compact powder, lipstick dll tu aku tolak tepi! tapi, masuk last trimester sakan aku bergaya! sampai akak kaunter tabung haji tegur, 'mengandung anak perempuan ke???' hamboii, perli nampak? pastu siap mengidam nak beli lipstick MAC! kahkahkah..mengong betul!

  • memasak
masa tengah loya menggila tu, bau org tumis sambal pun aku dah nak muntah! memang dapur tak berasap langsung sampai laki aku merayu 'lama tak makan jemput² bilis ayang buat'..ok, nasib baik tak berpanjangan. kalau tak, jenuh! alhamdulillah masuk 2nd trimester boleh kata ari² masak. siap bawak bekal lunch lagi, alasan sebab tak larat bejalan gi kafe! muahahahaha..pecaya atau tidak, aku masih ada kudrat utk memasak sehingga ke hari² dah dekat nak besalin.



gambar diambil seminggu sebelum sara pop out...
okla..tak dpt nk recall lagi..cukupla 4 perkara tu je yg masih aku melekat kuat dalam kepala aku ni. yg lelain dah ilang masa sara keluar dari perut. kekekekeke...sesungguhnya aku rindu nak pregnant..muahahaha..tu yg tetiba ter-recall balik segala kenangan lama ni..kekeke..ala bukan aku sorg kan, korang pulak sure ada benda yang tak suka gak kan time preggy? sharela eh...


nota : i'm happy! tadi zeri sms , 'insyaAllah kalau takde aral, 1 sept masuk keja normal shift' alhamdulillah...takpela takde elaun shift pun. janji ada masa utk family.. duit boleh dicari tapi keluarga??? bak kata nabil..lu pikirla sendiri!

Wednesday, July 28, 2010

Redang trip - Day 2 (Morning)

ok, arini sambung citer Day 2 @ redang.

pagi as usual, konon nak tengok sunrise tapi terlajak la pulak. huhu..penat travel + snorkeling 1st day nye pasal la kot. sampai terbabas...

subhanallah~ pics ni zeri yang amik..sempat gakla dia shoot.

pagi nya breakfast buffet..not badla. banyak choice la jugak..bukan malay food je, western pun ada. bubur nasi pun ada..so kalau yang bawak baby tu dont worry, bolehla kasik baby makan sama :D

lepas bekfas, around 9.30 dah kena jerit dengan budak bot 'snorkeling time..snorkeling time'..we all nak gi 2nd snorkeling trip..plan asal nak ke marine park di pulau pinang (budak tu pronounce 'pulau pinam'), tapi katanya air keruh so maybe postponed sebelah petang.

so, pagi tu kami snorkeling di laut dalam jugak berdepan dengan kalong resort. kat sini lokasi best sebab banyak colorful fish, memang banyak gile la..cuma coral tak berapa menarik compare dari lokasi snorkeling 1st day. sara pun join fish feeding. cuma yang spoiltnya, kat sini sara dah mula cranky.

teka aku yang mana antara 3 orang tu?hehe

mulanya aku turun dulu snorkeling, so biar zeri yg jaga sara. tak sampai 10minit pun aku turun. bila laut tetiba bergelora, dan aku pun dah bape kali tetelan air masin so aku pun naikla. kasi chance la papa sara turun pulak. tapi nye, bila aku nk amik sara je mula la cranky balik.. menangisla. serba tak kena. bagi susu tak nak.

aku try pujuk kasi ikan makan roti. dia pun excitedla nak kasi ikan makan..sekali ada mamat bot tegur dia. menjerit² dia....tu la mslh mek ni, terkena org tegur time mood dia tak baik memang dia akan wt perangai camtula..kalu mood baik, siap main cak² lagi...taktaula sama ada sara takut tgk muka mamat tu yg brutal..rambut pun ala punk gitu. aku sendiri gerun!

tgh sara ngamuk tu, papa nya naik atas bot..dia cakap dari dlm laut ley dengar suara sara jerit. nak snorkeling pun tak jadi.. so jawabnya papa sara la dok atas bot, aku dapat turun kali ke-2...huhu..

banyak betul fish!!!!



lagi fish!


sara tengah busy kasi ikan makan roti...roti bakar sapu butter kaya lagi tau! tu bekal papa sara sebenarnya..hahaha


video
layan clips sara tengah beri ikan makan ni..time ni mood dia pun cam ribut taufan jugak.

lepas tu dia wt perangai lagi bila roti yang kasik ikan makan tu dah abis..serentak tu, kami yg dalam laut ni disuruh naik atas bot..'balik woi..balik woii...ada budak nangis'..aku tau dah kenapa! sian dorg, tak dapat nk snorkeling lama2..suppose 1 jam tapi dapat 20minit je..gara² sara cranky..sure ramai yang menyalahkan kami.. huhu :(

balik je bilik aku plan nak turun laut sebab tak puas snorkeling. tapi, zeri dh bg arahan suruh jaga sara. so, tepaksa mengalah..dia gi sambung swimming. aku plak uruskan sara. memang tak puas..hopefully petang ni mood sara ok. petang ni last time nak snorkeling..

balik tu budak bot tny, nape sara melalak. aku cakapla sara nak join swimming sama..ye la asal tgk ktorg terjun bot je dia melalak nak ikut. pehtu budak tu kata..'laaa nape tak cakap, boleh abang bawak adik swimming sama'...laaaa yeke!!! aduii frust betul kitorang! sara siap babai lagi budak tu..mood da okla tu..yg sebenarnya sara jeles kitorg berenang tak bawak dia..tu yg melalak je tu..huhu

okla itu je..nanti aku sambung lagi k..sakit peyutla..nak gi bank jap!

Tuesday, July 27, 2010

Pizza Sandwich

malam tadi semangat nak masak satu resipi. itupun dapat idea dari resipi orang lain gak. hehe..i just improvise sikit² je..kalau blogger tu (lupa link dia..huhu) guna sardin. aku guna sosej..so lahirla pizza sandwich.

bahan²:
roti gardenia
keju kraft
sos tomato
italian seasoning
mini sosej

cara²:
1. Gaulkan sos tomato bersama italian seasoning (atau boleh guna sos readymade - prego/dolmio)
2. sapukan sos tadi atas sekeping roti.
3. potong sosej kecil² dan susun atas roti yang telah disapu sos.
4. taburkan keju yang telah dicincang.
5. bakar dalam toaster oven selama 4-5minit.
6. ape lagi, ngap la!

tara~

pizza sandwich from my kitchen!

try buat sikit je pagi tadi. tak sangka pulak sara suka. mula dia makan dulu cheese dengan sosej tu, lepas tu baru dia makan roti sampai abis! suke ye sayang? takpe, balik nanti mama buat lagi eh. :D bahan pun tak cukup. kebetulan itu je bahan yg ada.. so pizza sandwich plain je la.. janji rasa pizza tu tetap ada.

untuk topping tu ikut suka hati perut memasing, letak cendawan + lada benggala pun best gak! nak lagi terangkat taruk sikit tabasco utk rasa pedas malatops! tapi utk anak² kita, guna je sos tomato. memang best! bukan aku syok sendiri tapi officemate aku pun kata sodap!
selamat mencuba!

Monday, July 26, 2010

sana sini

last weekend, kawan baik, zu call aku..

zu : wei berapa bulan nak kene buat buku merah?
aku : waaa ko dh peknen ke??
zu : aah..4bulan dah.aku tak sedor!
aku : laaa cemane ko ley tak perasan ko peknen ni??????lawak betul..


isk tak boleh jadik ni! SANA SINI dengar kengkawan dah MEMBUNCITKAN diri..bila nak sampai turn aku ni???

punye aku ngidam nak sangat, sampai 2x termimpi aku pun buncit. isk! haru betulla!

pada kawan² yang dah berisi tu, TAHNIAH! doakan turn aku sampai pulak ye... :D

Friday, July 23, 2010

Redang trip - Day 1

ok..sekian lama aku tak berceloteh, so arini biar aku membebel panjang lebar. ikutkan aku ni, nak update blog berkobar² lepas balik mana² vacation. tapi, lepas dah balik tu jadi malas..tu yang banyak gambar terperam je dalam hardisk aku tu.kekeke..tapi sebab kalini excited tu lain macam, so aku gigihkan gak update blog. seperti yang aku dah kecoh²kan sebelum ni, aku pegi pulau redang last weekend. plan asal nak gi ber3 je tapi fikir balik cam bosan je ber-2(sara dikecualikan sbb dia kecik lagi). so, sajala offer akak aku yang single lagi tu - kak an. laju je dia setuju. pastu bwk anak sedara yang tolong aku pindah aritu - kak alina. then akak aku pulak ajak kwn dia yang mmg dah lama ngidam nak gi sana tapi takde geng. so meriahla sikit.

kami pegi terengganu ari sabtu lepas -17july. stay 1 malam kat sana. sewa homestay fatimah. lokasi sangat dekat dengan stadium yang runtuh aritu dan airport sultan zainal abidin..murah je, RM60 semalaman. sapa yang minat nak gi boleh contact kak fatimah -0139237978. bilik bersih, complete dengan 1 katil queen size, katil double decker, peti ais, kettle dan toilet in each room.
oh lupe plak, bilik tu siap dengan aircondition sekali ye + kipas.

Day 1

Esoknya, 18july kitorang gerak ke jeti syahbandar. Sampai di jeti, kena take turn q utk naik feri. kereta, kitorang park dalam kawasan parking jeti ni dengan kadar bayaran RM20 satu kereta untuk 3 hari. kalau tak tau kat mana lokasi jeti ni, dekat je dengan pasar kedai payang tu. susah sangat, ringankan mulut bertanya orang. malu bertanya, sesat jalan.hehe

kami last person yang naik..leceh nak bersesak coz kebetulan ada company trip. so feri aritu sesak dengan bebudak cino je..lemas aku!

begamba dulu sblm naik feri.

gayat oo begamba atas ni..


si dia pun tak nak lepas peluang begamba atas ni..mana sara? oo sara kat bawah..time ni aku jaga. take turn la. nk bwk dia naik atas ni bahaya.

perjalanan ke redang ambik masa dalam 1jam 30minit camtula.. sampai je kat sana, we all kena transit naik bot lain sebab feri tak boleh nak hampir ke pantai. then berjalan la ke chalet yang kitorg akan stay tu. tak jauh pun. tak sampai 5minit.

pulau redang..ni laguna resort. mahal sikit.

kitorang stay kat redang lagoon chalet.

okla chalet ni, owner malay. so makanan tak perlu risau, ditanggung HALAL! kitorang ambik pakej twinsharing RM315 per pax. untuk kakak aku and the gang, pakej triple sharing RM295 per pax. kalau nak pergi, ambikla pakej berbaloi² siap dengan meals ngan 3x snorkeling trip dan tiket feri pegi-balik! untuk kids below 3yrs kena tambah RM45. snorkel, mask dengan life jacket tu just sewa je dari chalet dengan bayaran RM10 utk snorkel+mask dan RM10 utk life jacket. zeri bodek tokey chalet tu dapat free 1 lagi life jacket kids size. tapi still tak muat utk sara pakai.


lepak bawah pokok atas buaian best betul..ngadap ke laut..masyuk!


senarai harga tiket + sewa peralatan snorkeling + timetable

yang best nye chalet ni, we all book 2 chalet. siap dioffer nak bilik macam mana. so we all decide ambik quad room. no blik M1 dengan K3. besar sikit lepas tu ada extra bed atas loteng tu. tapi yg tak bestnya, aircond kat bwh.. so orang yang stay atas tu just ada fan je la.. kat sini tak perlu risau kebuluran. minuman tersedia..dok sana asyik minum air oren sejuk je..memang bestla nak pulak cuaca panas kan..pastu makan pulak tak terkira..makan pagi 2x, lunch, tea time ngan dinner. asal balik terjun laut je makan..asal terjun laut je, mesti makan. camtula kitarannya..sampai stok air dan makanan yg kitorang bwk dari daratan pun tak abis.kekekeke


bilik kami.


bilik atas loteng.

lepas lunch, 2.30ptg bersiap² untuk snorkeling trip pertama..weeehuu tak sabar betul! 1st time nak snorkeling la katekan..hehehe..tah ingat ke tidak lagi skill swimming aku dulu. dah berkarat agaknya..3tahun tak swimming!


si kecik siap ber life jacket lagi..akak aku kata sara cam pakai skirt. kekeke


aku dengan kakak aku(kak an).
mencinya tgk gambar ni, nampak peha aku besar cam drumstick fafau je...

nak naik bot ni punye seksa! we all terpaksa berenang ke tengah sikit. nasib zeri tinggi, dia junjung sara atas kepala. aku jadi panik bila tengok air dah takat dada zeri. erk! aku ni tinggi takat paras ketiak dia je..means that, memang kaki aku takkan cecah air la nak naik bot tu..wahahah kecoh betul kitorang aritu.

dalam bot. semua excited!


mukaku yang kejap lagi akan di'bakar'

destinasi pertama, kitorang snorkeling kat pulau mat sepah (tak silap aku la..aku dengar budak instructor tu cakap camtu).

yang aku tak puas ati tu, kitorang kena campak kat tengah laut dalam. gile ko! 1st day dan 1st time snorkeling semua kena campak tengah laut. sapa tak cuak! yang nampak cool anak sedara aku dan zeri je. kwn akak aku lagila..langsung tak terjun laut! kekekeke


jernih gile air sampai dari atas bot ley nampak coral dengan jelas!


get ready nak turun bot..dalam hati, mengucap panjang!


seronok betul!! walhal sblm tu cuak gile..berapa kali tetelan air masin daaaaa


zeri , aku dan alina. aku fobia dengan air. esp air laut! dah belajar swimming pun tak ley ilang rasa fobia tu..huhu


siap apek ni jumpa gamat lagik!


tapi syukur, time ni sara ok lagi. tak moody.. dapatla aku snorkel jap even aku rasa dada cam nak pecah sebab takut air punye pasal. tapi bila tengok je bawah dasar laut terus rasa asyiknyaaaaaaaa...................sayangnya takde camera waterproof. kalau tak, best je snap gambar time ni, ikan banyak..coral cantik!!!!!. orang pun tak ramai, takdela snorkeling nampak bontot orang.. :P bot kitorang je snorkeling kt situ.. air memang jernih sangat...puas ati la!


balik tu memasing tak puas...bila dh ilang rasa takut air la kan. sambung snorkeling depan chalet pulak.kekeke



sara pulak seronok main pasir..siap ambik pasir tu makan lagi..aduss..pastu cakap 'acin'..yela nak oii, dah pasir kat tepi laut. memangler masin.kekekekeke..pastu suka main air sampai lebam budak ni tau sepanjang kat sana. sampai sunburnla..dhler berbikini je. boleh geng la ngan sotong² yang terdampar sepanjang pantai tu.. :P

malamnya, we all continue jalan² ke pantai sepanjang laguna resort pulak. sempatla ke The More More Tea Inn house yang jadi lokasi filem 'SUMMER HOLIDAY' lakonan Sammi Cheng and Ritchie Ren tu. cadang nak beli souviner tapi mahal gile..keychain bodo tu pun plg murah RM3.90 tapi design tak cun! end up tak beli pape pun..setakat cuci mata je la..

oklah..sekian cerita hari pertama di redang...insyaAllah cerita ni akan bersambung. mudah²an aku rajin nak sambung entry ni..huhu

tak puas tengok gambar? gi jenguk fb aku ye.

Wednesday, July 21, 2010

nanti² lah

sat..bagi aku bernafas dulu. semput lagi. mengah penat semua ada. muka pulak merah terbakar cam udang terbakar.

esok lusa la aku upload cerita redang dengan gambar² yang mantap! :D

Monday, July 19, 2010

bersiaran dari redang!

banyak benda nak dibebelkan tapi sebabkan terlalu seronok, nanti2lah dulu...petang ni nak ke marine park pulak. hopefully mood sara ok. tadi pagi dapat snorkeling 20minit je dek kerana sara moody. sian papanya, tak dapat terjun. sara memerap ngan papa je. ngan orang lain semua tak nak...mama pun ilang mood dah bila tengok sara asyik melalak je.. :(

gambar tak dapat nak upload dek kerana line tenet yang slow cam siput!

Friday, July 16, 2010

yabedabedu

tak sabaqnye esok ni!!!

yang paling best, terlepas mendengar bebelan bos ari isnin nanti..muahahahahaha!!!!

lama tak ponteng department meeting kan..sebabnya dah tau camne 'hazab' seksaan masa meeting tu. sengsara!!!!!!!!! bile lagi kan..

kepada officemate aku, selamat bermesyuarahla kalian ok! nanti aku bawak ole² kepok ye tuk korang...

happy weekend!

lately takde gambar entry kes aku malas berblog dah.

Thursday, July 15, 2010

aku pun nak kecoh jugak!

aku nak belagak sikit. kat rumah aku sekarang, dah ada 2 pokok orkid. hahahaha
tu pun nak kecoh! saje la, aku nak test 'sejuk' tak tangan aku ni..kekeke

jangan mati sudah pokok tu! sangap² pun terbang gak 60ringgit semalam semata² nak gardening kunun.

misi lepas ni mencari pasu..aku nak tanam pokok daun kunyit, pandan, limau kasturi dan daun kari. nasib baik pokok serai dh tersedia ditanam kat tepi rumah. syoknyeeee!!!!

ni out of topic..

aku agak musykil, kenapa sara lebih mesra dengan ahli keluarga papa dia. dengan keluarga aku, jinak² merpati..bila dekat dia lari. suruh salam tokwan(ayahandaku), jenuh paksa. kalau dengan atok(ayahmertua), bukan main siap bergomol. huhuhu...aku sedih tau!

tapi aku tau dah jawapannya..sebab sara kerap jumpa diorang(family mertua)..ngan tokwan perak dalam setahun tu boleh dihitung..plus atok johor selalu jumpa..pastu pulak sara cucu sulung and the only one..kalau ngan ayah aku, sara ni cucu ke-29!tokwan dah tak larat dah nk kelek cucu..orang utagha kata, dah cemuih dah..huhu

Wednesday, July 14, 2010

mana mood ni?

serius, takde mood nak merepek kat sini. bukak blog pun naik jelak dah. tunggula bila mood nak datang balik.semalam temankan mil ke pesta flora. mil aku memborong abis bunga orkid. dan aku? aku dok aim pokok cili + limau kasturi. sebab ape aku aim sangat pokok cili?? pasal anak pokok cili yang aku semai masa kat rumah lama dulu yang baru becambah tu dah mati. kes zairee letak pasu bunga dalam baldi. dia ingat baldi tu saje suka suki aku taruk tanah..dia tak perasan anak pokok cili becambah sampai 3 pokok! apa ingat tu rumput ke yang??? sedey aku tau!! so dia mesti bayar itu gantirugi tau!

mesti akan pegi beli gak before this weekend. dan nak beli satu orkid gantung. cuma masalahnya ongkosnya enggak ada. dah berabis dekat 2k dah this month!!! arggh makcik tensen!!!

tak sabar menunggu hujung minggu ni. selamat berhujung minggu everyone, eventho arini baru ari rabu. kekeke

sape blogger gi ganu this weekend? jom, kita nyelam kat redang ahad ni! jumpa di sana..di sana..di sana..di sanaaaaaaaa! :D

Friday, July 9, 2010

thank you Allah



alhamdulillah...kami semua dah sihat..
tinggal lagi selsema sara je tak ilang² lagi..
geram tengok cendol asyik meleleh je dari idung tu

paling penting takde la dia melepek tak sudah lagi
kalau tak, asyik merap je..

terima kasih pada yg mendoakan :D

kami pindah arini. syok..tak sabau pulak. sian zairee dan anak sedara betungkus lumus la diorg arini, aku tak boleh cuti arini, minggu ni dah brp kali cuti+mc+el..nak settlekan keje penting arini. next week training pulak! takpe,lunch time karang aku tapaukan lunch utk dorg.

Tuesday, July 6, 2010

Its my turn


Ahirnya aku pulak tak sihat..dapat aku rasa nikmat sakit.more challenging,bila mana aku dan sara demam..tgk je la dlm pic ats tu..tgn aku jadi bantal busuk dia.klu aku tarik,ngamuk.doakan kami ber2 cepat sembuh.ok,nk tdo.mataku berat pas mkn ubat tadi.

Monday, July 5, 2010

adakah ???

arini tak henti aku kentut dan sendawa (yes, i know these 2things very annoying kan?hak..hak..)
then, terasa macam ada angin tesekat di anak tekak tak lepas keluar.
nak sendawa tak lepas, air liur dah berpuluh kali aku telan tapi tetap rasa tak selesa di tekak.
semacam ada 'something' telekat di situ tak nak keluar dan tak nak masuk dalam perut aku ni.
tak silap aku, aku pernah alami perkara ni dulu.
tapi, masalah ni hanya selesai after 9month..
erk!!!adakah?????

hm.......


tapi aku rasa mungkin gastrik kot...semalam seharian tak makan. sebelah malam je aku bantai nasi 3pinggan.huhu...

mintak tolong jap!

pinggang sakit
badan lenguh sana sini
tekak perit
macam nak demam
oh tidak!!!!!!!!!!

diaper yang kalis

ni nak tanya jap, anak korang pakai diaper apa eh? aku fedup dah ni. boleh kata every night mesti kebocoran berlaku. walhal aku dah tukar diaper sara sebelum tido. ada masa kena bangun tengah malam tukar diaper. penah dalam satu malam 4kali tukar diaper. kes bocor. dengan aku sekali terkena...

since dia minum fm ni kan, makin kuat kencingla...dulu masa bfeed tak camni. kalau camni punya kes la kan, tak ley berCD la..mau ada yang banjir satu rumah.

takyah suggest mamypoko. sebabnya, aku dah penah try pakaikan brand tu kat sara. bocor jugakla. kalau time baby pun dah bocor ape lagi dh toddler ni. nak kena carik satu diaper yg ok. at least waktu malam takde la tetido dalam kelencunan lagik. aku gak tensen asyik kena sembur febreeze je..nak jemur tilam tak kose la aku nak angkat tilam yg berat tu!

update zairee dan sara.
alhamdulillah, nampaknya zairee dah beransur kebah. kalau tak, takde la malam tadi orang tu boleh stay up layan IP Man kan?hehe.. cuma yg merisaukan sara ni la. bila datang panas tu, nak memerap je. monyok serba tak kena. tapi bila panas dah ilang tu, boleh plak dia bermain sakan tak ingat yg diri tu demam...kalau orang tua cam kita ni sakit, sure flat abis (contoh terdekat ada depan mata..sape lagi? papa sara la..hehe) nampak gaya, petang ni kalau tak ok jugak, kena jumpa doc balik la...

tq pada yang mendoakan kesejahteraan kesihatan 2 orang kesayangan aku tu yek! sayang korang jugak!

Friday, July 2, 2010

stressku berganda

ye..saat ni aku dapat rasa tahap stress aku adalah to d MAX kerana arini 2 orang kesayangan jatuh sakit...walhal, baru semalam bawak papa sara gi spital for treatment. demam tak kebah. then arini memang aku off since dah dapat notis dari taska sara yg akan cuti arini (semua branch tutup, teacher kena attend kursus). pagi tadi juga sekali lagi terpaksa pegi balik annur untuk treatment sara pulak. time ni aku rasa bersyukur sgt sebab sgt berguna medical card, since aku pasti dengan mood aku skrg adalah mustahil utk aku bersabar tunggu giliran kalau pergi klinik kerajaan...huhu

dan bertambah stress kerana tiap kali aku bercuti tu la sara jatuh sakit. haish, memang takde can la nak rehat ke ape. dan aku rasa sangat mencabar bila 2-2 orang jatuh sakit serentak. tak menang tangan nak handle. sampai nak mandi pun tak tentu arah. yang sorang merengek serba tak kena. apa dia nak kita pun tak faham. yang sorang lagi tu(baby besar), ada masa request macam2...petang semalam siap pesan soh belikan coklat cadbury..cam lawak pun juga. mengidam makan coklat pulak papa sara ni. tapi aku tak beli pun since sms tu aku hanya terima bila aku on hp yang baterinya dah kong since dari hospital (last aku post entry smlm dari hp then terus padam)...kalau bgtau awal bolehla aku singgah memana belikan.

semalam dek kerana nak memenuhi permintaan tersayang, aku bertawaf jalan kaki keliling satu blok bangunan hospital annur tu (kalau korang sedia maklumla lokasi). tau kenapa? coz nak mencari 1 botol air mineral....dan pertama kali aku rasa down gila bila setiap kedai yg aku jengah tak jual air mineral! arghhh!!!! memang tahap stress aku berlipat kali ganda semalam....tapi aku masih mampu bergurau senda dengan si dia semata tak nak dia pun down..

ambik darah nk test denggi..

dan bertambah bengangnya aku bila aku jenguk kedai makan restoran kelisa (ni restoran kwn aku), rupanya kedai tu ada jual air mineral..dan yg tinggal memang 1 botol besar. memang tu rezeki utk husband aku lah...cuma aku bengang dengan diri aku kerana tak dapat berfikir dengan waras..kenapa aku tak jenguk dulu kedai tu yg hanya sebelah saja dengan annur instead of aku bertawaf satu blok tadi????? memang stress tahap cipanla....dan sekali lagi aku marah dengan diri aku bilamana waktu aku tunggu lif nak naik ke surau tingkat 2, aku terpadang water dispenser di depan lif bersama cup. arggghh!!! kalau aku tau, aku tak keluar jauh meredah hujan..dalam hospital tu pun dh disediakan air utk patient yg datang.. :(

bila balik rumah, kepala yg serabut bertambah serabut...bila mana aku tengok rumah aku tungganglanggang macam orang pelarian. kain baju yg seminggu tak berlipat..barang sepah sana sini..kotak sana sini. memang aku dah malas nk kemas, lagi2 kami nak pindah. so skrg dalam proses packing..itu sebab aku jadi malas tahap cipan nak buat apa....argggh memang lagi stressla....

muka budak demam

tapi tak baik aku mengeluh..dah memang tanggungjawab aku menjaga diorang waktu camni. aku tetap bersyukur sebab aku masih boleh lagi berdikari. paling utama, aku bersyukur sgt sebab aku boleh drive...takdela semua bergantung harap kat husband je. lagi-lagi dalam situasi kecemasan camni. takkan nak biarkan dia drive sendiri gi hospital dalam keadaan lemah camtu...dan aku harap Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk aku dalam tempoh ni.

tolong doakan semoga zeri dan sara cepat sembuh ye..tq semua.

Thursday, July 1, 2010


Skarang di annur bangi.dptkn treatment utk zeri.kalini demam teruk..mlm tadi sampai gigil 1bdn..kena ambik drh,msk air..tgh tgu result checkup.hrp tak de pape.doakan cpat sembuh ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...