Friday, July 30, 2010

bila takde modal,bebel je la..

dalam tak sedar, cepat nye masa berlalu. tup tup dah hari jumaat. malam tadi, nak tido serba tak kena. pecah rekod aku, kul 8 dah masuk tido. semuanya sebab akibat telan ubat batuk. tonsil membengkak, sakit tekak yang kronik, batuk tahap gaban dah. nasib baik sara tak buat perangai.

aku pasang je clip magic english tu layan dengan dia sampai kami 2 beranak tebongkang tido. zeri sms keluar lepak mamak pun aku tak sedar. kuat betul kesan ubat batuk tu..huhu

mlm ni nak kena berhempas pulas di dapur siapkan piza sandwich (sandwich piza? mana satu betul ni?). prepare foods untuk sports day taska sara esoknya. nasib baik last minute datang idea nak masak apa. paling lega, ada juga partner, ana yang nak join venture sekali.

hm, tengahari ni macam kena cari tracksuit utk sara la. seluar baju sukan sara tu panjang betul. itu saiz budak tadika. hm...cam nyesal pulak beli aritu.huhu...dah terbeli nak buat ape lagi dol..

opss..sblm tu, ni la 2 jenis bunga orkid yang aku beli masa floria aritu..jangan tanya nama dan spesiesnya. aku taktau! cantik tak???

tapi, balik je dari redang aritu 1 daripada jambak bunga kuning tu dah layu..yang purple colour still maintain cun!

okla tak de pape nak bebel arini. selamat berhujung minggu ye. :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...