Tuesday, July 27, 2010

Pizza Sandwich

malam tadi semangat nak masak satu resipi. itupun dapat idea dari resipi orang lain gak. hehe..i just improvise sikit² je..kalau blogger tu (lupa link dia..huhu) guna sardin. aku guna sosej..so lahirla pizza sandwich.

bahan²:
roti gardenia
keju kraft
sos tomato
italian seasoning
mini sosej

cara²:
1. Gaulkan sos tomato bersama italian seasoning (atau boleh guna sos readymade - prego/dolmio)
2. sapukan sos tadi atas sekeping roti.
3. potong sosej kecil² dan susun atas roti yang telah disapu sos.
4. taburkan keju yang telah dicincang.
5. bakar dalam toaster oven selama 4-5minit.
6. ape lagi, ngap la!

tara~

pizza sandwich from my kitchen!

try buat sikit je pagi tadi. tak sangka pulak sara suka. mula dia makan dulu cheese dengan sosej tu, lepas tu baru dia makan roti sampai abis! suke ye sayang? takpe, balik nanti mama buat lagi eh. :D bahan pun tak cukup. kebetulan itu je bahan yg ada.. so pizza sandwich plain je la.. janji rasa pizza tu tetap ada.

untuk topping tu ikut suka hati perut memasing, letak cendawan + lada benggala pun best gak! nak lagi terangkat taruk sikit tabasco utk rasa pedas malatops! tapi utk anak² kita, guna je sos tomato. memang best! bukan aku syok sendiri tapi officemate aku pun kata sodap!
selamat mencuba!

3 comments:

mamaEsya said...

best, best...nak cubela....

isabelle said...

bagus idea nie. i nak try la, tapi kena gunting roti tu bagi bulat, baru adam nmpk mcm piza betul2.kekekeke

Lin said...

ana,
dah try kan..best tak?

isabelle,
hahaha jenuhla pulak nak trim roti bagi jadik bulat.kekeke..ala cakap kt adam,ni pizza style baru...kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...