Friday, July 23, 2010

Redang trip - Day 1

ok..sekian lama aku tak berceloteh, so arini biar aku membebel panjang lebar. ikutkan aku ni, nak update blog berkobar² lepas balik mana² vacation. tapi, lepas dah balik tu jadi malas..tu yang banyak gambar terperam je dalam hardisk aku tu.kekeke..tapi sebab kalini excited tu lain macam, so aku gigihkan gak update blog. seperti yang aku dah kecoh²kan sebelum ni, aku pegi pulau redang last weekend. plan asal nak gi ber3 je tapi fikir balik cam bosan je ber-2(sara dikecualikan sbb dia kecik lagi). so, sajala offer akak aku yang single lagi tu - kak an. laju je dia setuju. pastu bwk anak sedara yang tolong aku pindah aritu - kak alina. then akak aku pulak ajak kwn dia yang mmg dah lama ngidam nak gi sana tapi takde geng. so meriahla sikit.

kami pegi terengganu ari sabtu lepas -17july. stay 1 malam kat sana. sewa homestay fatimah. lokasi sangat dekat dengan stadium yang runtuh aritu dan airport sultan zainal abidin..murah je, RM60 semalaman. sapa yang minat nak gi boleh contact kak fatimah -0139237978. bilik bersih, complete dengan 1 katil queen size, katil double decker, peti ais, kettle dan toilet in each room.
oh lupe plak, bilik tu siap dengan aircondition sekali ye + kipas.

Day 1

Esoknya, 18july kitorang gerak ke jeti syahbandar. Sampai di jeti, kena take turn q utk naik feri. kereta, kitorang park dalam kawasan parking jeti ni dengan kadar bayaran RM20 satu kereta untuk 3 hari. kalau tak tau kat mana lokasi jeti ni, dekat je dengan pasar kedai payang tu. susah sangat, ringankan mulut bertanya orang. malu bertanya, sesat jalan.hehe

kami last person yang naik..leceh nak bersesak coz kebetulan ada company trip. so feri aritu sesak dengan bebudak cino je..lemas aku!

begamba dulu sblm naik feri.

gayat oo begamba atas ni..


si dia pun tak nak lepas peluang begamba atas ni..mana sara? oo sara kat bawah..time ni aku jaga. take turn la. nk bwk dia naik atas ni bahaya.

perjalanan ke redang ambik masa dalam 1jam 30minit camtula.. sampai je kat sana, we all kena transit naik bot lain sebab feri tak boleh nak hampir ke pantai. then berjalan la ke chalet yang kitorg akan stay tu. tak jauh pun. tak sampai 5minit.

pulau redang..ni laguna resort. mahal sikit.

kitorang stay kat redang lagoon chalet.

okla chalet ni, owner malay. so makanan tak perlu risau, ditanggung HALAL! kitorang ambik pakej twinsharing RM315 per pax. untuk kakak aku and the gang, pakej triple sharing RM295 per pax. kalau nak pergi, ambikla pakej berbaloi² siap dengan meals ngan 3x snorkeling trip dan tiket feri pegi-balik! untuk kids below 3yrs kena tambah RM45. snorkel, mask dengan life jacket tu just sewa je dari chalet dengan bayaran RM10 utk snorkel+mask dan RM10 utk life jacket. zeri bodek tokey chalet tu dapat free 1 lagi life jacket kids size. tapi still tak muat utk sara pakai.


lepak bawah pokok atas buaian best betul..ngadap ke laut..masyuk!


senarai harga tiket + sewa peralatan snorkeling + timetable

yang best nye chalet ni, we all book 2 chalet. siap dioffer nak bilik macam mana. so we all decide ambik quad room. no blik M1 dengan K3. besar sikit lepas tu ada extra bed atas loteng tu. tapi yg tak bestnya, aircond kat bwh.. so orang yang stay atas tu just ada fan je la.. kat sini tak perlu risau kebuluran. minuman tersedia..dok sana asyik minum air oren sejuk je..memang bestla nak pulak cuaca panas kan..pastu makan pulak tak terkira..makan pagi 2x, lunch, tea time ngan dinner. asal balik terjun laut je makan..asal terjun laut je, mesti makan. camtula kitarannya..sampai stok air dan makanan yg kitorang bwk dari daratan pun tak abis.kekekeke


bilik kami.


bilik atas loteng.

lepas lunch, 2.30ptg bersiap² untuk snorkeling trip pertama..weeehuu tak sabar betul! 1st time nak snorkeling la katekan..hehehe..tah ingat ke tidak lagi skill swimming aku dulu. dah berkarat agaknya..3tahun tak swimming!


si kecik siap ber life jacket lagi..akak aku kata sara cam pakai skirt. kekeke


aku dengan kakak aku(kak an).
mencinya tgk gambar ni, nampak peha aku besar cam drumstick fafau je...

nak naik bot ni punye seksa! we all terpaksa berenang ke tengah sikit. nasib zeri tinggi, dia junjung sara atas kepala. aku jadi panik bila tengok air dah takat dada zeri. erk! aku ni tinggi takat paras ketiak dia je..means that, memang kaki aku takkan cecah air la nak naik bot tu..wahahah kecoh betul kitorang aritu.

dalam bot. semua excited!


mukaku yang kejap lagi akan di'bakar'

destinasi pertama, kitorang snorkeling kat pulau mat sepah (tak silap aku la..aku dengar budak instructor tu cakap camtu).

yang aku tak puas ati tu, kitorang kena campak kat tengah laut dalam. gile ko! 1st day dan 1st time snorkeling semua kena campak tengah laut. sapa tak cuak! yang nampak cool anak sedara aku dan zeri je. kwn akak aku lagila..langsung tak terjun laut! kekekeke


jernih gile air sampai dari atas bot ley nampak coral dengan jelas!


get ready nak turun bot..dalam hati, mengucap panjang!


seronok betul!! walhal sblm tu cuak gile..berapa kali tetelan air masin daaaaa


zeri , aku dan alina. aku fobia dengan air. esp air laut! dah belajar swimming pun tak ley ilang rasa fobia tu..huhu


siap apek ni jumpa gamat lagik!


tapi syukur, time ni sara ok lagi. tak moody.. dapatla aku snorkel jap even aku rasa dada cam nak pecah sebab takut air punye pasal. tapi bila tengok je bawah dasar laut terus rasa asyiknyaaaaaaaa...................sayangnya takde camera waterproof. kalau tak, best je snap gambar time ni, ikan banyak..coral cantik!!!!!. orang pun tak ramai, takdela snorkeling nampak bontot orang.. :P bot kitorang je snorkeling kt situ.. air memang jernih sangat...puas ati la!


balik tu memasing tak puas...bila dh ilang rasa takut air la kan. sambung snorkeling depan chalet pulak.kekeke



sara pulak seronok main pasir..siap ambik pasir tu makan lagi..aduss..pastu cakap 'acin'..yela nak oii, dah pasir kat tepi laut. memangler masin.kekekekeke..pastu suka main air sampai lebam budak ni tau sepanjang kat sana. sampai sunburnla..dhler berbikini je. boleh geng la ngan sotong² yang terdampar sepanjang pantai tu.. :P

malamnya, we all continue jalan² ke pantai sepanjang laguna resort pulak. sempatla ke The More More Tea Inn house yang jadi lokasi filem 'SUMMER HOLIDAY' lakonan Sammi Cheng and Ritchie Ren tu. cadang nak beli souviner tapi mahal gile..keychain bodo tu pun plg murah RM3.90 tapi design tak cun! end up tak beli pape pun..setakat cuci mata je la..

oklah..sekian cerita hari pertama di redang...insyaAllah cerita ni akan bersambung. mudah²an aku rajin nak sambung entry ni..huhu

tak puas tengok gambar? gi jenguk fb aku ye.

5 comments:

Elyn said...

aduhhh takmo ckp bykkkk huwaaaaaaa

Ummi Eisya said...

bestnye g holiday...panjang tul cite..hiii..

ieda a.k.a mama erfan said...

seronoknyeee... sambung lagi cite... hehehe

azzamoro said...

bestnyerrrrr..tunggu alyff dah besar sikit nak bwk diorg pi pulau la..

Lin said...

elyn,
cepat ajak en faiz pegi!!!

umi eisya,
hahaha penat tau nk karang cerita.huhu

ieda,
tgh cari mood nk mengarang.nanti sambung :D

azza,
tunggu alyff baya2 airyl skrg la azza baru sesuai nk bwk. cam sara aritu pun jenuh gak aku.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...