Friday, July 2, 2010

stressku berganda

ye..saat ni aku dapat rasa tahap stress aku adalah to d MAX kerana arini 2 orang kesayangan jatuh sakit...walhal, baru semalam bawak papa sara gi spital for treatment. demam tak kebah. then arini memang aku off since dah dapat notis dari taska sara yg akan cuti arini (semua branch tutup, teacher kena attend kursus). pagi tadi juga sekali lagi terpaksa pegi balik annur untuk treatment sara pulak. time ni aku rasa bersyukur sgt sebab sgt berguna medical card, since aku pasti dengan mood aku skrg adalah mustahil utk aku bersabar tunggu giliran kalau pergi klinik kerajaan...huhu

dan bertambah stress kerana tiap kali aku bercuti tu la sara jatuh sakit. haish, memang takde can la nak rehat ke ape. dan aku rasa sangat mencabar bila 2-2 orang jatuh sakit serentak. tak menang tangan nak handle. sampai nak mandi pun tak tentu arah. yang sorang merengek serba tak kena. apa dia nak kita pun tak faham. yang sorang lagi tu(baby besar), ada masa request macam2...petang semalam siap pesan soh belikan coklat cadbury..cam lawak pun juga. mengidam makan coklat pulak papa sara ni. tapi aku tak beli pun since sms tu aku hanya terima bila aku on hp yang baterinya dah kong since dari hospital (last aku post entry smlm dari hp then terus padam)...kalau bgtau awal bolehla aku singgah memana belikan.

semalam dek kerana nak memenuhi permintaan tersayang, aku bertawaf jalan kaki keliling satu blok bangunan hospital annur tu (kalau korang sedia maklumla lokasi). tau kenapa? coz nak mencari 1 botol air mineral....dan pertama kali aku rasa down gila bila setiap kedai yg aku jengah tak jual air mineral! arghhh!!!! memang tahap stress aku berlipat kali ganda semalam....tapi aku masih mampu bergurau senda dengan si dia semata tak nak dia pun down..

ambik darah nk test denggi..

dan bertambah bengangnya aku bila aku jenguk kedai makan restoran kelisa (ni restoran kwn aku), rupanya kedai tu ada jual air mineral..dan yg tinggal memang 1 botol besar. memang tu rezeki utk husband aku lah...cuma aku bengang dengan diri aku kerana tak dapat berfikir dengan waras..kenapa aku tak jenguk dulu kedai tu yg hanya sebelah saja dengan annur instead of aku bertawaf satu blok tadi????? memang stress tahap cipanla....dan sekali lagi aku marah dengan diri aku bilamana waktu aku tunggu lif nak naik ke surau tingkat 2, aku terpadang water dispenser di depan lif bersama cup. arggghh!!! kalau aku tau, aku tak keluar jauh meredah hujan..dalam hospital tu pun dh disediakan air utk patient yg datang.. :(

bila balik rumah, kepala yg serabut bertambah serabut...bila mana aku tengok rumah aku tungganglanggang macam orang pelarian. kain baju yg seminggu tak berlipat..barang sepah sana sini..kotak sana sini. memang aku dah malas nk kemas, lagi2 kami nak pindah. so skrg dalam proses packing..itu sebab aku jadi malas tahap cipan nak buat apa....argggh memang lagi stressla....

muka budak demam

tapi tak baik aku mengeluh..dah memang tanggungjawab aku menjaga diorang waktu camni. aku tetap bersyukur sebab aku masih boleh lagi berdikari. paling utama, aku bersyukur sgt sebab aku boleh drive...takdela semua bergantung harap kat husband je. lagi-lagi dalam situasi kecemasan camni. takkan nak biarkan dia drive sendiri gi hospital dalam keadaan lemah camtu...dan aku harap Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk aku dalam tempoh ni.

tolong doakan semoga zeri dan sara cepat sembuh ye..tq semua.

7 comments:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

doa2 cepat sembuh!

nieda said...

sy doakan buah hati lin cepat sembuh

MeL MikaiL said...

i doakan ur hubby n sara cepat sembuh. mmg stress la bila dua2 demam. sbr ye lin..

p!nkerton said...

adeh kesiannye u lin, sabar ye, semoga drg berdua cepat sembuh..

Mrs. Eeza Herman said...

zeri sakit???
sabar ye..insyaAllah, nanti dua2 sihat semula..

Farah said...

semoga dua2 pon cepat sembuh.

ibu_Arifa said...

semoga kedua2 buah hati Lin tu cepat2 sembuh yer..kesian kan kalo serentak demam mcm tu. tak menang tangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...