Friday, August 27, 2010

Malang betimpa2


Dugaan datang bertimpa-timpa...ya Allah,tabahkan hati hamba-Mu ini..

apa yang sama?

tengok gambar ni..

teka mana satu i? <- kalau silap teka tu, cek balik 'otak' u..takut ada wayar yang tercabut :P






ok lepas tu tengok pulak gambar ni..

sori gambar gelap...lupa nak autoflash.




dan gambar ni..

apa yang sama??? kalau dapat meneka dengan tepat, memang otak u bergeliga bisa buat batu cincin!!!!









pada mulanya, aku sendiri tak perasan. tapi bila tengok 'tabiat' si sara ni mengingatkan pada seseorang..sapa lagi????!!! aku masa kecik² la!!!!! as a proof, ada jugak gambar masa aku kecik <--sedih, zmn dulu mana ada camera canggih yg boleh snap photo unlimited macam skrg ni. :P. as a conclusion, ke mana lagi nak tumpah kuah kalau tak ke nasinya..pepatah omputeh yang diputarbelitkan 'like mother like daughter laaa...'

patutla masa sara kecik lagi, pak anjang aku kata 'sara ni ikut hang'..tang mana yang ikut pun aku taktau..so now, baru aku perasan. zeri plak cakap, 'memangla sara ikut dia..kepala angin pun ikut dia. moody je' <--wawawa dapat chances mengenakan kita, dia bagi sedebik.

pasni nak kena observe, apa lagi tabiat yang dia follow aku..janji jangan ikut tabiat buruk mama dahla..esp tang moody tu, please control yeee...nanti orang tak suka! kalau diamati tabiat sara ni, ada bezanya, seingat akula, masa kecik dulu, aku akan tunjuk tabiat aku tu bila aku 'shy² cat' especially time nak ambik gamba <-jakunla sikit nak begambar zaman dulu susah nak jumpa camera, tapi sara ni beza sikit je, dia wat tabiat tu bila melalak. dalam 2 photo atas tu dia tgh melalak/baru reda melalak la tu. :P

korang pulak, apa tabiat anak yang follow korang. share la ye.. :D

Thursday, August 26, 2010

SEMAK BUFFET RAMADHAN HOTEL YANG HALAL!

aku terima info ni dari emel..kalau diikutkan plan asal berbuka smlm di Hilton PJ...tapi dah tukar ke tempat lain. tapi zeri dh cek, hilton PJ halal. so guys, please cek dulu ye..tolong sebarkan pada kawan² lain..


Tarikh : 20 Ogos 2010

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
”PERKEMBANGAN PENSIJILAN HALAL KEPADA HOTEL
MELALUI JAKIM SEPANJANG 10 RAMADHAN PERTAMA
1431H”
_________________________________________
1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) telah menjalankan pemantauan terhadap 34 buah
hotel yang menawarkan sajian “Bufet Ramadan” bermula pada 1
hingga 10 Ramadan 1431 Hijriah di beberapa buah negeri di
Malaysia. Kesemua pemeriksaan dan serbuan tersebut telah
dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah.
Hotel-hotel tersebut meliputi hotel 5 bintang, 4 bintang dan 3 bintang
ke bawah.

2. Dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 2 buah hotel telah
memperolehi sijil halal Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Penemuan turut mendapati sebanyak 34 buah hotel telah
menggunakan istilah Buffet Ramadhan dan 24 buah hotel didapati
menggunakan bahan yang diragui halal.

3. Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk memastikan premis
berkenaan menyediakan makanan halal yang mematuhi hukum
syarak. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran pihak berkenaan terhadap tanggungjawab dalam
penyediaan makanan halal kepada pengguna Islam.

4. Hasil pemantauan tersebut, didapati 70 peratus daripada
keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian
Pensijilan Halal Malaysia. Promosi buffet Ramadan yang ditawarkan
adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan
Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

5. Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang
berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang
tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan
percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di
kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

6. Walau bagaimanapun, kesemua pihak premis memberikan
kerjasama dan maklumbalas yang baik di sepanjang proses
pemantauan ini dijalankan. Pihak premis juga menyatakan minat dan
kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada
JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

7. JAKIM akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan
bersama KPDNKK kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang
Ramadhan. Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar
tidak menyalahguna terma Buffet Ramadhan yang boleh memberi
kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka
puasa. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Buffet
Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil
tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan.

8. Sementara itu, sepanjang 10 Ramadhan pertama ini, JAKIM telah
menerima sebanyak 16 permohonan daripada hotel-hotel seluruh
Malaysia. Daripada jumlah hotel tersebut, sebanyak 9 hotel telah
memperlengkap dokumen dan sedang diproses dan sebanyak 7
hotel masih belum melengkapkan dokumen mereka. Manakala
sebanyak 2 hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10
Ramadhan ini. Hotel-hotel tersebut adalah JB Central, Johor dan
Pearl International, Selangor.

9. Suka JAKIM mengingatkan kepada pemohon yang memohon secara
on-line agar segera menghantar dokumen sokongan mereka bagi
mengelakkan permohonan mereka ditolak secara automatik oleh
sistem e-halal sekiranya melebihi 5 hari permohonan.

10. Seterusnya, JAKIM ingin memaklumkan bahawa mana-mana
permohonan (produk/ premis/ rumah sembelih/ logistik) boleh
mengemukakan permohonan kepada JAKIM / JAIN.

11. JAKIM juga amat menghargai kerjasama pihak Jabatan Agama Islam
Negeri (JAIN) yang telah mewar-warkan senarai hotel yang telah
diberikan pensijilan halal oleh pihak berkuasa negeri kepada pihak
media untuk makluman orang ramai.

12. Sehubungan dengan itu, JAKIM menasihatkan pengguna Islam
supaya berhati-hati memilih makanan halal dan mengelakkan
daripada perkara yang was-was seperti sabda Nabi Muhammad
SAW yang bermaksud:

“Yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di
antara kedua-duanya ada beberapa perkara yang belum jelas
hukumnya (syubhat)”.
HR Muslim dan at-Tirmizi.

13. Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal JAKIM serta
senarai pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM,
orang ramai bolehlah melayari laman web halal JAKIM di
www.halal.gov.my.

14. Atas jasa baik pihak media dalam mewar-warkan perkara ini kepada
para pengusaha hotel di Malaysia khususnya dan masyarakat
Malaysia amnya amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
DATO’ HAJI WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ

STATISTIK HOTEL
YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI
PIAWAIAN HALAL
MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN
TAHUN 2010

ONE WORLD HOTEL
FIRST AVENUE
Bandar Utama City Center
47800, Petaling Jaya

BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur


HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur


PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra Perdana
Taman Putra Perdana
Precinct, 62000 Putrajaya


HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd
165,Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur


SHAH’S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115
46719, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan


PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang Selangor


LAGENDA CUISINE SDN BHD
(PRESCOTT INN KAJANG)


ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,
Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor


RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas
Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000
Selangor


EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11
Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,
Selangor Darul Ehsan


CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur


NOVOTEL K.L CITY CENTER
(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450,
Kuala Lumpur


BANGI GOLF RESTAURANT
Bangi


CITITEL MID VALLEY
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur


KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal SdnBhd
Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel
368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak
50400 Kuala Lumpur


THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, JalanAmpang, 50450
Kuala Lumpur


THE ROYALE BINTANG
KUALA LUMPUR


R & B SERVICES
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR


THE SAUJANA KUALA LUMPUR
SAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS
40150 Shah Alam, Selangor


HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 11815, 50758
Kuala Lumpur


LE MERIDIEN
2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur


THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang
50300 Kuala Lumpur


berbuka di The Spread @ The Gardens Hotel

semalam aku cuti masak. ye!!!

first time la kitorang makan kat sini..actually aku rasa dah berkurun abad tak pegi midvalley.last time pegi mid valley masa sara berumur 6-7bulan kot..arggh can't remember!

foods ok la, rasa pun not bad dan lots of variety. cuma aku ni bukan kuat makan sangat. so rasa cam tak berbaloi je dengan bayaran RM78 tu. tapi since free, pegi je la..dah company sponsor..

dengan si sara kitorang angkut, nasib baik ada anak kawan zeri gak. nama lebih kurang, alya batrisya. :D bolehla berkawan...dan bersyukur sangat, sara well behave sepanjang kat sana. cuma cam biasala, dia bukan nak makan sangat..banyak main dengan foods je. asalkan dia tak mengamuk sudahla. sebab utama, dia dah kekenyangan pun. sebelum pegi situ, dia dah balun abis bun sosej . huhu..


nampak sangat budak ni kebulur. abis roti tu dia balun sorang. time ni tgh tunggu papa selesai solat asar..


my plate..first foods yang masuk dalam perut aku..nasi takkan tinggal ok. nama pun tekak melayu..makan lauk je mana kenyang <--alasan!
his <- this is the 2nd plate ok! jgn terkejut.. sian my husband, kawan dia kuat mengusik, siap snap pics nak tag kt facebook..huhuhu


this is my all time fav! oyster!!!!!!

paling aku suka, dapat lepaskan gian nak makan oyster...aku suka makan plain camtu je letak lemon juice...marvelous! zeri pandang dengan muka 'geli'... sedap peeeee!!!! rugi tak makan tau!


dessert for me and sara <-share la pasal aku tak kuat makan. jgn bazir.


dia lagi suka makan tembikai dari foods lain,..huhu

see, tak banyak pun yg aku makan..pas solat maghrib, aku sambung makan fettuccine pulak, ada 2 types sauce carbonara and tomato. then last yang aku telan, ice cream for dessert. tak sempat nak usya foods yang lain, kena gilir jaga budak kecik. huhuhu...

balik rumah sampai kul 10 camtula..terus rasa badan flat. akibatnya, sahur pagi tadi makan nasi goreng bodo dengan daging dendeng frozen yg dipanaskan.

notes : oh, jgn risau..kat situ ada surau cuma utk perempuan, sila bawak kain sembahyang sendiri. lagipun aku rasa surau tu macam baru diwujudkan. coz, surau tu asalnya bilik hotel..diorang just keluarkan perabot je...nak wuduk pun guna paip bath tub. huhu

Wednesday, August 25, 2010

jom beli barang raya

tadi lunch time pegi bazar 'jom beli barang raya'..kat sebelah office..tak beli apa pun. booth bodyshop pn tak sempat jenguk. just sempat bersesak kat booth dutch lady semata² nak beli susu sara, kebetulan stok dh abis. jadila..1combo tu susu DL 1kg + 1 pack susu Yes arga RM20.
yela..sara minum susu murah je..murah pun, parah gakla sebulan dekat 4pack dah berapa <--tak baik berkira utk anak.. :P tapi, kalau breastfeeding lagi, jimatla banyak...

gambaq tarak.malas nak letak.

esok kalau ada kesempatan nak jalan² booth bodyshop. :D

Tuesday, August 24, 2010

aku dah naik fedup

....sebabnya dari tadi install visual studio 2003 kat pc os windows 7 tak lepas!!!
tadi ada error masa install .net framework 1.1. tapi dh solve. nasib baik aku ni otak genius <--statement riak, isk tak baik berdosa!

pastu dah jerit sukala..dalam hati ada taman la konon! ingatkan dah settle masalah. tapi ada lagi!!!!! arggggh!!! dari 8.30pagi aku hadap benda ni. keja lain tak boleh buat!!!! fedup ok! user call pun aku bo-layan! please i'm busy ok!

aku rela downgrade pc os win XP semula dari dapat new pc yang tak berguna camni sampai aku nak wat kerja pun terbantut! oh shit!

p/s - kalau tak faham apa aku bebel, abaikan. kepala otak aku serabut gila skrg ni!tengah tanya pakcik google the best solution. ya Allah bantu hambamu yg dlm kesulitan ni. kalau berjaya solve ni, aku sujud syukur!

Friday, August 20, 2010

sila jamu mata

motif entry? takdak...saja ja nak bagi korang terliur..muahahaha(:gelak jahat:)


ni menu buka puasa isnin aritu. siap bercili jeruk. excited sangat nak wt charkoewtiaw semata² nak rasmi cili jeruk yang petamakali dibuat sendirik! menjadi pulak tu..puas ati! kalau pi makan kat kedai, ciput je diorang letak cili tu..buat sendiri, nak balun 1 botol tu pun tak dak sapa bising. pasni boleh borong cili hijau wat jeruk ok. :wink:


ni menu buka puasa ari rabu sudah. ada org mengidam nak makan kari. ingatkan sempatla nak tebaq roti jala...hem..mana nak dan. ngam² siap masak ni (dengan foods lain) tu pun elok je azan maghrib..huhu


haa ni fresh lagi, lauk berbuka semalam. ada org tu siap call aku kat office ni order daging blackpepper dengan ikan goreng sambal. kan dah kata, peel orang puasa ni lain sikit. mengidam dia tu lagi dasat kot dari ibu mengandung..muahahahaha..

arini? hm..taktaula..tgkla kul 3ptg nanti. mesti dapat 'order' lain pulak. aiyak, dah jadi cam mamak kedai plak...daging blackpepper satu! <--bak kata ija. hahahaha. tapi takpala, nak tambat hati suami tu tambat perut dulu. so korang kalau jumpa laki aku tu cuba usya perut dia...muahahahaha!! ya ampun, jangan mara ye bangggg...

Wednesday, August 18, 2010

Syukur alhamdulillah..

Ingat exam aku dulu ni? result dh keluar..result yg aku sendiri tak jangka..mungkin rezeki hadiah birthday qaisara (nak kata rezeki anak, tak berisi lagi..lemak adala..muahahaha). bersyukur, terbayar semua penat lelah sampai terpaksa abaikan sara. huhu..sori sayang, nanti mama kasik adiah ye.. :D

okla, so aku nak share soalan. tak surela ada ke kalangan readers yang seangkatan dengan aku. but just share je la kat sini since aku dulu pun cari info dari internet. mana tau, ada yang tersangkut kat blog aku ni. boleh jadikan panduan...


Soalan PTK1 F41 Sesi 2/2010 (Paper Fungsional)

Soalan 1:
Definisi Sistem Maklumat. (3m)
Fasa-fasa dalam SDLC (10m)
4 aktiviti dalam fasa rekabentuk. (8m)
4 ikon dalam GUI. (4m)

Soalan 2:
Maksud data dan maklumat (6m)
Maksud DBMS (4m)
5 komponen dalam Pangkalan Data (10m)
2 fungsi DBMS (5m)

Soalan 3:
nyatakan dan terangkan 3 jenis pengujian dalam fasa pengujian (9m)

Soalan 4:
sistem automasi pejabat (3m)
infrastruktur ICT dalam sistem automasi pejabat (6m)
4 jenis perkhidmatan sistem automasi pejabat serta teknologi ICT yang digunakan (16m)


Soalan 7 (c)
Berikan 4 kategori maklumat Terperingkat.

Soalan 8
OSI Layer
a) Mengapa piawaian perlu?
b) Nyatakan 7 layer OSI
c) Terangkan fungsi 2 layer OSI
d) Komunikasi Data
i- Maksud komunikasi data
ii-3 elemen dlm komunikasi data

Nyatakan 5 langkah pengurusan ICT (10m)

ok itu je yang masih aku ingat..actually entry ni pn dh lama terperam dari abis exam aritu tapi asyik lupa nak publish..harap bergunalah eh..semua soalan tu soalan famous masa belajar dulu. if rajin, korekla khazanah lama..aku siap selongkar balik semua notes IT dari zaman u lagi..nasib baik tak dimakan anai².. :D

p/s : if ada yang nak pinjam notes dan jawapan previous paper aku pun ada gak. cuma pandai² sort sendirila..semua dah cam cakar ayam..hahaha

Tuesday, August 17, 2010

2years!

alhamdulillah, harini 17 Ogos 2010, 08:17pagi sara dah pun genap berusia 2 TAHUN!

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to you!!!!!

fewwiitttt makin besau anak dara kami....lagi 20tahun dah boleh menikah! huhu seiring dengan tu, makin banyak peel keletah dia. ada kala buat kepala pusing 360! ada masa tu bisa menggugat kesabaran. tapi anak baru sorang ni. nak marah lelebih kang, sendiri nyesal.. sekarang ni mama mu tengah belajar 'telan' semua tu.

harapan mama dihari lahir sara ni, mama doakan yang semua perkara yang terbaik buat sara. moga sara membesar jadi anak yang solehah dan membanggakan mama dan papa. mama dan papa sayangkan kamu dunia dan akhirat. kamulah harta kami yang tak ternilai..maafkan mama sekali lagi, kerana gagal tunaikan janji utk menyusukan sara hingga ke hari ini. mama akan jadikan kegagalan mama ni sebagai pengajaran buat mama.

lama tak menulis tentang sara dalam blog ni. so arini, mama cuba listkan 30perkara tentang sara.
  1. sara ada 2 dimple tersembunyi di pipi. bila tersenyum lebar sampai tunjuk gigi, baru jelas dimple tu.
  2. suka menari. pantang dengar lagu rancak, automatik berjoget.
  3. mulut nya memang takkan penat berkicau seperti burung kakak tua. membebel tak henti. kadang tu bolehla tangkap apa yang dia cakap. ada tu, kami 'iya' kan je. paling lawak, tengah² bebel dia bantai tetido..hehehe
  4. suka tiru apa yang kami buat. janganla buat benda bukan², jam tu gak dia demo depan kita.
  5. bila kami nak solat, dia pun sibuk join. nak sujud tak pandai, dia meniarap terus.hehehe
  6. ni part yang tak berapa berkenan, cepat balas balik. kalau kita marah dia, dia akan babap kita balik 'amboi, ace ni.... read: amboi, biasa ni). aritu dia lari pecut ke dapur tau² kepala tu hentam dinding dulu. meraung tak ingat. pastu siap pegi babap dinding lagi.muahahaha..buat kat benda tak bernyawa takpela sara, jgn pukul anak orang udahla..
  7. suka nyanyi lagu 'papaku belikan kereta' dengan 'twinkle² little star'
  8. kalau nak tdo malam, mesti nak himpit bawah ketiak mama
  9. bila jatuh ke, luka sikit je mesti suruh kita cepat taruk 'ubak' (read :ubat).
  10. dah kenal mama ngan papa dalam gambar. nampak papa dalam gambar, jerit papa. nampak mama, jerit mama. orang lain dia tak cam lagi.
  11. suka melompat! kita bergamba melompat, dia pun join sekaki (masa kat redang aritu :D)
  12. sangattt jeles bila kami pegang baby lain even dengan sepupu dia sendiri. camne nk ada adik ni sara??? huhu
  13. pantang tengok mama masuk bilik air, dia sibuk nak tanggal baju sebab 'nak andi gak'.
  14. syukur, dah tak liat gosok gigi. tak perlu lagi mama jerit² cam pontianak dah. dia sendiri nganga serah diri. good girl! camnila anak mama!
  15. sleep pattern ikut style kami. kami tido, dia tido. kami bangun pagi, dia pun bangun pagi. senang sikit, mandikan dulu sebelum gi school. mudah² sikap sara ni berterusan hingga besarlah..senang banyak keje kami.
  16. PENAKUT. tau kenapa? dia takkan pegi memane sorang².kalau kena tinggal dalam bilik gelap, mencicit lari keluar. sebab tu mana mamanya pegi, situ dia menempel. main² dekat kaki kita..lagi² kalau kami tinggal ber2 je kat umah. memang melekap sepanjang masa dengan mama.
  17. dah pandai bukak baju, seluar dan pampers dengan jayanya tanpa bantuan orang.
  18. bolehla baca ABC ngan 123. tungganglanggang la jugak..balik²..wa,too,tee,fo,fai(one,two,three,four,five)..pastu dia repeat lagi.
  19. ni habit buruk, kalau tak suka 1 perkara tu, dia akan sembur air liur kat kita.eee biasa ni! sape ajar tu???
  20. suka menyonteng. kalau jumpa pen ke crayon ke abis diconteng. tinggal dinding rumahla masih suci murni.
  21. suka tolak bakul baju tu macam keta tolak. ni peel dari dulu sampai sekarang. huhu
  22. fav buah - jagung! 1 tongkol jagung tu boleh dibaham sorang dia je.
  23. kedekutness ye jugak. tengok mood dia la. kalau pujuk rayu sikit, dia kasikla.
  24. ni yang mama tak berapa gemar. dia sangat tamak. kalau nampak foods tu banyak, dia makan sikit lepas tu buang mintak yang baru.
  25. sambungan no.24, kalau dia tak nak makan satu makanan tu dia akan paksa kami telan. kalau tak ambik, dia ngamuk. so nak tak nak amikla telan pastu pepandaila pi buang. janji jgn dia sampai dia nampak kita luah balik..adeeeii deii..memacam peel
  26. dah pandai menjaga kebersihan. kalau ada sampah kat lantai tu, minta dia tolong kutip, dia akan kutip pastu terus buang dalam tongsampah.hehehe good girl!
  27. dah pandai bergurau..aritu dia main nyorok² dengan mama. siap nyorok balik dinding pastu nak kejutkan mama..amboiiii, kecik² dah pandai bergurau...tapi semedang tak jadi. sure kantoi dulu ngan mama.
  28. manja pun ya. kene marah sikit mula la wat drama air mata..tersedu sedan minta dipujuk..hai, kalau dh nama pempuan tu lasak camne pun hati tetap rapuh..hehe
  29. dah pandai beraksi..soh wat gaya ni, dia pun wat. soh wat gaya orang termenung kat tepi pantai cam gambar bawah ni..pun dia wt..hahaha..boleh jadik model tak??
  30. pandai memujuk. kalau kawan ke budak lain nangis, dia akan memujuk. bagusnye....

ok..itu je la 30 perkara tentang sara yang dapat mama catit kat sini..kalau ada, later mama tulih lagi lah.. ni pun cam dah banyak rasanya. kalau nak cerita pasal anak ni, sehari suntuk pun takkan abis..

harapan mama ngan papa, biarlah dapat kami dapat raikan harijadi sara untuk tahun akan datang..amin..

oh...sebelum tu, layan dulu clips sara kat bawah ni..masa ni malam pertama sara di ward after keluar dari perut mama..


sian tak boleh tido malam, nak dekat 5x dia membuang..pastu tersedu je.. :D
rindunya bila tengok sara time nih.

Monday, August 16, 2010

ENAM

yang yang yok,
pagi-pagi bukak tudung periuk.
burp!

hahahaha..

ada orang dah raya dulu arini.opsssssssssssss


juadah berbuka weekend lepas..siakap 3rasa, sup seafoodball, ayam percik..mabeles! cik abang kata, pasni boley wat lagi..hehehe

gamba takde, takut ada yang meleleh ayaq lioq plak. marah pulak aku tepek gamba makanan kt sini karang!

Friday, August 13, 2010

hatiku mendung semendung cuaca hari ini

lepas khatam blog Doa Buat Alanna, hati aku jadi sayu. berjuraian air mata, setiap teman yang aku share cerita ini, semuanya mengalirkan air mata..terasa pedih dan sayu nya. kami berkongsi kesedihan dan simpati ini dengan mummy, daddy dan abang alanna..

semoga adik alanna tenang besemadi di sana..buat seluruh keluarga alanna, tabahkan hatimu. ini semua dugaan dari-Nya.

Alanna Qish dalam kenangan, al-fatihah.

nota : aku perlu kawal emosi lepas ni. tak sabar nak peluk sara balik nanti.

TIGA

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-3 semua umat islam di seluruh dunia berpuasa. ada yang masih belum berpuasa ke? yang uzur tu lain la..yang takde alasan ni, insaflah.. dah tua pun, kubur kata mai mai mai mai, umah kata blah blah blahlaaaaaa... :p


ustazah sara membebel bagi nasihat!

okla, setakat ni aku puas hati. 2 ari berbuka apa yang dimasak, mesti habis sampai ke sahur. tiada pembaziran. tahun ni nampak la juga perubahan tu. husband aku pun kata, kalau pegi param entah apa² je beli..nafsu makan time bulan puasa ni kadang lagi dahsyat betul tak? ala..ngaku je la..kalau tak, takkan tiap² ari ada je yang jadi macam ibu mengandung (lelaki pun sama), nak makan tu la..teringin makan ni la..ala aku pun camtu gak. cuma aku cuba kawal nafsu tu. berjimat? oh mestila..kalau boleh tak nak membazir. kalau benda tu boleh dibuat sendiri, dan kos beli barang mentah lagi murah dari beli yang dah siap tu, baik sendiri buat kan..tapi tengok gakla. kalau resipi agak complicated dan tak worth it, aku takkan buat. baik beli je..hehehehe


ni popia yang aku dh prepare malam kelmarin. tinggal goreng je. sara makan banyak ketul. suka dia. banyak ke tu? banyak tu sebab husband aku nak tapau separuh gi office. kang tghmalam, kelaparan pulak. semalam dia nighftshift.

kwn office aku pun mengeluh, arga kuih dekat param dah naik. tau berapa? 50SEN SEBIJI!!! bapak mahai gilaaaaa!!! tapi tak boleh salahkan peniaga jugak. barang dah naik harga. mungkin sewa tapak pun mahal. tapi bagi yang tak ada pilihan tu, no choice la. terpaksala beli. nak pulak kalau yang rumah jauh makan sejam nak sampai tu kan..mau jadi 2-3jam sebab jam nye pasal. sampai umah dh kul berapa. memang tak sempat nak masak la..

aku yang umah dekat ni, normally dalam 15minit dah sampai umah tapi semalam dekat sejam jadinya! dari jalan besar nak masuk exit simpang ke rumah, stuck 1/2 jam kat jalan! sara mula dah mengaruk. mana tak ngaruk, dia tunjuk kaki dia...melecet sampai tekoyak kulit..sian, memang pedihla..kulit mengelembung cam tekena seterika tu pecah. dia ngomel soh aku taruk 'ubak....ubakk...(ubat..ubat) aku ingat dia begaduh ke, jatuh ke kat nusery. teacher su bagitau sara main sarung kasut kawan dia buat main sampai melecet kaki dia. haish, sara ni kan. macam² hal la..

kaki ustazah sara yang melecet.

malam tadi baru masa ngah solat tarawih jemaah dengan husband, budak kecik ni mula nak sibuk. kita nak sujud, dia pun nak jugak. masalahnya dia mesti aim duduk depan aku. memang tak berapa kusyuklah..pastu, lepas kasik kertas ngan pen terus dia tak ganggu kami.


tekun berkarya katanya : ye : ye : je...
sekali pas abis solat, nak pengsan tengok..



















































tak cukup dengan kertas, kaki pun jadik..alahai sara

Thursday, August 12, 2010

DUA

dah masuk hari ke-2. aik, takkan pagi² dah melepek kot? chillax la. masuk ari ke-2 taktau nak merepek apa. lately berblog tanpa gambar. so arini letak gambar la. cam suram pulak takde gambar kan..nah...




juadah berbuka semalam..

tak menggoda pun kan?


aik takkan la baru lauk camtu dah buleh buat hangpa meleleh ayaq lioq..isk, kritikal la tu!!!!! pi lap lekaih, satgi orang nampak. wat malu ja..kalah budak kecik la hangpa ni..muahahahaha



apa? tak cukup sadis?
nah...

lauk soq/sahur pagi tadi...laki aku balun sampai licin!

kena buat lagi la petang ni..tahun ni tukaq style, aku masak lauk berbuka sekali dengan lauk sahur. malas nak masak 2-3kali. balik keja terus pung pang kat dapuq. pastu, mandi. tak dak nak masuk dapuq dah kali ke-2. tak kuasa! satgi badan bebau/peluh, tak larat aih nak mandi 3-4kali..

hari ni nak masak apa eh?? hm, takdak idea la.

nota : taktaula pasal apa, masuk bulan posa jadi rajin pi dapuq. kalau bulan lain, hujung minggu ja dapuq tu berasap, itu pun tengok mood dan kerajinan..huhu

Wednesday, August 11, 2010

SATU

macam mana arini berpuasa? mesti ramai yang melepek kan..hehehe..

takde modal nak merepek apa. kena kawal mulut + telinga + tangan dari menulis menda merapu... sunyi betul opis ni sampai boleh dengar 'perut roomate ku berkeriuk'...mengekek kami gelak..kekeke :P

malam tadi ada yang dapat pergi terawih? aku dari petang semalam bawak ke malam dok sibuk tung tang tung tang kat dapur...eh,kan aku cakap entry aritu takde kena mengena ngan diri penulis. :P plan asal memang aku nak ikut zeri pegi terawih, nak bawak sara sekali...tapi....hm, lupa kanla..apa yang lepas tu lepas, lagi² bulan baik ni kan....tak pasal² aku rugi satu malam.

kenapa tak buat terawih kat umah je? hm..lupekanla..nama nak solat isyak pun kena tunggu sara tidoq, apa lagi nak solat sampai 11rakaat --> biasa aku amik yang afdal ja..8rakaat + 3 witir :) ..huhu

dah, apa lauk berbuka petang ni? mlm tadi, aku dah sediakan sambal tumis, tinggal nak sumbat dalam ikan cencaru je, aku plan nak masak ikan cencaru sumbat, ayam paprik + sayur kailan ja (batang kailan mesti lebih sebab anak dara aku suka kunyah cam fries), pencuci mulut sagu gula melaka, tu pun sebab zeri dok sebut 2-3ari yang lepas nk makan sagu gula melaka (dia teringat kat 1 menu yg parents bawak masak sports day sara la tu)..gigih aku buat. ingat nak bagi jiran sikit, bila lagi nak bermesra dengan jiran tetangga kan???

simple je juadah berbuka kami, takdenye nak bombastic bagai tu. takde beza bulan posa ke tak...janji tak membazir...membazir kan amalan syaitan..jgn ikutkan nafsu-nafsi tu sgt..ok semua, selamat berbuka puasa :D

Tuesday, August 10, 2010

dah ready?

sibuk eh makcik-makcik, akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik kat dapur tu. tengah buat apa tu?

tengah prepare untuk bulan puasa nanti...

oh..blend bawang.

oh..blend cili kering.

oh..buat inti popia.

oh..masak sagu gula melaka.

oh..buat dadih blueberry.

oh..buat sambal ikan bilis.

sakannye makcik-makcik, akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik buat persiapan ye nak sambut puasa..dah macam nak raya pulak.

persiapan nak solat terawih?
persiapan nak berpuasa?
persiapan nak bertadarus?

3 perkara penting tu dah ready ke makcik-makcik, akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik?
asyik² pk makan je ye...hehehehe

opsssssss......................

nota : cerita di atas bukan cerita diri penulis sebenar. :P

Monday, August 9, 2010

tersalah sangka

dek kerana status fb aku last week, ada yang tersalah sangka. hehehehehe
tapi biarlah salah sangka itu menjadi doa ye..

so kat sini biaqla aku bagitau, aku tak berisi lagi la..
pasai aku kecoh mencari ikan pekasam, ramai yang tersalah anggap. :P

aku memang lama dah mencari ikan tu. ikan pekasam memang fav aku. tapi dah lama sangat tak makan lepas kawin ni. asyik di sumbat selera zeri ja (dia punya selera ikut mil, yang utara tak masuk). jadi, asal masak pun bnyk ikut selera dia je la... pulak tu, ikan pekasam lagi la dia tak sentuh!

alhamdulillah, jumpa juga ikan pekasam tu kat mydin. aritu bersungguh aku pusing pasar tani cari. tapi sampai sudah tak jumpa!!! yang jumpa tempoyak jaaaa melambak...tempoyak 1 balang dah ada kat rumah tak berusik. tunggu geng nak makan ada baru aku makan. nak buat camna, laki aku tak mau belajaq makan tempoyak..leceh betul! tepaksa aku lupakan makanan fav aku tau!

ingat malam tadi dapatla makan nasi putih panas² dengan pekasam. tapi, punah lagi harapan! gas masak pulak habis!!! em elokla sangat. biaq abis skrg, dari tahun lepas, tengah aku goreng kentang time sahur tu la gas abisss..nasib baik ada oven jadi penyelamat.

takpela, arini balik awal eh. dah call pakteh gas suruh anta gas petang ni. so, malam ni dapatla menghilangkan kempunan tu....hehehehe

oh..sblm terlambat tu, harap dapat maafkan aku jika ada terkasar bahasa dalam bebelan yang lepas² tu.. :D harapan aku, tahun ni agar dapatla aku sambut awal ramadhan setelah 2 tahun tak dapat merasa 1 ramadhan (2008 -dalam pantang, 2009 -kwn baik menziarah).... selamat berpuasa ye semua!

pesanan aku : time bulan puasa nanti, mesti ramai yang mengidam nak makan itu ini. sila jaga perlakuan esp MULUT. jangan kerana kita kempunan nak makan sesuatu tu tapi tak jumpa/tak dapat, habis seluruh tanah jajahan turut dimaki hamun..cam aku tak dapat makan ikan pekasam, masin boleh maintain cool..takat telan air liur je la..hukhukhuk..

nota : asal masuk ramadhan ja, mula la aku teringat murtabak singgit kat kampung aku.huhuhu..camne tak teringat², sebab pakcik tu meniaga time bulan pose jek.

Thursday, August 5, 2010

raya mana tahun ni?

kalau ikut sistem giliran kami, this year di johor. tapi, ada perkara yang tak dijangka telah berlaku bulan lepas. ayah aku insyaAllah akan menjadi tetamu Allah tahun ini. dan insyaAllah mak tiri aku, kakak aku juga akan turut serta...

sistem giliran kami, kalau raya tahun ni di johor, bulan puasa akan balik perak. dan raya haji akan beraya di perak (depends gak kalau zeri tak keja masa raya haji macam last year, langsung tak balik johor sebab raya puasa dah beraya di perak. end up aku beraya di ptjya je :( masuk ari ke-2 raya haji tu baru balik gak.). tapi since dah jadi macam ni, family aku yang kat kl ni (2 kakak dan sorang abang aku), tak kan balik beraya Haji di kampung la sebab sapa yang ada pun kat sana nanti. dan ada yang menyusulkan kat aku, tahun ni raya la puasa di perak sebab nanti raya haji kalau kami balik pun semua rumah kosong. takde sape....

hm..aku pernah suarakan perkara ni kat zeri, tapi........ dulu selalu aku pelik dan hairan bila ada suami isteri bergaduh bila sebut giliran beraya di kampung masing²... tapi, sekarang aku turut terasa bahang tempias tu. kalau teruskan gak sistem giliran tu utk tahun ni, means aku tak dapat beraya langsung dengan family aku kat perak (raya puasa dan raya haji). kalau diubah sikit, mungkin aku dapat juga merasa beraya dengan family aku..lagi pulak mengenangkan ayah aku yang dah tua..aku risau juga. sebab macam arwah atok aku, pergi Mekah dan memang dah sampai masa untuk dia meninggalkan kami kat sana..entahla, aku ni suka pikir benda negatif banyak dari yang positif! isk!!! biarlah mereka semua selamat pergi dan selamat balik...

tapi berbalik pada isu asalnya, kat mana raya tahun ni? beruntung gak pada yang duduk dekat dengan mertua dan family sendiri (macam elyn). atau pun mertua dan keluarga duduk sekampung (macam anna (officemate), yang menjadi isu malam raya dan pagi raya nak gi rumah mana dulu) cam kami ni, setahun sekali. kena pilih, nak raya di mana? nak balik 2-2 kampung memang tak dapat la..faktor utama, dengan kerja zeri yang macam tu susah sangat nak cuti panjang (paling lama pun 3ari je cam thn lepas, raya ke-2 dah keja) dan ke-2 kewangan..perjalanan kl-perak dan kl-johor yang costly....huhuhu

aku malas nak bawak isu ni dalam perbincangan kami.. sebab kang, silap cakap ada yang terguris hati..hati mak bapak kena gak diambik kira..unless ada yang boleh memahami tu senangla...delimanya aku..haish, teringat drama KUTUB UTARA, KUTUB SELATAN (orang kedah dapat menantu orang Johor, twist sikitla sbb kampung aku pun dh sempadan kedah)..huhu

actually dh penah hint pun kat zeri pasal ni..tapi keputusan tetap sama. takde perubahan..kang aku mogok raya kat sini je. tak yah balik mana²...tengokla posa pun belum dah sebuk nak raya..isk!

Wednesday, August 4, 2010

approve or not?

anak makcik jiran sebelah rumah kat kampung yang bz body nk tau hal kami satu family sibuk request nak add FB aku.
nak approve ke? kalau korang jadi aku, what say u?

aku paling tak ley lupa, mak dia penah datang serang maki hamun arwah mak aku time mak aku terlantar sakit. gara² husband dia nak jual tanah kat abang aku. tak pasal2 arwah mak aku jadi mangsa keadaan. dah husband dia yang nak jual, apa kene mengena ngan kami. mengong!

kejam!! nak kata aku dendam? yes!! sebab dia kejam ngan arwah mak aku!

i really hate this!

mood aku semalam dan hari ni terganggu. semua gara² sms. i hate this! tak pasal² ada 2 pihak yang terluka. kenapa???!!! again, the same reason + punca pergaduhan balik² dari pihak yang sama.

makin cepat tua la macam ni kalau selalu sangat makan hati berulamkan jantung.

arini, anak sedara dengan adik ipar ada posting interview. so i wish best of luck to both of u. kalau dapat posting hantar ke sabah, jangan menangis air mata berdarah ye..pergi je la..seronok ape dok sana, boleh makan lobster selalu. :P

enough for today, nak sambung use case tutorial. serious, kepala hotak aku dah berkarat nak belajar ooad ni balik. and now terpaksa pk byk kali plan nk further study..huhu

Tuesday, August 3, 2010

bunting

arini nak bebel apa eh? nak bercerita tentang sports day sara, gambar tak transfer lagi..nk sambung entry redang, mood tarak lagi. takpela bebel kosong je la eh..


aku di kl ni. ada training 5 hari until this friday. stress sebab kena bangun awal pagi. menempuh jam di federal hway. paling aku meluat nak masuk exit angkasapuri. bapak berasap punggung! plus dh lama sangat tak drive masuk kl. pulak tu, aku bukan bawak keta auto main tekan minyak brek je! ni bawak manual...semput!!!!!!

lagi stress, arini masuk kelas lambat..gara² sorang partner yang nak tumpang keta aku sesat tak jumpa opis aku (janji nak pickup kat opis aku) hopefully stress aku hilang cepatla..tak membawak ke petang. nasib baikla sampai ngam² 8.30. lecturer pun tak masuk lagi..kalau tak, wat tebal muka je la masuk kelas. Hehehe

oh, semalam dapat berita erne, ex-officemate dah bersalin baby girl 2.58kg. TAHNIAH! insyaallah, aku gi melawat. but maybe weekendla kot..atau tengokla kalau badan ni larat, malam ni ke. lagipun rumah kitorang dekat je.

dan perkabaran terbaru yang diterima...my immediate supervisor preggy..woho...dah 2 orang di office ni preggy..adakah sejarah akan berulang? sebabnya, 2thn lepas camtu gak..bila staff aku ni(org yg sama) preggy, AKU PUN PREGGY and immediate bos aku pn preggy(cuma berganti orang lainla, jawatan yang sama)....muahahahaha...macam dirancang je..so takpela..tgkla adakah sejarah akan berulang atau tidak...silap hb, bos besar pun sambung pas tu...kekeke..macam pas baton pulak! pastu mula la bos double besaq pun garu kepala pasai semua staff dia yang pempuan ni bunting serentak! kuang²....kalau ye, memang menggaru tak sudahla..semua staf dari unit yang sama pulak tu.. :P

okla..takde modal lagi nak membebel..rasanya tunggu next weekla kot aku celoteh panjang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...