Tuesday, August 17, 2010

2years!

alhamdulillah, harini 17 Ogos 2010, 08:17pagi sara dah pun genap berusia 2 TAHUN!

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to you!!!!!

fewwiitttt makin besau anak dara kami....lagi 20tahun dah boleh menikah! huhu seiring dengan tu, makin banyak peel keletah dia. ada kala buat kepala pusing 360! ada masa tu bisa menggugat kesabaran. tapi anak baru sorang ni. nak marah lelebih kang, sendiri nyesal.. sekarang ni mama mu tengah belajar 'telan' semua tu.

harapan mama dihari lahir sara ni, mama doakan yang semua perkara yang terbaik buat sara. moga sara membesar jadi anak yang solehah dan membanggakan mama dan papa. mama dan papa sayangkan kamu dunia dan akhirat. kamulah harta kami yang tak ternilai..maafkan mama sekali lagi, kerana gagal tunaikan janji utk menyusukan sara hingga ke hari ini. mama akan jadikan kegagalan mama ni sebagai pengajaran buat mama.

lama tak menulis tentang sara dalam blog ni. so arini, mama cuba listkan 30perkara tentang sara.
  1. sara ada 2 dimple tersembunyi di pipi. bila tersenyum lebar sampai tunjuk gigi, baru jelas dimple tu.
  2. suka menari. pantang dengar lagu rancak, automatik berjoget.
  3. mulut nya memang takkan penat berkicau seperti burung kakak tua. membebel tak henti. kadang tu bolehla tangkap apa yang dia cakap. ada tu, kami 'iya' kan je. paling lawak, tengah² bebel dia bantai tetido..hehehe
  4. suka tiru apa yang kami buat. janganla buat benda bukan², jam tu gak dia demo depan kita.
  5. bila kami nak solat, dia pun sibuk join. nak sujud tak pandai, dia meniarap terus.hehehe
  6. ni part yang tak berapa berkenan, cepat balas balik. kalau kita marah dia, dia akan babap kita balik 'amboi, ace ni.... read: amboi, biasa ni). aritu dia lari pecut ke dapur tau² kepala tu hentam dinding dulu. meraung tak ingat. pastu siap pegi babap dinding lagi.muahahaha..buat kat benda tak bernyawa takpela sara, jgn pukul anak orang udahla..
  7. suka nyanyi lagu 'papaku belikan kereta' dengan 'twinkle² little star'
  8. kalau nak tdo malam, mesti nak himpit bawah ketiak mama
  9. bila jatuh ke, luka sikit je mesti suruh kita cepat taruk 'ubak' (read :ubat).
  10. dah kenal mama ngan papa dalam gambar. nampak papa dalam gambar, jerit papa. nampak mama, jerit mama. orang lain dia tak cam lagi.
  11. suka melompat! kita bergamba melompat, dia pun join sekaki (masa kat redang aritu :D)
  12. sangattt jeles bila kami pegang baby lain even dengan sepupu dia sendiri. camne nk ada adik ni sara??? huhu
  13. pantang tengok mama masuk bilik air, dia sibuk nak tanggal baju sebab 'nak andi gak'.
  14. syukur, dah tak liat gosok gigi. tak perlu lagi mama jerit² cam pontianak dah. dia sendiri nganga serah diri. good girl! camnila anak mama!
  15. sleep pattern ikut style kami. kami tido, dia tido. kami bangun pagi, dia pun bangun pagi. senang sikit, mandikan dulu sebelum gi school. mudah² sikap sara ni berterusan hingga besarlah..senang banyak keje kami.
  16. PENAKUT. tau kenapa? dia takkan pegi memane sorang².kalau kena tinggal dalam bilik gelap, mencicit lari keluar. sebab tu mana mamanya pegi, situ dia menempel. main² dekat kaki kita..lagi² kalau kami tinggal ber2 je kat umah. memang melekap sepanjang masa dengan mama.
  17. dah pandai bukak baju, seluar dan pampers dengan jayanya tanpa bantuan orang.
  18. bolehla baca ABC ngan 123. tungganglanggang la jugak..balik²..wa,too,tee,fo,fai(one,two,three,four,five)..pastu dia repeat lagi.
  19. ni habit buruk, kalau tak suka 1 perkara tu, dia akan sembur air liur kat kita.eee biasa ni! sape ajar tu???
  20. suka menyonteng. kalau jumpa pen ke crayon ke abis diconteng. tinggal dinding rumahla masih suci murni.
  21. suka tolak bakul baju tu macam keta tolak. ni peel dari dulu sampai sekarang. huhu
  22. fav buah - jagung! 1 tongkol jagung tu boleh dibaham sorang dia je.
  23. kedekutness ye jugak. tengok mood dia la. kalau pujuk rayu sikit, dia kasikla.
  24. ni yang mama tak berapa gemar. dia sangat tamak. kalau nampak foods tu banyak, dia makan sikit lepas tu buang mintak yang baru.
  25. sambungan no.24, kalau dia tak nak makan satu makanan tu dia akan paksa kami telan. kalau tak ambik, dia ngamuk. so nak tak nak amikla telan pastu pepandaila pi buang. janji jgn dia sampai dia nampak kita luah balik..adeeeii deii..memacam peel
  26. dah pandai menjaga kebersihan. kalau ada sampah kat lantai tu, minta dia tolong kutip, dia akan kutip pastu terus buang dalam tongsampah.hehehe good girl!
  27. dah pandai bergurau..aritu dia main nyorok² dengan mama. siap nyorok balik dinding pastu nak kejutkan mama..amboiiii, kecik² dah pandai bergurau...tapi semedang tak jadi. sure kantoi dulu ngan mama.
  28. manja pun ya. kene marah sikit mula la wat drama air mata..tersedu sedan minta dipujuk..hai, kalau dh nama pempuan tu lasak camne pun hati tetap rapuh..hehe
  29. dah pandai beraksi..soh wat gaya ni, dia pun wat. soh wat gaya orang termenung kat tepi pantai cam gambar bawah ni..pun dia wt..hahaha..boleh jadik model tak??
  30. pandai memujuk. kalau kawan ke budak lain nangis, dia akan memujuk. bagusnye....

ok..itu je la 30 perkara tentang sara yang dapat mama catit kat sini..kalau ada, later mama tulih lagi lah.. ni pun cam dah banyak rasanya. kalau nak cerita pasal anak ni, sehari suntuk pun takkan abis..

harapan mama ngan papa, biarlah dapat kami dapat raikan harijadi sara untuk tahun akan datang..amin..

oh...sebelum tu, layan dulu clips sara kat bawah ni..masa ni malam pertama sara di ward after keluar dari perut mama..

video
sian tak boleh tido malam, nak dekat 5x dia membuang..pastu tersedu je.. :D
rindunya bila tengok sara time nih.

11 comments:

Elyn said...

happy birthday sara!!!!

Erly Ramli a.k.a Zette said...

selamat harijadi sara..samalah tarikh lahir ngan izzati..cuma setahun jer bezanya..tahniah yer..

nieda said...

happy 2 years old Sara...moga jadi anak yg solehah...mcm2 akal sara sekarang ye, good girl

mamaEsya said...

happy bday, sara....moga sentiasa ceria.....

isabelle said...

happy birthday, darling...
mcm2 gelagat dia ye.
tapi part jeles kat adik tu, with time akan subside i guess.

Sharini aka Ummi Khayra said...

happy birthday sara.... wahhhh... dah 2 tahun dah... Khayra menyusul lak pasni... hehehehheheheh macam-macam peel bdk2 ni kan lin... seronok sangat bila fikirkan keletah diorang.. tapi ada gak yang menduga kesabaran... :)

ieda a.k.a mama erfan said...

happy birthday qaisara comel..

smoga jadik anak yang bijak, baik dan mendengar kata.. aminn

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

epi belated besday Sara.. =)
be a good durl k..

Nadiah Sidek said...

happy birthday sara! :)

Lin said...

elyn,
again. thanks! :D

erly,
wah beday sama izzati eh..ye,sya igt lagi..kan sya beli set besalin ngan erly :D

nieda,
manyak akal,sampai mama pn pening..uhuhu

ana,
sara sentiasa ceria as always!

isabelle,
yup, i harap by the time i nak kasi dia adik...dia okla.

nini,
betul tu..memang kena byk istighfarla..kalau tak, mama dia dulu yang masuk spital.

ieda,
tq..amin ya rabballalamin..semua ibubapa nak yg terbaik utk anaknya.

leily,
tq :D..insyaallah mama dia kena didik dia la jadi anak yg baik :)

nadiah,
tq for the wishes :D

mummy_adam said...

Happy Belated Birthday Sara!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...