Monday, August 9, 2010

tersalah sangka

dek kerana status fb aku last week, ada yang tersalah sangka. hehehehehe
tapi biarlah salah sangka itu menjadi doa ye..

so kat sini biaqla aku bagitau, aku tak berisi lagi la..
pasai aku kecoh mencari ikan pekasam, ramai yang tersalah anggap. :P

aku memang lama dah mencari ikan tu. ikan pekasam memang fav aku. tapi dah lama sangat tak makan lepas kawin ni. asyik di sumbat selera zeri ja (dia punya selera ikut mil, yang utara tak masuk). jadi, asal masak pun bnyk ikut selera dia je la... pulak tu, ikan pekasam lagi la dia tak sentuh!

alhamdulillah, jumpa juga ikan pekasam tu kat mydin. aritu bersungguh aku pusing pasar tani cari. tapi sampai sudah tak jumpa!!! yang jumpa tempoyak jaaaa melambak...tempoyak 1 balang dah ada kat rumah tak berusik. tunggu geng nak makan ada baru aku makan. nak buat camna, laki aku tak mau belajaq makan tempoyak..leceh betul! tepaksa aku lupakan makanan fav aku tau!

ingat malam tadi dapatla makan nasi putih panas² dengan pekasam. tapi, punah lagi harapan! gas masak pulak habis!!! em elokla sangat. biaq abis skrg, dari tahun lepas, tengah aku goreng kentang time sahur tu la gas abisss..nasib baik ada oven jadi penyelamat.

takpela, arini balik awal eh. dah call pakteh gas suruh anta gas petang ni. so, malam ni dapatla menghilangkan kempunan tu....hehehehe

oh..sblm terlambat tu, harap dapat maafkan aku jika ada terkasar bahasa dalam bebelan yang lepas² tu.. :D harapan aku, tahun ni agar dapatla aku sambut awal ramadhan setelah 2 tahun tak dapat merasa 1 ramadhan (2008 -dalam pantang, 2009 -kwn baik menziarah).... selamat berpuasa ye semua!

pesanan aku : time bulan puasa nanti, mesti ramai yang mengidam nak makan itu ini. sila jaga perlakuan esp MULUT. jangan kerana kita kempunan nak makan sesuatu tu tapi tak jumpa/tak dapat, habis seluruh tanah jajahan turut dimaki hamun..cam aku tak dapat makan ikan pekasam, masin boleh maintain cool..takat telan air liur je la..hukhukhuk..

nota : asal masuk ramadhan ja, mula la aku teringat murtabak singgit kat kampung aku.huhuhu..camne tak teringat², sebab pakcik tu meniaga time bulan pose jek.

5 comments:

CuppyCakeMommy said...

semoga bulan puasa ni murah rezeki anak pula..ekeke..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku dh tak boleh puasa..jepun dah menyerang :(

isabelle said...

jauh mana pun terbang, murtabak singgit gak yg dikenang. hehe
i plg xleh lupa...murtabak telur berbasuh.hehehe

azzamoro said...

selamat berpuasa.. hope ade la rezeki ko nak ade baby nanti. doa byk2 time bulan ramadhan.. hehe

Lin said...

siti,
tq. moga makbul doa awak :D

eliss,
awal2 da kena jajah.kekeke..sian ko.

isabelle,
tempat jatuh lagi dikenang,apa lagi tempat sendiri..hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri..opss, ape i melalut ni.muahaha

azza,
insyaallah..selamat berpuasa juga buat ko sekeluarga :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...