Friday, August 13, 2010

TIGA

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-3 semua umat islam di seluruh dunia berpuasa. ada yang masih belum berpuasa ke? yang uzur tu lain la..yang takde alasan ni, insaflah.. dah tua pun, kubur kata mai mai mai mai, umah kata blah blah blahlaaaaaa... :p


ustazah sara membebel bagi nasihat!

okla, setakat ni aku puas hati. 2 ari berbuka apa yang dimasak, mesti habis sampai ke sahur. tiada pembaziran. tahun ni nampak la juga perubahan tu. husband aku pun kata, kalau pegi param entah apa² je beli..nafsu makan time bulan puasa ni kadang lagi dahsyat betul tak? ala..ngaku je la..kalau tak, takkan tiap² ari ada je yang jadi macam ibu mengandung (lelaki pun sama), nak makan tu la..teringin makan ni la..ala aku pun camtu gak. cuma aku cuba kawal nafsu tu. berjimat? oh mestila..kalau boleh tak nak membazir. kalau benda tu boleh dibuat sendiri, dan kos beli barang mentah lagi murah dari beli yang dah siap tu, baik sendiri buat kan..tapi tengok gakla. kalau resipi agak complicated dan tak worth it, aku takkan buat. baik beli je..hehehehe


ni popia yang aku dh prepare malam kelmarin. tinggal goreng je. sara makan banyak ketul. suka dia. banyak ke tu? banyak tu sebab husband aku nak tapau separuh gi office. kang tghmalam, kelaparan pulak. semalam dia nighftshift.

kwn office aku pun mengeluh, arga kuih dekat param dah naik. tau berapa? 50SEN SEBIJI!!! bapak mahai gilaaaaa!!! tapi tak boleh salahkan peniaga jugak. barang dah naik harga. mungkin sewa tapak pun mahal. tapi bagi yang tak ada pilihan tu, no choice la. terpaksala beli. nak pulak kalau yang rumah jauh makan sejam nak sampai tu kan..mau jadi 2-3jam sebab jam nye pasal. sampai umah dh kul berapa. memang tak sempat nak masak la..

aku yang umah dekat ni, normally dalam 15minit dah sampai umah tapi semalam dekat sejam jadinya! dari jalan besar nak masuk exit simpang ke rumah, stuck 1/2 jam kat jalan! sara mula dah mengaruk. mana tak ngaruk, dia tunjuk kaki dia...melecet sampai tekoyak kulit..sian, memang pedihla..kulit mengelembung cam tekena seterika tu pecah. dia ngomel soh aku taruk 'ubak....ubakk...(ubat..ubat) aku ingat dia begaduh ke, jatuh ke kat nusery. teacher su bagitau sara main sarung kasut kawan dia buat main sampai melecet kaki dia. haish, sara ni kan. macam² hal la..

kaki ustazah sara yang melecet.

malam tadi baru masa ngah solat tarawih jemaah dengan husband, budak kecik ni mula nak sibuk. kita nak sujud, dia pun nak jugak. masalahnya dia mesti aim duduk depan aku. memang tak berapa kusyuklah..pastu, lepas kasik kertas ngan pen terus dia tak ganggu kami.


tekun berkarya katanya : ye : ye : je...
sekali pas abis solat, nak pengsan tengok..



















































tak cukup dengan kertas, kaki pun jadik..alahai sara

4 comments:

mizz sue said...

ala...cutenye qaisara..rindu kat dia..comelnye dia pakai tdung..

eRaY said...

hahaha sara kreatif :)
kaki pun boleh...cute sara pki tudung

p!nkerton said...

wah style lah sara pakai tudung inner syria tu, kalah acik tau ;p
tu la, jemaah kat rumah pun tak khusyuk, mcm athirah, sibuk mintak attention time kitorng smayang huhu..

Yan said...

samela ngan anak kite qistina.. abeh kaki tangan diconteng... mujur dia tak menyonteng ke dinding

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...