Monday, September 27, 2010

Salah aku kah?


Memang dia masih kecil. Belum dapat memahami erti kehidupan. Aku pernah terbaca,DON'T TREAT YOUR CHILD AS AN ADULT. Tapi,apa yg berlaku malam ni betul2 mencabar kesabaranku. Terlebih emokah aku tadi?

percanggahan pendapat

last weekend pegi beraya rumah mak teh, mak sedara zairee. mak teh suka melayan keletah sara. yela, mak teh takde cucu lagi. hehe..siap ajak sara tido je. tak pernah².....

aku saja la hint² mak teh, saja la nak tengok apa reaksi mak teh.

mak teh : budak tengah lasak camni takpe. ko layan kan aje. nak mengandung balik tunggu 3-4tahun. sara kecik lagi. baru 2 tahun, tak reti apa lagi.

aku : oh yeke..hehehe (sengih je la)

hm...bila mak teh cakap gitu, aku mula rasa risau. betul ke sara masih tak bersedia nak ada adik? elok ke aku jarakkan 3-4tahun? tapi takut pula esok sara dah besar, dia lagi rasa jeles dengan adik dia pula. kalau dia memahami takpe.

ada pro and cons kat situ. bila jumpa makcik lain, semua cakap sedang elok dahla kalau nak kasi sara adik. tapi bila mak teh cakap gitu, aku mula rasa berbelah hati.

kami? tahla..aku memang teringin sangat nak pegang baby. tapi bila tengok sara yang tengah melasak, naik risau pula. takut dicepuknya adik dia nanti. tapi semalam masa zairee dukung anak member umur 8bulan, bukan main suka sara acah² dia..hehehe

bila tanya zairee, dia tny aku balik..aku dah bersedia ke? dia kasi tempoh sampai hujung tahun ni.huhu...

ari sabtu aritu, tengah aku masak sara yang tadinya bising tetiba diam..ah sudah! apa plak la dibuatnya kat belakang aku. aku tengah hiris daging nak buat rendang kat sink dapur time tu. bila aku pusing je belakang..fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
menggelegak je rasa. abis chocolate rice balance kuih raya ditaburnya atas lantai..lantai yang licin berkilat bersih baru lepas mop tadi habis ternoda...reaksi aku? ape lagi........membebel la...sara wat muka tak bersalah. kene babap kat montot...hai, sara..esok ada adik apa la ko buat kat adik ko sara..ni yang buat mama risau ni..

fuh! busynye dia...

agenda bermula dari malam jumaat lagi.

8.30pm ke masjid besi attend ex-coursemate akad nikah di sana. tapi hanya mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. keletah sara yang memeningkan kepala, berlari ke sana sini tawaf satu dewan solat buatkan mama nya ini pasrah. semput mengejar anak dara tu. malu pun ada dengan berbaju kurung mama berlari..sara plak gelak mengekek, dia ingat mama main polis sentry dengan dia kot. aduilaaa...

bila majlis akad nikah nak mula, kami dah cabut dulu. tahniah buat ctot. sori sangat, tak sempat jumpa ko. lepas majlis tu, ke ampang pulak. attend openhouse kawan zairee. jalan jam giler! sampai rumah diorang pun dah almost 10.30pm. pas makan² terus cabut balik. sampai rumah dalam 1am.

esoknya, pagi sabtu dah mula sesi kerahan mengemas rumah. then 12pm bertolak ke nilai. attend wedding invitation anak staff. lepas selesai melantak, terus ke ampang. fuh! jalan jam bagai nak rak. perjalanan ke ampang saja makan masa almost 2hours! minyak keta sampai level E!

lepas tumpang solat zohor dan asar kat rumah kakak, terus gerak ke gombak. makan² di rumah makteh. kebetulan pula staff pakteh datang beraya. aku jadi bidan terjun. tolong makteh kat dapur bancuhkan air, buat apa yang patut..huhu

cadang malam pas maghrib nak beraya ke rumah awa kat puchong. tapi sara dah pengsan, lepas tu jalan jam gile dkt flyover kampung pasir..arghh tensen mak! so penyudahnya balik rumah terus!

esok paginya ahad bermula sesi masak memasak pulak. kul 11pagi siap masak. besiap ke rumah kak yang kat dengkil plak. lepak makan² lepas tu ke bandar tasik selatan plak, open house kawan zairee.

si budak comot inila anak aku. :P

settle upacara makan² terus balik rumah. lepas solat zohor, tak sempat lepak rehat terus continue aktiviti memasak. dalam 5.30 petang settle semua kerja. baru rasa ngantuk. nasib tak terlelap..

menu special of the day..mihun sup utara!

terus besiap², after maghrib rumah diserbu kawan² pejabat aku. tak henti²..yang tak disangka datang dari jauh pun datang. appreciate sungguh. ops, jgn kecil hati ok..aku bukan buat openhouse. tapi just kawan opis nk datang beraya je. kalau wat openhouse, sure aku jemput kawan blogger (tapi ada ke yang sudi datang?hehe) tapi if ada yang sudi datang, inform awal. boleh aku prepare foods utk dijamu. kalau tak, aku jamu maggi je la.kekekeke

begitulah kisah weekend ku yang full dan busy gile..malam tadi tido mati tak sedar apa. satu badan lenguh² sendi..fuh! another busy weekend will be continue this friday, family abang dan nak datang bertandang menghantar anak sedara further study di uni al-azhar mesir. lepas tu, macam ada ura² yang ex-schoolmate standard 4 nak datang terjah rumah aku minggu ni, lagi pula diorg nak jumpa kak ina (kakak ipar aku merangkap cikgu kami masa darjah 3-4) nak kena bersiap lagi lah ni....fenat betulla...

esok majlis sambutan raya taska sara plak. hm, malam ni nak kena masak 1 juadah la utk diorg..apa ye? fikir dulu..

oh ya, jemputla datang beraya ke rumah aku. tapi inform dulu ya!

Friday, September 24, 2010

surau TM berpenunggu??

ngeri tak tajuk?
kisahnya gini, semalam aku dan sara pegi office papa sara kat cyberjaya. since nak tunggu zairee balik, lambat sangat. aku tak masak dinner semalam since bahan mentah pun tak ada. cadangnya lepas berbuka puasa malam tadi, aku nak ajak la pergi carefour shopping apa yang patut.

tapi, dah pukul 6lebih baru zairee call suruh aku dan sara pergi sana. buka puasa kat sana je. okla, aku pun gerak dari rumah pun almost dalam pukul 7mlm camtula kot..sampai kat sana ngam² azan maghrib. nasib baik ada air masak bekal zairee gi office. so minum air tu seteguk then terus cari meja kosong kat saba restaurant. ni petama kali la kami makan kat sini. nak juga try nasi arab yang orang kata sedap kemain tu. tapi tu la aku rasa biasa je. dahla kering. memang tak kena la ngan tekak aku ni yg suka makanan berkuah..

kami order roasted chicken dengan grilled chicken. end up aku tengok sama je rupa roasted ngan grilled. huhu.arga plak beza 2ringgit je.

pastu air plak order barbarican apple dengan raspberry. yang apple tu just nicela cuma raspberry tu tak sedap langsung! sara siap muntah balik.. cuma aku ni bukan penggemar air gas. so next time mmg aku akan avoid la order malt drink camtuh..

tapi, happy lak tgk sara makan malam tadi. berselera betul macam tak jumpa nasi sebulan!

tekun betul dia makan sampai besepah nasi atas meja.

haa berbalik pada main topicnyaa..gini kisahnya. lepas berbuka tu, zairee suggest la solat maghrib kat pejabat dia. lagipun dia nak kena la ambik motor yang ditinggalkan kat sana kan. aku cam berat hati nak solat kat situ. sebabnya, dulu aku pernah solat asar kat surau tu. tapi, keadaan surau yang sunyi dan suram tu buat aku rasa seram..seperti ada 'mata yang melihat'. zairee marah aku, 'nak takut apa..surau pun takut ke??' okla..aku pun ngalah. kalau nak balik rumah mmg tak sempat dah, waktu maghrib dahla singkat. so nak tak nak aku beranikan dirila juga. tapi siap aku minta zairee temankan masuk la masa nak buka lampu. kebiasaannya, kami akan gilir solat. time aku solat, zairee jaga sara dalam kereta. tapi pasal aku takut nye pasal, so aku sanggup heret sara masuk surau sekali.

bila dah bawa sara tu satu hal la plak. camne nak amik wuduk ni? ah takpela, bawa je la sara. dia plak busy body sama tadah air nak amik wuduk sama. apa aku buat, dia ikut. sampai abisla basah lencun baju dia sebab air dari paip sebelah tu dia gi buka sendiri pastu terlaju plak. membebel la kejap aku..dahla tak bawak baju spare, lepas solat ni nak gi beraya rumah kawan plak. haish...

settle amik wuduk, aku pun solatla..sara plak memang akan ikut gerak geri aku solat. tapi kan, biasa kalau kat rumah pun kejap je sara ganggu aku solat. dia suka berdiri depan aku. lepas tu dia akan wat hal sendiri. tapi ni tak.. dari mula aku solat sampai akhir, dia tak berinjak dari sejadah tu. sampai aku solat pun dah terkeluar dari sejadah tu. aku tak de la syak ape² lagi..

sampai satu saat tu. tiba² sara pergi ke sebelah kanan sikit. betul² sebelah aku pastu sara pergi pukul karpet kat surau tu macam marahkan seseorang. siap mulut tu cakap, 'ni aaaa...' memang saranya tabiat kalau dia marah org, dia akan cakap camtula..cam kitala cakap 'biasa ni..' yang buat aku tegamam tu, si sara marah sapa plak ni??????????????????? uwaaa takut sehhhhh...aku takde dah nak wirid ape dah. pas doa je terus kelam kabut aku besiap. punya aku cuak sampai zairee buka pintu surau nak ambik sara pun aku terkejut!

serius, pas ni memang aku takkan jejak kaki dah kat surau tu kalau aku sorang..huhu. paling aku lega, nasib baik sara tak meracau dah lepas tu. mungkin adala kot makhluk Allah yang tumpang solat sama kat situ. pastu nak bergurau senda dengan sara kan. tapi, terkena plak anak aku ni garang, hahaha nasibla kan.

*ada antara readers ni yang keja kat TM Cyber tak?hehe..jangan sampai cerita aku ni ganggu ibadah korang pula ye..solat 5 waktu tu wajib!*

Thursday, September 23, 2010

tafsiran mimpi itu?

aku baru teringat..malam tadi, aku bermimpi indah
mimpi aku bersalin..
dapat baby..jantina aku tak ingat.
apa makna mimpi tu ye?

*aku rasa mungkin aku stress, terbawa ke mimpi..teringin sangat nak baby kot. tambahan lagi kawan sekeliling semua dah berisi..huhu*

puasa 6 pula

sepi je tengok blog ni.
sesepi tuan dia yg lately malas mengupdate.
cerita raya pun dah abih.
tarak menda nak goreng dah.
malas pun sama.
lagi² koleksi gambaq raya tak transfer lagi, malas la.
2-3ari ni penat.
asal malam je keluaq.
pegi beraya umah kawan² area sini.
mana tak pancit?

btw, korang dah mula puasa 6?
aku baru mula qada' puasa.
tahun ni hutang 6 hari.
alhamdulillah, arini dah masuk ari ke-4 puasa.
harap sempatla habiskan dan sambung puasa 6 pula.
oh ya, nak tny. camne korang punya practise dalam qada' dan puasa 6 di bulan syawal?
kebiasaan aku, aku akan wajib qada' puasa dulu sampai habis.
lepas tu baru sambung puasa 6.
atau kalau tak sempat(syawal dah nak abis), aku qada' puasa ja dengan niat qada' puasa.
mesti dahulukan wajib dari yang sunat.
tapi dengan harapan, pahala puasa 6 tu tetap dapat..hm..boleh ke camtu?

yang tak qada' puasa tu, soalan aku, bila nak mula ganti? baik mula ganti dulu sekarang ni kalau takde aral, sihat walafiat....jangan esok dah tercekik (nak masuk ramadhan tahun depan), baru kelam kabut nak ganti.hehehe

Monday, September 20, 2010

Syawal 1431 Hijrah

30 Ramadhan,
Nasib baik ada lagi baki rendang daging yg aku bawa dari rumah..dapatla makan buat lauk bersahur pagi ramadhan terakhir bagi tahun ni.. Siangnya bersilat di dapur tolong ibu mertua ku masak rendang daging nogori, sup tulang, sambal goreng jawa, ayam masak kicap dan anyam ketupat palas. mil plak masak ketupat nasi. berbirat tangan ku tarik daun palas tu untuk pastikan ketat tak masuk air.

Terselit tangan tuan tanah yang tekun menekan pulut..panas oo pulut tu!abis lecur tangan acik!


Yang kiri- aku Masak. Yang kanan - Mertua masak.


Selera Selatan - Selera Utara..
petama kali tau seumur idup aku buat ketupat palas tu..selama ni kakak aku buat, aku jeling buat tak tau ja..tapi sebab tahun ni, mertua request nak makan..acik rela google kat tenet cara balutan yang betul..silap balut jadi betina(sblm ni asal buat mmg jadi betina), yang betina tak elok nanti masuk ayaq cepat basi.
1 Syawal,
Sedih tak dapat solat raya 3tahun berturut..tahun 2008 sebab dalam pantang..tahun 2009 kawan baik menjengah macam tahun ni. pagi raya pulak tu..syahdunya..lepas tu, sesi bersalaman..orang paling banyak dosa ni, menangis tu minta ampun..kekekekeke..malu la ngan adik² ipar..sara usya pelik tengok mama nangis.kekekeke..tahun ni sara sakan kutip duit raya..Petangnya plak beraya ke rumah maman dan sepupu papa. sedikit kemusykilan, 'betul ke tak wajib solat jumaat kalau hari raya jatuh hari jumaat?' yang aku tau, tak wajib bagi yg musafir je...kalau ada yang arif, harap tolong jelaskan..tq

Family photo bersama keluarga mertua di 1 Syawal.
comotnya anak dara aku..kawan aku kata aku lari tema. baju tu banyak tone.dark purple..light purple..purple pink..makanya 2beranak terserlah dalam gambar itu..muahahaha..yang lain tenggelam terus..

2 Syawal,
Sesi lepak dan makan di rumah je.. suami tercinta dah mengidam sangat nak makan mee goreng basah yang isterinya masakkan. tapi pasar tak bukala..baru raya ke-2..then, mertuaku suruh aku masak laksa utara..okla, bersilat la di dapur lagi..petang nya beraya ke rumah sedara belah bapak mertua ku di felda bukit aping.

3 Syawal,
Seawal pagi bersiap untuk pulang ke kampung nenek papa di simpang renggam. Rumah pertama di tuju rumah nenek lah..lepas tu rumah makcik yam, wak mis, maman bedan dan sorang lagi wak tu tak ingat namanya..akhir sekali rumah pak long. malamnya bincang tarikh dan tempat untuk adakan hari keluarga WHT (Warisan Haji Takim) 2010. Semua sepakat nak buat pada 4-6 Dec..Tempat belum pasti tapi area Mersing (Desaru).

4 Syawal,
Bertolak balik ke perak. transit di putrajaya drop angah yang akan kembali bekerja. lepas tu sambung perjalanan ke perak. next hentian di matrikulasi perak, gopeng. hantar kak cik pulak. terjumpa pulak abg aku yang juga anta anaknya di matrik. salam² gitu je..esok jumpa kat kampung ye..then straight ke parit perak, kampung halaman bapa mertua. suamiku sebagai anak sulung menjadi wakil menjengok sedara mara ayah mertua yang tak dpt balik bercuti raya thn ni. rumah pertama di tuju, paklong..kemudian pak ngah..akhir sekali rumah chor. melepas ngidam suamiku, kebetulan chor jamu mee goreng..pastu sambung lagi perjalanan ke selama melalui jalan bawah (kuala kangsor). nasib kami baik..kalau ikut highway, sure stuck dalam jam! sampai SELAMA (nama kampung aku tau, bukan selama-lamanya tu..hehe) dalam kul 11lebih..fuh! pertama kali tu travel straight dari johor ke perak. sian suamiku penat drive. kalau drive auto tu takdela penat sangatkan..ini manual..huhu

budak kecik ni tak reti dok diam dalam keta..penat mama melayan kerenah dia spjg jalan.

5 Syawal,
Arini lepak saja di rumah sambil bergossip....hehehehe....bila balik 'Forever 'ni mula la susun menu..menu lunch arini, ikan keli bakar..mantap! aku gak jadi mangsa siang ikan keli alasan sbb aku tak mandi lagi..suka hati la labu....hehehe..janji lepas gian aku nak makan ikan keli bakar guna dapur kayu arang..guna arang baru terangkat! petangnya lepas asar gi beraya ke rumah abg sulung ku di mahang. malam plak sambung beraya ke rumah abg ri (pak tam) plak.

6 Syawal,
Harini semua bersiap² nak ke kupang, baling. terjah beraya ke rumah kak ti (mak lang). mantap ko! dapat makan gulai daging batang pisang. mulanya suamiku tak nak cuba makan. sekali rasa, haaa terus suka! kan sedap...sama je cam gulai kawah kenduri tu cuma di campur batang pisang. paling lawak tu, kami adik beradik siap kenduri kat dapur dulu korek batang pisang di celah daging tu..kes takut kena balun dengan orang lain la ni..hehehehe

7 Syawal,
Saat yang dinantikan..makan besar!!!! keluarga aku besar..1o beradik + 1 (anak dengan mak baru)..so, arini dalam sejarah buat pertama kali selepas 3 tahun dapat berkumpul semua dalam satu rumah..yela, last dapat gathering semua ada pun time aku kawin 3tahun sudah.huhu..paling syahdu, adik tiri arwah mak aku datang bertandang jauh dari kampar. tak sangka pulak! ingat lagi pakcik li sekeluarga kat kami..yela, lagi pun memang dah jadi resam tiap tahun memang kami akan singgah beraya ke rumah dia..tapi tahun ni special, pakcik li plak datang bertandang even makcik baru je lepas operation breastcancer..sian makcik..sebelah breast tepaksa di buang.
untuk arini kami adik beradik wat collection..menu arini, nasi ayam, ikan caru bakar, ayam bakar dan kerang bakar..siap nasi tu masak dalam kawah kenduri lagi.. ayam 8 ekor. jgn memain..rumah jadi riuh rendah..sampai jiran yang lalu depan rumah pun tegur. disangkanya ada rombongan datang meminang! sebelum tu kami sekeluarga bertahlil ringkas buat arwah mak dan arwah abg din. harap mereka gembira tengok semua anak dan cucu dapat hadir untuk tahlil kali ni..dan harapan aku, biarla kami dapat berkumpul macam ni selalu..bila dah besar dan masing² ada family sendiri ni memang susah sangat nak berkumpul macam ni. bila sekali sekala dapat tu, memang happy sesangatla..nanti aku letak family tree keluarga besar aku ye..tunggu next entry!

8 Syawal,
arini lepak saja di rumah selepas kepenatan seharian berkenduri dengan keluarga. lunch arini menu apalak ya? yg special nya arini, ari jumaat..yes! ada pasar hari..pagi lagi suamiku, abg aku dan anak sedara ke pasar. hasil belian arini ikan pekasam untuk tapau balik kl, pucuk paku seplastik besar macam nak kenduri, kerang lagi! dan ikan selar kuning kecik.. terus aku request, ayah..buatkan kerabu pucuk paku dengan kerang! tapi ayah tak larat bergerak ke sana sini. ayah jadi mandur, aku jadi pekerja..okla tu. dalam masa yg sama, boleh aku belajar camne nak wat kerabu dari ayah..senang je pun rupanya..yg leceh nk kopek kulit kerang tu la..kak nyah plak masak keladi asam..dan, hati + pedal ayam semalam aku buat sambal goreng jawa. abg pek plak masak gulai lemak telur itik dengan mangga muda. pergh!!!! memang abis licinla menu lunch aritu..sambal goreng jawa pun disapu licin. ingatkan ayah dan mak tak makan..tengok ayah pun laju je makan. mak siap minta resipi lagi..hehehe
oh..petangnya lepas asar sambung beraya ke rumah kawan sekolahku, nija. sambil menziarah baby sulungnya. tak sangka aku nija dah jadi mak orang. hehehe

jemu makan ayam daging..tukar selera kampung plak.

9 Syawal,
sayu plak rasa hati..arini dah nak balik tinggalkan kampung. :( tapi apa kan daya..kita pun ada tanggungjawab lain..tapi tu la rasa tak puas lepak di kampung..lepas bertolak dari kampung, kami tak terus balik..singgah trolak dulu. ke rumah mak lang, mak su niah dan pak anjang..tinggal sorang je lagi adik lelaki ayah..pakcik dan paklang dah takde. ayah pun pesan suruh menjenguk maksu...ayah tak suruh pun kami memang akan pergi..dah jadi kemestian mesti jenguk diorang tak kira raya atau pun tak..tapi mak lang takde kat rumah..so dapat pergi 2 rumah je..tengok pak anjang kurus sikit..mungkin masih sedih dengan pemergian anaknya, kak yang 2minggu sebelum raya aritu..
highway agak sesak tapi tak jamla..cuma banyak kereta..rata-rata semua bergegas balik arini kot. kami sampai di rumah dalam pukul 6.30petang...fenatnyaaaa!!!! betambah fenat bila tengok rumah besepah..huahuahuahua..

10 Syawal,
arini memang ari untuk aku memerah keringat..dari pagi bangun awal cuci toilet..sapu sampah. gantung langsir..cuci itu.cuci ini..basuh baju berbakul²..kefenatan disamping melayan keletah sara yang tak reti dok diam. sibuk nye pasal sampai aku cuai! nasib baik aku cepat sedar..sara dah masukkan serbuk ubat semut dalam mulut! nasib baik takde apa jadi kat dia..huhuhu....dia aktif macam biasa..alhamdulillah!
petangnya lepas balik mydin, dapat call. kawan nak datang beraya..nasib baik rumah dah kemas..kuih dah masuk dalam balang..anis tetamu pertama datang bertandang. :D diikuti malamnya ajib(kawan zeri) dan isterinya datang beraya..lepas tu kami konvoi ke rumah ijal (kawan zeri) yang tinggal sedaerah dengan kami.hehehe

11 Syawal,
dan hari ni..aku di office..di depan pc sedang pulihkan sel saraf otak yang berehat selama 10 hari!huhuhu...ok, cukupla aku bebel.. abis dh modal...sakan tak aku beraya? yang pastinya aku mmg kuat makan time raya aritu..sampai ditegur abg ipar aku...nampak double chin! waaaaaaaaa!!!! nak diet? oo tak de maknanya...:P raya korang camne plak????

gambar? haha aku tak transfer lagi..nanti²la..memadaila gambar yang aku letak ni je la eh...selebihnya nanti intai kat fb aku ok.

dan hari ni..aku kembali berpuasa..6hari perlu diganti. cepat habis, dapatla sambung puasa 6 pulak! chow!

Tuesday, September 7, 2010

Salam lebaran 2010

hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti panjang. ada yang masih bekerja ke esok hari? kerja baik² ye..tabahkan hati kalau tak dapat pulang ke kampung pun. jangan sedih² tau.. sekarang ni zaman dah canggih, boleh ber-webcam dengan family di malam raya.. :P boleh makan ketupat rendang secara maya

macam mana persiapan hari raya? alhamdulillah, akhirnya baju raya ku siap juga. dan secara kebetulan tudung yg aku beli pada awal tanpa merujuk kain sangat matching. sedang elok semuanya..tak perlu nak membazir beli lain lagi. dari segi persiapan lain, sederhana saja. aku just buat biskut cornflakes je (sebab tak perlu bakar lama.acik mana ada oven proper dik non!).
malam tadi aku dah mula proses anyam ketupat palas. buat sikit je, sape je pun nak makan. in law aku tak makan langsung katanya. aku agak risau since this is the 1st time aku buat ketupat palas di rantau orang (macamla dok oversea)

oh, ingat lagi entry ni? kata sepakat telah tercapai di pertengahan bulan ramadhan. insyaAllah, esok malam after tarawikh kami akan bergerak ke johor (this time beraya di kota tinggi plak, rajin plak mertua aku ni berpindah randah di saat akhir..keke). dan aku tak sabar menunggu hari raya ke-4 untuk pulang ke perak. org kata 1st syawal la excited nak berkumpul sama keluarga. pada aku tu tak penting! janji aku dapat berkumpul adik beradik tak kira la hari raya ke berapa pun. lagipun, awal syawal ni abang-abang aku ramai yang pulang ke keluarga mertua. so by the time dh hujung cuti nanti dapatla kami berkumpul pulak di perak. tambahan lagi, ayah aku memang dah confirm akan pergi Haji bersama maktiri. tinggal kakak aku dan kwn dia yg masih lagi menunggu keputusan rayuan. so, dapatla thn ni beraya dengan 2buah keluarga. dan aku rasa cycle kena ubah. lagi best balik raya sebenarnya..sbb bulan puasa tak semua ahli keluarga balik..tapi klu ada rezeki lebih, tak perlu bulan puasa atau raya, tiap2 bulan nak balik kampung! kekeke

dan paling aku suka, iklan raya petronas this year! memang TERBAIK DAN KENA SANGATLA TEMA DENGAN KELUARGA KAMI..kan memula aritu ada gak la sedikit perbalahan nak balik raya mana..hehehe..nk plak dlm iklan tu sorg orang aloq setaq, sorg org johor...kekeke..selalu sgt klu psl begaduh utara-selatan ni mesti dikaitkan dengan org kedah ngan johor..tapi aku dok perak utara, sempadan kulim dah. kira samala tu..lagi plak, keluarga aku kat umah mmg cakap kedah! sengih je tiap kali tengok iklan tu..suka sangat..hehehe..

oklah, tak mau beleter panjang lebar lagi. sempena lebaran yang bakal tiba lagi 2hari ni, aku nak susun 20jari termasuk jari kaki ku mohon ampun andai kata ada terkasar bahasa, ada entry di blog ini yang mengguris hati teman blogger. ampunkanlah aku ye..kalau makan ketupat rendang tu ingatla sama aku k..berhati-hati pulang ke kampung..biar lambat asal selamat ok. jgn kelam kabut..tak lari la ketupat rendang kat kampung tu.hehe..till then, selamat menyambut Aidilfitri 1431 Hijrah!

ikhlas dari kami..lin, zairee dan qaisara..

Monday, September 6, 2010

Selangkah ke alam 'mistik'

Toyol, dia datang padaku berlari-lari
Tolong, kemanaku kan pergi
Toyol, kenapa pula aku yang kau cari
Tolong, rupanya hodoh wow.. wow.. wow.. wow

Kepala botak,matanya terbeliak
Giginya bertaring,merata-rata
Ee...seramnya,ku melihat rupanya
Melambai-melambai,ketawa pula

Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Badannya montel, comel perutnya buncit
Terkedek-terkedek, tertonggek-tertonggek
Ee tajamnya, taring dan juga kuku
Mencari-mencari, jari kakiku

Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Padamu toyol sebenarnya, ku tak rasa takut
Sengaja aku bersembunyi, menggeletarkan lutut

Pergilah toyol jangan ganggu
Manalah ada duit disaku
Mana, mana, mana ada

Toyol, dia datang padaku berlari-lari
Tolong, kemanaku kan pergi
Toyol, kenapa pula aku yang kau cari
Tolong, rupanya hodoh woooow

Kakinya kontot tapi larinya kencang
Menghambat-menghambat, dari belakang
Ee kuat pukulan buku limanya
Menghentak-menghentak, sakit kepala

Apa yang kau mahu, datang kepadaku
Aku sudah tahu, asal-usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Tiba-tiba aku, rasa sakit di kepala
Ku terjatuh dari katilku
Sungguh besar benjolnya

Rupa-rupanyaku bermimpi
Tidur tadi aku tak basuh kaki
Mimpi, mimpi, cuma mimpi

Toyol, jika kau datang lagi ke dalam mimpi
Aku, ajak engkau menari
Toyol, jika kau ada lagi di zaman ini
Aku, ajar engkau menyanyi

malas nak story panjang lebar..either korang nak percaya atau tidak. tapi menda ni dah pun terjadi kat keluarga aku, 3mlm berturut duit 50rgt hilang...kalau 3mlm dah 150..lama² tinggal kayaplaa...aku balik semalaman je kat kampung tido tak lena..ada 3 budak kepala dogoi dalam rumah upanya..ada yang mendengki melepaskan belaan mereka di rumah kami..sedang dalam proses mengusir 'makhluk' tu keluar dari rumah...

yang aku hairan tu, bulan posa bukan setan kena ikat ka..ada gak yang terlepas..taktaula yang wat keja ni toyol kepala hijau atau toyol kepala hitam..kalau toyol kepala hitam tu memang nak kena seligila kalau dapat kan..tapi ni kalau toyol kepala hijau ni, jenuh gak nih..sebab wat keja ikut tuan dia..haish...

kot ya pun nak cari duit, pi la meniaga kat param ka..jual tin ka..kutip botol kaca ka..jual paper lama ka.. ni dak, isk² tak insaf² lagi ka???? satgi Tuhan turun bala, baru hang tau!
takpala, mudah²an benda alah tu takdak dhla by the time kami balik beraya esok..

p/s - seb bek la masa balik aritu sara tak meracau kena kacau. kalau dia mai kacau anak aku, siapla!

Friday, September 3, 2010

pendek je..

lunch hour tadi sesi tudung hunting. tapi tak berapa nak semangat sangat sebabnya baju tak siap lagi..huhu...


tiada ayat dan hadith yang menyatakan syurga isteri ditelapak kaki suami

cepat masa berlalu..dah jumaat pun. memandangkan arini ari jumaat yang mulia, so aku nak kita buat pengisian ilmu sikitlah..ada satu perkara yang bermain dalam minda aku..ok. maaf kalau entry ni agak kontroversi. cuma aku just nak minta pendapat dari teman-teman. mungkin ada yang arif bab ni. sebab ilmu agama aku pun belum cukup lagi.

aku pernah terbaca satu statement ni, cuma tak ingat kat mana aku jumpa...lebih kurang berbunyi camni la....

'tiada ayat dan hadith yang menyatakan syurga isteri ditelapak kaki suami dan penentu isteri masuk syurga atau neraka bukan hak suami'

apa pendapat anda semua tentang statement di atas? hm..benarkah statement tu? aku tak mengkaji hadis dan al-quran. so aku taktau, cuma yang biasa aku dengar dari pembelajaran agama 'keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami, tak cium bau syurga kalau derhaka dengan suami'. since setau aku lah kan, once kita dah kawin especially perempuan ni, semua ketaatan kita kepada ibu bapa akan berpindah kepada suami. husband aku pun selalu gak pesan kat aku, maklumla aku ni 'ketegaq' juga ada masa tu..dia selalula pesan kat aku, macam mana nak dapat keredhaan dari Allah kalau suami sendiri tak redha?, senang je nak suami redha jangan ingkar/melawan suami selagi suruhan dia tu tak bertentang dengan syarak tapi daripada statement di atas tu, tiba² menimbulkan kemusykilan. adakah hamba Allah tu tidak faham agama atau dia ada fatwa sendiri? bila dah akhir zaman ni, ramai pulak yang belagak jadi ulamak walhal ilmu agama tak setinggi mana...

aku nak share 2 artikel di sini untuk bacaan teman. baca dan renungkan sedalamnya..

SUAMIMU ADALAH SYURGA DAN NERAKAMU <-kena ada akaun facebook, baru leh access.
TANGGUNGJAWAB ISTERI PADA SUAMI, SYURGA


memang tanggungjawab kita sebagai isteri dan juga ibu berat. lagi² bila kita ni bekerja. memang penat. penat dengan officework, balik rumah kerja rumah tak pernah surut. ada je nak kena buat. layan kerenah anak lagi, suami lagi..tapi jangan kita mengeluh. ops, ni peringatan untuk diri aku gak sebab aku pun sama gak camtu, tak sempurna. ada masa bila angin senggugut menyerang, tersilap perhitungan aku pun ngaruk jugak. tapi husband aku selalu cakap, kalau aku mengeluh dengan apa yang aku buat, semua kerja yang aku buat tadi sia-sia..langsung tak dapat pahala. sebab tu, even dalam hati aku ni ada masa tu termakan hasut syaitan, aku cuba pujuk diri..'aku buat semua ni ikhlas kerana Allah'. baru sejuk hati kan? jangan layan dan ikut sangat bisikan iblis tu. memang diorang suka, lagi² bila suami isteri bergaduh. syaitan siap berjoget lambak lagi...mudah²an cerita yang aku share arini dapat beri manfaat pada kita semua. dan biarlah setiap bakti yang kita lakukan selama menjadi isteri mendapat ganjaran hebat dari Allah...amin..

oh..sila la komen dan berdebat di sini..nak dengar juga pendapat korang.

Thursday, September 2, 2010

simple je

menu berbuka semalam ada paling simple sepanjang bulan puasa ini.
ikan goreng, sayur pucuk paku masak lemak, sambal totok (sambal belacan versi java) dan daging masak hitam - masak sekali harung banyak untuk 2-3 hari.

yang berbaki hanya sambal totok sejemput dan ikan goreng sekor. <-- tapi dah balun sahur tadi. mantap! kalau simple camni laju makan tak yahla nak fikir resipi bombastic tiap² ari.. biar bersederhana asal tak membazir :D ni plak menu last week..ikan keli bakar cicah air asam, sotong dan udang goreng..mantap! gigih aku bakar ikan tu guna oven toaster je..tapi mata cam helang la..kena tunggu je depan tu takut terhangit..tapi tak sesedap bakar dapur kayu/arang.tunggu balik raya ni la nak ajak family gathering makan² ikan keli bakar cam tahun lepas.


pastu pertama kali wat roti jala..nasib baik menjadi! buat bekalan berbuka di rumah kakak. siap anak sedara request nak lagi! ok pas raya datang rumah maksu buat..

makan bersama kari ayam. habis licin!

dan yang terakhir, buat pertama kali aku buat kuih buah melaka. hahaha dan menjadi pulak tu. cuma zeri komen kelapa tu tak perlu gaul dengan garam dah..tak rasa lemaknya, rasa masin ada la..ok pas ni jgn lagi ikut resipi orang tu.kekeke..sebab ada yang suggest letak garam.

by the way, nak tayang..ni pokok cili padi aku ye. banyak tunasnye naik.


ari pertama bertunas..di waktu pagi


ari pertama di waktu malam


ari ke-2 di waktu petang..dah banyak yang bercambah!

kalau kasitau kat korang ni sure terkejut. aku semai biji cili tu dalam pasu kaktus je..ala pasu tu asalnya dulu ada pokok kaktus yang beli dari cameron. tapi dari 6 jenis pokok yang aku beli, 2 je masih idup sampai skrg..so the rest tu aku semai dengan 1 jenis kaktus tu je. 2 pasu yg kosong aku tanam kunyit dengan cili padi. untk sementara je tu pas ni nak cari pasu besar sikit. tunggu pas rayala aku focus balik projek gardening aku tu.

yang menyedihkan, pokok orkid aku tu idup segan mati tak mau. taktau kenapa bila bunga dah layu pokok tu seakan mati..ke sebab selalu sangat area umah aku tu kena fogging. asap tu bunuh bunga tu ke? haha memandai je wat teori sendiri. :P

oklah, itu je la cerita puasa aku setakat ni. boring ke asyik baca entry tepek lauk je..takpe, aku tak kisah. kekeke..sbnrnya, aku tengah risau ni..baju raya 2 psg yg anta kat butik tak siap lagi..argh!! stress! nak shopping tudung pun terbantut jadinya..harap sempatla siap..

Wednesday, September 1, 2010

sad story

sekarang ni, tengok blog ni pun dah naik menyampah.

bulan ni memang kami suffer. servis kereta comel aku tu yang dh lama tak servis, terbang melayang 500. budget tak sampai 500. and then, ari yang sama kereta zeri pulak bateri kong. paling sadis, kereta tersadai di pasar tani depan office aku ni. nasib baik rumah officemate dekat, terpaksa tebal muka tumpang. siap melencong ambik sara kat taska lagi. sian si kecik tu, tinggal dia dengan sorang budak lagi tengah main kat playarea dalam taska tu. terbang lagi 200..duit mengalir cam ayaq. tapi nak buat camne, semua tu dugaan...hadapi dengan tabah!

esoknya, mamai punya pasal cadar yang basah dengan air kencing si kecik tu sekali dengan handphone zeri masuk dalam washing machine. so tamatla riwayat W850. dalam kepala dia tu dok mencongak nak BB tapi pk balik tak perlu membazir kalau setakat hanya guna basic function (call dan sms je), tak perlu handphone yang canggih....utamakan keperluan daripada kehendak...

adakala kebenaran itu pahit ditelan. tapi terimalah teguran tu. ambil dari sudut positif. mula² memang terasa down sangat. terasa seolah semua hasil kerja sebelum ini belum mencapai tahap yang dikehendaki. now aku seperti tersedar dari mimpi, hasil kerja tip-top camne pun itu takkan membuktikan apa² kalau attitude hampes..ape pun, terima kasih atas teguran ikhlas itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...