Monday, September 27, 2010

fuh! busynye dia...

agenda bermula dari malam jumaat lagi.

8.30pm ke masjid besi attend ex-coursemate akad nikah di sana. tapi hanya mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. keletah sara yang memeningkan kepala, berlari ke sana sini tawaf satu dewan solat buatkan mama nya ini pasrah. semput mengejar anak dara tu. malu pun ada dengan berbaju kurung mama berlari..sara plak gelak mengekek, dia ingat mama main polis sentry dengan dia kot. aduilaaa...

bila majlis akad nikah nak mula, kami dah cabut dulu. tahniah buat ctot. sori sangat, tak sempat jumpa ko. lepas majlis tu, ke ampang pulak. attend openhouse kawan zairee. jalan jam giler! sampai rumah diorang pun dah almost 10.30pm. pas makan² terus cabut balik. sampai rumah dalam 1am.

esoknya, pagi sabtu dah mula sesi kerahan mengemas rumah. then 12pm bertolak ke nilai. attend wedding invitation anak staff. lepas selesai melantak, terus ke ampang. fuh! jalan jam bagai nak rak. perjalanan ke ampang saja makan masa almost 2hours! minyak keta sampai level E!

lepas tumpang solat zohor dan asar kat rumah kakak, terus gerak ke gombak. makan² di rumah makteh. kebetulan pula staff pakteh datang beraya. aku jadi bidan terjun. tolong makteh kat dapur bancuhkan air, buat apa yang patut..huhu

cadang malam pas maghrib nak beraya ke rumah awa kat puchong. tapi sara dah pengsan, lepas tu jalan jam gile dkt flyover kampung pasir..arghh tensen mak! so penyudahnya balik rumah terus!

esok paginya ahad bermula sesi masak memasak pulak. kul 11pagi siap masak. besiap ke rumah kak yang kat dengkil plak. lepak makan² lepas tu ke bandar tasik selatan plak, open house kawan zairee.

si budak comot inila anak aku. :P

settle upacara makan² terus balik rumah. lepas solat zohor, tak sempat lepak rehat terus continue aktiviti memasak. dalam 5.30 petang settle semua kerja. baru rasa ngantuk. nasib tak terlelap..

menu special of the day..mihun sup utara!

terus besiap², after maghrib rumah diserbu kawan² pejabat aku. tak henti²..yang tak disangka datang dari jauh pun datang. appreciate sungguh. ops, jgn kecil hati ok..aku bukan buat openhouse. tapi just kawan opis nk datang beraya je. kalau wat openhouse, sure aku jemput kawan blogger (tapi ada ke yang sudi datang?hehe) tapi if ada yang sudi datang, inform awal. boleh aku prepare foods utk dijamu. kalau tak, aku jamu maggi je la.kekekeke

begitulah kisah weekend ku yang full dan busy gile..malam tadi tido mati tak sedar apa. satu badan lenguh² sendi..fuh! another busy weekend will be continue this friday, family abang dan nak datang bertandang menghantar anak sedara further study di uni al-azhar mesir. lepas tu, macam ada ura² yang ex-schoolmate standard 4 nak datang terjah rumah aku minggu ni, lagi pula diorg nak jumpa kak ina (kakak ipar aku merangkap cikgu kami masa darjah 3-4) nak kena bersiap lagi lah ni....fenat betulla...

esok majlis sambutan raya taska sara plak. hm, malam ni nak kena masak 1 juadah la utk diorg..apa ye? fikir dulu..

oh ya, jemputla datang beraya ke rumah aku. tapi inform dulu ya!

1 comment:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

sedapnya tengok mihun sup versi ko tu .slruppp..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...