Monday, September 27, 2010

percanggahan pendapat

last weekend pegi beraya rumah mak teh, mak sedara zairee. mak teh suka melayan keletah sara. yela, mak teh takde cucu lagi. hehe..siap ajak sara tido je. tak pernah².....

aku saja la hint² mak teh, saja la nak tengok apa reaksi mak teh.

mak teh : budak tengah lasak camni takpe. ko layan kan aje. nak mengandung balik tunggu 3-4tahun. sara kecik lagi. baru 2 tahun, tak reti apa lagi.

aku : oh yeke..hehehe (sengih je la)

hm...bila mak teh cakap gitu, aku mula rasa risau. betul ke sara masih tak bersedia nak ada adik? elok ke aku jarakkan 3-4tahun? tapi takut pula esok sara dah besar, dia lagi rasa jeles dengan adik dia pula. kalau dia memahami takpe.

ada pro and cons kat situ. bila jumpa makcik lain, semua cakap sedang elok dahla kalau nak kasi sara adik. tapi bila mak teh cakap gitu, aku mula rasa berbelah hati.

kami? tahla..aku memang teringin sangat nak pegang baby. tapi bila tengok sara yang tengah melasak, naik risau pula. takut dicepuknya adik dia nanti. tapi semalam masa zairee dukung anak member umur 8bulan, bukan main suka sara acah² dia..hehehe

bila tanya zairee, dia tny aku balik..aku dah bersedia ke? dia kasi tempoh sampai hujung tahun ni.huhu...

ari sabtu aritu, tengah aku masak sara yang tadinya bising tetiba diam..ah sudah! apa plak la dibuatnya kat belakang aku. aku tengah hiris daging nak buat rendang kat sink dapur time tu. bila aku pusing je belakang..fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
menggelegak je rasa. abis chocolate rice balance kuih raya ditaburnya atas lantai..lantai yang licin berkilat bersih baru lepas mop tadi habis ternoda...reaksi aku? ape lagi........membebel la...sara wat muka tak bersalah. kene babap kat montot...hai, sara..esok ada adik apa la ko buat kat adik ko sara..ni yang buat mama risau ni..

5 comments:

ieda a.k.a mama erfan said...

hai lin

akceli kita pon merasa begitu.. sangat memahami ape yang lin rasa.. kadang rasa erfan da sedia nak jadi abg, kadang nampak dia manja sangat macam tak ready nak ada adik.. bila tanya nak adik tak, sah2 dia geleng laju2..tapi bila tgk baby, rajin dia pegang2 baby, sayang2 baby..

hikhik tah la, kalo ada rezki, terima je..btul tak

Fid said...

budak akan menyesuaikan diri
no worry
ahkak punya kes ahkak yg rasa ala ala tak sedia uwaaaaaaaaaaaaaa

Nieza Ishak said...

betul cam cakap fid,

nanti derang geng sama2 kecahkan rumah hahaha.

Yang nieza pulak rasa bila anak 2ni, kita yang kena ada extra tahap kesabaran melatan kerenah. Kalo boleh kalo letih cemana pun kontrol temper.

nieza skrg ni dah cuba kontrol sbb zulaikha pun suker dgn baby2 kat nursery rasanya dah sesuai dia nak ada adik.

Arin said...

lin,
insya allah bebudak bila ada adik /geng dia akan sesuaikan diri. umur dua tahun gini memang umur dia melasak.

kalau dah bersedia, insya allah doa banyak2 semoga sara dapat adik. rezeki untuk anak-anak ada.

Diyana Zulkifli said...

hmm.mia suke gigit ali bile die geram sgt.tp skrg,dah boleh geng.marah tu pd sape2 yg nak dukung adik die..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...